Anda di halaman 1dari 9

Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 94700 Serian, Sarawak

Kertas Kerja Pengelolaan Pertandingan Softball Peringkat Sekolah

1.0 PENDAHULUAN

Sofbol atau bola lisut ialah sejenis sukan berbola dan berpemukul yang berkembang dari sukan sejenis besbol yang terkenal di Amerika Syarikat Permainan ini dimainkan sebagai satu rekreasi pada peringkat awal. Seorang pemberita yang bernama George W. Hancock telah memperkenalkan permainan ini pada tahun 1887 di Chicago, Amerika Syarikat. Permainan ini adalah lebih kurang sama dengan permain besbol. Mereka mempunyai perbezaan yang jelas dari segi bola dan bat yang digunakan. Bola yang digunakan lebih besar dan lembut sementara hujung bat yang digunakan pula lebih kecil. Permainan ini lebih terkenal dimainkan secara permainan di dalam gelanggang tertutup kerana dapat dimainkan dalam kawasan yang lebih kecil. Pada tahun 1939, mubaligh-mubaligh Amerika telah memperkenalkan permainan ini di ACS Kampar, Perak. Apabila tercetusnya Perang Dunia Kedua, perkembangan permainan sofbol telah tergendala. Sungguhpun demikian, terdapat askar-askar Jepun yang amat menggemari permainan ini dan memainkannya dengan menggunakan bola tenis. Mula-mulanya, permainan ini dimainkan di dalam gimnasium di maktab-maktab, universiti-universiti, YMCA dan Turnvereins sebelum ia beralih ke padang. Dalam sofbal, bola akan dilempar oleh seorang pelempar bola ( pitcher) dan menjadi sasaran pemain lawan yang memukul (batter) dengan menggunakan kayu pemukul yang dikenali sebagai bet. Terdapat satu kumpulan yang berjaga di padang iaitu pertahanan dan satu kumpulan yang bertindak sebagai pemukul (penyerang). Tiap pasukan berlumba mengumpulkan markah (run) dengan cara mengelilingi petak berbentuk potongan wajik (base). Mereka akan berlari hingga menyentuh base yang terakhir dikenali sebagai home plate. Sebagai konklusi, Kelab Softball ingin mendedahkan para murid-murid tentang permainan softball ini. Selain itu, pertandingan Softball ini diadakan secara tidak langsung untuk merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang kepentingan sukan serta permainan softball.

Pertandingan softball ini juga mampu memberi dan menggalakkan semangat kesukanan dalam kalangan murid-murid dan melahirkan atlet-atlet yang mampu menaikkan nama negara pada masa hadapan. Selain itu, pertandingan ini dapat menjadikan dasar 1 murid 1 sukan di peringkat persekolahan. Dasar 1 murid 1 sukan ini lebih menekankan penglibatan setiap pelajar dalam sukan. Penglibatan ini lebih menjurus kepada penyertaan, pemahaman, dan pengetahuan mengenai sukan yang mereka ceburi. Oleh itu, pihak kelab softball ingin mengadakan pertandingan softball peringkat sekolah pada tahun ini.

2.0 MATLAMAT 1. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal; 2. Dari segi psikomotor, pelajar dapat melakukan kemahiran asas membaling dan menyambut dengan teknik yang betul, membina ketangksan dan ketepatan penumpuan pemain dan melatih ketajaman bertindak dan sentiasa bersedia. 3. Dari segi kognitif, pelajar dapat mengenalpasti kelemahan diri dalam melakukan kemahiran Sofbol, melatih pelajar menguasai peraturan-peraturan permainan Sofbol serta melatih individu atau permain bijak membaca strategi pihak lawan. 4. Dari segi afektif, pelajar dapat menguasai kemahiran asas permainan Sofbal, memberi keseronokan dan kepuasan sebenar pelajar semasa bermain dan melatih pemain supaya tidak mudah berputus asa jika menerima sebarang kekalahan.

3.0 OBJEKTIF 1. Menanam minat murid terhadap permainan Softball dan meningkatkan bilangan ahli yang mahir bermain. 2. Mengenal pasti dan memilih murid yang berbakat dan berkemahiran untuk mewakili sekolah di masa depan. 3. Meningkatkan kecergasan jasmani

4. Menyemai semangat kesukanan antara pelajar sekolah. 5. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni. 6. Membentuk budaya sukan dalam kalangan murid.

4.0 TEMA Sofbol untuk Semua

a) Melahirkan pelajar-pelajar yang berbudaya sukan serta sentiasa mengamalkan aktiviti kecergasan seperti Sofbol di dalam kehidupan seharian mereka. b) Meningkatkan tahap kecergasan, kesihatan dan kualiti kehidupan pelajar melalui aktiviti Sofbol. c) Memberi peluang dan ruang kepada pelajar untuk terlibat dalam aktiviti sukan Sofbol. d) Mempromosikan amalan gaya hidup cergas dan sihat dalam kalangan pelajar.

5.0 TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN 4.1 Tarikh yang dirancang ialah 21 & 22 April 2012 iaitu pada hari Sabtu dan Ahad 4.2 Pertandingan tersebut akan diadakan selama dua hari. 4.3 Pertandingan dilaksanakan pada waktu pagi dan petang.

6.0 TEMPAT 5.1 Pertandingan akan diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Tanah Merah. 5.2 Padang Sekolah Kebangsaan Tanah Merah digunakan sebagai tempat

pertandingan kerana faktor-faktor berikut: I. Permainan sofbol sesuai diadakan di padang.

II.

Padang tersebut berdekatan dan memudahkan para peserta untuk datang ke tempat pertandingan.

III.

Tidak perlu mengenakan sebarang bayaran untuk menggunakan padang tersebut.

IV.

Bebas daripada sebarang gangguan luar dan para peserta dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap perlawanan.

7.0 PERASMIAN Hari Pertama: Sabtu (21 April 2012) 7.30 a.m Pendaftaran peserta Taklimat permainan Pengundian pasukan 8.30 a.m 9.30 a.m Perasmian pertandingan Permainan (pertandingan kumpulan) 12.00 p.m Rehat dan solat Pertandingan disambung - suku akhir - separuh akhir - akhir 12.00 p.m Rehat dan solat Pertandingan disambung 5.30 p.m Penutupan dan majlis penyampaian hadiah 2.00 p.m 6.30 p.m Makan petang dan minum Hari Kedua: Ahad (22 April 2012) 8.00 a.m Pertandingan disambung

bermula 2.00 p.m dalam

6.00p.m

8.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN Kumpulan sasaran: Murid darjah 4, 5 dan 6 Jumlah peserta dalam setiap pasukan (termasuk simpanan) Jumlah pasukan Jumlah keseluruhan peserta pertandingan : 12 : 10 : 120

9.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN Penasihat Pengerusi : : Guru Besar Guru Penasihat Kelab Softball

Jawatankuasa Pelaksana Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Naib Setiausaha Bendahari Naib Bendahari : : : : : :

Ahli Jawatankuasa Peralatan Makanan & Minuman Pengadilan Hadiah dan sijil Keselamatan Publisiti Kebersihan Atur Cara : : : : : : : :

10.0 PERBELANJAAN Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk pertandingan ini: Bil Perkara 1. 2. 3. 4. Hadiah & Cenderamata Makanan & Minuman Peti kecemasan Peralatan Jumlah (RM) RM 2000 (Anggaran) RM 1500 x 2 Hari = RM3000 RM 85 x 5 kotak = RM 425 Disediakan oleh pihak sekolah

11.0 PENDAPATAN Melalui pertandingan softball, para pelajar dapat menimba ilmu, kemahiran serta pengalaman baru bermain permainan ini. Selain itu, para pelajar juga dapat menerap nilai kerjasama dalam sesebuah pasukan. Tambahan pula, mereka turut mengenal erti nilai tolong-menolong antara satu sama lain mampu melahirkan individu yang cemerlang, gemilang dan terbilang di masa hadapan. Para pelajar juga mempelajari nilai hormat-menghormati melalui permainan ini terutamanya apabila berhadapan dengan pihak lawan.

12.0 PENUTUP Kami berharapkan agar pertandingan ini dapat berjalan dengan lancer dan berkesan. Semoga ilmu dan pengalaman yang kami sampaikan di dalam pertandingan ini dapat dikongsi bersama dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian terutamanya dalam penjagaan kesihatan. Kami juga berharap agar aktiviti ini dapat membantu melahirkan modal insan yang cergas dan cerdas dari segi emosi, rohani dan fizikal. Oleh itu, kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai dan didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Disediakan oleh, ________________ (Nama Penuh) Setiausaha, Persatuan Softbol, Sekolah Kebangsaan Tanah Merah, 94700 Serian, Sarawak.

Disahkan oleh, _________________ (Hulk and the gang) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Tanah Merah, 94700 Serian, Sarawak.

Rujukan

Murid 1 Sukan. (2011). Retrieved March 28, 2012, from Laman Web Rasmi Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional: http://www.jpnin.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=4a72d95c-ccb9-44de-9e1621ae66d09dcf&groupId=139466 PERMAINAN KECIL . (2011, Jun 6). Retrieved Mac 29, 2012, from KPLI - TESLIANS 2011 (IPG KPI): http://kpli-teslians.blogspot.com/2011/06/permainan-kecil.html SEJARAH PERKEMBANGAN PERMAINAN SOFBOL. (2009, Ogos 20). Retrieved April 5, 2012, from MY BLOG: http://zul66.wordpress.com/2009/08/20/sejarahperkembangan-permainan-sofbol/ Tiada Alasan. (n.d.). Retrieved April 2, 2012, from Kementerian Belia dan Sukan: http://www.kbs.gov.my/tiada_alasan/

Anda mungkin juga menyukai