Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

KURSUS ASAS KEJURULATIHAN BOLA BALING

DIANJURKAN OLEH:
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD) SIPITANG

KERJASAMA DENGAN:
SMK PENGIRAN OMAR II
PERSATUAN BOLA BALING SABAH (SABHA)

TARIKH CADANGAN:
6 MEI 2018 (SABTU)

TEMPAT
SMK PENGIRAN OMAR II, SIPITANG

0
1.0 PENDAHULUAN

Sukan bola baling merupakan salah satu kegiatan sukan atau permainan yang
terdapat di semua sekolah. Bola baling seperti permainan yang lain, ia mempunyai
undang-undang dan peraturan yang perlu dipatuhi. Oleh itu, jurulatih yang
berkebolehan dan berpengalaman diperlukan untuk menyampaikan kursus ini dan
menjayakan matlamat ini. Kursus yang bakal diadakan ini merupakan salah satu usaha
bagi mengembangkan program pembangunan bola baling MSSD Sipitang. Kursus ini
juga akan memberi pendedahan awal kepada para peserta yang bakal menjadi
jurulatih bola baling di sekolah nanti. Selain itu, kursus ini juga dapat membekalkan
kemahiran–kemahiran kejurulatihan kepada peserta-peserta. Kursus ini juga akan
memberi input dan pengalaman yang berguna kepada peserta-peserta untuk menjadi
jurulatih yang berjaya pada suatu hari nanti.

2.0 RASIONAL

Kursus ini diadakan sebagai usaha program pembangunan bola baling MSSD
Sipitang. Di samping kursus ini memberi penekanan kepada aspek pengurusan
kejurulatihan.

3.0 MATLAMAT

Matlamat kursus ini adalah berpaksi untuk meningkat penguasaan kemahiran-


kemahiran kejurulatihan sukan bola baling kepada peserta-pesertanya. Justeru itu,
memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu melahirkan insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.

1
4.0 OBJEKTIF
a. Didedahkan tentang kemahiran kejurulatihan permainan bola baling.
b. Mengetahui tentang kemahiran dan peraturan-peraturan permainan bola
baling.
c. Mengaplikasikan pengurusan kejurulatihan dan kepegawaian permainan bola
baling.
d. Dilatih sebagai seorang jurulatih yang berkarisma.
e. Memahami cara-cara pengendalian permainan dari aspek kejurulatihan dan
kepegawaian.
f. Didedahkan tentang ciri-ciri keselamatan dalam permainan bola baling.
g. Membina semangat berpasukan,toleransi dan berdisiplin dalam kalangan
peserta.

5.0 ANJURAN

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sipitang.

6.0 TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh : 05 Mei 2018 (Sabtu)


Masa : 8:00 a.m. – 5:00 p.m.
Tempat : SMK Pengiran Omar II, Sipitang.

7.0 SASARAN PENYERTAAN

58 orang perserta (2 orang guru dari setiap sekolah di daerah Sipitang bagi sek
rendah & sek menengah.)

2
8.0 KEWANGAN

8.1 Sumber Kewangan


Sumber kewangan bagi program ini ialah hasil kutipan yuran daripada
peserta (RM 30.00 seorang) dan peruntukan daripada Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) Sipitang.

8.2 Anggaran Perbelanjaan

Bil Perbelanjaan Nilaian Jumlah


1 Makanan & minuman peserta (kudapan RM 10.00 x 58 orang RM 580.00
& makan tengah hari).
2 Bayaran penceramah (3 orang) RM 100 x 3 orang RM 300.00
3 Air mineral RM 7.50 x 2 kotak RM 15.00
4 Kertas A4 (80 gsm) 4 rim ambil dari PPD
5 Fail Poket 58 unit ambil dari PPD
6 Sijil Penyertaan & Penghargaan 62 keping ambil dari PPD
7 Cenderamata Perasmi Buah-buahan RM 20
Jumlah RM 559.00
Kontigensi 5% RM 27.95
JUMLAH RM 586.95

3
9.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK

Penaung Ybhg Datuk Dr Hajah Maimunah Binti Hj. Suhaibul


Pengarah Pendidikan Negeri Sabah

Penasihat YM Ir. Datu Jamigul Bin Hj. Datu Salin


Ketua Sektor
Sektor Pembangunan Kemanusiaan
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Pengerusi Tn. Abdul Razak Bin Abdul Karim


Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Sipitang

Naib Pengerusi Pn. Annie Sawali


Pengetua SMK Pengiran Omar II

Setiausaha Agung Tn. Haji Adnan Bin Othman


Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan
Pejabat Pendidikan Daerah Sipitang

Pen Setiausaha I En JRD Surian Sebastian Bin Bonior


Pengerusi Teknik Bola Baling MSS Sipitang (SM)
Pen Setiausaha II
En Mohamad Ai Zam Mohd Moni
Bendahari Pengerusi Teknik Bola Baling MSS Sipitang (SK)

Cik Jenny Semion


SMK Pengiran Omar II

JAWATANKUASA KERJA
Pengerusi En JRD Surian Sebastian Bin Bonior
Naib Pengerusi En Mohamad Ai Zam Mohd Moni
Setiausaha Pn Amnah Lahim
Bendahari Cik Jenny Semion

AJK Peralatan 1. En Alfazuan bin Abd Ghafar


2. En Hafiz Kassim
AJK Teknikal & Siaraya 1. En Ahmad Faizal Marican
2. En Syed Muhammad Fazli Aledroo bin Syed
AJK Fail & Bahan Cetakan
1. Pn Amnah Lahim

AJK Makanan 1. Cik Haereyati Asli


AJK Pendaftaran 1. En Junaidi Kassim
2. Pn Felicia Poukin
AJK Fotografi
1. En Jeffrey Intim

4
Juruacara 1. Pn Verdha Richard

10.0 ATURCARA PROGRAM

Sabtu (08 Mei 2018)


Masa Agenda
7:30 a.m. – 8:00 a.m. Pendaftaran peserta
8:00 a.m. – 8:30 a.m. Taklimat
8:30 a.m. – 10:00 a.m. Perkongsian: Teori Kejurulatihan
10:00 a.m. – 10:30 a.m. Kudapan
10:30 a.m. – 11:30 a.m. Perkongsian: Teori Kejurulatihan
11:30 a.m. – 1.30 p.m. Perkongsian: Undang-undang Permainan
1:30 p.m. – 2:30 p.m. Makan Tengah Hari & Rehat
2:30 p.m. – 4:00 p.m. Amali: Kejurulatihan
4:00 p.m. – 4:30 p.m.  Penyampaian Sijil & Cenderamata
 Majlis Penutupan
 Bersurai

11.0 PENUTUP

Diharapkan dengan adanya Kursus Asas Kejurulatihan Bola Baling ini, peserta
mendapat pengalaman dan kemahiran baru dalam sukan bola baling dan bersedia
untuk menjadi jurulatih yang berdedikasi di sekolah kelak.

Disediakan oleh:

…………………………………………
(JRD SURIAN SEBASTIAN BIN BONIOR)
Pengerusi Teknik
MSS Bola Baling Sipitang (SM)

Anda mungkin juga menyukai