Anda di halaman 1dari 15

‫سكوله كبغساءن تلوق كالوغ‬

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK KALONG


Sekolah Kluster Kecemerlangan
Sekolah Amanah Malaysia
24000 KEMAMAN,
TERENGGANU DARUL IMAN.

LAPORAN
MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN
PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER,
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA, PENGAWAS ICT, SVG ,
KETUA DAN PENOLONG KELAS 2020.

Tarikh: 13 Februari 2020


Hari: Khamis
Masa: 7.45- 8.45pagi
Tempat: Dewan Sekolah Kebangsaan Telok Kalong

Laporan Majlis Penyerahan Watikah Pemimpin Muda SKTK 2020 1


Nama Program:
MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH,
PENGAWAS PUSAT SUMBER, PEMBIMBING RAKAN SEBAYA, PENGAWAS
ICT,SVG , KETUA DAN PENOLONG KELAS 2020.

Tarikh dan Tempat Program:


13 Februari 2020
Sekolah Kebangsaan Telok Kalong

Pengurus Program:
En. Mohd Shaiful Bahrin bin Abdullah
Penyelaras Unit Disiplin dan Pengawas

Nama Bahagian:
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
Unit Disiplin
Unit Pengawas
Pusat Sumber Sekolah
Unit Bimbingan dan Kaunseling
Pengawas ICT
SVG

1.0 PENDAHULUAN
Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit HEM SK Telok
Kalong dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling. Program ini melibatkan
semua Pengawas Sekolah,Pengawas Pusat Sumber ,Pembimbing Rakan Sebaya(PRS),
Pengawas ICT, Student Voice Group (SVG), Ketua dan Penolong Kelas berjumlah 177
orang. Tujuan utama penganjuran Majlis Penyerahan Watikah ini sebagai pengiktirafan
kepada pemimpin muda sekolah.

2.0 MATLAMAT
Melahirkan murid menjadi pemimpin yang berkesan dan bertanggungjawab. Sifat
kepimpinan yang diasah dari peringkat sekolah rendah ini sememangnya menjadi titik
permulaan yang terbaik untuk melahirkan generasi dan pelapis pemimpin negara
seterusnya.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM


Objektif program ini adalah untuk:
3.1 Memberi pengiktirfan dan semangat kepada Pengawas, Pengawas Pusat
Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas ICT, SVG, Ketua dan
Penolong Kelas Sekolah Kebangsaan Telok Kalong supaya melakukan tugas
yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh
bertanggungjawab.

Laporan Majlis Penyerahan Watikah Pemimpin Muda SKTK 2020 2


3.2 Semoga dengan perlantikan ini, semua pemimpin muda ini dapat menggalas
dan menyempurnakan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh taat dan
dedikasi.

4.0 PERINGKAT PELAKSANAAN


4.1.1 Majlis ini akan berlangsung pada:
Tarikh : 13 Februari 2020
Hari : Khamis
Masa : 7.30 pagi hingga 8.45 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan dan Dewan
Terbuka SK Telok Kalong

4.1.2 Majlis ini akan melibatkan kerjasama dari semua guru Sekolah
Kebangsaan Telok Kalong.

5.0 SASARAN PENYERTAAN


5.1 Majlis ini diadakan khas untuk murid-murid yang telah dilantik sebagai
Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya,
Pengawas ICT, SVG , Ketua dan Penolong Kelas 2020

5.2 Seramai 177 orang murid menerima Watikah Pelantikan tersebut.


5.2.1 57 orang pengawas
5.2.2 38 orang Pengawas Pusat Sumber
5.2.3 15 orang Pembimbing Rakan Sebaya
5.2.4 15 orang Pengawas ICT
5.2.5 20 orang SVG
5.2.6 16 orang Ketua Kelas
5.2.7 16 orang Penolong Kelas

6.0 PENYAMPAI WATIKAH PELANTIKAN


Inspektor Pooh & Sarjan Marina binti Ahmad
(PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK KALONG)

7.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Laporan Majlis Penyerahan Watikah Pemimpin Muda SKTK 2020 3


MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH,
PENGAWAS PUSAT SUMBER, PEMBIMBING RAKAN SEBAYA, SVG , KETUA DAN
PENOLONG KELAS 2020.

Pengerusi
Cg. Sarina Binti Mohamad ( Guru Besar)

Naib Pengerusi I
Cg. Rukiah binti Rosemen ( PK HEM)

Naib Pengerusi II
Cg. Bustaman Alladdin b. Sulong ( PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi III


Cg. Sayani bt Arsad ( PK Kokurikulum)

Penyelaras
Cg. Sadlina binti Salim ( Guru Bimbingan & Kaunseling)

Penolong Setiausaha
Cg. Rumaizah binti Ab. Aziz( Unit Pusat Sumber Sekolah)

AHLI JAWATANKUASA
Pengurus
7.10Peserta
pagi Murid berkumpul di dewan Sijil dan cenderahati
1. Ustzh. Rohani bt Ismail 1. Cg. Kartina binti Yusof
Bacaan
2. Cg. Rumaizah binti Ab Aziz Surah Yasin 2. Cg. Murni binti Jusoh
3. Cg.Sadlina binti Salim
7.40 pagi Ketibaan VIP 3. Ustzh Siti Khotijah binti Abd Razak
4. Cg. Ahmad Ismail Turmizee Bin Ahmad 4. Cg. Nor Farhanah binti Tahir 
7.45 pagi
Ibrahim   Ucapan alu-aluan pengerusi majlis

Bacaan Doa Istiadat menaikkan bendera dan nyanyian


Surat menyurat Lagu Negaraku dan
/Dokumentasi/Jamuan VIP
1. Ustaz Mohd Issan binti Ismail Sultan dan Lagu
Selamat 1. Cg. Sadlina binti Salim
Sekolah
7.50 pagi
Pengacara Majlis Pemeriksaan barisan kawad olehKawad
Jurulatih Yang Setia Inspektor Pooh
1. Cg. Ashba binti Jamaluddin
diirigi Sarjan Marina 1. Cg. Mohd Saiful Baharin b. Abdullah
2. Cg. Yusof Osman b. Yasin 2. Cg. Ahmad Ismail Turmizee Bin Ahmad
  8.00 pagi Bacaan doa Ibrahim
Ucapan Guru Besar
Backdrop
8.10 pagi Ucapan Yang Setia Inspektor Fotografi
Pooh
1. Cg. Norshazlen binti Salleh 1. En. Mohd Helmi Bin Hamzah
2. Cg. Omar bin A ZamaniGimik
8.30 pagi Penyerahan Watikah Pelantikan
Pengumuman Aturcara Majlis
Ketua Murid dan Penolong Ketua Murid 2020
Bacaan Ikrar
Penyampaian Cenderahati
8.45 pagi Bersurai
 
Laporan Majlis Penyerahan Watikah Pemimpin Muda SKTK 2020 4
8.0 IMPLIKASI KEWANGAN

BI ITEM HARGA/ UNIT PCG JUMLAH


L (RM)

1 Cenderahati RM40.00 x 2bakul Bimbingan & RM80.00


Kaunseling

Jumlah RM80.00

9.0 LAPORAN PENGISIAN PROGRAM


9.1 Taklimat
Selama dua hari sebelum majlis pelantikan watikah ini, para pemimpin
muda ini telah menjalani latihan perbarisan dan kawad kaki di
bawah pimpinan Pengurus Program iaitu Cg. Mohd Shaiful Bahrin bin
Abdullah.
9.2 Murid berkumpul di dewan
Murid-murid yang tidak terlibat dengan pelantikan dikumpulkan di
bahagian belakang dewan untuk memberi laluan kepada para peminpin muda
melalui majlis pengiktiran kepada mereka.
Laporan Majlis Penyerahan Watikah Pemimpin Muda SKTK 2020 5
9.3 Ketibaan VIP
Ketibaan VIP iaitu Yang Setia Inspektor Pooh dan Sarjan Marina binti Ahmad
(Pegawai Perhubungan Sekolah SK Telok Kalong) tepat pada masa yang
dijadualkan.
9.4 Pengerusi Majlis
Pengerusi majlis dikendalikan oleh Cikgu Noor Hafizda bersama
Cikgu Ashba binti jamaluddin.
9.5 Pemeriksaan barisan kawad oleh Yang Setia Inspektor Pooh, pemeriksaan
barisan pemimpin muda oleh Yang Setia Sarjan baris demi baris menimbulkan
rasa keterujaan kepada bakal pemimpin.
9.6 Bacaan doa
Bacaan doa disampaikan oleh Ketua Pengawas Sekolah.
9.7 Ucapan Guru Besar, Pn Sarina binti Mohamad.
Beliau berharap barisan pemimpin muda yang dipilih untuk menjalankan tugas
dan tanggungjawab membantu guru dan pentadbir sekolah agar dapat
mewujudkan satu persekitaran sekolah yang kemas dan teratur.
Menurut beliau lagi, pengawas sepatutunya menjadi contoh dan teladan yang
baik kepada semua murid yang lain. Keperibadian seorang pengawas harus
memiliki sifat-sifat terpuji seorang khalifah kecil , bersifat mulia , keterampilan
yang kemas dan bijak mengurus masa untuk diri sendiri dan tanggungjawab
kepada sekolah. Beliau juga mahukan Pengawas sentiasa bersifat insaf dan
bermuhasabah diri semasa melaksanakan tugas seorang pengawas, jadilah
seorang pengawas yang disegani.
9.8 Ucapan Yang Setia Inspektor Pooh
Beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemimpin muda
diatas pelantikan mereka pada hari ini. Beliau yakin pemimpin muda yang
dilantik pada hari ini telah melalui proses pemilihan yang rapi agar mereka
yang terpilih memiliki ciri-ciri kepimpinan untuk membimbing rakan-rakan
mereka disekolah serta dapat membantu guru- guru melaksanakan tugas dan
tanggungjawab yang diamanahkan.
Sesungguhnya pemimpin yang dilantik harus berasa bertuah dengan
pelantikan ini. Beliau memohon kepada para pemimpin agar berasa
syukur kepada Allah SWT dan sentiasa mengingatiNya semasa memikul tugas
dan tanggungjawab itu nanti.
9.9 Gimik
Gimik Pelancaran yang unik diketuai oleh Cg. Norhayati, tahniah diucapkan
kepada jawatankuasa gimik.
9.10 Penyerahan Watikah Perlantikan
Acara ini di sampaikan oleh Inspektor Pooh, Pegawai Polis dari Balai Polis ,
Daerah Kemaman.
9.11 Penyampaian Cenderahati
9.12 Bersurai

10.0 PENILAIAN

Laporan Majlis Penyerahan Watikah Pemimpin Muda SKTK 2020 6


10.1 KEKUATAN:
a) Memupuk Sifat Kepimpinan
Kekuatan yang lain wujud sepanjang proses menjayakan program ini ialah
kepimpinan antara satu sama lain. Setiap pemimpin muda memainkan
peranan masing-masing dan saling bentu-membantu dalam setiap aktiviti
yang dijalankan.
b) Membina Disiplin
Program seperti ini dapat membina disiplin peserta dalam melaksanakan
dan menjayakan program. Peserta dapat melakukan perbarisan dengan baik
dan berdisiplin .

10.2 KELEMAHAN
a) Latihan Kawad Kaki yang singkat menyebabkan pergerakan peserta
kurang teratur dan kemas.
b) Murid kepenantan kerana terpaksa menunggu lama ketibaan Perasmi dalam
keadaan Kawad.

10.3 TINDAKAN SUSULAN


Satu mesyuarat telah diadakan untuk mengkaji kelemahan dan kekurangan
sepanjang majlis ini dijalankan. Banyak perkara yang boleh diperbaiki demi
meningkatkan lagi keberkesanan majlis ini di masa akan datang.

10.4 CADANGAN
Terdapat banyak cadangan untuk penambahbaikan bagi majlis ini di masa
akan datang. Antaranya:
a) Latihan kawad yang lebih padu perlu bermula lebih awal sebelum majlis
berlangsung.
b) Penyampaian watikah dibuat selepas kursus kepimpinan supaya guru dapat
membuat pemilihan ketua pemimpin yang berpotensi daripada aktiviti
kursus yang dijalankan.

11.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, progran ini berjalan lancar dan sempurna. Semua pihak
yang terlibat terutamanya ahli jawatankkkuasa telah memberikan kerjasama dan
komitmen yang memberangsangkan bagi menjayakan program ini. Penglibatan
guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah amat memuaskan dari awal
sehingga akhir program ini berlangsung. Sesungguhnya, program ini wajar
diadakan serta dijadikan program tahunan sekolah memandangkan program ini
sangat berguna untuk memupuk kepimpinan dalam kalangan murid.

Disediakan oleh,

Laporan Majlis Penyerahan Watikah Pemimpin Muda SKTK 2020 7


......................................
( SADLINA BINTI SALIM)
Guru Bimbingan & Kaunseling,
SK Telok Kalong

Disemakkan Oleh,

......................................
(RUKIAH BINTI ROSEMEN)
PK Hal Ehwal Murid
SK. Telok Kalong

Disahkan oleh:

..............................................
( SARINA BINTI MOHAMAD)
Guru Besar,
SK. Telok Kalong.

Laporan Majlis Penyerahan Watikah Pemimpin Muda SKTK 2020 8


LAMPIRAN

Laporan Majlis Penyerahan Watikah Pemimpin Muda SKTK 2020 9


LAMPIRAN 1 :
SENARAI NAMA
PESERTA

Laporan Majlis Penyerahan Watikah Pemimpin Muda SKTK 2020 10


LAMPIRAN 2:
PAMPLET MAJLIS
PENYERAHAN
WATIKAH
PEMIMPIN MUDA

Laporan Majlis Penyerahan Watikah Pemimpin Muda SKTK 2020 11


LAMPIRAN 4:
GAMBAR
SEPANJANG
PROGRAM
BERLANGSUNG

Laporan Majlis Penyerahan Watikah Pemimpin Muda SKTK 2020 12


ACARA LINTAS HORMAT INSPEKTOR POOH
PEGAWAI POLIS BALAI POLIS DAERAH KEMAMAN

Laporan Majlis Penyerahan Watikah Pemimpin Muda SKTK 2020 13


UCAPAN PERASMIAN DAN PERSEMBAHAN GIMIK PERASMIAN

Laporan Majlis Penyerahan Watikah Pemimpin Muda SKTK 2020 14


BERGAMBAR KENANG-KENANGAN PEMIMPIN MUDA SKTK BERSAMA
YANG SETIA INSPEKTOR POOH & SARJAN MARINA
SEKIAN

Laporan Majlis Penyerahan Watikah Pemimpin Muda SKTK 2020 15

Anda mungkin juga menyukai