Anda di halaman 1dari 4

BENGKEL PDPC STEM

PERKONGSIAN ILMU TENTANG HIV DAN COVID SERTA HEIMLICH MANOEUVRE

SEKOLAH MODEL KHAS BUKIT JENUN


2020

1. PENDAHULUAN

Pada abad ke-21 yang mencabar ini, kemahiran STEM memainkan peranan penting dalam memastikan
murid disediakan dengan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai bagi berhadapan dunia luar.
Pendidikan STEM mampu melahirkan murid yang berdaya saing, dan kompetitif bagi persediaan dengan
dunia yang serba mencabar.

Sehubungan dengan itu, Penyelaras Tingkatan 4 dan Panitia Sains Sekolah Model Khas Bukit Jenun
menganjurkan Bengkel PdPc STEM: Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) dan Heimlich Manoeuvre, yang
merupakan suatu program STEM dan kesihatan bagi meningkatkan penguasaan pengetahuan murid
dalam ilmu berkaitan bantuan kecemasan. Di samping itu, bengkel ini juga mampu membimbing murid
dalam menyediakan mereka dengan ilmu dan pengetahuan berkaitan kesihatan yang berguna untuk
mereka pada masa akan datang.

2. OBJEKTIF

2.1 Mendedahkan murid dengan pengetahuan tentang Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) dan
Heimlich Manoeuvre
2.2 Mendedahkan murid dengan kemahiran bantuan kecemasan secara praktikal
2.3 Mendedahkan murid dengan skop kerjaya dalam bidang kesihatan

3. PENGISIAN PROGRAM

3.1 Perkongsian tentang Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) dan Heimlich Manoeuvre


3.2 Demonstrasi dan amali

4. ANJURAN
Penyelaras Tingkatan 4 dan Panitia Sains Sekolah Model Khas Jenun

5. SASARAN PESERTA
KELAS JUMLAH
4 Amanah 19
4 Bestari 15
4 Cekal 27
4 Damai 27
4 Ehsan 25
JUMLAH 113

4
6. TARIKH / HARI

27 Februari 2020, Khamis

7. AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi En. Abdul Samad Bin Abdul Hakim


Pengetua
Naib Pengerusi 1 Puan Aslina binti Abu Kassim
Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi 2 Pn. Zuraida Binti Ahmad
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi 3 En. Mohd Nasir Bin Saad
Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Penyelaras Puan Hasnah Binti Mohamad
Guru Kanan Kemanusiaan
Ketua Panitia Sains Puan Maidatulakmam Binti Zainuddin
Penyelia Nabilah Binti Mohd Rejab

8. TENTATIF

11.30 pagi Perkongsian tentang HIV, CPR dan Heimlich Manoeuvre


12.00 tengahari Demonstrasi dan amali
1.30 pagi Bersurai

9. ANGGARAN PERBELANJAAN

PERBELANJAAN

Bil Perkara Jumlah


1. Hadiah untuk kuiz RM 150
2. Sijil dan Cenderahati untuk penceramah RM 200
JUMLAH RM 350

10. PENUTUP

Justeru adalah menjadi harapan besar pihak Penyelaras Tingkatan 4 dan Panitia Sains Sekolah Model
Khas Bukit Jenun agar satu suasana yang baik dapat diwujudkan di Sekolah Model Khas Bukit Jenun ini.
Walaupun pelaksanaannya terhad tetapi diharapkan ianya dapat memberi kesan yang baik kepada murid.

4
Disediakan oleh : Disemak oleh :

………………………………….………… ………………………………
(MAIDATULAKMAM BINTI ZAINUDDIN) (Nabilah Binti Mohd Rejab)
Penyelaras Penyelaras Tingkatan 4
Bengkel Pdpc STEM CPR dan Heimlich Manoeuvre Sekolah Model Khas Bukit Jenun

Diluluskan oleh :

4
Pegawai Kesihatan
Pejabat Kesihatan Daerah Pendang
Jalan Sungai Tiang 06700 Pendang
KEDAH
04 - 7591773, 04 – 7594963 (Fax) 16 Februari 2020

Tuan,

MEMOHON PERKONGSIAN ILMU TENTANG HIV DAN COVID-19 SERTA KEPAKARAN KEMAHIRAN
BANTUAN KECEMASAN
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Penyelaras Tingkatan 4 bersama Panitia Sains Sekolah
Model Khas Bukit Jenun akan menganjurkan satu Bengkel PdPc STEM: Ceramah HIV dan Covid-19 serta
Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) dan Heimlich Manoeuvre seperti berikut:

Tarikh : 27 Februari 2020 (Khamis)


Tempat : Dewan Cempaka
Masa : 11.30 pagi – 1.30 petang
Peserta : Murid-murid Tingkatan 4 (seramai 113 orang)

3. Sehubungan itu saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini dengan
membenarkan pegawai dari Klinik Kesihatan Pendang yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan
dalam bidang berkenaan bagi berkongsi pengalaman dan juga melakukan demonstrasi untuk murid kami
sebagai sebahagian daripada pembelajaran mereka dalam mata pelajaran Sains. Sebarang pertanyaan
sila hubungi Puan Hasnah Binti Mohamad di talian 0194412125
4. Kerjasama daripada tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“KEDAH AMAN MAKMUR HARAPAN BERSAMA MEMAKMURKAN KEDAH”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………………….
(ABDUL SAMAD BIN ABDUL HAKIM, PJK)
Pengetua,
Sekolah Model Khas Bukit Jenun

Anda mungkin juga menyukai