Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN

DOOR TO DOOR COVID-19!


INSTITUT PENGAJIAN ISLAM DAN DAKWAH SABAH (IPDAS)

1.0 TUJUAN
Kertas cadangan ini dikemukakan bagi mendapatkan pertimbangan dan kelulusan
Pengarah Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) untuk mengadakan
program Door to Door Covid-19!

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Akibat pertambahan kes Covid-19 dari semasa ke semasa, IPDAS menyokong
penuh arahan yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN)
supaya mengekalkan pelajar di institut dan tidak melepaskan mereka untuk
pulang ke kampung. Walaupun perkara ini sungguh memberatkan hati para
pelajar, tindakan ini amat wajar bagi bersama-sama membendung dan
mengawal wabak Covid-19 daripada terus merebak.

2.2 Maka, situasi ini sudah pastinya akan meningkatkan tahap kebimbangan serta
stres dalam kalangan pelajar yang berasa terkurung di asrama di samping
pengehadan pergerakan yang wajib dipatuhi di peringkat institut. Walaupun
pihak IPDAS ada mengambil inisiatif untuk mengawal keadaan tersebut dengan
menjalankan beberapa program serta pertandingan, follow-up terhadap status
kesihatan fizikal dan mental pelajar perlu sentiasa diperiksa dari semasa ke
semasa.

2.3 Justeru, Seksyen Psikologi dan Kaunseling dengan kerjasama dengan Kelab
Pembimbing Rakan Sebaya dan Pusat Pembangunan Kecemerlangan
Mahasiswa IPDAS bekerjasama untuk menziarahi pelajar-pelajar yang berada di
asrama bagui memeriksa status fizikal dan mental di samping menyampaikan
sedikit buah tangan dan berkongsi kata-kata semangat buat para pelajar.

3.0 ASAS PERTIMBANGAN

3.1 Peningkatan wabak COVID-19 sudah semestinya mengganggu emosi dan


perasaan sebahagian pelajar IPDAS. Apa yang lebih membimbimgkan ialah
berlakunya ancaman peningkatan tahap kebimbangn, stres dan kemurungan
tanpa pihak IPDAS sedari.
3.2 Bagi menunjukkan keprihatinan pihak IPDAS terhadap pelajar, wajarlah sekali
sekala pihak pengurusan mengambil inisiatif untuk menjenguk dan menziarahi
mereka sebagai tanda sokongan terhadap mereka dalam memerangi wabak
COVID-19.

4.0 KONSEP PELAKSANAAN

Objektif pelaksanaan program ini adalah seperti berikut :


I. Mencetuskan semangat bersama dalam memerangi wabak COVID-19.
II. Menggalakkan tension release dengan berkongsi emosi dan perasaan.
III. Meningkatkan kepekaan IPDAS khusunya Cawangan Pendaftar terhadap situasi
pelajar di asrama.

4.1 PENYERTAAN / PENGLIBATAN / SASARAN


Semua pelajar IPDAS cawangan Keningau

4.2 PERINGKAT PELAKSANAAN, TARIKH, MASA DAN TEMPAT

4.2.1 Tarikh : 11, 18 dan 25 November 2020


4.2.2 Masa : 10.00 pagi
4.2.3 Tempat : Asrama IPDAS

4.3 JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

Penasihat : Tuan Mohamad Zamri bin Mohamed Shapik


Penasihat Aktiviti : Dr Baharudin bin Othman
Pengiring : Encik Muhammad Zubair bin Samsidi
Penyelaras : Encik Datu Mohd Sallehin bin Moksan
Pemantau : Encik Mohamad Syafiq bin Abd Latip
Pengarah : Puan Jundia binti Ali
Timb. Pengarah : Encik Mohd Hafizi bin Nurodin
Setiausaha : Norshafirah binti Ali
Bendahari I : Puan Norjainah binti Jasmin
AJK Kecil :
Teknikal : Encik Mohd Hamizi bin Abd Kamil
Jamuan : Puan Noraime binti Ghani

4.4 TENTATIF
Rujuk lampiran A
5.0 IMPLIKASI KEWANGAN
Anggaran perbelanjaan bagi program ini ialah sebanyak RM 640.00. Butiran lengkap
perbelanjaan adalah seperti berikut:

BIL PERKARA HARGA JUMLAH


KESELURUHAN

1 Makan dan Minum


Sarapan pagi RM 5 x 12 orang x 3 RM 180
Makan Tengahari RM 10 x 12 x 3 RM 360

2 Makanan ringan RM 100 RM 100

JUMLAH KESELURUHAN RM 640.00

4.0 SYOR
Semoga kertas cadangan ini mendapat pertimbangan dan kelulusan Pengarah Institut
Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) untuk dilaksanakan.

Disediakan oleh:

_____________________________
MOHD HAFIZI BIN NURODIN
Kaunselor
Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah

Disokong oleh:

______________________________
MUHAMMAD ZUBAIR BIN SAMSIDI
Pendaftar
Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah
LAMPIRAN A

TENTATIF PROGRAM DOOR TO DOOR COVID-19


INSTITUT PENGAJIAN ISLAM DAN DAKWAH SABAH (IPDAS)

Tarikh : 11, 18, 25 November 2020


Tempat : Asrama IPDAS

Masa Acara
8.30 pagi : Taklimat Program
9.00 pagi : Aktiviti Door To Door Covid-19 sesi 1
10:30 tgh : Rehat
11.00 pagi : Aktiviti Door To Door Covid-19 sesi 2
12.30 tgh : Sesi tamat

Anda mungkin juga menyukai