Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum WBT dan Salam sejatera

TEKS UCAPAN PERASMIAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Bismillahirahmanirahim...Assalamualaikum w.b.t...
Fowzi Bin Boman
Guru Besar.

Mohd Yunus Mohd Harif .


PK. Pentadiran

Ondorias Bokulot
PK. HEM

Pn.Sofiah Abd. Rahman


PK. Ko.Kom

Halday Abdul Hamid


PK. PPKI

Guru-guru penolongkanan, guru-guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian.Bersyukur kita
kehadrat ilahi kerana telah mengizinkan kita bersama-sama dalam majlis perasmian Penutupan
Program Bulan Kebangsaan Peringkat SK Sikuati Kudat pada hari ini.

Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini bertemakan “Malaysia Prihatin”. Tema ini
amat bertepatan dengan aspirasi seluruh rakyat MALAYSIA, sama ada penjawat awam, sektor
swasta, sukarelawan NGO mahupun orang perseorangan yang turut bersama-sama memerangi
musuh di kala ini iaitu wabak Covid-19. Manakala PRIHATIN menunjukkan inisiatif kerajaan yang
merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan rakyat Malaysia.

.Sebagai warganegara, kita seharusnya berasa bertuah menjadi sebahagian daripada


rakyatnegara yang berdaulat dan merdeka kerana kita dapat mengecapi kehidupan dalam
suasana yangharmonis, aman serta sejahtera. Dengan nikmat kemerdekaan, rakyat di negara ini
hidup lebihselesa, harmoni dan makmur serta bertolak ansur dalam menjalin hubungan sekali gus
perpaduankaum. Perpaduan adalah suatu nikmat yang amat berharga dan tidak ternilai
harganya.Oleh itu, ia perlu dibelai, dipupuk dan dipelihara dalam diri kita semua agar
kemerdekaanMalaysia dapat dipertahankan sampai bila-bila walaupun jasad, nyawa serta
maruah menjaditaruhan
Saya ingin merakamkan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah yang diketuai
oleh Guru Besar Cikgu Fauzi bin Boman sdan semua guru-guru SK Sikuati yang
amat kami sayangi kerana telah berjaya melaksanakan program yang penuh
bermakna ini bagi memartabatkan pendidikan untuk anak-anak bangsa Malaysia.

Kita amat wajar untuk bersyukur kepada Allah SWT kerana dapat menjalani
kehidupan dalam keadaan yang aman dan harmoni di negara tercinta, Malaysia.
Oleh itu, saya dengan berbekalkan semangat patriotisme mahu mengajak anda
untuk terus menyemarakkan keharmonian yang dikecapi selama ini demi Negara
yang tercinta dan sekali gus memartabat agenda untuk membina negara. Selamat
Menyambut Hari Kebangsaan 2021, Merdeka! Merdeka! Merdeka.
Dari Kelantan Ke Negeri Melaka,
Singgah Berehat di Pekan Kuantan,
Sudah 64 Tahun Malaysia Merdeka,
Hidup Aman Tiada Keperitan.
Jalur gemilang Bendera Malaysia,
Megah Berkibar Setiap Hari,
Selalulah Kita Berdoa PadaNya,
Supaya Malaysia Terus Aman Harmoni

Dengan Lafaz yang mulia, Bismillahirrahmiirrahim


Saya merasmikan majlis penutupan program bulan kebangsaan peringkat SK
Sikuati Kudat bagi tahun 2021.

Sekian terima kasih.


 

Anda mungkin juga menyukai