Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS BAHASA MELAYU, 59990 LEMBAH PANTAI,


KUALA LUMPUR.

KERTAS KERJA
BINA INSAN GURU SIRI 2
(WAJ 3114)

TEMA :
PROGRAM AMAL PENDIDIKAN

TEMPAT :
RUMAH ILHAM YAYASAN ANAK ANAK YATIM PINGGIR
TAMAN TUN DR. ISMAIL
ANJURAN :
PISMP 2A(II) AMBILAN JANUARI 2013

TARIKH :

21 SEPTEMBER 2013
1.0 TAJUK

Cadangan untuk mengadakan program Amal Pendidikan di Yayasan Anak Anak


Yatim Pinggir Taman Tun Dr. Ismail pada Hari Ahad bersamaan 21 hb September
2013.

2.0 TUJUAN

Program Amal Pendidikan ini dianjurkan dengan hasrat untuk untuk memberikan
peluang kepada para guru pelatih untuk memberikan sumbangan mahupun khidmat
kepakaran kepada ahli masyarakat. Hal ini mampu mendidik jiwa mereka agar selesa
untuk mendekatkan diri dengan masyarakat, lebih-lebih lagi dengan masyarakat yang
bergelar anak yatim agar satu jalinan ukhwah yang mampan mampu terbina. Lawatan
ini juga bertujuan untuk memenuhi keperluan program Bahagian Pendidikan Guru, iaitu
Bina Insan Guru Siri 2. Lawatan ini disifatkan sebagai peluang yang amat berharga
khususnya bagi pelajar untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman sepanjang
menjalani pengajian perguruan di IPG KBM.

3.0 LATAR BELAKANG

Program Amal Pendidikan ini merupakan aktiviti keperluan bagi melengkapkan program
wajib Bahagian Pendidikan Guru, iaitu Bina Insan Guru (siri 2). Selain itu, lawatan ini
diadakan untuk memberi satu tanggung jawab kepada guru pelatih untuk mengelola
program Bina Insan Guru, khusus untuk meningkatkan sifat kepimpinan dan ketahanan
diri setiap guru pelatih. Lawatan ini juga bertujuan untuk menyahut seruan kerajaan
yang berkehendakkan remaja atau belia masa kini mampu menjadi penyumbang utama
dalam bidang sukarelawan sekaligus melenyapkan tanggapan pelbagai pihak yang
menganggap remaja sebagai perosak Negara. Dalam pada itu, melalui pelaksanaan ini
juga diharapkan agar semua guru pelatih dapat menimba sejuta pengalaman sebagai
bekalan sebelum memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik kelak.
4.0 ASAS PERTIMBANGAN

Program Bina Insan Guru ( BIG ) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang
mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan
diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara,
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan
guru merupakan usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan
berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah
pembina generasi negara. Antara objektif BIG ialah :-

4.1 Memberi peluang kepada guru pelatih untuk memberikan sumbangan


kepakaran serta khidmat bakti dalam apa jua bidang kepakaran yang bersesuaian
dengan kehendak masyarakat setempat.

4.2 Mendedahkan kepada guru pelatih mengenai pengurusan sesuatu program


dengan jayanya

4.3 Melatih bakal guru dalam aspek interaksi serta perhubungan agar mampu
menjalinkan ikatan ukhwah sesama insan.

4.4 Mendedahkan kepada guru pelatih dengan aktiviti luar supaya guru pelatih dapat
menimba pengalaman.

4.5 menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.

4.6 Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam


melaksanakan tugas secara berkumpulan.

4.7 Berupaya berfikir secara refleksif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan
kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan.
5.0 CADANGAN PELAKSANAAN

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti tersebut adalah seperti berikut :

5.1 Tajuk Projek : Program Amal Pendidikan

5.2 Tarikh : 21 September 2013

5.3 Hari : Sabtu

5.4 Masa : 0700 - 0530

5.5 Tempat : No 2, Jalan 5/71B, Pinggir Taman Tun Dr Ismail, Jalan


Damansara, 60000 Kuala Lumpur.

5.6 Sasaran : Pelajar PISMP 2A (II) ambilan Januari 2013 (Lampiran 1)

5.7 Senarai nama jawatankuasa : Pelajar PISMP 2A(II) ambilan Januari 2013
(Lampiran 2)

5.8 Cadangan tentatif program : ( Sila rujuk lampiran 3)

6.0 IMPLIKASI

Implikasi daripada aktiviti ini ialah :

6.1 Kewangan : Perbelanjaan perlu dikeluarkan bagi merealisasikan aktiviti ini.


Perbelanjaan seperti dalam Lampiran 4.

6.2 Bahan : buku-buku rujukan bagi menjayakan program Amal Pendidikan

7.0 SYOR

Program Amal Pendidikan ini merupakan program yang julung kali dianjurkan oleh
pelajar PISMP 2A (ii) ambilan Januari 2013, IPG KBM, KL. Program yang dirancang
adalah bertepatan dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melahirkan
guru yang serba boleh dalam segenap aspek. Diharapkan agar program ini berjaya
dilaksanakan dan dapat memberikan sejuta pengalaman yang cukup berharga buat
semua peserta. Ada pepatah yang mengatakan, pengalaman yang paling berharga
bukan ditemui melalui bacaan, tetapi melalui perlakuan yang memberikan seribu satu
rasa tentang sesuatu perkara itu. Semoga apa yang kami rancangkan ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya serta dapat diaplikasikan ilmu dan manfaatnya secara
bersama. Kami memohon pihak tuan untuk mempertimbangkan aktiviti yang telah kami
rancang seterusnya meluluskan program Amal Pendidikan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

..

( Nur Diyana binti Mohd Zakaria ) (Puan Habsah binti Majid )

Setiausaha, Mentor,

Program Bina Insan Guru Siri 2 Program Amal Pendidikan,

Institut Pendidikan Guru, Institut Pendidikan Guru,

Kampus Bahasa Melayu, Kampus Bahasa Melayu,

Kuala Lumpur. Kuala Lumpur.

Disahkan oleh,

( DATIN SITI HANIFAH BINTI MADARSA )

Pengarah,

Institut Pendidikan Guru

Kampus Bahasa Melayu,

Kuala Lumpur.
LAMPIRAN 1

SENARAI NAMA PESERTA BINA INSAN GURU SIRI 2

BIL. NAMA NO. K/P

1. MARIANSHAH BIN SARUDIN 920407125553


2. MOHD. ELMIN BIN MARISHMSUDIN 930219136043
3. MOHD KHAIRIL AZHAIRIN BIN JIKUP 930223126315
4. MOHD SYAFIQ SHOLEHAN BIN ABDUL KARIM 930823126781
5. MUHD QURATULIKWAN BIN SUHAILIE 930827136573
6. STANLY JAYA 931106136201
7. NOR SHAFILAH BINTI KASSIM 930607125944
8. NUR DIYANA BINTI MOHD ZAKARIA 931227015158
9. NUR HIDAYAH BINTI MOHD ZABIDI 930221085812
10. NUR IZZATI BINTI NAN AZMIE 931024105372
11. SITI MARIDAH BINTI MUJAD 930707126602
12. SITI NORSULIANA BINTI NOOR AZRI 930213105924
13. SITI RASHIDAH BINTI RAMALI 930202125110
14. VIETTYLEA GIPIN 930711126082
15. WYNA ANAK THOMAS 930519136168
LAMPIRAN 2

SENARAI AHLI JAWATANKUASA

Penaung : Datin Siti Hanifah binti Madarsa

Pensyarah Penasihat : Puan Habsah binti Majid


(Mentor)
Pengerusi : Mohd Elmin bin Marishmsudin

Timbalan Pengerusi : Siti Norsuliana bt Noor Azri

Setiausaha : Nur Diyana binti Mohd Zakaria

Naib Setiausaha : Mohd Syafiq Solehan Bin Abd.Karim

Bendahari : Nur Izati bin Nan Azmie

Naib bendahari : Muhd Quratulikwan Bin Suhailie

Ahli Jawatankuasa

AJK Buku Program : Wyna Anak Thomas

AJK Aktiviti : Siti Maridah Mujad (K)


Viettylea Gipin

AJKPengangkutan
(keselamatan) : Mohd Khairil Azhairin bin Jikup

AJK Dokumentasi : Siti Rashidah Ramali (K)


Nur Hidayah binti Mohd Zabidi

AJK Kebersihan : Nor Shafilah Kassim

AJK Peralatan : Stanly Jaya Tan

AJK Kerohanian : Marianshah bin Sarudin


LAMPIRAN 3

TENTATIF PROGRAM BINA INSAN GURU SIRI 2

MASA AKTIVITI

0700 0800 Bertolak dari IPGKBM ke Rumah Ilham

0800 1000 Senaman pagi


Ice breaking

1000 1100 Rehat

1100 1300 SLOT 1


Gerak Gempur

1300 1400 Rehat (solat Zuhur dan makan)

1400 1630 SLOT 2


Mini Exam
Penyerahan Cenderamata

1630 - 1730 Bertolak ke IPGKBM


LAMPIRAN 4

IMPLIKASI KEWANGAN

Pendapatan

1. Kutipan daripada pelajar PISMP 2A (II)

Ambilan Januari 2013 (RM50 15 )

Jumlah RM 750.00

Perbelanjaan

Bil Perbelanjaan Bil. Hadiah / Nilai Jumlah Nilai


Orang

1 Cenderamata 5 RM 20 RM 100

2 Jamuan

Rehat 15 RM 5 RM 75

Tengahari 15 RM 10 RM 150

3 Pelbagai RM 200 RM 200

JUMLAH RM 525

Anda mungkin juga menyukai