Anda di halaman 1dari 28

BINA INSAN GURU 2013

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat ilahi dengan izin-Nya kami dapat menyiapkan tugasan


Bina Insan Guru dengan jayanya. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kerana memilih
kami untuk meneruskan pelajaran di sini. Pihak kementerian telah memilih kami
dalam kebanyakkan calon yang mengisi borang untuk masuk ke Institut Pendidikan
Guru Malaysia ( IPGM ). Kami bersyukur sekali kerana telah terpilih utuk
meneruskan pelajaran di sini. Sekali lagi kami ucapkan terima kasih kepada pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ). Ucapan terima kasih seterusya saya ingin
sampaikan kepada pensyarah pembimbing, Puan Hapsah binti Majid kerana
memberikan tunjuk ajar kepada kami tentang cara-cara untuk menyiapkan tugasan
ini dan beliau juga tidak pernah berasa jemu dalam mendidik kami menjadi pelajar
yang berilmu dan berpengetahuan luas.

Ucapan ribuan terima kasih juga saya sampaikan kepada rakan-rakan


sekelas yang banyak membantu kami berkongsi maklumat dan bahan untuk kami
sama-sama menyiapkan tugasan ini. Kami juga saling memberi pandangan dan
pendapat masing-masing berkaitan dengan kerja kursus ini, supaya kami dapat
memperbaiki lagi kerja kursus ini serta menghasilkan kerja kursus yang lebih
berkualiti.

Selain daripada itu juga, tidak lupa buat kedua ibu bapa kami yang telah
banyak memberi sumbangan dan pengorbanan yang sangat besar buat kami
selama ini, dalam ingin menjadikan kami insan yang berjaya dan berjasa kepada
masyarakat dan negara. Ibu bapa juga selalu memberi sokongan dan dorongan
dalam setiap pekerjaan yang kami lakukan, hal ini demikian kerana ibu bapa ingin
melihat anak-anaknya membuat keputusan yang betul dalam apa pekerjaan
sekalipun.

Oleh itu, sekali lagi kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat dalam menjayakan tugasan ini secara langsung mahupun
secara tidak langsung.

Sekian, Terima Kasih.

1
BINA INSAN GURU 2013

KERTAS CADANGAN

PROGRAM BINA INSAN GURU FASA II


PISMP 2Aii

2
BINA INSAN GURU 2013

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS BAHASA MELAYU,
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR.

KERTAS KERJA
BINA INSAN GURU SIRI 2
(WAJ 3114)

TEMA :

KEMASYARAKATAN

TEMPAT :

PANTAI JERAM KUALA SELANGOR

ANJURAN :

PISMP 2A (II) AMBILAN JANUARI 2013

TARIKH :

22 SEPTEMBER 2013 (AHAD)

3
BINA INSAN GURU 2013

1.0 TAJUK

Mengadakan program Amal Gotong - Royong di Pantai Jeram, Kuala Selangor


pada 22 September 2013.

2.0 TUJUAN

Program Bina Insan Guru ini dianjurkan dengan hasrat untuk memberikan peluang
kepada para guru pelatih untuk memberikan sumbangan dan khidmat sosial kepada
ahli masyarakat. Hal ini mampu mendidik jiwa guru pelatih untuk sentiasa bersedia
menabur bakti kepada masyarakat dan alam sekitar. Aktiviti ini juga bertujuan untuk
memenuhi keperluan program Bahagian Pendidikan Guru, iaitu Bina Insan Guru Siri
2 yang bertema kemasyarakatan. Aktiviti ini merupakan peluang yang amat
berharga khususnya bagi pelajar untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman
sepanjang menjalani pengajian perguruan di IPG Kampus Bahasa Melayu.

3.0 LATAR BELAKANG

Program Bina Insan Guru ini merupakan aktiviti keperluan bagi melengkapkan
program wajib Bahagian Pendidikan Guru, iaitu Bina Insan Guru (siri 2). Selain itu,
lawatan ini diadakan untuk memberi satu tanggungjawab kepada guru pelatih untuk
mengelola sendiri program Bina Insan Guru, khusus untuk meningkatkan sifat
kepimpinan dan cara pengurusan setiap guru pelatih. Lawatan ini juga bertujuan
untuk menyahut seruan kerajaan yang berkehendakkan remaja atau belia masa kini
yang mampu menjadi penyumbang utama dalam aktiviti kemasyarakatan sekaligus
melenyapkan tanggapan pelbagai pihak yang menganggap remaja Malaysia sebagai
perosak Negara. Oleh itu, melalui pelaksanaan ini juga diharapkan agar semua guru
pelatih dapat menimba ilmu dan pengalaman sebagai bekalan sebelum memikul
tanggungjawab sebagai seorang pendidik kelak.

4
BINA INSAN GURU 2013

4.0 ASAS PERTIMBANGAN

Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang
mempunyai akhlak yang baik, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan
diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara,
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan
guru merupakan usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan
berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah
pembina generasi negara. Antara objektif BIG ialah :-

4.1 Memberi peluang kepada guru pelatih untuk memberikan sumbangan


kepakaran serta khidmat bakti dalam apa jua bidang kepakaran yang bersesuaian
dengan kehendak masyarakat setempat.

4.2 Mendedahkan kepada guru pelatih mengenai pengurusan sesuatu program


dengan jayanya

4.3 Melatih bakal guru dalam aspek interaksi serta perhubungan agar mampu
menjalinkan ikatan ukhwah sesama insan.

4.4 Mendedahkan kepada guru pelatih dengan aktiviti luar supaya guru pelatih
dapat menimba pengalaman.

4.5 Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.

4.6 Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam


melaksanakan tugas secara berkumpulan.

4.7 Berupaya berfikir secara refleksif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan
dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan.

5
BINA INSAN GURU 2013

5.0 CADANGAN PELAKSANAAN

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti tersebut adalah seperti berikut :

5.1 Tajuk Projek : Program Amal Gotong Royong

5.2 Tarikh : 22 September 2013

5.3 Hari : Ahad

5.4 Masa : 0700 - 0530

5.5 Tempat : Pantai Jeram Kuala Selangor

5.6 Sasaran : Pelajar PISMP 2A (II) ambilan Januari 2013 (Lampiran 1)

5.7 Senarai nama jawatankuasa : Pelajar PISMP 2A(II) ambilan Januari 2013
(Lampiran 2)

5.8 Cadangan tentatif program : ( Sila rujuk lampiran 3)

6.0 IMPLIKASI

Implikasi daripada aktiviti ini ialah :

6.1 Kewangan : Perbelanjaan perlu dikeluarkan bagi merealisasikan aktiviti ini.


Perbelanjaan seperti dalam Lampiran 4.

6.2 Bahan : buku-buku rujukan bagi menjayakan program Amal Pendidikan

7.0 SYOR

Program Bina Insan Guru ini merupakan program yang julung kali dianjurkan oleh
pelajar PISMP 2A (ii) ambilan Januari 2013, IPG KBM, KL. Program yang dirancang
adalah bertepatan dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melahirkan
guru yang serba boleh dalam segenap aspek. Diharapkan agar program ini berjaya
dilaksanakan dan dapat memberikan sejuta pengalaman yang cukup berharga buat
semua peserta. Ada pepatah yang mengatakan, pengalaman yang paling berharga
bukan ditemui melalui bacaan, tetapi melalui perlakuan yang memberikan seribu
satu rasa tentang sesuatu perkara itu. Semoga perancangan ini dapat dilaksanakan
dengan jayanya serta dapat berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Kami memohon

6
BINA INSAN GURU 2013

pihak tuan untuk mempertimbangkan aktiviti yang telah kami rancang seterusnya
meluluskan program Amal Gotong Royong.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

..

( Nur Diyana binti Mohd Zakaria ) (Puan Hapsah binti Majid )


Setiausaha, Mentor,
IProgram Bina Insan Guru Siri 2 , PISMP 2A (II)
Institut Pendidikan Guru, Institut Pendidikan Guru,
Kampus Bahasa Melayu, Kampus Bahasa Melayu,
Kuala Lumpur. Kuala Lumpur.

Disahkan oleh,

( DATIN SITI HANIFAH BINTI MADARSA )


Pengarah,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Bahasa Melayu,
Kuala Lumpur.

7
BINA INSAN GURU 2013

LAMPIRAN 1

BIL. NAMA NO. K/P

1. MARIANSHAH BIN SARUDIN 920407125553


2. MOHD. ELMIN BIN MARISHMSUDIN 930219136043
3. MOHD KHAIRIL AZHAIRIN BIN JIKUP 930223126315
4. MOHD SYAFIQ SHOLEHAN BIN ABDUL KARIM 930823126781
5. MUHD QURATULIKWAN BIN SUHAILIE 930827136573
6. STANLY JAYA TAN 931106136201
7. NOR SHAFILAH BINTI KASSIM 930607125944
8. NUR DIYANA BINTI MOHD ZAKARIA 931227015158
9. NUR HIDAYAH BINTI MOHD ZABIDI 930221085812
10. NUR IZZATI BINTI NAN AZMIE 931024105372
11. SITI MARIDAH BINTI MUJAD 930707126602
12. SITI NORSULIANA BINTI NOOR AZRI 930213105924
13. SITI RASHIDAH BINTI RAMALI 930202125110
14. VIETTYLEA GIPIN 930711126082
15. WYNA ANAK THOMAS 930519136168
16. FERRA AVILA DENIS 920418126420

8
BINA INSAN GURU 2013

LAMPIRAN 2

SENARAI AHLI JAWATANKUASA

Penaung : Datin Siti Hanifah binti Madarsa

Pensyarah Penasihat : Puan Hapsah binti Majid


(Mentor)
Pengerusi : Mohd Elmin bin Marishmsudin

Timbalan Pengerusi : Siti Norsuliana bt Noor Azri

Setiausaha : Nur Diyana binti Mohd Zakaria

Naib Setiausaha : Mohd Syafiq Sholehan Bin Abd.Karim

Bendahari : Nur Izati bin Nan Azmie

Naib Bendahari : Mohd Quratulikhwan bin Suhailie

Ahli Jawatankuasa

AJK Buku Program : Wyna Anak Thomas

AJK Aktiviti : Siti Maridah Mujad (K)


: Viettylea Gipin

AJKPengangkutan
(keselamatan) : Mohd Khairil Azhairin bin Jikup

AJK Dokumentas : Siti Rashidah Ramali (K)


: Nur Hidayah binti Mohd Zabidi

AJK Kebersihan : Nor Shafilah binti Kassim

AJK Peralatan : Stanly Jaya Tan

AJK Kerohanian : Marianshah bin Sarudin

9
BINA INSAN GURU 2013

LAMPIRAN 3

TENTATIF PROGRAM BINA INSAN GURU SIRI 2

MASA AKTIVITI

0630-0800 Bertolak dari IPGKBM ke Pantai Jeram, Kuala Selangor

0800-0830 Sarapan pagi

0830 0900 Taklimat aktiviti gotong-royong

0900-1130 Gotong-royang membersihkan kawasan pantai

1130-1330 Rehat (solat Zuhur, BBQ dan makan)

1330-1530 Gotong-royong menanam pokok di sekitar pantai

1530-1630 Sukaneka

1630-1700 Majlis penutupan dan penyampaian cenderamata

1700-1800 Bertolak balik ke IPGKBM

10
BINA INSAN GURU 2013

LAMPIRAN 4

IMPLIKASI KEWANGAN

Pendapatan

1. Kutipan daripada pelajar PISMP 2A (II)

Ambilan Januari 2013 (RM50 15 )

Jumlah RM 750.00

Perbelanjaan

Bil Perbelanjaan Bil. Hadiah / Nilai Jumlah Nilai


Orang

1 Cenderamata 5 RM 20.00 RM 100.00

2 Jamuan

Rehat 15 RM 5.00 RM 75.00

Tengahari 15 RM 10.00 RM 150.00

3 Pelbagai RM 200.00 RM 200.00

JUMLAH RM 525.00

11
BINA INSAN GURU 2013

LAPORAN

PROGRAM BINA INSAN GURU FASA II


PISMP 2Aii

12
BINA INSAN GURU 2013

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU,

KUALA LUMPUR

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 2 KHIDMAT MASYARAKAT

PISMP SEMESTER 2A (II)

TARIKH : 22 september 2013

MASA : 7.00 5.30 petang

TEMPAT : Pantai Jeram, Kuala Selangor.

1.0 PENGENALAN

Program Bina Insan Guru Siri 2 kali ini telah dijalankan dengan jayanya. Program
ini bertemakan kemasyarakatan oleh itu, kami telah melaksanakan aktiviti amal
gotong rotyong pembersihan kawasan pantai dan menanam pokok di Pantai
Jeram, Kuala Selangor. Aktiviti ini juga kami jalankan dengan penyeliaan dan
bimbingan daripada mentor kami iaitu Puan Hapsah. Program seperti ini sangat
sesuai kepada kami sebagai bakal guru kerana kami dapat diberikan peluang
untuk menyumbangkan khidmat bakti kami kepada masyarakat. Selain itu,
program ini juga dapat mendidik jiwa kami agar sentiasa bersedia menabur bakti
kepada masyarakat lebih-lebih lagi kepada anak didik kami apabila kami
bergelar sebagai seorang guru kelak. Program ini juga dapat melahirkan bakal
guru yang berkualiti dan fleksibel dalam pelbagai hal terutamanya dalam
menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan isu semasa.

13
BINA INSAN GURU 2013

2.0 PENYERTAAN
Program Bina Insan Guru siri 2 ini telah dihadiri oleh pelajar PISMP Semester 2A
seramai 16 orang dan seorang pensyarah pembimbing merangkap mentor
kepada kelas PISMP 2A, Puan Hapsah binti Majid.

SENARAI NAMA PESERTA PROGRAM BINA INSAN GURU SIRI 2

BIL. NAMA NO.KP


1 MARIANSHAH BINSARUDIN 920407125553
2 MOHD. ELMIN BIN MARISHMSUDIN 930219136043
3 MOHD KHAIRIL AZHAIRIN BIN JIKUP 930223126315
4 MOHD SYAFIQ SHOLEHAN BIN ABDUL 930823126781
KARIM
5 MUHD QURATULIKWAN BIN SUHAILIE 930827136573
6 STANLY JAYA TAN 931106136201
7 NOR SHAFILAH BINTI KASSIM 930607125944
8 NUR DIYANA BINTI MOHD ZAKARIA 931227015158
9 NUR HIDAYAH BINTI MOHD ZABIDI 930221085812
10 NUR IZZATI BINTI NAN AZMIE 931024105372
11 SITI MARIDAH BINTI MUJAD 930707126602
12 SITI NORSULIANA BINTI NOOR AZRI 930213105924
13 SITI RASHIDAH BINTI RAMALI 930202125110
14 VIETTYLEA GIPIN 930711126082
15 WYNA ANAK THOMAS 930519136168
16 FERRA AVILA DENIS 920418126420

14
BINA INSAN GURU 2013

3.0 PERJALANAN PROGRAM

Program ini telah dijalankan pada tarikh seperti yang telah dicadangkan dalam
kertas cadangan iaitu 22 september 2013. Masa program iaitu 6.30 pagi
sehingga 5 petang bertempat di Pantai Jeram, Kuala Selangor.
Pada jam 6.30 pagi kami telah bertolak dari IPG KBM ke Pantai Jeram, Kuala
Selangor. Tiba pada pukul 8.30 pagi dan seterusnya mendengar taklimat dari
mentor mengenai aktiviti yang akan dijalankan seperti menjalankan aktiviti amal
gotong-royong membersihkan kawasan sekitar pantai. Kami menjalankan aktiviti
gotong-royong secara berkumpulan dan semua peserta terlibat. Selepas aktiviti
membersihkan kawasan pantai, aktiviti seterusnya ialah menanam pokok.
Selesai menanam pokok kami juga mengakhiri aktiviti kami di pantai dengan
aktiviti sukaneka mengikut kumpulan yang telah ditetapkan.
Seterusnya, aktiviti diteruskan dengan BBQ para peserta di Pantai Jeram.
Sebelum bergerak balik untuk makan tengah hari di rumah mentor, peserta telah
singgah solat Zuhur di Masjid Jamek Al-Ridhuan Pekan Jeram. Pada pukul 4.30
majlis penutupan Program Bina Insan Guru Siri 2 telah diadakan dan telah
disempurnakan dengan ucapan daripada pensyarah pembimbing kami iaitu
mentor kelas PISMP 2A(ii), Puan Hapsah binti Majid. Majlis penutup juga
diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang aktiviti
sukaneka. Seterusnya penyampaian cenderamata kepada mentor sebagai tanda
penghargaan dan terima kasih. Majlis bersurai pada pukul 5 petang dan peserta
bertolak balik ke IPG KBM.

15
BINA INSAN GURU 2013

4.0 PENUTUP

Pada akhir program ini kami telah mendengar ucapan daripada mentor kami
sendiri dan sekaligus menutup program Bina Insan Guru siri 2 pada tahun 2013.
Ucapan syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta PISMP semester
2A yang terlibat dalam menjayakan program ini. Secara keseluruhannya,
program ini telah mencapai objektif yang dicadangkan seperti memberikan
pendedahan kepada guru pelatih mengenai pengurusan sesuatu program
dengan jayanya di samping guru pelatih diberi peluang untuk memberikan
sumbangan kepakaran serta khidmat bakti dalam apa jua bidang kepakaran
yang bersesuaian dengan kehendak masyarakat setempat. Selain itu, guru
pelatih mampu menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan
seterusnya memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan
bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan.

Dilaporkan oleh,

_________________________
(SITI MARIDAH BINTI MUJAD)
Peserta
Program Bina Insan Guru Siri 2

16 Oktober 2013

16
BINA INSAN GURU 2013

LAPORAN AKTIVITI

SEBELUM:

Peserta bertolak dari IPG KBM ke Pantai Jeram, Kuala Selangor dengan menaiki
bas IPG KBM pada pukul 6.30 pagi.

Peserta dan mentor tiba di Pantai Jeram, Kuala Selangor pada pukul 8:30 pagi.

17
BINA INSAN GURU 2013

SEMASA :

Aktiviti membersihkan kawasan sekeliling Pantai Jeram, Kuala Selangor.

Semua peserta turut terlibat dalam aktiviti amal gotong-royong tersebut.

18
BINA INSAN GURU 2013

19
BINA INSAN GURU 2013

Selesai aktiviti membersihkan kawasan pantai aktiviti seterusnya ialah aktiviti


menanam pokok di sekitar kawasan pantai.

Aktiviti sukaneka yang dilaksanakan oleh AJK aktiviti dalam program ini. Aktiviti
sukaneka ini melibatkan semua peserta yang dibahagiakan kepada 4 kumpulan.

20
BINA INSAN GURU 2013

SELEPAS :

Aktiviti BBQ

Singgah solat Zohor di Masjid Jamek Al-Ridhuan Pekan Jeram

21
BINA INSAN GURU 2013

Makan tengah hari di rumah mentor

22
BINA INSAN GURU 2013

Majlis penutupan Program Bina Insan Guru Siri 2. Majlis disempurnakan dengan
ucapan dari mentor Kelas PISMP Semester 2A (ii), Puan Hapsah binti Majid.

Penyampaian hadiah kepada pemenang permaianan aktiviti sukaneka dan


cenderamata kepada mentor.

Majlis penutupan berakhir dan peserta bertolak balik ke IPG KBM pada pukul 5
petang.

23
BINA INSAN GURU 2013

REFLEKSI INDIVIDU

24
BINA INSAN GURU 2013

REFLEKSI INDIVIDU

SITI MARIDAH BINTI MUJAD

NO.MATRIK: 2013340024

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana saya dan rakan sekelas saya
telah berjaya melaksanakan Program Binan Insan Guru (BIG) Siri 2 bagi semester 2
pada tahun 2013. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Puan Hapsah binti
selaku mentor kelas PISMP 2A(ii). Hasil daripada bimbingan dan taklimat yang telah
diberikan akhirnya kami mampu melaksanakan program ini dengan mudah. Segala
tunjuk ajar beliau sangat kami hargai.

Melalui program BIG ini, banyak manfaat yang saya perolehi antaranya saya
dapat pendedahan awal tentang cara menguruskan sesuatu program seperti ini
yang memerlukan pengurusan yang baik dan teratur melalui proses-proses tertentu,
seperti mencadangkan kertas kerja. Dalam menyediakan satu kertas kerja penilitian
amatlah penting bagi memastikan maklumat yang diperlukan dapat disampaikan dan
jelas agar pihak tertentu dalam memberi pertimbangan untuk meluluskan suatu
kertas kerja. Misalnya, implikasi kewangan dan barang yang diperlukan. Oleh hal
demikian, program seperti ini amat bersesuaian kepada bakal guru untuk melatih diri
dalam sistem pengurusan.

Selain itu, faedah melalui program ini juga termasuklah pengalaman dalam
melaksanakan amal gotong-royong membersihkan kawasan pantai iaitu lebih
kepada khidmat masyarakat. Program ini dapat mendidik diri saya agar lebih
bersedia menaburkan bakti kepada masyarakat mahupun anak-anak murid apabila
bergelar seorang guru kelak. Pada pendapat saya, guru pelatih perlulah mempunyai
kebolehan dari pelbagai aspek bukan sahaja intelek dan fizikal tetapi juga sosial. Hal
ini kerana, seorang guru akan berdepan dengan situasi yang lebih mencabar dan
berhadapan dengan masyarakat yang lebih memerlukan pertolongan. Program ini
dapat memupuk akhlak yang baik kepada guru pelatih yang bakal menjadi role
model di sekolah kelak.

Di samping itu, program BIG ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri
seorang guru seperti prihatin, kerjasama, dan berbudi bahasa. Hal ini kerana

25
BINA INSAN GURU 2013

sebagai seorang guru haruslah lebih peka terhadap keadaan sekitar dan
mengetahui perkembanagan semasa. Hal ini kerana, dalam menyelesaikan sesuatu
masalah seorang guru perlulah bijak mengambil keputusan dan dapat membuat
keputusan yang bijak. Program seperti ini, menyedarkan saya sebagai seorang guru
pelatih bahawa nilai-nilai murni seperti ini sangat penting agar dapat diterapkan ke
dalam diri sendiri dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Contohnya,
mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain, mengamalkan budi
bahasa yang baik ketika berinteraksi dengan masyarakat luar dan saling membantu.

Menerusi program ini, saya juga mendapat pengalaman yang sangat


berharga khususnya berkaitan dengan aktiviti amal yang telah dijalankan
memerlukan komitmen yang sangat tinggi agar dapat membentuk kerjasama dalam
kumpulan. Cadangan mahupun pendapat rakan-rakan lain semasa persiapan
sebelum melaksanakan aktiviti saya anggap sebagai suatu perkongsian ilmu dalam
kemahiran belajar secara langsung mahupun sebaliknya. Selain daripada itu, ia juga
proses pembentukan disiplin diri serta tanggungjawab kerana dalam melaksanakan
pelbagai aktiviti ini bagi memastikan program ini berjaya dilaksanakan tanpa
sebarang masalah.

Tuntasnya, program BIG ini amat berguna kepada bakal-bakal guru sebagai
satu persediaan tugas untuk memastikan kualiti dan memantapkan diri untuk
menjadi seorang guru yang fleksibel yang berkemahiran tinggi dan dapat bergaul
dengan masyarakat luar serat boleh dijadikan contoh kepada para pelajar di sekolah
kelak. Harapan saya agar program sebegini dapat diteruskan kepada para guru
pelatih. Sekian, terima kasih.

26
BINA INSAN GURU 2013

NAMA: MOHD SYAFIQ SHOLEHAN BIN ABD.KARIM

NO KAD PENGENALAN : 930823-12-6781

Bersyukur kepada hadrat Ilahi kerana saya diberi peluang lagi untuk
mengikuti program khidmat masyarakat bersempena dengan kursus Bina Insan
Guru (BIG) yang telah dilaksanakan di Pantai Jeram, Kuala Selangor, Selagor Darul
Ihsan pada 22 September 2013 yang lepas. Sebenarnya saya sentiasa menanti-
nantikan khidmat masyarakat ini sepanjang semester ini, selepas saya mengikuti
perkhemahan BIG pada semester yang lepas kerana saya percaya bahawa ia akan
memberikan satu pengalaman yang luar biasa dan mendalam bagi saya.

Saya berasa begitu bersyukur dan sangat gembira selepas menjalankan


program khidmat masyarakat ini. Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang
telah saya dapat dan perolehi daripada aktiviti ini. Sebagai satu aktiviti yang wajib
dijalankan dalam program PISMP, kami telah melaksanakan Program Khidmat
Masyarakat yang telah dirancang dalam program Insan Guru.

Untuk Program Khidmat Masyarakat ini, kami memilih untuk melakukan


gotong-royong membersihkan kawasan pantai di Pantai Jeram Kuala Selangor.
Aktiviti ini memberikan kesedaran saya akan pentingnya kerjasama demi untuk
mencapai sesuatu objektif. Kali ini kami perlu bekerjasama dalam satu kumpulan
untuk memastikan pantai yang kami kunjungi bersih dan semua pokok yang kami
bawa telah selesai ditanam semuanya.

Program Khidmat Masyrakat ini telah berakhir pada pukul 5 petang. Program
ini dapat memberikan pendedahan kepada kami sebagai seorang bakal guru untuk
merancang sebuah program dan seterusnya belajar akan tatacara pengurusan
dalam sesuatu organisasi. Ia juga memberi peluang kepada pelajar untuk menabur
bakti kepada masyarakat yang memerlukan. Disamping itu, ia dapat memupuk
semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanaakan
tugasan secara berkumpulan. Saya berpendapat program ini memang sangat bererti
dan membawa banyak manfaat kepada saya.

Maka ternyata di sini bahawa banyak manfaat yang saya dapat daripada
aktiviti yang dijalankan sepanjang khidmat masyarakat ini. Semua pengalaman dan

27
BINA INSAN GURU 2013

pengetahuan yang saya dapat akan saya aplikasikan dalam kehidupan seharian
agar dapat menjadi seorang guru yang lebih jitu dan serba boleh.

Secara keseluruhannya, program khidmat masyarakat ini dijalankan dengan


lancar dan juga telah menepati matlamatnya untuk membentuk insan guru yang
sempurna. Ini merupakan kaedah yang baik untuk membentuk insan guru yang
berakhlak mulia, mempunyai semangat juang yang tinggi, dapat menyesuaikan diri
dalam apa-apa jua keadaan, dan juga dapat mengatasi sebarang cabaran atau
rintangan, lantas melahirkan guru yang seimbang. Program ini juga akan dapat
memberi pendedahan kepada guru pelatih agar sentiasa bersedia untuk mendidik
anak bangsa walau di mana mereka akan ditempatkan kelak. Bukan itu sahaja,
diharapkan program ini turut akan menyediakan mental dan rohani guru pelatih agar
mereka akan bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada negara. Akhir kata,
saya berasa seronok dan bersemangat selepas menyertai program khidmat
masyarakat ini.

28

Anda mungkin juga menyukai