Anda di halaman 1dari 10

KELAB PELAJAR OUM PP ALOR SETAR / PERLIS

DOKUMENTASI PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI (CSR)

MPU 3412

SEMESTER MEI 2018

ANJURAN PELAJAR MPU3412 BAGI SEMESTER MEI 2018 BERSAMA


KELAB PELAJAR OUM PP ALOR SETAR/PERLIS.
PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI (CSR)
MPU3412
SEMESTER MEI / TAHUN 2018

TEMA

Iftar Jamaie, Semarak Ramadhan.

NAMA PROJEK

Mengindahkan kawasan Pusat Pembelajaran PP OUM Alor Setar/Perlis sempena Majlis Iftar
Semarak Ramadan dan program edaran Bubur Lambuk 1439 Hijrah.

PENGENALAN

Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat untuk mendapat pahala
yang berlipat ganda. Program ini dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan untuk
mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran
pahala dari Allah, serta dapat memberikan penghayatan dan pengajaran dalam penghayatan
Ramadhan.

Projek ini berhasrat mendedahkan pelajar kepada pengaplikasian pengetahuan, kemahiran


dan nilai sivik dan kewarganegaraan dengan komuniti. Selain itu, memberi sumbangan
kepada masyarakat dan negara ia juga bertujuan melahirkan warganegara yang patriotik,
prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.
OBJEKTIF

1. Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti serta


mendekatkan diri dengan masyarakat.
2. Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil peranan
secara peranan secara aktif dalam kumpulan.
3. Memupuk semangat setia kawan dan berpasukan serta melahirkan pelajar yang
berketrampilan dan mempunyai disiplin yang tinggi.
4. Meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap
peserta.
5. Menanam rasa syukur kepada Tuhan atas segala nikmat yang telah dikurniakan.
6. Membantu mengindahkan Pusat Pembelajaran OUM Alor Setar/Perlis sempena bulan
Ramadhan dengan harapan pelajar-pelajar lain akan bersemangat menuntut ilmu
dengan jayanya.

PELAKSANAAN

Tarikh Perlaksanaan : 02 Jun 2018 (Sabtu)


Tempoh Program : 1 hari sahaja
Tempat : Lobi Utama, OUM Alor Setar/Perlis.
Alamat : 559, Jalan Langgar, Bandar Alor Setar, 05000 Alor
Setar, Kedah Darul Aman.
Masa : Sesi 1: 4.00 petang hingga 7.00 malam
Sesi 2: 7.00 malam hingga 9.00 malam
Jumlah Peserta : 40 orang
- 22 pelajar MPU3412
- 10 Staff OUM
- 8 AJK Kelab Pelajar.
TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI

Pendaftaran dan sesi taklimat oleh:


1. Pengarah OUM PP Alor Setar/Perlis
4.00 petang – 4.15 petang
2. Pengerusi Kelab Pelajar
3. Ketua Kumpulan (CSR MPU3412 / Mei 2018)

4.15 petang – 4.30 petang Pre-packing dan persiapan edaran bubur lambuk

Edaran bubur lambuk dikawasan persekitaran OUM Alor


4.00 petang – 5.00 petang
Setar/Perlis
Program CSR (Sesi 1):
5.00 petang – 7.00 petang mengindahkan kawasan pusat pembelajaran sempena Majlis
Iftar
1. Sesi Tazkirah Ringkas,
7.00 petang – 8.00 malam 2. Majlis Iftar di lobi Utama OUM, PP Alor Setar
3. Solat Maghrib
Program CSR (Sesi 2):
8.00 malam – 9.00 malam
mengindahkan kawasan pusat pembelajaran (sambung)

9.00 malam Bersurai

ANGGARAN PERBELANJAAN
SEUNIT PERUNTUKAN
BIL PERKARA / AKTIVITI KUANTITI
(RM) (RM)

1 Bubur Lambuk - sumbangan 100 0.00

2. Sticker bekas bubur - sumbangan 100 0.00

3. Program CSR – kutipan 22 30.00 660.00

Jumlah (RM) 660 .00


JAWATANKUASA PROGRAM

Fasilatator/Penasihat : Mdm Teh Lai Ling (Pengarah OUM)


Penyelaras Program : Shahril Nizar Bin Ismail (Pengerusi Kelab Pelajar)
Ketua CSR : Masrur Bin Abd Hamid
Penolong Ketua CSR : Zaharidah Binti Abdul Kadir
Setiausaha : Nurul Amanina Binti Mohd Suhaimi
Penolong Setiausaha : Rosnani Binti Abd . Rashid
Bendahari : Suzaini Binti Jusoh
Penolong Bendahari : Ummu Athiyah Binti Zulamir Hassani
Persiapan Tempat : Sabariah Binti Che Din
Sutchin A/P Echok
Siti Nornazwa Binti Hasim
Nur Syuhadatul Irfamimi Binti Zulkafli
Kebersihan : Marshudah Binti Abd. Rahim
Tan Kim Mee
Madihah Binti Md Noor
Keselamatan : Mohd Farzlis Bin Mohd Noor
Roziah Binti Abdul Rahman
Makanan : Syarifah Syahirah Binti Syed Zulkifli
Nur Atiqah Fatinah Binti Anuar Amri
Sofea Farhana Binti Mohd Zaidi
Nadzilah Binti Ahmad
Siti Nornazua Binti Hasim
Protokol/Jemputan/Program : Shahril Nizar Bin Ismail
Video/Fotografi : Mohd Norzuzafre Bin Zulkifli
AKTIVITI 2 : RAKAMAN AUDIO VISUAL (AV)

https://youtu.be/5XYwQs6aLgk
JURNAL REFLEKSI

PENGURUSAN PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT MPU3412 COMMUNITY


SERVICES

TARIKH : 02 JUN 2018 (SABTU)


PENDAHULUAN

Jurnal refleksi ini ditulis bertujuan melaporkan setiap langkah kerja yang dilakukan dalam
usaha menjayakan program Mengindahkan kawasan Pusat Pembelajaran PP OUM Alor Setar/
Perlis sempena Majlis Iftar Semarak dan program edaran Bubur Lambuk 1439 Hijrah.

Jurnal ini akan mengemukakan beberapa refleksi yang telah berlaku dalam usaha
menjayakan program ini. Selain itu, jurnal ini juga akan menceritakan peristiwa-peristiwa yang
berlaku sebelum, semasa dan selepas program tersebut. Program yang dilaksanakan
memerlukan komitmen yang tinggi dan ahli jawatankuasa pelaksana yang efektif.

Kajian ini juga dilakukan dengan kerjasama ahli Kelab OUM yang merupakan alumni
pelajar OUM. Setelah itu, jurnal ini juga akan menyatakan pengalaman pembelajaran yang
diperolehi dalam menjayakan program tersebut. Proses menjalankan program ini merupakan
pengalaman kali pertama kami semasa di Open University Malaysia, OUM.

Walaupun kami merupakan pelajar daripada jurusan yang berbeza, kami tetap berusaha
bersama-sama dalam melakukan segala perkara yang harus dilakukan. Tambahan pula, setiap
daripada kami tidak mempunyai pengalaman dalam melaksanakan sebarang jenis program
khidmat masyarakat. Jadi, segala pengalaman yang diterima selama pelaksanaan program ini
merupakan sesuatu yang baharu dan asing bagi kami sekumpulan.

Seterusnya, kami juga menyatakan kelemahan dan kekuatan yang terdapat dalam
kumpulan ini semasa menjalankan tugasan ini. Kami menganggap tugasan ini sebagai satu
cabaran kerana program ini amat unik dan asing kepada kami selaku pelajar daripada jurusan
yang berbeza dengan kursus ini.

Akhir sekali, kami akan memberikan langkah-langkah dan cadangan untuk


memperbaiki dan membuat penambahbaikan terhadap program yang telah dilaksanakan.
Segala kelemahan dan kekurangan telah dikaji dan diteliti agar perkara tersebut tidak diulangi
selepas ini.
2.0 PERISTIWA SEPANJANG PELAKSANAAN PROGRAM

- Sebelum Pelaksanaan Program

Sebelum Pelaksanaan Program kami mengadakan perbincangan ringkas untuk


membahagikan beberapa tugasan yang perlu dilakukan. Perbincangan ringkas ini telah
diadakan pada 26 Mei 2018 yang bertempat di Pusat Pembelajaran OUM Alor Setar.
Perbincangan diadakan dengan kehadiran semua ahli kumpulan tanpa sebarang pengecualian.
Disebabkan oleh komitmen ahli kumpulan yang terhad serta masing-masing bekerja, kami
memutuskan untuk membuat perbincangan secara serius serta menentukan tugasan yang akan
dijalankan. Perbincangan itu juga di hadiri oleh saudara Shahril Nizar Bin Ismail selaku
Pengerusi Kelab OUM yang membantu serta berkongsi pengalaman dan pendapat. Selepas
menentukan tugasan masing-masing, kami pun bersurai.

- Semasa Pelaksanaan Program

Seperti yang terdapat dalam tentatif program, kami berkumpul di lobi OUM alor Setar pada
pukul 4 petang. Bendahari mengagihkan baju serta menandakan kehadiran peserta pada hari
itu. Sebelum memulakan aktiviti mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai, kami di beri
sedikit taklimat oleh ketua kumpulan kami iaitu Dr. Masrur. Beliau mengingatkan tentang
keselamatan semasa mengagihkan bubur tersebut. Tepat pukul 4.30 petang, kami memulakan
tugasan dengan membuat persiapan untuk edaran bubur lambuk. Edaran bubur lambuk
diadakan di kawasan persekitaran OUM Alor Setar.

Tepat pukul 5 petang, kami memulakan tugas mengindahkan Pusat Pembelajaran OUM
sempena Majlis Iftar yang akan diadakan petang itu. Kerja yang berat apabila dilakukan
bersama-sama akan menjadi mudah dan cepat. Sambil menunggu untuk berbuka puasa, kita
adakan sedikit tazkirah ringkas daripada Ketua Kumpulan.

- Selepas Pelaksanaan Program

Selepas selesai solat, kami berhimpun semula untuk sesi mengemas tempat iftar
menjadi seperti asal semula. Kemudian, sesi interview dijalankan seorang demi seorang
sebagai syarat untuk diletakkan dalam assignment.
3.0 MASALAH

Beberapa masalah telah timbul dalam melaksanakan tugas masing-masing antaranya, kami
menghadapi masalah untuk memenuhi kehendak laporan yang perlu disiapkan. Banyak soalan
yang diajukan kepada pensyarah dan ahli Kelab Oum untuk mengenal pasti perkara yang perlu
ada dalam laporan tersebut dan rujukan melalui panduan menulis laporan yang akan
disediakan. Masalah yang kedua pula ialah, cara untuk membuat video tentang program yang
dijalankan.

4.0 LANGKAH-LANGKAH DAN CADANGAN PEMBAIKAN

Seperti yang telah dinyatakan, kami telah mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang terdapat
agar ia dapat dijadikan pengajaran supaya tidak lagi diulangi pada masa hadapan. Antara
cadangan yang boleh dilakukan ialah, kami perlu merancang sesuatu aktiviti yang ingin
dijalankan dengan lebih teliti dan awal supaya tidak terjadi kekalutan.

Kami juga sedar bahawa masyarakat kini kurang sedar akan kepentingan kerjasama dalam
sesebuah komuniti. Hal ini amat membimbangkan kerana sifat bekerjasama sangat penting
dalam kehidupan bermasyarakat. Kami bercadang agar program sebegini perlu dijalankan
dengan lebih kerap. Selain itu, ianya juga dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara kita.

5.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan bagi jurnal refleksi ini, program yang telah dilaksanakan oleh kami banyak
membantu kami dalam melengkapkan diri sebagai seorang pelajar yang mampu bekerja dalam
satu kumpulan.

Segala usaha kami dalam menyelesaikan tugasan ini mendatangkan hasil apabila ianya telah
lengkap dan siap untuk dihantar. Kejayaan program ini merupakan hasil daripada kerjasama
setiap ahli kumpulan yang tidak berbelah bahagi. Selain itu, pertolongan dan bimbingan
daripada pensyarah juga tidak dapat dilupakan. Segala ilmu yang diajar dalam waktu kuliah
sangat membantu kami dalam menyiapkan kajian ini mengikut kehendak soalan OUM.

Sebagai penutup, sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada kesemua
pihak yang membantu kami dalam membuat kajian ini.

Anda mungkin juga menyukai