Anda di halaman 1dari 10

1.

0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Al-Quran merupakan satu kitab yang Allah turunkan melalui Rasulullah s.a.w

untuk disampaikan kepada umat Islam sebagai panduan dalam kehidupan. Al-Quran

merupakan kekuatan yang sangat besar dalam umat Islam yang sangat digeruni oleh

pihak musuh Islam. Mereka sukar untuk menjatuhkan Islam sekiranya umat Islam itu

menjadikan Al-Quran sebagai pegangan hidup. Zaman kegemilangan Islam

menunjukkan bahawa kekuatan muslim itu terletak kepada pegangannya kepada Al-

Quran.

Hal ini telah menyebabkan ramai para sahabat yang mengambil inisiatif untuk

menghafaz ayat-ayat Al-Quran agar mudah dialunkan dan dijadikan panduan kerana ia

sumber hukum paling utama. Tambahan pula zaman penurunan Al-Quran, ayat Al-

Quran belum lagi dibukukan. Maka mereka perlu menghafaz ayat-ayat tersebut. Sejarah

hafazan ini bermula daripada awal penurunan Al-Quran lagi apabila malaikat Jibril

bertemu Rasulullah s.a.w di Gua Hira’ untuk menyampaikan wahyu yang pertama.

Ketika itu Rasulullah merupakan seorang yang ummi; tidak tahu membaca dan menulis.

Hanya menerima wahyu lalu menyampaikannya kepada para sahabat melalui hafazan.

1
Menghafaz merupakan satu teknik yang penting dalam mendalami ilmu Al-Quran

terutama di arus globalisasi ini. Hafazan mampu menjadi pemangkin ke arah

membentuk minda yang bakal melahirkan generasi hafiz, alim, dai’e dan profesional

sekaligus mencapai matlamat pendidikan Al-Quran yang seimbang. Hasrat ini yang

ingin dicapai oleh pendidik agar generasi baru yang terbentuk ini mampu mendepani

dunia penuh pancaroba dengan kekuatan iman yang utuh.

Hafazan adalah proses yang digunakan untuk menyimpan pengetahuan. Proses

menghafaz memerlukan kekuatan fikiran demi memastikan kelancaran surah yang perlu

dihafaz. Sementara itu, menghafaz sesuatu yang dipelajari dan mengulang-ulang bacaan

adalah cara yang paling baik untuk mengekalkan ingatan dan kecerdasan otak.

Sememangnya gelaran hafiz dan hafizah al-Quran sangat tinggi darjat dan

martabat di sisi Allah dan dipandang mulia di sisi manusia. Kemuliaan ini kerana Al-

Quran merupakan satu amanah langsung daripada Allah s.w.t. terhadap mereka untuk

bertanggungjawab terhadap penjagaan hafazan.

Kajian oleh Mohd Alwi Yusof, Adel M. Abdul Aziz dan Ahmad Kamel

Mohamed (2003) dan Ab. Halim Tamuri, Khadijah Abdul Razak, Shahrin Awaludin,

Kamarulzaman Abdul Ghani dan Mohd Aderi Che Noh (2006) menunjukkan bahawa

kelemahan dalam pengajaran Pendidikan Islam menyebabkan timbulnya masalah

2
penguasaan pelajar dalam kemahiran membaca dan menghafaz al-Quran. Kelemahan

penguasaan tilawah al-Quran pelajar akan terus wujud sehinggalah mereka menamatkan

pelajaran pada peringkat menengah sekiranya pengajaran al-Quran di sekolah tidak

diberi penekanan. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab guru untuk menguasai

strategi pengajaran supaya memudahkan pelajar untuk mempelajari hafazan al-Quran.

(Hasnida Ibrahim, 2011)

Pemasalahan yang dibentangkan ini diharap akan dapat diperincikan untuk

mencari jalan penyelesaian yang terbaik melalui analisis. Kajian ini mencadangkan

modul terbaik cara penghafazan kepada murid agar dapat memberi manfaat kepada

murid. Dengan menggunakan modul tersebut, murid akan dapat meningkatkan

kemahiran menghafaz al-Quran dan kekal dalam tempoh yang lama.

3
1.2 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu

Saya telah melalui tiga fasa praktikum di tiga sekolah yang berlainan. Pelbagai

pengalaman dan pembelajaran yang saya hadapi sewaktu menjalani ketiga-tiga fasa

praktikum ini. Praktikum merupakan satu medium terbaik bagi seorang guru pelatih

mempraktikkan segala teori dan kemahiran pedagogi untuk diaplikasi dalam keadaan

yang sebenar. Latihan ini membantu membentuk guru pelatih yang berjiwa besar dalam

meletakkan diri dalam situasi yang sebenar.

Selepas menjalani praktikum, kesemua guru pelatih akan diletakkan di sebuah

sekolah yang sama dengan praktikum tiga untuk menjalani program internship selama

sebulan. Saya telah menjalani internship di salah sebuah sekolah di daerah Kuala

Langat. Tempoh praktikum dan internship ini telah membuka ruang dan peluang kepada

saya untuk sentiasa membaiki dan mengenalpasti kekurangan dan kelemahan dalam

perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran.

Sewaktu menjalani praktikum fasa tiga, saya telah diberikan amanah untuk

mengajar kelas 4 Cempaka dan 4 Orkid. Kedua kelas ini merupakan murid perintis bagi

kurikulum baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Tambahan pula sekolah ini

merupakan Sekolah Kluster Kecemerlangan yang dalam proses penaiktarafan kepada

Sekolah Berprestasi Tinggi. Maka, saya mempunyai satu persepsi bahawa murid-murid

sekolah ini merupakan murid terpilih. Mereka pasti mempunyai tahap kognitif yang

agak tinggi berbanding dengan murid-murid di sekolah sebelum ini.

4
Namun begitu, apabila saya berbincang dengan guru pembimbing, murid-murid

ini bukan murid yang disaring kemasukannya. Tiada sebarang saringan atau ujian untuk

memasuki sekolah tersebut. Oleh itu, guru perlu memberi fokus kepada beberapa orang

murid ketika berlaku proses pengajaran dan pembelajaran. Agar mereka yang lemah

dalam pembelajaran, mampu mencapai prestasi yang cemerlang juga. Maka, saya

sebagai guru perlu memberi hak dalam pendidikan kepada mereka dengan

menyesuaikan kaedah pengajaran saya.

Setelah beberapa kali saya melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di

dalam kelas 4 Cempaka dan 4 Orkid, saya dapati perbezaan pada tahap kognitif mereka.

Kelas 4 Orkid ini merupakan kelas kedua terakhir berbanding kelas 4 Cempaka yang

merupakan kelas pertama dalam tahun 4. Mereka terdiri daripada 30 orang murid yang

sangat memerlukan perhatian guru di dalam kelas. Mereka juga mempunyai masalah

tingkahlaku dan tahap kognitif mereka adalah sederhana dan rendah.

Sepanjang saya mengajar tahun 4 Orkid saya dapati murid-murid ini mempunyai

masalah dalam melibatkan diri sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran

dilaksanakan. Mereka lebih berminat mempelajari bidang jawi dan asas ulum syariah.

Namun apabila berlaku proses pengajaran dan pembelajaran berkaitan Al-Quran, mereka

menunjukkan reaksi yang pasif dan motivasi yang negatif. Mungkin kerana proses

pembelajaran al-Quran kurang menarik dan tidak mampu melibatkan mereka secara

aktif.

5
Oleh yang demikian, saya telah merangka satu proses pengajaran dan

pembelajaran bersifat koperatif seperti yang dicadangkan oleh pensyarah pembimbing

saya bagi membantu mereka melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Cara ini cuba diterapkan sepanjang proses pengajaran Al-Quran agar mereka

mempunyai motivasi yang tinggi dan mahu melibatkan diri di dalam proses

pembelajaran.

Pada 21 Febuari 2014, saya telah mengajar surah hafazan al-Qariah ayat 1-4

dengan memperkenalkan teknik celik hafiz. Memandangkan kelas 4 Orkid ini

merupakan antara kelas yang agak lemah dan bermasalah, saya cuba untuk menjalankan

proses pengajaran dan pembelajaran dengan cara yang bersesuaian dengan tahap

kognitif mereka. Saya menggunakan teknik celik hafiz secara berpasangan untuk

menjalankan proses hafazan.

Namun begitu, cara ini agak membosankan sehingga ada di kalangan murid yang

bermain-main dan tidak menghafaz. Saya berasa sedih melihat reaksi negatif daripada

murid-murid. Mereka tidak minat dengan bacaan Al-Quran malah bermain-main dengan

pembelajaran Al-Quran. Saya berpendapat mungkin kerana saya tidak menggunakan

apa-apa bahan rangsangan yang menyebabkan mereka tertarik untuk terlibat bersama-

sama dalam proses pengajaran.

6
Tambahan pula Ujian Bulanan (UB) 1 dan Ujian Pertengahan Tahun

menunjukkan prestasi yang merosot daripada pelajar akibat mereka tidak menghafaz

surah hafazan. Perkara ini diadukan oleh guru pembimbing saya dan mencadangkan

saya mencari solusi untuk menyelesaikan masalah ini. Saya bersetuju dengan cadangan

tersebut dan kembali berbincang bersama pensyarah untuk mencari solusi tersebut. Saya

mengemaskini semula teknik celik hafiz tersebut agar bersesuaian dengan tahap kognitif

mereka. Saya menggunakan borang celik hafiz agar mereka mudah untuk membaca dan

menanda (/) pada petak yang disediakan sebagai motivasi mereka untuk menghafaz

quran dan membantu meningkatkan kemahiran menghafaz.

RAJAH 1 : Borang Celik Hafiz

Sewaktu saya menjalani program internship, pada 14 Julai 2014, saya diberi

peluang untuk mengajar surah hafazan Al-Zalzalah ayat 1-8. Saya menggunakan

peluang ini untuk mengubah amalan pengajaran saya. Sewaktu proses pengajaran dan

pembelajaran ini dilaksanakan, saya menjalankan satu aktiviti tasmik di kalangan

mereka dengan menggunakan borang celik hafiz. Borang celik hafiz itu digunakan untuk

membantu murid-murid mengingat ayat. Mereka menjalani proses hafazan secara

7
berpasangan. Aktiviti ini telah membuatkan ramai di kalangan mereka melibatkan diri

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun terdapat sebahagian murid yang

tidak berjaya menghafaz. Hal ini telah menyebabkan saya tidak dapat mencapai objektif

pembelajaran pada hari tersebut.

Ada dikalangan murid yang mengadu ‘susah la ustazah nak hafaz ayat ni...’

‘ustazah, ayat ni panjang sangat nak ingat’ dan ‘ ustazah saya tak tahu nak sebut

kalimah ni..’. Perbualan ini membuatkan saya terfikir untuk mencari satu solusi dalam

hafazan bagi membantu murid-murid yang bermasalah ini menguasai bidang tersebut.

Saya teringat sewaktu saya melalui zaman persekolahan dahulu, ustaz saya kerap

menekankan kepada saya untuk membaca berulang kali supaya mudah untuk mengingat.

Cara tersebut amat berkesan dalam membantu saya menghafaz. Justeru, saya ingin

mengaplikasi teknik tersebut agar saya dapat membantu murid untuk menghafaz surah-

surah di dalam Al-Quran.

Menurut Kamarul Azmi dan Abd Halim (2007) dalam kajian tindakan Syahidatul

Naima Abd Karim (2013), kaedah ini digunakan oleh Imam Al-Ghazali semasa

mengajar anak muridnya membaca Al-Quran. Apabila bacaan sentiasa dibaca secara

berulang-ulang, bacaan akan mudah dihafaz dan diingat. Guru membaca Al-Quran

8
secara bertajwid dahulu selepas itu diikuti oleh murid dengan beramai-ramai. Kemudian

itu, murid mengulang-ulang bacaan tersebut.

Menurut Ustaz Mohd Shafie Al-Hafiz (2000), otak manusia boleh mengingat

sesuatu maklumat secara kukuh dengan pembacaan, ulangan atau hafalan sebanyak 120

kali. Walau bagaimanapun, ulangan dan hafalan sebanyak 10 kali sudah dikira memadai

untuk diterima oleh otak manusia. Jikalau anda berupaya untuk membuat pembacaan,

ulangan atau hafalan sebanyak 120 kali ataupun lebih adalah satu kelebihan buat diri

anda sendiri. Kadar hafazan ini bergantung kepada tahap diri masing-masing.

Oleh itu, saya telah menggunakan Tab Cel-Fiz bagi membantu murid saya

mengingat ayat hafazan mereka. Pembacaan secara ulang-ulang sebanyak 10 kali kerana

ia bersesuaian dengan tahap murid-murid dan surah pendek yang perlu dihafaz. Tab Cel-

Fiz ini diperkenalkan bagi membantu sasaran kajian menguasai bidang hafazan tersebut.

Tab Cel-Fiz ringkasan daripada nama Tab ‘Celik-Hafiz’ adalah inovasi yang

saya pilih bagi menggantikan borang celik hafiz. Menurut Kamus Dewan (2007), celik

bermaksud terbuka; boleh melihat. Manakala hafiz bermaksud orang yang memelihara

dan mengekalkan Al-Quran dalam ingatannya. Tab Cel-Fiz adalah integrasi daripada

sekeping kertas yang dipanggil borang celik hafiz kepada Tab sebagai satu daya tarikan

kepada murid.

9
Tab ‘Cel-Fiz’ adalah bahan yang menarik perhatian dan minat sasaran kajian

untuk menghafaz. Tab ini direka untuk menarik minat sasaran kajian menyertai aktiviti

pengajaran dan pembelajaran. Terdapat beberapa unsur yang ditekankan dalam membina

Tab Cel-Fiz ini. Antaranya ialah mengawal tingkahlaku dan memotivasikan murid. Bagi

mengawal tingkahlaku, saya menggunakan konsep yang diperkenalkan oleh Skinner

dalam memberi ganjaran dengan mengaplikasi ganjaran di dalam bentuk token. Perkara

ini juga diperkenalkan bagi membantu sasaran kajian untuk menghilangkan rasa bosan

dan termotivasi dengan perlakuan tersebut lantas menimbulkan minat untuk menghafaz.

10

Anda mungkin juga menyukai