Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

LAWATAN KE KARNIVAL PENGAJIAN


TINGGI NEGARA 2020

28 MAC 2020
SABTU

Kerjasama:
UNIT BIMBINGAN KAUNSELING DAN
KERJAYA &
BAHAGIAN HAL EHWAL MURID
SEKOLAH MENENGAH SRI SETIA
SEREMBAN

KERTAS KERJA LAWATAN KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA 2020

1. PENGENALAN
Karnival Pengajian Tinggi 2020 merupakan program tahunan Kementerian
Pengajian Tinggi yang telah dilaksanakan semenjak 2005 disertai 20 IPTA,
100 IPT swasta terpilih, agensi di bawah kementerian dan Kementerian
Pelajaran, yayasan negeri, agensi pembiayaan pendidikan termasuk Jabatan
Tenaga Manusia, Kementerian Belia dan Sukan dan MARA yang menyediakan
maklumat akreditasi dan pembiayaan kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf, pelajar lepasan
asasi, diploma, sijil dan diploma kemahiran. Karnival ini akan memberi
peluang kepada pelajar mengemukakan pertanyaan kepada wakil universiti
dan kolej bagi memastikan masing-masing membuat pilihan tepat program
pengajian yang bakal diikuti.

Maka, Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya tidak mahu melepaskan


peluang baik yang telah disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Oleh
itu pelajar-pelajar Sekolah Menengah SRI Setia akan dibawa untuk melawat
ke Karnival Pengajian Tinggi Zon 8 ( Zon Tengah) pada 28 Mac 2020 (Sabtu)
di MAEPS, Serdang. Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya ingin membantu
pelajar membuat persediaan awal dalam membuat pilihan. Apabila
permohonan universiti bermula, pastinya banyak masalah akan timbul
terutama pemohon majoritinya kali pertama menggunakan sistem dan kali
pertama membuat pilihan berdasarkan keupayaan akademik dan juga minat
masing-masing dalam memilih institusi pendidikan tinggi ataupun lokasi
pengajian. Selain itu, lebih informasi diperlukan bagi penetapan matlamat
kerjaya masa depan pemohon bagi mengelakkan kesilapan memilih bidang
pengajian mengakibatkan masalah dalam pengajian dan memohon kerja
disebabkan tersalah pilih bidang dan kurang berminat dengan pengajian
yang ditawarkan. Selain itu, teknik pemilihan dalam permohonan yang betul
juga diperlukan bagi membuka peluang lebih luas kepada pemohon untuk
diterima dalam pengajian yang diminati.
2
2. OBJEKTIF
 Memberi maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi
akreditasi dan pembiayaan bagi Lepasan SPM/Setaraf.
 Memupuk kesedaran di kalangan pemohon dan masyarakat
awam mengenai pelaksanaan permohonan kemasukan ke IPTA
melalui Aplikasi Dalam Talian (Online).
 Membantu pelajar dalam membuat pilihan bidang berdasarkan
keupayaan akademik.
 Memberikan panduan kepada pelajar dalam menggapai cita-cita
melalui fokus ke arah bidang yang bertepatan.
3. SASARAN
 35 orang pelajar SPM

4. MASA/TEMPAT
 9.00 pagi - 5.00 petang
 28 Mac 2020
 MAEPS Serdang, Selangor

5. AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Ahli Jawatankuasa Induk

Penasihat : Tn. Hj. Khalil b. Jali


Pengerusi : Pn. Khairani b Muktar
Timbalan pengerusi : En. Mohd Hafizi b. Tajuddin
Pn. Juliyaniza bt. Johari
Pn. Najihah bt. Talib
Penyelaras : Pn. Nur Syairah bt Zulkifle
Setiausaha : Pn. Nurul Suhaida bt. Kamarudin
Bendahari : Cik. Norizan bt. Muhammad

Ahli Jawatankuasa Pelaksana

Pendaftaran : Pn. Kamariah bt. Ahmad

Makanan : Cik Nur Nadira Ashyikin bt. Muhammad


Fuad Tiew

Pengangkutan : Cik Nursyafiqah bt Norazhar

3
Guru pengiring : Guru Unit Bimbingan Kaunseling dan
Kerjaya
 Pn. Nur Syairah bt. Zulkifle
 Cik Saufiah bt. Ishak

6. ATURCARA PROGRAM

HARI MASA AKTIVITI


Sabtu 8.00 pg Pelajar berkumpul
28 Mac
8.30 pg Bertolak ke MAEPS Serdang

9.30 – 3.00  Melawat tapak karnival


ptg  Makan
 Solat Zohor
3.00 ptg Berkumpul dan bertolak pulang ke sekolah

4.00 ptg Tiba di sekolah

4
7. PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN PROGRAM

 PENDAPATAN
BIL PERKARA JUMLAH (RM)
1 Pelajar SPM (35 x RM 70.00) 2450.00

JUMLAH KESELURUHAN 2450.00

 PERBELANJAAN
BIL PERKARA JUMLAH (RM)
1 Minum pagi (37 x RM 4.00) 148.00

2 Makan tengahari (37x RM 7.00) 259.00

3 Minum petang (37 x RM 3.00) 111.00

4 Bas 1000.00
JUMLAH KESELURUHAN 1518.00

8. SENARAI TUGAS

JAWATAN BIDANG TUGAS


Pengerusi  Merancang program dan memastikan
pengurusan program berjalan lancar.
Penyelaras  Memastikan gerak kerja setiap unit berjalan
sebelum, semasa dan selepas program.
Setiausaha  Menyiapkan kertas kerja dan membuat
laporan setelah selesai program.
Bendahari  Menyelia perbelanjaan untuk program.
 Membuat laporan kewangan selepas

5
program.
AJK Pendaftaran  Membuat sesi pendaftaran kehadiran
pelajar.
AJK Makanan  Memastikan penyediaan makanan mengikut
masa yang ditetapkan.
AJK Pengangkutan  Membuat penempahan bas untuk dua hala
perjalanan pergi dan balik.
Guru Pengiring  Memastikan keselamatan pelajar di
sepanjang lawatan.

9. PENUTUP
Diharap program yang dirancang ini akan dapat mencapai objektif
yang disasarkan dan impaknya akan membantu para pelajar Tingkatan
5 Sekolah Menengah SRI Setia dalam memilih aliran akademik di
peringkat pengajian tinggi yang bersesuaian dengan aliran dan cita-
cita yang diidamkan dan berusaha bersunggguh-sungguh di dalam
pelajaran. Penentuan akademik yang betul akan menjadikan cita-cita
menjadi kenyataan.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

………………………….. ………………………………. ……………………………….


(Pn. Nur Syairah bt. (En. Mohd Hafizi b. (Pn. Khairani bt. Muktar)
Zulkifle ) Tajuddin) Pengetua
Penyelaras Program, GPK Hal Ehwal Murid Sek Men SRI Setia
Program Lawatan KPT, Sek Men SRI Setia
Sek Men SRI Setia

Disahkan oleh:

……………………………….
(Pn. Hjh. Ruzilawati bt.
6
Rasidi)
Ketua Pegawai
Pentadbiran & Kewangan
Sekolah SRI Seremban

Anda mungkin juga menyukai