Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 11(1)

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

KERTAS CADANGAN
PROGRAM LALUAN MENARA
GADING
TAHUN 2018

TARIKH PROGRAM / HARI :


25 APRIL 2018 / RABU

MASA :
2.30 PETANG - 4.30 PETANG

TEMPAT :
SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN
PUTRAJAYA

ANJURAN BERSAMA :
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKPP 11(1)
1. Pengenalan

Pencapaian akademik merupakan wadah untuk mengubah kehidupan seseorang. Pencapaian


akademik yang baik ini boleh dicapai sekiranya seseorang mempunyai motivasi diri dan
mendapat sokongan daripada guru-guru dan ibu bapa dalam aspek pembelajaran serta mental.
Oleh itu, motivasi diri adalah perlu ada dalam setiap diri murid dan ini boleh diperolehi menerusi
sokongan yang diberi oleh keadaan persekitaran murid.
Motivasi diri sebagaimana yang ditakrifkan oleh Crede dan Kuncel (2008) sebagai
kesanggupan seseorang melibatkan diri terhadap sesuatu dengan meletakkan sepenuh keupayaan
untuk mendapatkan hasil terbaik. Ini jelas menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai
motivasi diri yang tinggi akan meletakkan sepenuh usaha untuk mendapat sasaran terbaik dalam
hala tuju kehidupan mereka.
Oleh itu, program seperti LALUAN MENARA GADING adalah satu platform sokongan
luaran yang dapat memberi suntikan motivasi kepada murid agar dapat celik akal dalam menentu
sekolah yang bakal mereka pilih untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sekolah menengah.
Malahan program ini dapat membantu kepada semua murid untuk merancang persiapan mereka
dalam menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018.

2. Matlamat Akhir Kursus


Peserta akan dapat merancang persiapan mereka dalam menduduki peperiksaan UPSR 2018

3. Objektif Kursus
Selepas menyertai kursus ini, pelajar akan dapat;
1. Merancang persediaan menduduki peperiksaan UPSR 2018;
2. Mengetahui kelayakan untuk memasuki Sekolah Agama berasrama penuh
3. Merancang untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah

4. Tarikh Perlaksanaan
Tarikh pelaksanaan program pada 25 April 2018. Jangka masa perlaksanaan adalah selama 1 hari.
Bermula 2..30 pagi hingga 4.30 petang.

5. Tempat Perlaksanaan
SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

6. Jawatankuasa dan Tugas


(Rujuk Lampiran 1 dan Lampiran 2)

7. Kumpulan Sasaran
Semua murid tahun 6 (152 orang)

9. Tentatif Program – (Rujuk Lampiran 3)

10. SUMBER KEWANGAN


Duit Sumbangan PIBG SKPP 11(1)

11. Anggaran Perbelanjaan


Berikut adalah senarai anggaran perbelanjaan yang dicadangkan untuk program tersebut seperti
berikut :-
Bil Perkara Anggaran Jumlah (RM)
Perbelanjaan
(RM)
1. Bas Sewa pergi sahaja
1 bas = RM300
3 bas X RM300 RM900.00 RM900.00
Jumlah Keseluruhan: RM900.00

12. Penutup

Kesungguhan dan peranan kita bersama ialah untuk memastikan keberjayaan dan kecemerlangan
peserta yang menyertai program ini secara khususnya dan keseluruhan pelajar secara amnya.
Apa yang diharapkan daripada LALUAN MENARA GADING 2018 akan dapat memberikan
pengukuhan dan menambahkan motivasi peserta disamping menjadi anak dan ahli masyarakat
yang dapat berperanan dengan baik. Semoga dengan berjayanya program ini, juga akan
meningkatkan peratus murid UPSR 2018 yang memilih sekolah terbaik untuk meneruskan
pengajian mereka di peringkat menengah..

Disediakan oleh, Disemak oleh, Diluluskan oleh

(ATHIAH BT MOHD HASSAN) (NORHAYATI BT ABDULLAH) (ROHANA BT ABD MANAF)


Guru Bimbingan PK Hem Guru Besar
SKPP 11(1) SKPP 11(1) SKPP 11(1)

Lampiran 1
AHLI JAWATANKUASA KURSUS ASAS PRS PERINGKAT WP PUTRAJAYA TAHUN 2018
TARIKH : 25 APRIL 2018
HARI : RABU
TEMPAT : SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

Pengerusi : Pn. Rohana Bt Abd Manaf


Guru Besar

Naib Pengerusi : Pn. Norhayati b Abdullah


Guru Penolong Kanan HEM

Naib Pengerusi : Pn Zaharah bt Simat


Guru Penolong Kanan Akademik

Naib Pengerusi : En Mohd Faizal B Abu Bakar


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Penyelaras Program : Pn Athiah bt Mohd Hassan


GBSM

Pen Penyelaras : Pn Zirwatulamal Bt Mohamed Suhaimi


GBSM

Setiausaha : Pn Zuraini Bt Jani


Penyelaras Tahun 6

Senarai Guru Pengiring ke Sekolah Menengah Agama Persekutuan Putrajaya


1. En Nasromnizan b Zulkifli
2. Pn. Norhalimah Bt Jumingan
3. Pn Athiah bt Mohd Hassan
4. Pn Zirwatulamal bt Mohamed Suhaimi
5. Pn Shakila bt Hashim
6. Pn Fariha bt Alias
7. Cik Noredawati bt Mahfudz
8. Pn Nurulhana bt Hamit

Lampiran 2
SENARAI TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA
BIL. JAWATANKUASA SENARAI TUGAS
1 PENGERUSI - Menentukan dasar dan garis panduan pelaksanaan
2 TIMBALAN PENGERUSI program
- Memantau tugas-tugas yang perlu dijalankan oleh
3 NAIB PENGERUSI I jawatan kuasa

4 PENYELARAS - Memastikan program berjalan dengan lancar dan


berkesan.
- Mengajukan Kertas Cadangan dan Pelan Tindakan
kepada Pengetua
5 SETIAUSAHA - Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat
- Menjemput ahli menghadiri mesyuarat dan post
mortem
- Mengumpulkan semua laporan daripada setiap
mentor untuk didokumentasikan
- Memastikan persediaan yang dilakukan sebelum
pelaksanaan program
- Menentukan pelantikan jawatankuasa program

- Memastikan murid dalam keadaan teratur dan


terkawal.
6 AHLI JAWATANKUASA & - Mengambil tindakan setiap maklum balas yang
URUSETIA diterima untuk penambahbaikan.
- Menjaga keselamatan dan disiplin murid

Lampiran 3

MASA AKTIVITI
2.15 Petang : Bas telah bergerak ke SMKAP PUTRAJAYA

:
2.30 Petang : Murid berkumpul di SMKAP PUTRAJAYA

2.40 Petang : Taklimat daripada pihak Sekolah berkenaan Sejarah sekolah


dan cara memohon melanjutkan pengajian di sini.

Murid di bahagikan kepada kumpulan kecil untuk Motivasi


bersama PRS

4.30 petang : Bertolak pulang ke sekolah dengan diambil oleh ibu bapa
masing-masing di SMA Putrajaya

Anda mungkin juga menyukai