Anda di halaman 1dari 6

Logo

Sekolah

KERTAS KERJA

PROGRAM SEMINAR MOTIVASI


JATI DIRI MURID 2023

ANJURAN

SK TEHEL, MELAKA

TARIKH

AKAN DITENTUKKAN

TEMPAT

DEWAN SK TEHEL, MELAKA


PROGRAM SEMINAR MOTIVASI
JATI DIRI MURID 2023

1. PENGENALAN

Motivasi merupakan daya pendorong kepada seseorang secara psikologi untuk


melakukan sesuatu dengan cara yang lebih baik. Remaja yang memiliki motivasi yang tinggi
akan lebih fokus pada matlamat dan hala tuju yang ingin mereka capai untuk kejayaan masa
hadapan. Mereka selalunya lebih yakin dan berketerampilan serta cenderung untuk lebih
produktif dan efektif dalam proses pembelajaran dan kehidupan.
Jati diri bagi remaja adalah satu proses untuk mereka mengenal siapa diri, untuk apa
hidup ini dan ke mana arah proses kehidupan ini. Proses ini akan membentuk mereka menjadi
insan yang matang dan berupaya menempuh penghidupan dengan lebih rasa tanggungjawab.

2. RASIONAL

Program Motivasi Jati Diri ini diadakan sebagai medan utama yang boleh
dimanfaatkan murid semasa tahun peperiksaan mereka nanti. Program ini menyentuh mereka
dari segenap aspek kehidupannya sebagai murid iaitu kepentingan akademik dan ilmu
pengetahuan, medan latihan fizikal, mental dan spiritual, pembangunan rohani, pembentukkan
akhlak serta ukhuwah dan kesatuan di kalangan murid. Program seperti ini amat penting bagi
mereka kerana di sinilah pelbagai menu mental dan jasad dinikmati secara intensif.

3. OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Meningkatkan keyakinan diri


Sebagai murid, peserta yang mengikuti program ini akan lebih berkeyakinan bila
berhadapan dengan apa jua situasi yang bakal mereka hadapi.

3.2 Meningkatkan kemahiran dan kreativiti


Peserta program akan didedahkan dengan ‘multi-skill’ dan menggunakan bakat kreatif
dalam menjalani proses kehidupan (thinking out of box).

3.3 Menambah nilai jati diri


Peserta akan didedahkan dalam proses mengenal potensi diri mereka sendiri. Mereka
akan lebih yakin dengan kebolehan dan bakat semulajadi diri.
1
3.4 Pembentukan nilai peribadi yang mulia
Peserta dibentuk ke arah menjadi insan berkualiti. Kebolehan berdikari dalam
mencapai matlamat dengan memberi fokus kepada keperluan melaksanakan
tanggungjawab.

3.5 Membentuk sikap bertanggungjawab


Peserta akan didedahkan dengan nilai tanggungjawab terhadap amanah dan arahan.
Bersedia menjadi seorang pelajar yang baik dan berakhlak mulia.

4. MAKLUMAT PROGRAM

4.1 Tarikh :
4.2 Hari :
4.3 Masa : 08.30 pagi - 05.30 petang
4.4 Tempat : SK Tehel, Melaka
4.5 Anjuran : Unit Bimbingan & Kaunseling

5. PENYERTAAN

Semua murid tahap 2 SK Tehel.

6. STRUKTUR JAWATANKUASA

Jawatankuasa Induk
Program Seminar Motivasi Jati Diri Murid 2023
SK Tehel, Melaka

Pengerusi :

Timbalan Pengerusi :

Naib Pengerusi :

2
Penyelaras :

Setiausaha / Bendahari :

Pendaftaran :

Persiapan Tempat :

Pengacara Majlis Penutup :

Makanan / Minuman :

Kebajikan / Kebersihan :

Keselamatan :

Bacaan Doa :

Cenderamata :

Peralatan / Teknikal :

Jurugambar/PA Sistem :

7. TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI TINDAKAN

0800 - 0830 Pendaftaran / Taklimat program Urusetia

0830 - 1030 Modul Ceramah Motivasi Sahsiah Penceramah NLT

1030 - 1100 Minum pagi Urusetia

1100 - 1300 LDK - Pembangunan Kendiri Penceramah NLT

3
1300 - 1400 Makan Tengahari / Solat Zohor Urusetia

Modul Ceramah Motivasi


1400 - 1600 Penceramah NLT
Persediaan Menghadapi Peperiksaan 2022

1600 - 1700 Latihan Dalam Kumpulan Penceramah NLT

1700 - 1730 Majlis Penutup Urusetia

1730 Bersurai Urusetia

8. KOS PERBELANJAAN PROGRAM

Bil Butiran Perbelanjaan Amaun

1 Penyediaan Makanan Untuk Semua Peserta ( Murid & Guru)

200 pax

2 Kos Konsultan

3 Kos Penyediaan Makan & Cenderamata – VVIP

4 Perbelanjaan Runcit / Kecemasan

Jumlah Keseluruhan

9. PENUTUP

Sesungguhnya kita hanya merancang, namun perancangan Maha Esa itu lebih baik
dan mengatasi segala perancangan hamba-Nya. Harapan kami agar segala program yang
dirancangkan dan disusun akan mencapai objektif yang telah digariskan serta dapat dihayati
juga diaplikasi di dalam kehidupan. Akhir kata, kami merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung
dalam menjayakan program ini.

4
Disediakan oleh: Disemak oleh:

............................................. ............................................
( ) ( )
Penyelaras Program Guru Besar
SK Tehel SK Tehel

Anda mungkin juga menyukai