Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG BALING

ANJURAN ASRAMA SMK SIONG, 09100 BALING, KEDAH DARUL AMAN

1.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini diadakan adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan program
serta bantuan kewangan dari pihak sekolah untuk menjayakan Ekspedisi mendaki Gunung Baling.

2.0 PENGENALAN

Ekspedisi pendakian dan penerokaan alam merupakan program kali pertama dibuat oleh
Asrama SMK Siong. Ianya merupakan satu usaha bagi meningkatkan kesedaran kepada murid-
murid tentang penjagaan alam sekitar serta memberi satu alternatif kepada murid-murid tentang
gaya hidup sihat. Seperti yang telah sedia maklum, para pelajar biasanya telah banyak meluangkan
masa dalam meningkatkan akademik mereka sehingga mereka terlupa untuk mengamalkan gaya
hidup sihat sehingga memberi alasan bahawa amalan gaya hidup sihat satu perkara yang
melecehkan dan membosankan. Di samping itu juga, masih ramai yang tidak sedar bahawa
pencemaran alam sekitar sering sahaja berlaku termasuklah di kawasan-kawasan pelancongan di
Malaysia. Sehubungan dengan itu, program ini mahu mendedahkan kepada pelajar tentang
kesedaran perihal alternatif yang menyeronokkan untuk mengamalkan gaya hidup sihat serta
pentingnya penerokaan alam secara berhemah.

3.0 MISI
Membentuk dan menyemai budaya dan gaya hidup sihat yang menyeronokkan serta
kepentingan penerokaan alam secara berhemah kepada murid-murid sekolah.

4.0 MATLAMAT
Untuk membina semangat gaya hidup sihat dalam diri murid dengan melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti yang dirangka oleh Asrama SMK Siong sebagai badan yang bertanggungjawab
menjaga kebajikan para murid dan seterusnya melahirkan murid-murid yang mampu hidup dengan
lebih aktif dalam suasana yang harmoni untuk semua pihak.

5.0 OBJEKTIF
Pihak jawatankuasa pelaksana menggariskan beberapa objektif yang perlu dicapai: antaranya:

5.1 Melatih murid-murid dalam kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban. Tingkah laku
bertanggungjawab terhadap diri dan orang lain, kepekaan kepada alam sekitar dan kepekaan dan
kebertanggungjawaban terhadap situasi sosial seperti perpaduan dan kemiskinan.

5.2 Melahirkan murid-murid yang mempunyai kemahiran nilai, sikap, etika dan
profesionalisme. Menunjukkan tingkah laku profesional sesuai dengan etika kerjaya,
melaksanakan tanggungjawab dengan integriti dan amanah dan menunjukkan sikap
kesukarelawanan.
5.3 Mendedahkan kepada murid-murid kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan. Menjadi
pemimpin atau pengikut sesuai dengan konteks, membina kerja berpasukanuntuk mencapai
maklumat yang disepakati dan membantu rakan-rakan secara proaktif.

6.0 ANJURAN
Asrama SMK Siong

7.0. TARIKH,TEMPAT DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:

Tarikh :16 SEPTEMBER 2018


Hari : AHAD
Masa : 6.00 Pagi – 12.00 Tengah hari
Tempat: Gunung Baling , Baling Kedah

8.0 PENGLIBATAN AHLI MURID DAN GURU

70 Orang murid-murid yang terdiri daripada 7 Guru pengiring


8.0 STRUKTUR ORGANISASI

NAMA DAN JAWATAN BIDANG TUGAS


Penaung
Mohd Zaki bin Abdullah Meluluskan kertas kerja
Penasihat Menyemak kertas kerja dan memantau
Ustaz Mohd Basir bin Harun perjalanan program
Pengerusi Memberi garis panduan dan
Mohd Fazlan bin Md Noordin menentukan program yang dijalankan
Naib Pengerusi Membantu pengerusi dalam
Salwani binti Md Shahid memastikan program berjalan dengan
lancar.
Setiausaha Membuat surat, laporan setiap gerak
Nur Hanim binti Abu Hassan kerja yang dijalankan berkaitan
program
Naib Setiausaha Membantu setiausaha dalam melakukan
Badrul Amin bin Yusoff gerak kerja berkaitan program
Bendahari Membuat perbelanjaan berdasarkan
Pn Ainum binti Muhammad kewangan program yang telah diberi
serta membuat catatan pengeluaran
wang yang digunakan.

AJK PROTOKOL
-Muhammad Hazwan bin Abdul Rahman
-Muhammad Shahril bin Taharim

AJK PENGANGKUTAN
-Pn Syukrina binti Abdul Azizi
-Pn Foziah binti Mat Isa

AJK MAKANAN
-Nur Haifa Nadhirah
- Nur Atirah Fadzi

AJK PERALATAN
-Mohd Safwan Safri
-Mohd Nazrol Ning
9.0 TENTATIF PROGRAM
MASA AKTIVITI
5.00 Pagi Pendaftaran pelajar
6.00 Pagi Solat Sarapan pagi
6.15 Pagi Taklimat mengenai keselamatan semasa mendaki
bukit
6.20 Pagi Pengagihan kumpulan
6.30 Pagi Senaman ”waming up”
6.45 Pagi Mendaki bukit
8..45 Pagi Mencapai puncak bukit dan melakukan aktiviti
riadah
10.30 Petang Menurun bukit
12.00 Tengah hari Melengkapkan pendakian bukit
12.45 Petang Melakukan senaman “cooling down”
2.00 Petang Balik ke sekolah
10.0 ANGGARAN BELANJAWAN

BIL PERKARA JUMLAH

1.1 Sewa Bas (Perjalanan Pergi Balik) RM 500

1.2 Makan dan Minum ( Air, Sarapan pagi dan Tengah Hari) -

( Disediakan oleh pihak Dewan Makan )

1.3 Yuran Penyertaan RM 5 x 70 ( KUTIPAN PELAJAR ) RM 350

JUMLAH RM 850
11.0 PENUTUP
Ahli jawatankuasa Asrama SMK Siong berharap bahawa program ini dapat dijalankan secara
sistematik dan teratur tanpa sebarang halangan. Penyertaan murid dan juga para guru amat
digalakkan untuk menjayakan program ini. Kami juga berharap program ini dapat memberi impak
yang positif dalam peserta yang menyerta program ini. Suatu mesyuarat ‘’post-mortem’’ akan
diadakan untuk membincangkan kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam program ini.

Disediakan oleh,

_______________________________
(MOHD FAZLAN BIN MD NOORDIN )
Setiausaha
Program Ekspedisi Mendaki Bukit Gunung Baling
Asrama SMK Siong Baling

Disemak oleh,

__________________________________
(MOHD BASIR BIN HARUN)
Penolong Kanan HEM,
SMK Siong

Disahkan oleh,

___________________________________
(MOHD ZAKI BIN ABDULLAH )

Pengetua SMK Siong.

Anda mungkin juga menyukai