Anda di halaman 1dari 2

Bismillahhirrahnirrahim.

Terima kasih kepada tuan pengerusi majlis, yang berbahgia Dato Johan Bin Abdul Aziz, Ahli Dewan Undangan Negeri Semenyih, penyelia PDK semenyih,

(_________________) ibu bapa, pekerja pDK dan juga kepada pelatih PDK Semenyih. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meluangkan masa ubtuk hadir ke majlis penutup PROGRAM Khidmat Siswa IPG Kmapus Ilmu Khas, di PDK Semenyih, Sepanjang 4 hari kami di sini, pelbagai pengalaman kami dapat timba dalam usahakami menjadi guru-guru bagi orang kelainan upaya itu sendiri. Apa yang boleh kami perkatakan di sini adalah kamu semua orang yang hebat kerana mampu menjaga mereka dan memberikan mereka kasih sayang tanpa pilih kasih. Walaupun di masa hadapan kami yang akan mendidik mereka di sekolah nanti tidaklah sehebat cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa dan juga staf PDK. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB yang sudi hadir dan meluangkan masa untuk hadir merasmikan majlis penutup bagi program kami ini. Di dalam kesibukan YB menjalankan tugas masih lagi sudi meluangkan mas untuk bersama kami dan warga PDK Semenyih dalam majlis Penutup Program Khidmat Siswa. Di kesempatan ini saya mewakili rakan-rakan saya ingin memohon maaf jika ada kesilapan dan kekurangan dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kami kepada pihak-pihak yang memberikan sponsor dan sumbangan kepada kami untuk menjalankan program ini. tidak ketinggalan juga kepada pihak PDk semenyih kerana sudi menerima kami sebagai tetamu di sini serta memberikan tunjuk ajar yang amat berguna kepada kami semua. Segala tunjuk ajar , bimbingan dan pengalaman yang kami timba di sini akan kami guna dan aplikasikan dalam situasi yang bersesuaian pada masa hadapan . InsyaAllah. Hadirin sekalian, Saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan kami sepanjang kami berada di sini. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan kelemahan datang dari diri kami sendiri. Bagi saya melakukan kesalahan dalam sesuatu perkara yang baru itu ada kebaikannnya. Kerana dai kesilapan itulah

kita akan mudah belajar dan cuba untuk tidak mengulanginya pada masa yang akan datang. Saya tidak mahu berucapa panjang kerana masih banyak acara lain yang perlu diselesaikan. Diharapkan semua pihak yang hadir pada hari ini dapat bekerjasama termasuk dari pihak ADUN, pihak jabatan kabajikan masayarakat, Staf PDK bersama ibu bapa dapat menggembling tenaga untuk masa depan anak-anak OKU ini. Akhir sekali terimalah serangkap pantun dari saya, Bunga selasih di tepi perigi, Terima kasih, semoga berjumpa lagi.

Anda mungkin juga menyukai