Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

JUALAN LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA


ANJURAN KELAB GURU DAN KAKITANGAN SKEDAS

1.0 PENDAHULUAN

Penularan pandemik COVID-19, telah menjejaskan pelbagai sektor seperti


ekonomi, politik, sosial dan juga pendidikan. Peningkatan kes yang berlaku secara
mendadak mendorong Kementerian Pendidikan mengambil keputusan menangguhkan
sesi persekolahan secara bersemuka. Bukan itu sahaja, beberapa peperiksaan awam
terpaksa ditunda malah ada juga yang terpaksa dibatalkan. Apabila keadaan kembali
terkawal, Kementerian Pendidikan mengambil keputusan untuk membenarkan sesi
persekolahan secara bersemuka disambung. Namun begitu, beberapa SOP telah
diperkenalkan untuk melindungi anak-anak yang masih bersekolah ini.

Antara SOP yang diperkenalkan ialah pengambilan suhu murid, pemakaian


pelitup separuh muka, penekanan kepada amalan mencuci tangan, memperkenalkan
amalan mensanitasi tangan, penjarakan fizikal dan berbagai lagi. Demi melaksanakan
peraturan-peraturan ini, pihak sekolah telah menyediakan sabun dan tempat cuci
tanga, pensanitasi tangan dan mewajibkan ibu bapa menyediakan pelitup muka buat
anak jagaan masing-masing. Ibu bapa juga amat dituntut menyediakan anak jagaan
masing-masing dengan tisu basah atau pensanitasi tangan sendiri kerana kadang kala
yang disediakan oleh pihak sekolah tidak mencukupi untuk menampung kegunaan
semua murid.
Namun begitu, SOP ini kadangkala tidak dipatuhi dengan sepenuhnya.
Masalah yang kerap didengari oleh pihak guru ialah ibu bapa tidak sempat beli, tidak
mampu menyediakan pelitup muka kerana harga di pasaran yang berada di luar
kemampuan dan terdapat juga kes di mana murid hanya ada satu pelitup muka dan
kadangkala selepas beberapa lama di sekolah talinya terputus dan tiada pelitup muka
tambahan yang dibawa dari rumah.

2.0 MATLAMAT

Berikutan isu-isu yang sering dihadapi ini, pihak Kelab Kebajikan Guru dan
Kakitangan mengambil inisiatif untuk mengadakan jualan bertemakan ‘Lindung Diri,
Lindung Semua” untuk membantu ibu bapa dan murid mendapatkan kit-kit
perlindungan diri dan cegah COVID-19 ini pada harga yang mampu milik dan
bekalan tersedia.Selain itu, hasil jualan ini juga dapatlah disalurkan untuk kegunaan
aktiviti kelab pada masa hadapan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Membantu ibu bapa mendapatkan kit perlindungan diri dan cegah COVID-19
secara mampu milik dan bekalan tersedia.

3.2 Menggalakkan murid-murid membudayakan amalan kebersihan dalam mencegah


penularan COVID-19.
4.0 BUTIRAN PROGRAM

5.0 KUMPULAN SASARAN

Semua ibu bapa/penjaga/murid SK. Dato’ Alaudin, Selinsing.

6.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pn Norzila binti Ishak ( Guru Besar )


Timb Pengerusi 1 : Pn. Rokiah binti Mohd ( PK Pentadbiran )
Timb Pengerusi 2 : En. Sahibul Azhar bin Mohamad (PK HEM)
Timb Pengerusi 3 : En. Ahmad Shahrizal bin Mat Jamaluddin ( PK KO-KO )

Penyelaras Program : Ust. Mohd Khairul Azmi bin Idris (Pengerusi KGKT)
Timb. Penyelaras I : Ustazah Siti Rohani binti Abd Mutalib
Timb. Penyelaras II : Pn. Mimi Norhana binti Sidik
Setiausaha : Cik Noorul Hasheila binti Abd Rashid
Bendahari : Pn Amiratun Zakiah binti Zolkefly

7.0 ANJURAN

Kelab Guru dan Kakitangan SK. Dato’ Alaudin, Selinsing.

8.0 PERINCIAN JUALAN

Cadangan barangan jualan:


1. Face mask kanak-kanak 50sen / 1 unit
2. Face mask dewasa 50sen / 1 unit
3. Face mask extender RM1 / 1 unit
4. Face mask travel bag RM 1 / 1 unit
5. Handsanitizer RM3/ 1 unit
6. Travel Disposable Hand Soap RM1 / 1 unit
7. Portable Garbage Bag RM 2 / 1 unit
8. Tisu muka 50 sen / 1 unit
9. Tisu basah biasa 10pcs RM 1 / 1 unit
10. Tisu antibakteria 20pcs RM2 / 1 unit

9.0 SUMBER MODAL

Kutipan bulanan ahli-ahli Kelab Guru dan Kakitangan.


10.0 PENUTUP

Program ini diharap dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada ibu bapa, murid
dan guru tetapi juga membantu pihak berwajib membendung penularan pandemik
COVID-19 secara efektif ke arah kesihatan awam yang lebih baik.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

..................................................... ........................................................
(CIK NOORUL HASHEILA BT ABD RASHID) (UST MOHD KHAIRUL AZMI BIN IDRIS)
S/U Program Jualan, Penyelaras Program Jualan,
SK Dato’ Alaudin. SK Dato’ Alaudin.

Diluluskan oleh.

.........................................................
(PN NORZILA BINTI ISHAK)
Guru Besar,
SK Dato’ Alaudin.
KERTAS KERJA
PROGRAM JUALAN
“LINDUNG DIRI,
LINDUNG SEMUA”

ANJURAN
KELAB GURU DAN KAKITANGAN
SK. DATO’ ALAUDIN, SELINSING

Anda mungkin juga menyukai