Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

KEMPEN PENGURUSAN DIRI






SEKOLAH KEBANGSAAN DARAU
MENGGATAL, KOTA KINABALU





ANJURAN:
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH KEBANGSAAN DARAU, MENGGATAL






1.0 LATAR BELAKANG

Bersyukur ke hadrat Illahi,kerana dengan limpah kurnia dan inayah dari-Nya,
kami berusaha untuk menganjurkan satu kempen Pengurusan Diri yang
melibatkan murid Sekolah Kebangsaan Darau, Menggatal. Kempen yang
diadakan ini akan memberikan pendedahan kepada murid tentang cara-cara
yang betul dalam pengurusan diri dan kepentingan penjagaan kebersihan
dalam kehidupan seharian.

Kempen Pengurusan Diri ini menekankan soal kebersihan dan kekemasan
dalam setiap diri murid yang sering diambil ringan oleh para ibu bapa. Maka,
kempen ini dirancang agar murid-murid dapat diberi pendedahan dalam
pengurusan diri. Kempen ini akan didemonstrasikan oleh guru-guru dan akan
dijalankan latihan amali oleh murid-murid sambil dipantau oleh guru.

2.0 MATLAMAT
Kempen Pengurusan Diri ini diadakan bertujuan untuk melatih murid agar
menitikberatkan soal kebersihan dan kekemasan diri. Sehubungan itu,
diharapkan kempen ini dapat menjadikan murid menjadi seorang yang lebih
bertanggungjawab terhadap diri sendiri dalam mengendalikan kehidupan
seharian.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memupuk disiplin dalam diri murid.
3.2 Memberi kesedaran akan kepentingan menjaga kebersihan dan
kekemasan dalam kehidupan.
3.3 Melatih untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab dalam
menguruskan diri dan masa.
3.4 Melatih murid untuk menjadi lebih berdikari dan dalam
menguruskan diri.

4.0 PENYERTAAN
Semua murid Sekolah Kebangsaan Darau, Menggatal.

5.0 TARIKH
8 - 12 Julai 2013 (Isnin - Jumaat)

6.0 TEMPAT
Dewan Besar Sekolah Kebangsaan Darau, Menggatal


7.0 JAWATANKUASA INDUK KEMPEN PENGURUSAN DIRI

PENAUNG
ENCIK HAJIS
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Darau

PENASIHAT
PUAN SEPIAH BINTI
GPK Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Darau

PENGERUSI 1
PUAN ROZILAH BT ABU BAKAR
GPK Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Darau

PENGERUSI 2
PUAN
Penyelia Petang Sekolah Kebangsaan Darau




8.0 JAWATANKUASA KEMPEN PENGURUSAN DIRI

PENGURUS
ENCIK MAKLIN BIN
Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Darau

TIMBALAN PENGURUS
PUAN LAU SU FUN
Guru Mentor Sekolah Kebangsaan Darau

PENYELARAS 1
CIK SITI NURUL AFIQAH BINTI MOHD BAKRI
Guru Praktikum

PENYELARAS 2
ENCIK MAS AFIEZUL ZARIEN BIN MASNON
Guru Praktikum

PENYELARAS 3
ENCIK MUHAMAD KHAIRUL HAZIQ BIN ZABAR
Guru Praktikum










9.0 ATURCARA PROGRAM

HARI / TARIKH MASA ATURCARA
Isnin
(8 Julai 2013)



Semasa
perhimpuan pagi
dijalankan
- Taklimat mengenai Kempen
Pengurusan Diri
Selasa
(9 Julai 2013)
- Demonstrasi memakai tudung
dan menyikat rambut dan
amali
Rabu
(10 Julai 2013)
- Demonstrasi memotong kuku
dan amali
Khamis
(11 Julai 2013)
- Demonstrasi kekemasan
pakaian
Jumaat
(12 Julai 2013)
- Pemeriksaan keseluruhan
kekemasan diri

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Perkara Unit Jumlah
1


Minyak rambut


RM 8.00 X 5


RM 40.00

JUMLAH RM 40.00

11.0 PENUTUP
Kami amat mengharapkan agar Kempen Pengurusan Diri yang bakal dijalankan
ini mencapai objektif yang telah digariskan. Semoga usaha ini dapat memberi
manfaat yang besar kepada murid-murid SK Darau. Tinggi harapan kami
sekiranya kempen ini mendapat sokongan dan komitmen yang menggalakkan
daripada pihak Sekolah Kebangsaan Darau. Segala perhatian dan komitmen
pihak tuan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Disediakan oleh,


...........................................................
(CIK SITI NURUL AFIQAH BINTI MOHD BAKRI)
Penyelaras Program,
Guru Praktikum Sekolah Kebangsaan Darau,
88450 Kota Kinabalu, Sabah.

Diluluskan oleh,


...........................................................
(ENCIK HAJIS BIN)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Darau,
88450 Kota Kinabalu, Sabah.

Disemak oleh,


.....................................................
(ENCIK MAKLIN BIN )
Guru Bimbingan dan Kaunseling,
Sekolah Kebangsaan Darau,
88450 Kota Kinabalu, Sabah.

Anda mungkin juga menyukai