Anda di halaman 1dari 3

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH a

1.1 ASPEK PENGURUSAN RUTIN BILIK DARJAH


Tugas guru dalam pengurusan rutin bilik darjah semakin kompleks apabila
pendidikan semakin berkembang. Dalam masyarakat moden ini, kemajuan bidang
pendidikan telah sampai ke tahap yang canggih sehingga tugas guru tidak terhad
kepada mengajar sahaja, tetapi di tambah dengan tugas-tugas yang lain. Tugas-
tugas guru dalam pengurusan rutin bilik darjah tersebut bukan sahaja perlu, bahkan
juga amat penting untuk menjamin segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dapat di jalankan dengan lancar dan berkesan di bawah keadaan yang berdisiplin
tanpa membazirkan masa.
Perkara utama yang perlu dititikberatkan ialah pengurusan rutin bilik darjah.
Saya akan memastikan pengurusan rutin bilik darjah berada dalam keadaan baik
dan teratur sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) pada hari
tersebut. Perkara asas yang dititiberatkan ialah aspek kebersihan kelas sebelum
saya mula mengajar. Saya akan memberi arahan jelas iaitu tiada sampah di lantai,
meja harus berada dalam keadaan kemas tanpa buku, susunan meja setiap barisan
haruslah lurus dan murid telah bersedia untuk belajar subjek yang saya ajar.
Beberapa peraturan ini telah saya berikan kepada kelas tahun 4 Revolusi dan 4
Aplikasi.
Selain itu, untuk menarik tumpuan murid sewaktu saya bercakap ataupun
untuk memastikan murid-murid berhenti melakukan tugasan lain dan melihat guru,
saya juga mempraktikkan arahan menepuk tangan sebanyak tiga kali dan muri-
murid perlu sentiasa bersedia mendengar arahan. Pada mulanya , ramai murid yang
tidak mempedulikan tetapi setalah saya mendenda beberapa murid yang masih
membuat kerja lain, saya mula menampakkan perubahan dan arahan inilah yang
selalu saya gunakan ketika berada di dalam kelas
Seterusnya,setelah keadaan kelas berada dalam keadaan yang ceria,bersih
dan kondusif saya akan menyuruh murid berada ditempat duduk masing-masing
dalam keadaan bersedia. Saya juga telah meminta kebenaran guru kelas tahun 4
revolusi untuk memindahkan beberapa murid yang dilihat berkelakuan nakal dan
bermain dengan rakan sebelah. Mereka dipindahkan kedudukan tempat untuk
melatih murid agar lebih berdisiplin apabil duduk di sebelah rakan yang baru
Apabila kesemua rutin diatas telah dilaksanakan,saya akan akan meneruskan
kepada rutin pembelajaran.Untuk melaksanakan rutin ini saya akan memastikan
pelajar saya memberi fokus kepada P&P yang akan saya lakukan.Saya juga akan
menentukan garis panduan dan tingkahlaku serta interaksi yang sesuai semasa
proses P&P
1.2 ASPEK PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH
Di dalam bilik darjah, murid-murid yang berdisiplin adalah penting untuk
menghasilkan pencapaian objektif pelajaran yang berkesan. Disiplin bilik darjah yang
baik bermakna suasana sosioemosi bilik darjah adalah kondusif dan harmonis.
Aktiviti dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara sistematik,teratur serta licin.
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat di pertingkatkan dan segala
tugas dapat di selesaikan mengikut jadual. Sikap tanggungjawab, tolong menolong,
toleransi,kerajinan, kerjasama dan kebersihan dapat di pupuk dan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan.
Dari aspek pengurusan disiplin bilik darjah, teori disiplin yang boleh di
aplikasikan ialah Model Kounin. Kounin ialah teori disiplin dan pengurusan
kumpulan. Matlamat teorinya ialah integrasi pengajaran dengan disiplin.Beliau
berpendapat atribut yang di ingini, misalnya kemesraan dan pemahaman tidak akan
dapat mengurus bilik darjah dengan berkesan. Menurut model Kounin, masalah ini
dapat di atasi dengan teknik withitness iaitu salah satu daripada idea-idea asas
model kounin. Melalui teknik ini, guru melakukan pemerhatian dan menyedari semua
aktiviti yang berlaku di dalam seluruh kelas pada setiap masa. Dengan kata lain,
guru mengawal keseluruhan kelas untuk mengelakkan tingkahlaku yang tidak
diingini berlaku. Oleh itu, sebelum saya keluar untuk pergi ke bilik guru, saya akan
pastikan keadaan kelas adalah dalam keadaan terkawal. Saya terlebih dahulu akan
memberi arahan kepada ketua kelas supaya mengawal kelas supaya berada dalam
keadaan aman dan tidak bising.Saya juga akan menggunakan kuasa saya sebagai
guru dengan memberikan amaran akan mengambil tindakan kepada mana-mana
murid yang bising dan tidak berdisplin semasa saya meninggalkan kelas
tersebut.Melalui kaedah ini murid-murid agak berasa takut dan akan teragak-agak
untuk melakukan kesalahan dan membuat bising sepeniggalan saya untuk
mengambil bahan yang tertinggal.
Teknik kedua yang boleh di gunakan ialah teknik Kewaspadaan Kumpulan
iaitu memusatkan perhatian semua murid lain apabila respon seorang murid sedang
di berikan. Guru hendaklah berusaha mengekalkan kewaspadaan kumpulan dan
menjamin setiap kumpulan mempunyai akauntabiliti dalam pembelajaran, dan
memastikan pembelajaran optimal berlaku. Saya akan menggunakan teknik
kewaspadaan kumpulan seperti yang dinyatakan diatas.Pertama sekali semasa
saya memulakan proses pengajaran saya akan membuat satu penyataan atau
pengumuman kepada murid saya supaya memberi perhatian kepada apa yang saya
akan ajar.Saya akan memberi arahan tersebut dengan suara yang agak tegas yang
bertujuan untuk mendapatkan perhatian murid-murid yang nakal.seterusnya apabila
saya sedang memberikan penerangan kepada satu kumpulan,saya akan
mengarahkan kumpulan-kumpulan lain supaya memberikan perhatian terhadap
penerangan yang saya berikan.Ini adalah bagi memastikan supaya setiap kumpulan
dan semua pelajar saya turut serta dalam proses pengajaran dan pembelajaran
yang saya jalankan tersebut.Dengan cara tersebut juga kedaan akan menjadi lebih
terkawal kerana setiap pelajar telah memberikan komitmen mereka terhadap apa
yang saya ajar serta masalah bising dan gangguan dari pelajar yang nakal akan
dapat dikawal.

Anda mungkin juga menyukai