Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ WAN MOHD

SAMAN, 05400 ALOR SETAR


KEDAH DARUL AMAN

KERTAS KERJA
PROGRAM LOMPAT TALI

TEMPAT:
Dewan Terbuka SKDWMS

ANJURAN:
KELAB DOKTOR MUDA
SK DATO’ WAN MOHAMAD SAMAN
1.0 PENDAHULUAN

Program Lompat Tali di sekolah adalah satu program yang amat sesuai
dijalankan bagi memupuk gaya hidup sihat dan cergas supaya dapat
dipraktikkan di dalam kehidupan seharian. Di samping itu, kerajinan melakukan
senaman dapat diterapkan kepada semua warga Sekolah dan ahli komuniti
disamping melahirkan murid dan guru serta komuniti yang aktif dan sihat serta
cergas. Tambahan pula aktiviti Lompat Tali ini dapat dipraktikkan oleh murid
semasa waktu lapang murid.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan
sihat dan memupuk murid sentiasa bersenam di sepanjang minggu dan
seterusnya sepanjang kehidupan mereka. Menerusi Lompat Tali, setiap murid
akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan
muzik beserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di
samping itu, program ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid tidak malu
melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti lompat tali.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada murid, guru dan komuniti melakukan aktiviti
cergas dan sihat di sekolah.
3.2 Menggalakkan murid untuk mempraktikkan gaya hidup yang sihat
3.3 Mengeratkan silaturrahim antara murid, guru dan komuniti setempat.
3.4 Mengisi masa terluang murid.
3.5 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti
yang disediakan.
3.6 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
sosial.
4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah bermula 18 Julai iaitu pada setiap hari
Rabu.
4.2 Masa pelaksanaan pada hari Rabu jam 5.30 ptg.

5.0 BUTIRAN PROGRAM


5.1 Jurulatih : En. Adli Alimi Bin Abdul Rahman
5.2 Tentatif
5.20 ptg Peserta berkumpul
5.30 ptg Lompat Tali
6.30 ptg Bersurai

5.3 Tempat : Dewan Terbuka

6.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN


6.1 Pelajar SKDWMS

7.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Perbelanjaan

Long Breaded Rope (5 meter) 3 x RM 65.00

Single Beaded Rope – 7 x RM 35.00


Basic ( 2.6 meter)

Jumlah RM 440.00
8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Penasihat: Pn. Faridah bt Salleh (GB)
Pn. Aziah Awanis binti Kamaruddin (PK KK)
Penyelaras: En. Adli Alimi bin Abdul Rahman
Setiausaha: Pn. Che Tom binti Yahaya
Bendahari: En. Mohd Shukri
Jawatan Kuasa: Ahli Kelab Doktor Muda

9.0 PENUTUP
Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan. Semoga segala aktiviti yang kami sampaikan di dalam program
senamrobik ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian murid disamping
memberi keseronokan kepada murid. Oleh itu, Kerjasama daripada pihak Tuan
amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,

…………………………………….
(ADLI ALIMI BIN ABDUL RAHMAN)
Penyelaras,
Program Lompat Tali,
Kelab Doktor Muda
SK. Dato Wan Mohamad Saman

Diluluskan oleh.

...........................................
(FARIDAH BINTI SALLEH)
Guru Besar,
SK Dato’ Wan Mohamad Saman

Anda mungkin juga menyukai