Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL

LUBOK SEGINTAH
08010 SUNGAI PETANI,
KEDAH

KERTAS KERJA
KURSUS KAWAD KAKI
PENGAKAP SEKOLAH

2017

ANJURAN :

GURU-GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
1.0 PENGENALAN

Kawad kaki merupakan salah satu aktiviti wajib dalam pasukan unit-unit beruniform yang
ditubuhkan di setiap sekolah. Aktiviti ini diharapkan dapat memupuk semangat berkerjasama,
daya juang yang berterusan serta disiplin yang tinggi di kalangan pelajar yang terlibat. Kursus
Kawad Kaki Pengakap merupakan salah satu aktiviti yang dirancang khusus kepada pelajar
Tahun 4 hingga 5. Selari dengan konsep penubuhan pasukan unit beruniform di sekolah,
kecemerlangan seseorang pelajar tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik
semata-mata bahkan para pelajar juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap,
berketrampilan, pekerti yang mulia, dan memiliki daya tahan yang tinggi.

Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli pasukan bagi merealisasikan Falsafah
Pendidikan Negara. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati
sepanjang kursus ini. Di samping itu, semua peserta kursus perlu sentiasa menjunjung nilai
permuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai kejayaan
yang cemerlang, seperti kata pepatah bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana
muafakat. Dengan ini juga diharap dapat membina jati diri para pelajar, menggilap bakat
kepimpinan yang ada dan membentuk semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan ahli
Pengakap.

2.0 MATLAMAT

Latihan Kawad adalah bertujuan untuk mendisiplin dan melahirkan keyakinan diri
kepada pelajar serta mewujudkan sikap kerjasama dikalangan pelajar dan patuh terhadap
segala arahan yang diberikan disamping memberikan ketahanan mental dan fizikal.

3.0 RASIONAL

Generasi sekarang merupakan aset penting sebagai modal insan yang akan
membentuk kemajuan negara pada masa hadapan. Bagi melahirkan remaja yang sihat,
pengetahuan dan keseimbangan dalam aspek fizikal, rohani, sosial dan emosi adalah amat
penting kerana ia dapat membantu melahirkan murid yang lebih produktif. Selain itu, program
ini juga adalah penting supaya murid lebih bersedia untuk menjadi ketua kepimpinan yang
mantap.
4.0 0BJEKTIF

Di antara objektif-objektif yang ingin dicapai melalui program bimbingan ini adalah :

4.1 Mewujudkan disiplin diri dikalangan pelajar;

4.2 Meningkatkan semangat kerjasama berpasukan diantara pelajar;

4.3 Meningkatkan kepekaan terhadap hukuman dan arahan;

4.4 Melahirkan sikap patuh dan hurmat kepada orang yang lebih kanan;

4.5 Untuk meningkatkan daya kecergasan dan kekemasan pergerakan

di dalam kumpulan; dan

4.6 Menanamkan amalan bersih dan kemas didalam hidup seharian

5.0 BUTIRAN PROGRAM

Tarikh : 9 Ogos 2017


Tempat : Tapak perhimpunan
Masa : 3.00-4.00 tengah hari

6.0 SASARAN
Semua murid Tahun Lima, Tahun Empat

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROGRAM

JAWATAN KUASA INDUK

Penasihat : Pn.S. Veknaswari (Guru Besar SJKTLS)


Pengerusi : EN.A.Sanjeven (GPK KoKurikulum)
Naib Pengerusi : Pn.S Peararsi (GPK Hal Ehwal Murid)
Penyelaras Program : Anita Balan (Guru Pelatih)
Setiausaha Program : Anjali Chandran (Guru Pelatih)

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


PA Sistem : Pn.K Vimala Devi

Persiapan Tempat : Cik.M.Susila

Fasilitator : C.Anjali (Guru Pelatih)

B.Anita (Guru Pelatih)

Dokumentasi dan Jurufoto : S.Sangeetha (Guru Pelatih)

S.Venishree (Guru Pelatih)

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Tiada

9.0 TENTATIF PROGRAM

3.00 ptg : Murid berkumpul di tapak perhimpunan


Mengenal asas kawad
Berjalan teratur
Hormat
3.30 ptg : berjalan dalam barisan dan menukar arah
Perlahan-lahan membuat kawad semula
4.00 ptg : Sesi penutup dan bersurai

10.0 PENUTUP

Diharapkan program ini akan dapat membantu murid-murid dalam melahirak ciri-
ciri kepimpinan yang mantap. Harapan kami adalah agar murid dapat mengaplikasikan
ilmu yang diperolehi daripada program ini dalam kehidupan seharian kelak. Semoga
program kawad kaki yang diadakan akan mendapat kerjasama daripada semua pihak.
Dengan ini, besarlah harapan kami agar apa yang telah dirancang ini mendapat
kelulusan daripada pihak tuan dan dapat dilaksanakan dengan lancar.

Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.
Disediakan oleh,

.............................................

(ANJALI CHANDRAN)
Setiausaha Program,
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Lubok Segintah

Disemak oleh,

( EN.YOGALINGAM A/L SUBRAMANIAM)


Mentor Internship,
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Lubok Segintah

KERTAS KERJA INI DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

Nama :

Tarikh :

Tandatangan : ..........................................................
Arahan Kawad Asas Pengakap :

1) Masuk Baris
- Arahan diberi oleh jurukawat / ketua perbarisan.
- Semua ahli pengakap masuk baris.

2) Sedia

- Arahan:
"Baris...Baris...Sedia"
- Tindakan:
Berdiri tegak dan hujung kaki dibuka lebih kurang 12cm hingga 15cm.

3) Senang Diri
- Arahan:
"Baris..Senang Diri"
- Tindakan:
Bukakan kaki kiri ke kiri.
Kedua-dua tangan disimpan di paras punggung.
Tangan kanan seperti hormat pengakap dan tangan kiri menggengamnya.
Melangutkan muka ke hadapan.

4) Rehatkan Diri
- Arahan:
"Rehatkan diri"
- Tindakan:
Tangan dinaikkan dan diletakkan di paras pinggang.

5) Ke Kanan Lurus
- Arahan:
"Ke Kanan Lurus..."
- Tindakan:
Baris paling kanan diam.
Ahli lain mengangkat tangan kanan yang digenggam dan diletakkan di bahu
rakan sebelah kanan sambil memalingkan muka ke kanan.
Kemudian, mengangkat kaki bermula kaki kiri dan menghentaknya. Diikuti
kaki kanan.
Seterusnya, luruskan barisan mengikut ahli yang paling kanan.

6) Pandang Depan
- Arahan:
"Pandang..Depan"
- Tindakan:
Pengakap akan memalingkan muka ke hadapan sambil menjatuhkan tangan
ke sisi.

7) Bergerak ke kanan/kiri
- Arahan:
"Baris, akan bergerak ke kanan/kiri,kanan/kiri....pusing"
- Tindakan:
Semua pergerakan dalam kawad menggunakan arah bahu kanan kecuali
bagi pergerakan ke kiri.

8) Bergerak ke belakang/hadapan
- Arahan:
"Baris, akan menghadap ke belakang/hadapan, ke hadapan/belakang...pusing"

9) Buka Barisan
- Arahan:
"Buka..barisan.....gerak"
- Tindakan:
Barisan hadapan akan bergerak 1 setengah langkah ke hadapan.
Barisan belakang akan bergerak 1 setengah langkah ke belakang.
Barisan tengah duduk diam.

10) Tutup Barisan


- Arahan:
"Tutup...barisan....gerak"
- Tindakan:
Barisan hadapan akan bergerak 1 setengah langkah ke belakang.
Barisan belakang akan bergerak 1 setengah langkah ke hadapan.
Barisan tengah duduk diam.

11) Keluar Baris


- Arahan:
"Baris...keluar..baris"
- Tindakan:
Baris akan bergerak ke kanan, berjalan keluar 3 langkah bermula dari
kaki kiri dan bersurai.

Anda mungkin juga menyukai