Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

Ekspedisi Mendaki Bukit Bangkong

TARIKH
28 Februari 2018

TEMPAT
Bukit Bangkong, Chemor

ANJURAN
Kelab Kembara SJK(T) VAANMUGIL

TEMA
Memperkasakan Murid Cergas
KERTAS KERJA EKSPEDISI MENDAKI BUKIT BANGKONG ANJURAN KELAB
KEMBARA SJK(T) VAANMUGIL

1.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini diadakan adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan
program serta bantuan kewangan dari pihak sekolah untuk menjayakan Ekspedisi
mendaki Bukit Bangkong.

2.0 PENGENALAN

Ekspedisi pendakian dan penerokaan alam merupakan program kali pertama dibuat
oleh Kelab Kembara SJKT Vaanmugil. Ianya merupakan satu usaha bagi meningkatkan
kesedaran kepada murid-murid tentang penjagaan alam sekitar serta memberi satu
alternatif kepada murid-murid tentang gaya hidup sihat. Seperti yang telah sedia
maklum, para pelajar biasanya telah banyak meluangkan masa dalam meningkatkan
akademik mereka sehingga mereka terlupa untuk mengamalkan gaya hidup sihat
sehingga memberi alasan bahawa amalan gaya hidup sihat satu perkara yang
melecehkan dan membosankan. Di samping itu juga, masih ramai yang tidak sedar
bahawa pencemaran alam sekitar sering sahaja berlaku termasuklah di kawasan-
kawasan pelancongan di Malaysia. Sehubungan dengan itu, program ini mahu
mendedahkan kepada pelajar tentang kesedaran perihal alternatif yang menyeronokkan
untuk mengamalkan gaya hidup sihat serta pentingnya penerokaan alam secara
berhemah.

3.0 MISI
Membentuk dan menyemai budaya dan gaya hidup sihat yang menyeronokkan serta
kepentingan penerokaan alam secara berhemah kepada murid-murid sekolah.

4.0 MATLAMAT
Untuk membina semangat gaya hidup sihat dalam diri murid dengan melibatkan diri
dalam aktiviti-aktiviti yang dirangka oleh Kelab Kembara SJK(T) Vaanmugil sebagai
badan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan para murid dan seterusnya
melahirkan murid-murid yang mampu hidup dengan lebih aktif dalam suasana yang
harmoni untuk semua pihak.

5.0 OBJEKTIF

Pihak jawatankuasa pelaksana menggariskan beberapa objektif yang perlu dicapai:


antaranya ialah,

5.1 Melatih murid-murid dalam kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban. Tingkah


laku bertanggungjawab terhadap diri dan orang lain, kepekaan kepada alam sekitar dan
kepekaan dan kebertanggungjawaban terhadap situasi sosial seperti perpaduan dan
kemiskinan.

5.2 Melahirkan murid-murid yang mempunyai kemahiran nilai, sikap, etika dan
profesionalisme. Menunjukkan tingkah laku profesional sesuai dengan etika kerjaya,
melaksanakan tanggungjawab dengan integriti dan amanah dan menunjukkan sikap
kesukarelawanan.

5.3 Mendedahkan kepada murid-murid kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan.


Menjadi pemimpin atau pengikut sesuai dengan konteks, membina kerja berpasukanuntuk
mencapai maklumat yang disepakati dan membantu rakan-rakan secara proaktif.

6.0 ANJURAN

Kelab Kembara SJK(T) VAANMUGIL

6.0 TARIKH,TEMPAT DAN MASA


Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:
Tarikh :28 Februari 2018
Hari : Rabu
Masa : 7.00 Pagi – 4.00 Ptg
Tempat: Bukit Bangkong, Chemor
7.0 PENGLIBATAN AHLI MURID DAN GURU
24 Orang murid-murid yang terdiri daripada ahli Kelab Kembara
1 Guru pembimbing

8.0 STRUKTUR ORGANISASI


NAMA DAN JAWATAN BIDANG TUGAS
Penaung
Krishna Kumar A/L Varatharaj Meluluskan kertas kerja
Guru Besar SJKT Vaanmugil
Penasihat Menyemak kertas kerja dan
Agilandeshwari A/P Rama lingam memantau perjalanan program
Priyatarsini A/P Othayakumaran
Pengerusi Memberi garis panduan dan
Anusha A/P Ramu menentukan program yang dijalankan
Naib Pengerusi Membantu pengerusi dalam
Sanggetha A/P Nathan memastikan program berjalan dengan
lancar.
Setiausaha Membuat surat, laporan setiap gerak
Turkga A/P Sinnasamy kerja yang dijalankan berkaitan
program
Naib Setiausaha Membantu setiausaha dalam
Lavania A/P Uthayakumar melakukan gerak kerja berkaitan
program
Bendahari Membuat perbelanjaan berdasarkan
Thevalozheny A/P Ramalu kewangan program yang telah diberi
serta membuat catatan pengeluaran
wang yang digunakan.

AJK PROTOKOL

-Rathiarasi A/P Ramasamy


-Keerthana A/P Balakrishnan

AJK PENGANGKUTAN

-Yogeswary A/P Veerasamy

-Mishalini A/P Palanisamy

AJK MAKANAN

-Sharmila Devi A/P Nagendran

- Kanagapriya A/P Manimaran

AJK PERALATAN
-Athavan A/L Sukumaran

-Maha Veera Prasad A/L Kuppan

9.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI
6.00 Pagi Pendaftaran pelajar
6.15 Pagi Sarapan pagi
6.35 Pagi Taklimat mengenai keselamatan semasa
mendaki bukit
7.00 Pagi Pengagihan kumpulan
7.10 Pagi Senaman ”waming up”
7.30 Pagi Mendaki bukit
10.30 Pagi Mencapai puncak bukit dan melakukan aktiviti
riadah
12.30 Petang Menurun bukit
3.30 Petang Melengkapkan pendakian bukit
3.45 Petang Melakukan senaman “cooling down”
4.00 Petang Balik ke sekolah

10.0 BELANJAWAN
11.0 PENUTUP

Ahli jawatankuasa Kelab Kembara SJKT Vaanmugil berharap bahawa program ini dapat
dijalankan secara sistematik dan teratur tanpa sebarang halangan. Penyertaan murid dan
juga para guru amat digalakkan untuk menjayakan program ini. Kami juga berharap program
ini dapat memberi impak yang positif dalam peserta yang menyerta program ini. Suatu
mesyuarat ‘’post-mortem’’ akan diadakan untuk membincangkan kekuatan dan kelemahan
yang terdapat dalam program ini.

Disediakan oleh,
_______________________________
(TURKGA A/P SINNASAMY)
Setiausaha
Program Ekspedisi Mendaki Bukit Bangkong
Kelab Kembara SJKT Vaanmugil

Disemak oleh,

_________________________________________
(ANUSHA A/P RAMU)
Pengerusi Ekspedisi Mendaki Bukit Bangkong
Kelab Kembara SJK(T) Vaanmugil

Disahkan oleh,

(KRISHNA KUMAR A/L VARATHARAJ)


Guru Besar SJKT Vaanmugil

Anda mungkin juga menyukai