Anda di halaman 1dari 4

Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ampang

KERTAS KERJA 
EKSPEDISI MENDAKI BUKIT GASING 2019

TARIKH:
21 September 2019

TEMPAT:
Bukit Gasing, Petaling Jaya

ANJURAN

Kelab Kembara

DENGAN KERJASAMA

Guru-guru Tahun 6
KERTAS KERJA
EKSPEDISI MENDAKI BUKIT GASING 2019

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) AMPANG

1. PENGENALAN
Ekspedisi pendakian dan penerokaan alam Bukit Gasing merupakan suatu program
di antara Kelab Kembara dengan Guru-guru Tahun 6. Program ini diadakan untuk
mendedahkan semua murid Tahun 6 dengan aktiviti-aktiviti luar dan pada masa
yang sama dapat meneroka persekitaran di lapangan. Disamping itu, program ini
bertujuan untuk melahirkan murid-murid yang sihat samaada dari segi mental
mahupun fizikal.

2. OBJEKTIF

i) Memberi pendedahan kepada murid mengenai aktiviti-aktiviti rekreasi


yang mampu dimanfaatkan sebagai salah satu cara hidup yang sihat.
ii) Menerapkan nilai-nilai murni dan etika rekreasi dalam segala aktiviti yang
dijalankan.
iii) Menyalurkan segala bentuk keilmuan dan kemahiran dalam berekreasi
termasuk segala ilmu kehutanan, alam semulajadi, dan segala peralatan
yang digunakan dalam aktiviti-aktiviti rekreasi.

3. SASARAN

Murid-murid Tahun 6

4. TEMPOH PELAKSANAAN

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:

Tarikh : 21 September 2019

5. TEMPAT PROGRAM

Bukit Gasing, Petaling Jaya


6. AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : Puan V. Sivaparathy (Guru Besar)


Timbalan Pengerusi 1 : Encik Gobinathan
Timbalan Pengerusi 2 : Encik Vadivelu
Timbalan Pengerusi 3 : Encik P.Balakrishnan
Penyelaras : En M. Magendran
AJK : Pn Jayaletchumy
Pn Theivanai
Semua guru Tahun 6

7. TENTATIF EKSPEDISI MENDAKI BUKIT GASING


Sila rujuk lampiran A

8. ANGGARAN PERBELANJAAN
Sarapan pagi RM 2.00 × 40 orang = RM 80
Pengangkutan = RM 400

Jumlah = RM 480

9. PENUTUP
Diharapkan dengan kerjasama yang mantap daripada semua pihak, program ini
dapat dijalankan dengan jayanya serta mencapai matlamat yang dirancangkan.

Disediakan oleh: Disahkan oleh,

......................................... ................................
Magendran A/l Mahalingam Puan V. Sivaparathy
Penasihat Kelab Kembara Guru Besar
SJK (T) Ampang SJK (T) Ampang
Lampiran A

Tentatif Ekspedisi Mendaki Bukit Gasing

MASA AKTIVITI

6.15- 6.30 pagi Berkumpul di tapak perhimpunan dan


bertolak.
7.00 pagi -Sampai di Bukit Gasing.
-Taklimat mengenai keselamatan semasa
mendaki bukit.
7.15 pagi Senaman ”waming up”

7.30 pagi Mendaki bukit.

8.30 pagi Mencapai puncak bukit dan melakukan

aktiviti riadah

9.30 pagi Menurun bukit

10.15 pagi Melakukan senaman “cooling down”

10.30 pagi Sarapan pagi

11.00 Bertolak ke sekolah

Anda mungkin juga menyukai