Anda di halaman 1dari 6

KERTAS CADANGAN

PROJEK INOVASI
SJK(T) KERAJAAN
TAHUN 2021

PROJEK INOVASI
‘KATTATHAI URUTTU SOLLAI THIRATTU’

PELAKSANAAN :
GURU PELATIH AMBILAN JUN 2017 IPG KAMPUS IPOH
(MAJOR BAHASA TAMIL)

1.0 PENDAHULUAN
Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu pembaharuan kreatif
dimana kaedah atau cara baru yang digunakan oleh seseorang guru untuk
memastikan objektif pengajarannya tercapai. Penemuan inovasi adalah untuk
menangani masalah bagi meningkatkan sistem pendidikan. Sejajar dengan kehendak
dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang menekankan
kepada kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem pendidikan perlu penekanan
sewajarnya. Sistem pendidikan negara seharusnya diperbaharui dari semasa ke
semasa.
Kemahiran membaca merupakan salah satu kemahiran yang diberi
penekanan dalam pengajaran bahasa Tamil. Kemahiran membaca secara tidak
langsung membantu seseorang murid untuk menguasai kemahiran bertutur dan juga
kemahiran menulis. Sehubugan dengan itu, projek inovasi dalam PdPC ini diharap
dapat meningkatkan minat membaca dan penguasaaan kemahiran membaca murid-
murid Tahun 1 di SJK(T) Kerajaan dalam pembelajaran Bahasa Tamil dengan cara
yang lebih kreatif dan inovatif.
Atas kesedaran tersebut, satu perancangan telah dibuat untuk meningkatkan
penguasaan kemahiran membaca dengan menggunakan bahan inovasi ‘Kattathai
Uruttu Sollai Thirattu’ dengan lebih efektif.

2.0 RASIONAL
Projek inovasi ini merupakan satu usaha yang baru untuk menarik minat dan
meningkatkan penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid yang
sederhana dalam pembelajaran Bahasa Tamil. Malah, projek inovasi ini juga
membantu murid-murid untuk mengenali huruf-huruf Bahasa Tamil dan sebutannya.
Projek ini juga akan membawa suasana pembelajaran yang lebih seronok dan
pembelajaran berpusatkan murid berbanding dengan PdPC yang hanya fokus kepada
pengajaran guru.

3.0 MATLAMAT

4.0 OBJEKTIF
i. Membantu meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid.
ii. Mengenali sebutan huruf-huruf Bahasa Tamil.
iii. Meningkatkan penglibatan murid dalam proses PdPC Bahasa Tamil.
iv. Mendedahkan guru dan murid tentang penggunaan bahan inovasi ‘Kattathai
Uruttu Sollai Thirattu’.
v. Meningkatkan tahap penguasaan kosa kota bahasa Tamil dalam kalangan
murid tahun 1.
vi. Menggalakkan pembelajaran terarah kendiri.

5.0 PERNYATAAN MASALAH


Semasa mengajar di kelas tahun 1 saya mendapati bahawa terdapat
segelintir pelajar yang menghadapi masalah untuk membaca perkataan-perkataan
yang terdapat di dalam buku teks. Walaupun kemahiran membaca dianggap penting
namun terdapat murid-murid yang masih tidak menguasai kemahiran ini dengan
sebaiknya. Sebagai contohnya, sewaktu mengajar murid-murid berkenaan saya
mendapati bahawa walaupun sesuatu perkataan itu hanya mengandungi tiga hingga
empat perkataan sahaja namun mereka menghadapi kesukaran untuk membaca
perkataan-perkataan tersebut dengan betul. Daripada pemerhatian, saya juga
mendapati bahawa murid-murid tersebut tidak mengenali sebutan huruf-huruf Bahasa
Tamil.
Bukan itu sahaja, saya juga mendapati bahawa murid-murid mudah berasa
bosan untuk membaca menggunakan buku teks. Ini secara tidak langsung
mengurangkan minat murid dan menyebabkan mereka hilang tumpuan terhadap
pembacaan. Sekiranya seseorang murid itu gagal menguasai kemahiran membaca
maka kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran menulis dan bertutur juga tidak
dapat dikuasai dengan sebaiknya. Di samping itu, tahap penguasaan kosa kata dalam
kalangan murid juga tidak begitu memuaskan. Murid-murid juga tidak mengetahui
banyak kosa kata yang seharusnya dikuasai dalam tahun 1 seperti yang terkandung
dalam Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran.
Bagi mengatasi masalah-masalah yang dinyatakan di atas saya akan
menggunakan bahan inovasi ‘Kattathai Uruttu Sollai Thirattu’ dalam kalangan murid
tahun 1 untuk membantu mereka menguasai kemahiran membaca dan kosa kata
dengan sebaiknya.

6.0 NAMA PROJEK DAN TEMA PROJEK


Nama Projek : ‘Kattathai Uruttu Sollai Thirattu’

Tema Projek : Membantu murid-murid tahun 1 menguasai kemahiran membaca


dan kosa kata yang terkandung dalam DSKP.
7.0 TEMPAT PELAKSANAAN PROJEK
SJK(T) Kerajaan, Jalan Sungai Pari, ......

8.0 TEMPOH PELAKSANAAN PROJEK


Projek Inovasi : Bahan inovasi ‘Kattathai Uruttu Sollai Thirattu’ akan disediakan dan
diuji
keberkesanannya sepanjang Internship di SJK(T) Kerajaan, Sungai
Pari, Perak. Projek ini akan dilaksanakan bermula dari 6 April 2021
hingga 30 April 2021.

9.0 KUMPULAN SASARAN


Segelintir murid Tahun 1B, SJK(T) Kerajaan, Sungai Pari, Perak.
JANTINA
BIL CIRI - CIRI LELAKI PEREMPUAN
1 Bilangan 2 2
2 Kaum India
3 Nama Kelas 1 Barathiyar
4 Umur 7 Tahun
5 Prestasi Akademik Sederhana
6 Status Sosio Ekonomi Pelbagai

10.0 PENGANJUR
Guru Pelatih Ambilan Jun 2017 (Major Bahasa Tamil)

11.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


Pengerusi : En. Valliapen (Guru Besar)
Timbalan Pengerusi I : Pn. Yasotha A/P
(Penolong Kanan Pentadbiran)
Timbalan Pengerusi II : Pn. Santha Devi A/P
(Penolong Kanan HEM)
Penyelaras Projek : Pn. Kogila Wani A/P Muniandy
Setiausaha : Cik. Tharshini A/P K Annamalai
Bendahari : Cik. Subashini A/P
AJK Fotografi : Cik. Tinishah A/P Rajeendran

12.0 JADUAL PELAKSANAAN

13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


BIL PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT HARGA
(RM) (RM)
1 MOUNTING BOARD 4 3.90 15.60
2 SAND CLOCK 1 5.00 5.00
3 LAMINATE 20 0.50 10.00
4 VELCRO TAPE 4 2.50 10.00
5 STICK 4 2.00 8.00
6 BAKUL 3 1.00 3.00
JUMLAH RM 51.60

14.0 PENUTUP
Semoga kertas kerja ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya supaya
dapat melihat perkembangan dari penguasaan kemahiran membaca dan kosa kata
dalam kalangan murid tahun 1 dalam subjek Bahasa Tamil melalui penggunaan bahan
inovasi ‘Kattathai Uruttu Sollai Thirattu’. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan
dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada murid-murid.

Disediakan Oleh,
…………………………………………
THARSHINI A/P K ANNAMALAI
SETIAUSAHA PROJEK INOVASI
SJK(T) KERAJAAN.

Disemak Oleh,
…………………………………………
PN. KOGILA WANI A/P MUNIYANDI
PENYELARAS PROJEK INOVASI
SJK(T) KERAJAAN.

Disahkan oleh,
…………………………………….........
Dr VASUKI A/P MUNIANDI
PENSYARAH PENYELIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH.

Anda mungkin juga menyukai