Anda di halaman 1dari 4

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SJK(T)LADANG KUALA REMAN


26090 PANCHING,KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR

KERTAS KONSEP
BENGKEL MENULIS CERPEN

ANJURAN :
JKKD BAHASA TAMIL SJKT
DAERAH KUANTAN

DISEDIAKAN OLEH :
CIK SAKUNTHALA DHANASEKARAN
KETUA PANITIA BAHASA TAMIL SJKT
LADANG KUALA REMAN
TAJUK PROGRAM

BENGKEL PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


KEMAHIRAN MENULIS CERPEN DALAM KALANGAN GURU BAHASA TAMIL
DI SJKT DAERAH KUANTAN.

1. PENGENALAN

LATAR BELAKANG Falsafah Pendidikan Negara memberikan penekanan kepada usaha


melahirkan lebih ramai lagi individu yang kreatif dan inovatif bagi membangunkan
negara. Usaha yang disarankan ini dilihat sangat relevan dengan aspirasi penulisan kreatif
kerana bidang ini dilihat sebagai satu cabang disiplin yang membolehkan fikiran kreatif
berkembang kerana sifatnya yang tidak konservatif dan tidak jumud. Membaca dan
menulis cerpen telah diaplikasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas, ujian dan peperiksaan PPSR. Bakat dalam penulisan cerpen adalah amat penting
untuk mendapat markah tertinggi dalam kertas penulisan Bahasa Tamil PPSR. Oleh itu,
Panitia Bahasa Tamil daerah Kuantan telah merancang untuk menganjurkan bengkel
penulisan cerpen dalam kalangan guru Bahasa Tamil di SJKT Daerah Kuantan bagi
membimbing murid dalam bidang penulisan cerpen.

2. PENYATAAN MASALAH
Bengkel ini dapat memberi pendedahan kepada peserta dalam bidang penulisan cerpen
secara teori dan praktikal. Ini adalah penting untuk meningkatkan kefahaman dan
kemahiran peserta khususnya dalam kemahiran penulisan cerpen.

3. OBJEKTIF

 Menangani masalah pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis cerpen di


kalangan guru.
 Aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru dalam bidang penulisan cerpen lebih
seronok.
 Membantu meningkatkan pencapaian murid-murid dalam kertas penulisan Bahasa
Tamil.
4. PELAKSANAAN

4.1 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi :Pn.Thavamalar A/P Poosapooragi


Setiausaha :Cik.Sakunthala A/P Dhanasekaran
Bendahari :Pn.Jeeva Jothi A/P Munusamy
AJK :Pn.Thangamani A/P Nadarajan

4.2 SASARAN

Semua guru mengajar Matapelajaran Bahasa Tamil

4.3. NAMA PENCERAMAH:

CIK D.SAKUNTHALA
PN. M. JEEVA JOTHI
PN.SEETHA

4.4. TENTATIF PROGRAM

Pendaftaran

Ucapan Pengerusi

Bengkel

Penutupan

4.5. GARIS MASA PELAKSANAAN

Awal bulan Ogos -Sabtu Minggu ke-2

5. PENUTUP

Kesimpulannya, pelaksanaan bengkel kemahiran menulis harus dijalankan dengan berkesan


agar usaha untuk meningkatkan penguasaan 3M khususnya kemahiran menulis dalam
kalangan murid-murid dapat dicapai. Peranan guru sangat penting di sekolah sebagai
pembimbing murid-murid dalam pembelajaran kemahiran menulis. Di samping itu, kajian ini
juga diharapkan dapat membantu meningkatkan pencapaian murid-murid dalam Bahasa
Tamil Penulisan di sekolah rendah. Seterusnya skop kajian boleh diperluas dan dimantapkan
dengan melaksanakan kajian lanjut seperti yang dicadangkan. Hal ini amat penting dan
bermakna dalam membantu pelbagai pihak untuk mendapatkan hasil pencapaian yang
terbaik.

DISEDIAKAN OLEH

Cik Sakunthala Dhanasekaran

TARIKH

13 Julai 2021

Anda mungkin juga menyukai