Anda di halaman 1dari 33

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 PENGENALAN Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang penting yang perlu dikuasaai oleh pelajar. Kepentingan menguasai kemahiran menulis ini telah dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu ( Kementerian Pendidikan Malaysia 2001). Melalui aktiviti menulis, pelajar dapat merakam atau menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pengalaman, perasaan, dan maklumat dalam bentuk tulissan untuk berhubung dengan orang lain atau diri sendiri.

Menurut Noorazman Mahat (2009), murid perlu mahir menulis kerana hampir semua kertas peperiksaan di Negara ini memerlukan murid menjawab dalam bentuk tulisan dan malah memerlukan jawapan yang panjang lebar dalam bentuk ayat. Pelajar yang tidak menguasai kemahiran menulis sering menghadapi masalah untuk menjawab soalan. Lantaran itu, pelajar perlu menguasai kemahiran menulis untuk menghuraikan data-data yang tepat, berupaya menyusun jawapan dalam bentuk yang mudah, teratur dam ,meyakinkan. Sehubungan itu, kemahiran menulis adalah penting dan perlu untuk dilaksanakan berdasarkan penguasan kemahiran.

Pendapat ini disokong oleh Che Zanariah Che Hassan dan Fadzilah Abd Rahman (2011): 67-68, Jurnal kajian pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis Sekolah Rendah ; penulisan merupakan suatu proses yang kompleks dan perlu dikuasai oleh semua pelajar. Oleh itu, penulisan perlulah dilaksanakan mengikut tahap-tahap secara sistematik.

Pendapat ini juga disokong oleh Suhaimi Yunus (2009).Menurut kajian beliau ternyata kemahiran menulis dilihat begitu penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kerana kemahiran ini perlu dikuasai oleh murid-murid untuk menduduki peperiksaan bertulis.Seterusnya, ramai lagi calon yang mendapat keputusan yang rendah atau gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan UPSR. Menurut Suhaimi Yunus (2009), dalam peperiksaan UPSR, kemahiran penulisan Bahasa Melayu merupakan salah satu mata pelajaran yang perlu diberi penilaian.

Semua pelajar harus didedahkan dengan ilmu pengetahuan tentang cara untuk menggunakan pelbagai alat berfikir. Dengan menguasai penggunaan alat berfikir, pelajar dapat menggunakannya bukan sahaja dalam pengajaran dan pembelajaran, malahan juga dalam situasi harian.Sehubungan itu, dalam kajian tindakan ini, pengkaji mengaplikasikan kemahiran mengguna Teknik SIBIDIBAM berbantukan Peta TARANTULA dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Penulisan Tahun 5 agar lebih seronok dan berkesan.

1.1 PERNYATAAN MASALAH KAJIAN Kemahiran mencari idea utama merupakan salah satu tunjang untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam Bahasa Melayu Penulisan.Pengkaji telah dapat mengenal pasti punca utama mereka gagal mendapat markah yang baik kerana mereka tidak dapat mencungkil idea utama dan membuat huraian idea dengan tersusun. Hal ini, menarik perhatian pengkaji membantu pelajar-pelajar tersebut. untuk memikirkan cara untuk

Menyedari kepentingan kepada pelajar, pengkaji telah mengambil langkah segera untuk mengatasi masalah 10 orang murid Tahun 5 Tabah yang tidak dapat menguasai kemahiran mencungkil idea utama. Dengan menggunakan teknik baharu, pengkaji akan membantu mereka mencapai kecemerlangan Bahasa Melayu Penulisan Tahun 5 Tabah.

Bagi memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu Kertas 2 Bahagian B, satu kaedah yang sesuai harus dipilih untuk memastikan pelajar dapat menulis karangan dengan baik iaitu melibatkan pengolahan isi utama dan huraian idea yang lebih teratur.Justeru, kaedah yang telah dipilih ialah Teknik SIABIDIBAM berbantukan Peta TARANTULA untuk percambahan idea pelajar semasa penulisan karangan.

Selain itu, pengkaji juga memberi ujian, borang soal selidik, dan membuat analisis data untuk mengenal pasti sama ada teknik yang digunakan berkesan untuk menangani masalah yang mereka hadapi atau sebaliknya.

1.2 SOALAN KAJIAN a. Bagaimanakah penggunaan Teknik SIABIDIBAM berbantukan Peta

TARANTULA dapat meningkatkan kemahiran mencungkil idea utama dalam penulisan Tahun 5 ?

b. Apakah kesan penggunaan Teknik SIBIDIBAM dalam meningkatkan prestasi pelajar Tahun 5 ?

c. Adakah minat pelajar meningkat dengan penggunaan Teknik SIABIDIBAM berbantukan peta TARANTULA untuk kemahiran mencungkil idea utama?

1.3 OBJEKTIF KAJIAN a. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam mencungkil idea utama dalam penulisan Bahasa Melayu Tahun 5 Tabah menggunakan Teknik SIABIDIBAM berbantukan peta TARANTULA.

b. Membuktikan

keberkesanan

Teknik

SIABIDIBAM

berbantukan

peta

TARANTULA dalam usaha untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam penulisan Bahasa Melayu Tahun 5.

c. Mengenal pasti minat pelajar dalam penulisan melalui penggunaan Teknik SIABIDIBAM berbantukan peta TARANTULA.

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini diharapkan dapat memberikan sumbangan yang berguna kepada semua pelajar dan guru Bahasa Melayu. Di samping itu, dapatan ini akan dapat membantu pelajar-pelajar meningkatkan mutu penulisan Bahasa Melayu.

Kajian ini dapat memberi peluang kepada pelajar berinteraksi dalam kumpulan kecil pelbagai kebolehan bagi meningkatkan keyakinan mereka mencungkil idea- idea utama menguasai penulisan. Idea dan huraian yang mantap akan dapat membantu pelajar memperoleh markah yang tinggi. Keberkesanan menguasai sesuatu tajuk

penulisan yang diberikan membuktikan sesuatu kaedah yang digunakan oleh guru akan dapat mencapai objektif yang ingin dicapai melalui gerak kerja ini.

Kajian ini juga memberi peluang kepada guru untuk mempraktikkan Teknik SIABIDIBAM berbantukan peta TARANTULA sebagai satu kaedah mengajar Bahasa Melayu Penulisan yang berkesan dalam mencungkil idea dan maklumat serta menimbulkan keseronokan dalam kalangan pelajar.Kepelbagaian kaedah yang digunakan dapat mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih

menyeronokkan dan lebih bermakna.

Kajian ini juga diharapkan dapat memberi ruang kepada para guru untuk menjalankan kajian selanjutnya di samping dapat memberi penerangan atau kursus kepada mereka yang terlibat di dalam dunia pendidikan terutama mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan untuk meningkatkan prestasi pelajar yang menghadapi masalah yang sama.

Teknik SIABIDIBAM berbantukan peta TARANTULA juga diharapkan dapat diguna pakai dan boleh diaplikasikan di sekolah-sekolah dalam Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu (PPD) Untuk meningkatkan gred purata daerah dan sekolah untuk Bahasa Melayu penulisan seterusnya mencatat kedudukan yang lebih baik pada peringkat keseluruhan PPD negeri Kelantan.

Seterusnya, kajian ini juga diharapkan akan dapat memberi peluang kepada pegawai yang terlibat dalam pendidikan seperti Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan dan Jemaah Nazir untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam penulisan di kalangan pelajar Tahun 5 di seluruh negeri Kelantan

1.5 BATASAN KAJIAN Sekolah Kebangsaan Dato Hashim 1 merupakan sebuah sekolah yang terletak lebih kurang 10 kilometer daripada Bandar Kota Bharu merupakan sebuah sekolah di bawah penyeliaan Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bhaaru

Kajian ini telah dijalankan ke atas 10 orang murid dari kelas tahun 5 Tabah sekolah Sekolah Kebangsaan Dato Hashim 1. Mereka merupakan pelajar yang perlukan penekanan serta pendedahan yang lebih tentang teknik menulis karangan yang tepat menggunakan Teknik SIABIDIBAM. Mereka mendapat markah yang agak rendah dalam penulisan. Oleh itu, mereka dipilih menjadi sampel atau responden kepada kajian yang telah pengkaji jalankan. Selain itu, responden majoritinya mempunyai taraf sosioekonomi keluarga yang sederhana. Kebanyakan ibu bapa responden bekerja kerajaan, swasta dan kerja sendiri. Kebolehan mereka dalam bahasa Melayu adalah amat baik daripada tinjauan awal dijalankan.

1.6 DEFINISI ISTILAH Definisi operasional ialah spesifikasi kegiatan pengkaji dalam mengukur atau memanipulasi suatu varaibel.Definisi operasional member batasan atau erti suatu varaibel dengan memperinci hal yang harus dikaji oleh pengkaji untuk mengukur varaibel tersebut.

Teknik SIABIDIBAM SIABIDIBAM adalah akronim daripada (SI) Siapa, (Apa), (BI) Bila, (DI) Di mana, (BA) Bagaimana, (M) Mengapa digubah semula daripada teknik penyoalan (5W 1H). SIABIDIBAM diilhamkan untuk memudahkan pelajar mengingat beberapa kunci penyoalan bagi memudahkan mereka mencungkil idea apabila berhadapan dengan soalan-soalan Bahasa Melayu Penulisan.

Penyoalan menjadi teras dalam mewujudkan pengajaran dan pembelajaran bagi aspek kemahiran lisan iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran menulis, dan kemahiran membaca.Penggunaan soalan dan penyoalan juga bertujuan untuk memantapkan penguasaan kemahiran berfikir pelajar. Teknik SAIBIDIBAM ini akan dilakukan dengan lebih mudah berbantukan teknik Peta TARANTULA. Teknik ini digunakan untuk menjelmakan idea atau isi dalam penulisan dengan lebih tersusun.

Peta TARANTULA Peta TARANTULA diilhamkan iaitu labah-labah berkaki enam untuk menarik

minat pelajar serta memudahkan pelajar untuk mencungkil idea berdasarkan enam isi penting dalam penulisan Bahasa Melayu. Kebiasaan teknik yang mereka dengar ialah peta minda tulang ikan, peta awan dan sebagainya.Peta TARANTULA dianggap lebih menarik kerana pelajar meminati aksi Spider Man.

Selari dengan tujuan peta TARANTULA membolehkan pelajar mencungkil idea bagi memahami sesuatu persoalan atau tajuk dan sebagai suatu teknik memori dan mengeluarkan idea yang kompleks.Setiap kali maklumat dicatat, Peta TARANTULA mampu menguruskan dalam bentuk ringkas yang mudah diasimilasi dan diingati otak. Peta TARANTULA boleh digunakan untuk mencungkil idea dalam penulisan sama ada cerita, temu bual, rencana, dan sebagainya.

Model Pembelajaran Koperatif Model STAD Pengkaji menggunakan Model Pembelajaran Koperatif Student Team Achievement Divission (STAD) yang dikembangkan oleh John Dewey dan Herbert Thelan yang melibatkan kumpulan pelajar dan dibentuk tidak terlalu ramai iaitu empat atau lima orang. Setiap kumpulan terdiri daripada pelbagai kebolehan dan etnik sementara aktiviti yang dirancang memberi peluang kepada pelajar untuk memberi dan menerima pendapat dan komponen paling penting ialah penggunaan markah peningkatan.Dalam pembelajaran koperatif ini, pengkaji bertindak sebagai fasilitator.

Teknik Penyoalan (5W 1H)


10

Soalan dan penyoalan menjadi teras dalam mewujudkan pengajaran dan pembelajaran bagi aspek kemahiran lisan iaitu mendengar dan bertutur.Penggunaan soalan dan penyoalan adalah untuk memantapkan penguasaan kemahiran berfikir pelajar.Teknik penyoalan ini digunakan untuk menjana idea utama dalam penulisan. Contoh teknik penyoalan yang digunakan dalam kemahiran menjelmakan idea ialah : Siapa - Berdasarkan soalan pelajar dikehendaki memberikan nama yang terlibat.

Apa

-Berdasarkan soalan pelajar dikehendaki memberi apa yang terlibat, berlaku atau peristiwa.

Bagaimana

- Berdasarkan soalan pelajar menyatakan bagaimana perjalanan atau sesuatu peristiwa berlaku.

Mengapa

-Berdasarkan soalan pelajar menyatakan sebab dan akibat.

Di mana Bila

- Pelajar menyatakan tempat kejadian atau peristiwa - Pelajar menyatakan masa kejadian.

11

1.7 RUMUSAN Bab ini menghuraikan latar belakang kajian, pernyataan masalah, persoalan kajian, objektif kajian, kepentingan kajian, definisi konsep, batasan kajian dan persoalan kajian. Bab ini juga merumuskan tahap kemahiran menulis murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu Penulisan dengan menggunakan Teknik SIABIDIBAM berbantukan peta TARANTULA. Teknik yang ditekankan di sini ialah menggunakan Teknik SIABIDIBAM.

12

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.0 PENGENALAN Bab ini memberi huraian literatur tentang kajian ini. Huraian dibuat merujuk kepada tiga perkara iaitu kemahiran menulis, Teknik yang digunakan, dan sumber bahan bantu mengajar yang digunakan. Perbincangan bahagian ini merujuk kepada kajian lepas yang berkaitan dengan kajian dari dalam negara dan kajian luar negara yang berkaitan dengan kemahiran dalam Bahasa Melayu penulisan, teknik yang digunakan dan bahan sumber yang digunakan di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu penulisan.

Kemahiran mencungkil idea utama dalam kalangan murid merupakan keupayaan murid dalam mengolah dan mengeluarkan idea- idea yang betul dan tepat dalam penulisan.Penekanan perlu diberikan kepada aspek pemahaman dan mencungkil idea daripada pelbagai bahan untuk penulisan.

13

2.1 TINJAUAN LITERATUR Berdasarkan kajian Abd.Aziz Abd. Talib (2007), dalam kajian beliau bertajuk Teknik Pengajaran Konvensional secara Syarahan yang Berpandukan Buku Teks, Buku Latihan Topikal dan Menyebabkan Topik Menjadi Tidak Menarik, Di samping Menjadikan Murid Tidak Dapat Menumpukan Perhatian Kepada Pengajaran Penulisan. Manakala Yahya Othman (2005), dan Ahmad Khair Mohd. Nor (2005), menyatakan penguasaan kemahiran menulis bukan hanya bergantung kepada bakat semata-mata malah dipengaruhi juga oleh pengajaran menulis yang bersistem dan berkesan.

Peta minda merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semua maklumat daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat. Kajian Poh (2006), menyatakan peta minda dibentuk berdasarkan bagaimana otak manusia merakam dan memproses maklumat secara linear dan dalam masa yang sama membuat pengelolaan yang menyeluruh seperti menghubungkait, membanding, menganalisis dan sebagainya.

Dapatankajian

Haris Fadzilah Kassim (2002), melaporkan cara dan gaya guru

mengajarkan karangan di dalam kelas lebih kepada memberi pendedahan secara menyeluruh tentang sesuatu tajuk, demi memenuhi keperluan peperiksaan. Kesannya, hasil karangan yang diberi tumpuan oleh guru dan proses pengajaran diabaikan. Pengajaran guru kurang memberi pendedahan tentang kemahiran, teknik

14

dan strategi menulis karangan dalam kelas menyebabkan pe;ajar kurang bersedia untuk menulis.

Keberkesanan peta minda ini telah diakui oleh pelajr cemerlang SPM 2006, Nadia Rohani Malik Pnter-Brick, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq , Besut, Terengganu. Beliau mendapat pangkat A1 dalam kesemua 14 mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan tersebut.Pejabat Pendidikan Daerah Besut (23 Mac 2007) melaporkan, Nadia bercita- cita menjadi seorang doktor pakar menggunakan kaedah peta minda Tony Buzan bagi memudahkan mengulangkaji dan menghafal pelajaran.

Dari sudut pengurusan bilik darjah, menurut kajian oleh Long (1981), mendapati guru banyak menggunakan teknik penyoalan. Pendapat ini disokong oleh Lee (2006), menyatakan bahawa guru- guru boleh menggunakan teknik penyoalan ini untuk memperkebalkan topik atau bab baharu dan mengawal perbincangan mengikut kehendaknya. Kemahiran menyoal ini merupakan sebahagian daripada kemahiran komunikasi lisan. Menurut M.Mojibor (2010), kemahiran komunkasi lisan ini dapat mengukur keupayaan dan kebolehan seseorang pelajar itu berkomunikasi dengan baik ataupun sebaliknya.

15

Peta minda pula telah diperkenalkan oleh Tony Buzan pada tahun 1960an sebagai kaedah yang boleh membantu pelajar, mencatat nota dengan ringkas dan berkesan.Pendapat ini disokong oleh Isma Ishak (2005), dalam kajian ke atas 30 orang murid Tahun 4 Arif di Sekolah Kebangsaan Jelempok.Dapatan kajian beliau, penggunaan peta minda dapat meningkatkan kemahiran mencatat nota.Dapatan kajian beliau juga menunjukkan berlaku peningkatan kumpulan pencapaian tinggi dalam ujian pasca menjadi 40% berbanding ujian pra 7%.Bagi kumpulan pencapaian rendah pula menurun kepada 3% daalam ujian pasca berbanding 40% ujian pra.

Berdasarkan kajian Tee et al. (2010), Tony Buzan adalah pencipta kepada peta minda , alat berfikir yang paling berkuasa. Kajian ini disokong oleh Pengarah Microsoft iaitu Bill Gates yang mengenalpasti kepentingan peta minda dalam artikelnya yang bertajuk The road ahead-how mind mappers are taking our information democracy to the next stage satu generasi perisian peta minda baru mampu diguna sebagai asas templet digital untuk membantu menghubungkait dan mensintesis idea dan data , justeru mencipta pengetahuan baharu.

Teknik penyoalan (5W 1H ) cenderung digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (Myers, 1994; White and Lightbown, 1984) di semua peringkat sama ada sekolah rendah dan menengah. Teknik ini merupakan strategi utama dalam proses pembelajaran seperti semasa bilik darjah sebagai pengukuran. Pendapat ini disokong oleh Zamri Mahamod dan Nor Razah Lim (Mei 2011) : 51-56 dalam jurnal Pendidikan Bahasa Melayu bertajuk Kepelbagaian Kaedah Penyoalan Lisan Dalam

16

Pengajaran Guru Bahasa Melayu: Kaedah Pemerhatian . (Oral Question Approach In Teaching Bay).Berdasarkan Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mereka cipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang, dan sebagainya.

Melalui pembelajaran koperatif Model STAD ini, pelajar dapat meningkatkan keyakinan dan memberi sumbangan idea kepada gerak kerja berkumpulan dengan rakan- rakan yang lain. Teknik Penyoalan (5W 1H) pula ialah kaedah menggunakan soalan yang merangsang pemikiran pelajar untuk mengumpul maklumat dan menggalakkan interaksi dalam mencungkil idea utama semasa penulisan karangan Bahasa Melayu.

17

2.2 RUMUSAN Berdasarkan tinjauan literatur yang diperolehi, terdapat banyak pandangan dan pendapat yang telah dinyatakan oleh pengkaji- pengkaji terdahulu berkaitan dengan tajuk kajian ini. Kajian- kajian lepas banyak memberikan pengkaji pengetahuan tentang tajuk yang pengkajipilih .Pendedahan ini banyak membaantu pengkaji dalam menyiapakan kajian ini.Tinjauan ini ada kepentingannya terhadap kajian pengkaji ini iaitu dengan memberikan lebih banyak pengetahuan yang baharu dan berguna serta idea- idea yang bernas dalam menjalankan dan menyiapkan kajian pengkaji ini.

18

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 PENGENALAN Menurut Cohen dan Manion (1996), metodologi merupakan satu pendekatan yang digunakan dalam penyelidikan bagi mengumpul data.Bagi pendapat Othman(2001) pula, metodologi merupakan analisis data yang sealiran dengan peraturan tersendiri bagi memastikan presatasi penyelidikan dicapai dengan baik dan sempurna. Dalam kajian ini metodologi yang digunakan tertumpu kepada tahap kebolehbacaan atau kemahiran membaca murid dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dalam aspek bacaan dengan teknik latih tubi di sebuah Sekolah di Bandar Kota Bharu, Kelantan. Bab ini akan membincangkan berkenaan reka bentuk kajian, instrumen kajian, populasi, dan sampel kajian, prosedur mengumpul data dan prosedur analisis data.

Reka bentuk kajian yang akan dijalankan bertujuan mengenal pasti kesan menggunakan Teknik SIABIDIBAM berbantukan peta TARANTULA terhadap kebolehan mencungkil idea utama dan membuat huraian idea sampingan untuk memudahkan penulisan murid- murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu penulisan. Dapatan kajian ini kelak akan dapat meneguhkan pendapat tentang Teknik SIABIDIBAM berbantukan peta TARANTULA.
19

Aspek- aspek yang dititikberatkan ialah : Reka Bentuk Kajian Kumpulan sasaran atau pemilihan sampel Pelaksanaan tindakan, pengumpulan data dan jadual pelaksanaan kajian tindakan Instrumen yang digunakan Prosedur pengutipan data Analisis data

3.1 Reka Bentuk Kajian Menyedati permasalahan itulah pengkaji membuat kajian tindakan ini bagi mencari alternative bagi mengatasi persoalan tersebut.Kajian ini berbentuk kajian tindaakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif untuk pengumpulan maklumat dan memudahkan pengkaji menjalankan kajian, memungut dan menganalisa data.

20

Borang soal selidik digunakan untuk mengesan minat dan kecenderungan pelajar terhadap Bahasa Melayu Penulisan. Kaedah yang digunakan ialah Kaedah Gelung kajian Tindakan (Action Research Cycle), Kemmis Mc Taggart melibatkan 10 orang murid Tahun 5 Tabah . Pengkaji telah mereflek , merancang, bertindak, dan memerhati serta membuat refleksi untuk melihat sejauh manakah keberkesanan Teknik SIABIDIBAM berbantukan peta TARANTULA dalam meningkatkan prestasi penulisan pelajar Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Dato Hashim 1.

Kajian tindakan ini telah memberi peluang kepada pengkaji menjalankan kajian dalam bilik darjah dan membuat refleksi tentang pembelajaran mereka. Jika Gegelung Pertama tidak berjaya pengkaji boleh memulakan semula proses Gegelungan Kedua sehingga masalah tersebut dapat diatasi. Melalui kajian tindakan ini juga, pengkaji meningkatkan cara pengajaran dan pada masa yang sama dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi di sekolah. Kajian ini adalah berdasarkan Hasil kajian Tindakan seperti Rajah 1 di bawah :

21

1. Mereflek

4. Memerhati

Gelung 1

2. Merancang

3. Bertindak 1. Mereflek

4. Memerhati

Gelung 2

2. Merancang

3. Bertindak Gelung 3 Rajah 1: Gelungan Kajian Tindakan (Action Research cycle) Kemmis & Mc Taggart 1988

22

3. 2 POPULASI DAN SAMPEL

Populasi kajian terdiri daripada 10 orang pelajar Tahun 5 Tabah di Sekolah Kebangsaan Dato Hashim 1 di bawah penyeliaan Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu. Jumlah keseluruhan murid di sekolah ini ialah seramai 1400orang .Rata- rata latar belakang sosio-ekonomi ibu bapa murid adalah pekerja sektor awam dan swasta serta golongan peniaga.

Seramai 10 orang murid telah dipilih sebagai kajian iaitu terdiri daripada 6 lelaki dan 4 perempuan daripada 34 orang pelajar Tahun 5 Tabah yang menghadapi masalah untuk mencungkil idea utama dalam penulisan karangan. Bahasa Melayu Penulisan bahagian B telah dipilih sebagai soalan yang terkandung dalam instrument kajian kerana memerlukan pelajar mengolah sesuatu tajuk yang diberikan dengan baik.Keputusan bagi menjalankan kajian ke atas murid- murid ini dibuat untuk mengenalpasti keberkesanan intervensi dalam membantu mereka mencungkil idea utama dalam penulisan dan seterusnya berusaha untuk memperbaiki potensi diri.

3.3 INSTRUMEN KAJIAN Pengkaji telah membina sendiri instrument kajian berdasarkan persoalan kajian. Satu set soal selidik disediakan dan soal selidik ini dijawab oleh responden. Soal selidik ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian A berkaitan dengan demografi responden seperti nama, jantina, kelas, pekerjaan ibu bapa dan pengangkutan ke sekolah. Bahagian B pula berkaitan dengan tahap kesedian murid untuk

23

menggunakan

Teknik SIABIDIBAM berbantukan peta TARANTULA dalam

aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu seperti minat, tumpuan, pemahaman, tingkah laku, kerja rumah dan personality responden menggunakan peta TARANTULA. Borang soal selidik yang lengkap dengan soalan-soalan yang berkaitan disediakan sebelum diedarkan kepada responden yang terlibat.Borang soal selidik ini juga dilengkapkan dengan cara murid dan ditanda pada ruang yang sesuai.

Murid- murid yang menjadi respnden juga telah dibuat pemerhatian berdasarkan beberapa aspek seperti tingkah laku, dan minat responden terhadap pengjaran yang disampaikan serta tindak balas terhadap rangsangan yang diberikan.Semua perkara ini dicatat dalam senarai semak yang telah disediakan.

3.4 KAJIAN RINTIS Kajian rintis telah dijalankan kepada semua murid Tahun 5 Tabah iaitu serami 34 orang bagi mendapatkan keesahan terhadap soalan yang telah disediakan.Hasil daripada kajian tersebut, seramai 10 orang murid telah diambil sampel daripada jumlah 34 orang murid tersebut.

24

3.5 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Untuk pengumpulan data, prosedur berikut diikuti bagi melicinkan perjalanan kajian penyelidikan. Proses untuk menguji keberkesanan beberapa kaedah dengan menggunakan pelbagai teknik untuk menguasai kemahiran menulis meliputi beberapa peringkat. Pengkaji mengenalpasti sampel yang bersesuaian dengan objektif kajian.Pengkaji telah meminta kebenaran daripada pihak sekolah untuk menjalankan kajian. Antara pengumpulan data yang digunakan ialah :

a. Ujian Diagnostik Ujian Diagnostik ialah satu instrumen yang digunakan untuk mengenalpasti masalah dan mengukur kelemahan yang dihadapi oleh pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian ini dijalankan untuk mendapat maklumat keseluruhan pelajar dalam kelas 5 Tabah iaitu seramai 10 orang untuk dijadikan sampel kajian. Daripada ujian ini pengkaji telah dapat mengenal pasti pelajar yang lemah dalam mencungkil idea utama serta gagal menulis karangan dengan baik.

25

b. Ujian Pra Ujian ini mengandungi satu set soalan penulisan bagi mengukur keupayaan pencapaian pelajar sebelum kaedah dipraktikkan. Pelajar- pelajar tidak diberikan penerangan mendalam tentang soalan. Pelajar- pelajar menjalani ujian berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka dalam mengebangkan idea utama dan mengolah ayat membentuk karangan beradsarkan tajuk atau persoalan yang diberikan.

c. Borang kaji selidik Borang kaji selidik juga pengkaji gunakan untuk mengesan minat dan

kecenderungan pelajar terhadap kaedah-kaedah yang digunakan. Instrumen yang digunakan ialah borang ujian dan borang kaji selidik. Pengkaji menjalankan dua kali soal selidik iaitu sebelum ujian Pos 1 dan selepas ujian Pos 2 untuk melihat dan mengkaji respon pelajar terhadap teknik dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

d. Ujian Pos Selepas segala strategi digunakan bagi membantu responden dalam meningkatkan pencapaian mereka. Maka, ujian pos pula dijalankan oleh pengkaji terhadap semua responden. Dapatan daripada ujian pos akan menentukan sama ada keberkesanan kaedah pengajaran dijalankan itu berjaya atau sebaliknya. Ujian ini merupakan ujian pencapaian terakhir bagi mengatasi masalah ini. Ujian ini akan menguji tahap penguasaan responden terhadap penggunaan buku kecil yang pengkaji adakan.

26

3.6 PROSEDUR ANALISIS DATA Data kuantitatif dianalisis untuk mendapatkan kategori, jumlah dan peratus.Data ini diproses secara diskriptif, kuantitatif, dan kualitatif kerana data tidak terlalu banyak dan tidak sesuai untuk menggunakan SPSS.Penyelarasan ini dilakukan bagi memudahkan pengkaji mendapatkan unit analisis yang dapat menyokong data kuantitatif yang dikemukakan dalam laporan. Sebelum itu, terlebih dahulu surat kebenaran telah di hantar kepada pentadbir sekolah beserta surat kebenaran daripada Kementerian Pendidikan. Selepas mendapat kebenaran daripada guru besar, satu temu janji telah dibuat dengan guru kelas untuk membincangkan jadual waktu bagi melakukan ujian.Maklumat pelajar dan latar belakang kelas juga perlu diketahui dan diambil sebelum memulakan kajian.

27

3.7 RUMUSAN Pada keseluruhan bab ini telah menjelaskan bagaimana bentuk tindakan yang akan dilaksanakan bagi menjalankan kajian di sekolah yang dipilih. Di antara instrument yang digunakan itu adalah bentuk ujian Diagnostik, Ujian pra dan ujian pos di mana skop setiap item dianalisis secara kuantitatif. Kaedah Soal selidik dan Kaedah pemerhatian juga telah digunakan. Dapatan daripada instrument ini akan dinilai bagi melihat tahap kemahiran murid dalam penulisan murid setelah menggunakan Teknik SIABIDIBAM berbantukan peta TARANTULA.

28

RUJUKAN

Ahmad Khair Mohd Noor. (2005). Menulis membina ketrampilan berfikir. Pelita Bahasa, Julai 18 (7):12-14

Aminuddin Mansor (2006). Daya Ingatan Penting Semasa Belajar. Diperoleh pada Mc, 10, 2006 dari http://www.islam.gov.my

Azizi Yahya et.al (2005). Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan. Kuala Lumpur. Percetakan Zafar Sdn. Bhd.

Bity Salwana Alias (2009). Pembudayaan Kajian Tindakan, Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Kebangsaan 2007. Institut Aninuddin Baki, Pahang.

Dr. Tam Yeow Kwai (2007). Kajian tindakan kaedah dan praktikal. Negeri Sembilan : Institut Perguruan Raja Melewar.

Mok Soon Sang (2008). Literatur dan kaedah penyelidikan. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Sulaiman Masri (2005). Kaedah penyelidikan dan panduan penulisan (esei, proposal, tesis). Selangor : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Tony Buzan. (2006) Mind Mapping- Kick-Start Your Creativity and Tranform Your Life. England:BBC Active
29

LAMPIRAN 1 Sebelum Ujian Pos Arahan : Bulatkan paa skala yang diberikan. Segala maklumat adalah sulit. SKALA 1- Tidak Setuju 2-Setuju 3- Amat Setuju

BIL

SOALAN

SKALA

Anda meminati mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan Teknik Pengajaran guru menarik

Kaedah yang digunakan senang difahami untuk mencungkil idea Guru sering membantu anda semasa pengajaran di dalamkelas Anda dapat menghasilkan karangan dengan baik Anda selalu mendapat markah yang tinggi Anda berasa seronok belajar Bahasa Melayu Anda menyukai teknik yang digunakan oleh guru

30

LAMPIRAN 2

Selepas Ujian Pos Arahan : Bulatkan paa skala yang diberikan. Segala maklumat adalah sulit. SKALA 2- Tidak Setuju 2-Setuju 3- Amat Setuju

BIL

SOALAN

SKALA

Saya semakin meminati mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan Guru menggunakan eknik Pengajaran guru yang menarik Kaedah yang digunakan senang membantu saya belajar dengan baik Saya sering berbincang dengan rakanrakan ketika belajar Saya dapat mencungkil idea bagi menghasilkan karangan dengan baik Saya selalu mendapat markah yang tinggi Saya menyukai pengajaran Bahasa Melayu oleh guru. Saya menyukai tekni yang digunakan oleh guru

31

LAMPIRAN 3
UJIAN PRA

Nama :................................................................ Tahun :.................................................................

Pada cuti sekolah yang lalu kam u sekeluarga telah pulang ke kampung . Ceritakan aktivviti- aktiviti yang kamu lakukan semasa di kampung. Tulis Karangan kamu selengkapnya. Panjang karangan kamu tidak kurang daripada 80 patah perkataan ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... .........................................................................................................................................
32

LAMPIRAN 4
UJIAN PRA

Nama :................................................................ Tahun :.................................................................

Kamu pernah mengalami sesuatu peristiwa yang mencemaskan. Ceritakan pengalaman kamu itu. Panjang karangan kamu tidak kurang daripada 80 patah perkataan ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... .........................................................................................................................................
33

Anda mungkin juga menyukai