Anda di halaman 1dari 79

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sejarah penggunaan Bahasa Melayu adalah selari dengan sejarah

kemerdekaan Negara Malaysia. Dalam Perlembagaan Malaysia Perkara

152(1) terdapat satu ketetapan yang menyebut bahawa ‘bahasa Kebangsaan

bagi Negara Malaysia ialah Bahasa Melayu. Bertolak daripada ketetapan

itulah, maka kerajaan Malaysia telah merancang satu dasar pendidikan

Kebangsaan yang mengarah kepada perlaksanaan penggunaan Bahasa

Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang ras, melalui

pengajaran dan pembelajaran bahasa tersebut di sekolah-sekolah.

Selaras dengan era pendidikan abad ke-21 Malaysia berhasrat menjadi

sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan

seimbang daripada segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan.

Menurut Alias (2014), kebijaksanaan bertindak menjadi pemangkin kepada

usaha kita menjadikan Malaysia negara yang unggul. Oleh yang demikian,

dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, strategi yang

dilaksanakan mestilah sesuai dan mampu mencapai objektif pengajaran dan

pembelajaran sejajar dengan pembelajaran abad ke-21. Menurut Awang (2014),

bahasa mempunyai kaitan dengan ilmu supaya sifat bahasa itu memiliki

1
kebakuan dalam istilah dan sebutan, tetapi terkandung isi yang mampu

mengangkat martabat insan.

Salah satu ciri utama modal insan yang ditekankan dalam PPPM 2013-

2025, ialah yang pengetahuan. Modal insan yang cemerlang sememangnya

memerlukan pengetahuan yang tinggi demi membangunkan negara pada masa

akan datang. Sehubungan dengan itu, dalam proses pengajaran dan pembelajaran

(PdP) kemahiran bahasa dan aspek bahasa, penerapan ilmu-ilmu lain sangat

penting. Contohnya, dalam PdP kemahiran bahasa dan aspek bahasa penerapan

ilmu seperti ilmu geografi dan sains. Menurut Nor Azleenda (2014), guru

berperanan memastikan pelajarnya berpengetahuan. Guru yang mengajar

mestilah berpandukan standard pembelajaran yang telah termaktub dalam

dokumen standard sekolah rendah.

Dalam PdP kemahiran bahasa dan aspek bahasa, standard

pembelajaran mestilah diikuti dan berkaitan terhadap tajuk yang diajarkan.

Berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, kemahiran menulis sangat

penting dalam penggunaan bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana, kemahiran

menulis merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid untuk

diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, murid yang dapat

menguasai kemahiran menulis dengan baik dapat mengaplikasikan dalam

kehidupan seharian seperti menulis diari, laporan, resipi masakan, lirik lagu,

senarai barangan dan sebagainya.

2
Menulis adalah menggunakan simbol visual yang berfungsi sebagai kod

komunikasi. Kemahiran ini perlu dikuasai dan begitu ditekankan dalam pendidikan

bahasa di sekolah. Penguasaan kemahiran ini perlu dikuasai secara formal di

dalam bilik darjah dengan menekankan pada aspek asas penulisan pada peringkat

sekolah rendah serta penulisan yang melibatkan pemikiran aras tinggi seperti

mengarang cereka ataupun puisi (Yahya, 2005). Oleh sebab itu, penguasaan

menulis juga dapat membantu memantapkan penggunaan bahasa yang

mengandungi nilai estetika seperti yang terdapat dalam penulisan sajak dan

pantun.

Kemahiran menulis memainkan peranan yang sangat penting dalam

penggunaan bahasa Melayu (Zamri, 2011). Hal ini demikian kerana, di samping

dapat membaca perkataan dengan baik, murid-murid dapat menguasai kemahiran

menulis dapat menulis perkataan demi perkataan sehingga dapat menjadikan satu

ayat yang baik. Oleh yang demikian, murid dapat mengambarkan sesuatu perkara

di dalam minda mereka sebelum menulis sesuatu perkara. Hal ini sangat penting

bagi membentuk tahap imaginasi yang tinggi khususnya dalam menulis sebuah

cerita yang menarik.

Menurut Asif (2007), semua bahasa mempunyai rumus-rumus yang

tertentu. Oleh yang demikian, dalam penulisan sememangnya mempunyai

penguasaan tentang rumus tatabahasa bahasa Melayu. Kemahiran menulis

sangat penting dalam menghadapi cabaran pembangunan sains dan teknologi

serta pembangunan sumber manusia yang bersesuaian dengan keperluan pekerja

3
berpengetahuan pada masa kini. Hal ini kerana, pembangunan sesebuah negara

bergantung kepada tahap pengetahuan pemimpin dan rakyat mereka.

Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)

Bahasa Melayu Tahap Satu, kemahiran menulis merujuk kepada penguasaan

murid-murid dalam menulis huruf-huruf menjadi satu perkataan dan akhirnya

digabungkan menjadi satu ayat yang lengkap. Oleh sebab itu, kemahiran

menulis sangat diperlukan dalam diri murid-murid untuk mereka menguasainya

dengan lebih baik. Kemahiran ini perlu diajar melalui pengajaran yang terancang

dengan teknik yang sesuai dan berkesan supaya murid memahami dan dapat

berlatih menulis dari semasa ke semasa dari satu tahap ke satu tahap daripada

tahap pratulisan, mekanis, pelahiran dan sebagainya. (KPM, 2012).

Dalam KSSR, kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran

penting yang perlu dikuasai oleh murid kerana kemahiran menulis merupakan

kemahiran yang agak kompleks. Menulis merupakan satu proses, untuk

menghasilkan alat yang berbentuk idea, pendapat, pengalaman, perasaan dan

maklumat dalam bentuk tulisan untuk mencipta suatu perhubungan yang unik

sama ada hubungan dengan orang lain atau secara monolog. Menulis juga

merupakan satu proses untuk memberikan simbol-simbol grafik bagi

melambangkan bahasa dalam menyusun huruf, perkataan, rangkai kata, ayat

dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang, mengikut peraturan tertentu

dengan menunjukkan wacana dan pelahiran idea yang jelas dan tersusun.

4
Transformasi yang dilaksanakan oleh Kementerian pendidikan

Malaysia wahana yang paling berkesan untuk meningkatkan keberhasilan

proses pembelajaran pengajaran dan kemenjadian murid, dalam aspek

kemahiran berbahasa khususnya kemahiran menulis. Bagi pembelajaran

pengajaran kemahiran menulis pada Tahap Satu, iaitu dari tahun satu hingga

tahun tiga, tertumpu pada kemahiran menulis asas seperti mengenal dan

menulis abjad, mencantumkan huruf dan suku kata menjadi kata, frasa dan

ayat. Dalam Tahap Dua iaitu dari tahun empat hingga tahun enam pula

menekankan kemahiran untuk melahirkan idea dan perasaan bagi memenuhi

fungsi komunikasi. Penekanan pengajaran kemahiran menulis amat penting

bukan sahaja untuk tujuan pencarian ilmu pengetahuan, tetapi juga bagi

memenuhi fungsi sosial dalam aktiviti kehidupan seharian. Bagi tujuan itu, murid

sekolah seharusnya mencapai suatu tahap literasi yang sesuai untuk memenuhi

kedua-dua fungsi berkenaan.

Kemahiran menulis merupakan satu kemahiran yang penting untuk

dikuasai oleh murid-murid bukan sahaja dalam pembelajaran bahasa tetapi

dalam mata pelajaran yang lain. Hal ini kerana bahasa merupakan satu medium

yang menyalurkan dan menyebarkan informasi. Menulis dalam sebarang bentuk

sekali pun adalah penting kerana proses tersebut dapat membantu

mempertingkatkan tahap pencapaian murid dalam pembelajaran. Faedah

menulis kepada murid tidak terhad untuk jangka masa pendek, bahkan

berkekalan memberikan manfaat sepanjang hidup mereka. Kemahiran menulis

merupakan kemahiran yang paling tinggi dalam senarai kemahiran berbahasa.

5
Kemahiran ini hanya boleh dikuasi setelah seseorang itu menguasai kemahiran

mendengar dan bertutur dan kemahiran membaca. Menulis ditakrifkan sebagai

proses penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun atur menjadi perkataan-

perkataan yang seterusnya membentuk ayat yang bermakna (Khairuddin,

2011). Sesuatu penulisan bertujuan untuk menyampaikan, menghubungkan

sesuatu mesej, maklumat atau idea kepada pembaca (Tuan Jah & Faridah,

2011)

Oleh yang demikian, dalam era globalisasi kini memerlukan murid mampu

menguasai kemahiran menulis kerana murid berupaya dan cekap untuk menulis

maklumat, isi-isi penting, perkataan dan ayat serta dapat mengeluarkan isi yang

mempunyai hubungan dengan pengalaman mereka dan ilmu sama ada dengan

cara penulisan kreatif atau bukan kreatif.

6
1.2 Konteks

Pada Julai 2018, pengkaji telah menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan

Sungai Tua Baharu, yang terletak di jalan Melati Kg Sungai Tua Baharu,

Batu Caves, Selangor. Kod Sekolah ini BBA7205. Sekolah ini dikategorikan

sebagai sekolah gred A (Bandar) dan mempunyai jumlah murid seramai

1808 orang. Pada minggu pertama berada di sekolah berkenaan, pengkaji

telah diberi jadual waktu bagi tahun 4. Pengkaji diminta untuk mengajar kelas

tahun 4 Tekun mata pelajaran Bahasa Melayu.

Terdapat 30 orang murid dalam kelas tersebut yang kesemuanya

berbangsa melayu. Hari pertama, pengkaji dapati keadaan kelas dilihat

kurang kondusif kerana kedudukan dan susun atur kerusi meja agak padat

disebabkan jumlah murid yang terlalu ramai. Murid – murid di dalam kelas 4

Tekun ini terdapat beberapa kategori murid. Antaranya ialah murid yang

pendiam dan ada yang terlalu aktif semasa proses pengajaran dan

pembelajaran berlangsung. Murid-murid yang terlalu aktif ini kebiasaannya

mengganggu rakan-rakan yang lain terutama semasa membuat aktiviti

berkumpulan atau aktiviti individu.

Kajian ini memfokuskan tentang kemahiran menulis dalam

penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan bahasa Melayu

murid Tahun 4 Tekun. Untuk mengesan adakah murid dalam tahun 4 Tekun

ini mempunyai masalah tersebut , pengkaji telah melaksanakan ujian

diagnostik dan juga analisis dokumen bagi mengesan masalah penggunaan

7
huruf besar di pangkal ayat dalam penulisan bahasa Melayu. Dari dua

kaedah tersebut pengkaji dapat mengesan masalah yang difokuskan.

1.3 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran

Pengkaji telah menjalani praktikum fasa II di sebuah sekolah yang terletak di

kawasan daerah Batu Caves, Selangor. Pada praktikum fasa II ini,pengkaji

diberi jadual tahun 4 Tekun bagi mengajar mata pelajaran bahasa Melayu.

Jumlah murid dalam kelas 4 Tekun seramai 30 orang yang semuanya murid

berbangsa melayu. Tiga bulan menjalani praktikum dan mengajar di kelas 4

Tekun pengkaji dapati ada segelintir murid menghadapi masalah dalam

menggunakan huruf besar di pangkal ayat serta pada kata nama khas.

Masalah ini dapat dikesan sewaktu pengkaji membuat semakan ke

atas buku latihan karangan murid. Semasa menyemak buku latihan murid

tahun 4 Tekun yang daripadanya terdiri daripada murid-murid yang

sederhana dalam pencapaian akademik, pengkaji dapat mengesan satu

masalah iaitu kesalahan penggunaan huruf besar di pangkal ayat dan juga

pada kata nama khas. Murid tidak menggunakan penggunaan huruf besar

pada tempat yang betul. Pengkaji dapati ada murid menggunakan huruf

besar di tengah-tengah ayat dan huruf kecil pada kata nama khas. Oleh yang

demikian, pada praktikum fasa II ini, pengkaji berusaha untuk memberi

penambah baik dalam penulisan terutama menggunakan huruf besar dan

huruf kecil di tempat yang betul. Pengkaji juga akan menambah baik amalan

pengajaran melalui kajian ini.

8
Pada hari Jumaat, 7 September 2018, pengkaji telah masuk ke kelas

4 Tekun pada pukul 8.30 pagi sehingga 9.30 pagi dan mengajar mengikut

Rancangan Pengajaran Tahunan sekolah yang telah disediakan dengan

merujuk :

Standard Kandungan:

3.7 menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul

Standard Pembelajaran:

3.7.2 menghasilkan penulisan kreatif berbentuk imaginatif dan deskriptif

dengan betul

Semasa sesi pengajaran langkah 2 selama 15 minit. Pengkaji telah

memberikan panduan bagaimana cara menulis karangan pendek dengan

baik. Pengkaji memberikan tajuk karangan pendek kepada murid-murid.

Tajuk karangan pendek ialah Pencemaran Alam Sekitar. Ketika

berlangsungnya aktiviti menulis karangan pendek, pengkaji dapati ada

beberapa murid yang melakukan kesalahan tidak meletakkan huruf besar di

pangkal ayat. Ada murid yang masih tidak dapat membezakan penggunaan

huruf besar dan huruf kecil pada tempat yang sepatutnya.

Oleh yang demikian, untuk mendapatkan hasil berkenaan masalah ini

pengkaji telah meminta murid untuk menyerahkan buku karangan mereka

supaya dapat menyemak dan mengenalpasti masalah. Setelah diteliti,

beberapa orang murid yang telah dikenal pasti ternyata mempunyai masalah

dalam membezakan penggunaan huruf besar dan huruf kecil pada pangkal

ayat.

9
Kesimpulannya, pengkaji menjalankan kajian ini adalah bertujuan

untuk menangani masalah murid dalam kekeliruan menulis huruf besar dan

huruf kecil pada pangkal ayat sekaligus meningkatkan kemahiran menulis

mereka supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran.

10
BAB 2

FOKUS KAJIAN

2.1 Fokus kajian

Dalam bahagian fokus kajian ini pengkaji menerangkan tentang fokus kajian

dan masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti oleh pengkaji semasa

menjalankan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Pengumpulan data awal menerangkan bagaimana pengkaji mengumpul

data awal dalam kajian ini. Bagaimanapun tindakan pula menerangkan

tentang langkah-langkah tindakan yang perlu diambil oleh pengkaji dalam

kajian ini.

Justeru kajian ini dijalankan berfokuskan kepada kemahiran menulis

oleh peserta kajian seperti yang telah dijelaskan dalam Dokumen Standard

Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 4. Pengkaji menggunakan :-

Standard Kandungan:

3.7 menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul

Standard Pembelajaran:

3.7.2 menghasilkan penulisan kreatif berbentuk imaginatif dan deskriptif

dengan betul

11
Semasa sesi pengajaran langkah 2, murid diminta berada di tempat

masing-masing. Pengkaji telah memberi penerangan cara menulis karangan

pendek yang perlu dilakukan oleh murid dalam aktivit dalam langkah 2. .

Murid diminta menghasilkan cerita pendek berdasarkan tajuk Pencemaran

Alam Sekitar, walaubagaimanapun terdapat murid yang masih tidak dapat

membezakan penggunaan huruf besar dan huruf kecil pada tempat yang

sepatutnya.

Berdasarkan refleksi yang telah dilakukan didapati masih terdapat

beberapa orang murid Tahun 4 Tekun masih tidak tahu menggunakan huruf

besar pada tempat yang sepatutnya. Pada hari tersebut pengkaji telah

menggunakan standard kandungan 3.7 Menghasilkan penulisan kreatif

dalam pelbagai genre dengan betul. Manakala Standard Pembelajaran 3.7.2

menghasilkan penulisan kreatif berbentuk imaginatif dan deskriptif dengan

betul.

Pada langkah 2 pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut,

pengkaji meminta murid menulis cerita pendek bertajuk Pencemaran Alam

Sekitar. Daripada aktiviti tersebut, pengkaji telah menyemak penulisan murid

dan mendapati beberapa orang murid tidak menggunakan huruf besar di

tempat yang betul. Kebanyakan murid menggunakan huruf kecil di pangkal

ayat dan ada murid menggunakan huruf kecil pada kata nama khas.

Masalah ini berlaku disebabkan murid keliru dan kurang faham tentang cara

menulis huruf besar di tempat yang betul. Mereka juga kurang diberi

12
perhatian dan penekanan dalam konsep menulis huruf besar pada tempat

yang sepatutnya.

2.2 Huraian fokus kajian

Kajian ini berfokuskan kepada permasalahan murid bagi tahun 4 Tekun yang

tidak tahu menggunakan huruf besar atau huruf kecil di pangkal ayat.

Masalah ini telah dikenal pasti oleh pengkaji semasa proses pengajaran dan

pembelajaran bahasa Melayu dalam aktiviti menulis cerita pendek bertajuk

Pencemaran Alam Sekitar. Antara masalah yang dikenalpasti oleh pengkaji

ialah kesalahan penggunaan huruf besar dan huruf kecil di pangkal ayat.

Dengan itu pengkaji merasakan masalah ini perlu dibendung agar murid

tidak tercicir dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Pengkaji mendapati

bahawa murid perlu dibimbing menggunakan kaedah yang lebih efektif dan

menarik bagi mensifarkan masalah penggunaan huruf besar di pangkal ayat.

Semasa pengkaji menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran

di dalam kelas 4 Tekun, terdapat faktor yang menyebabkan berlakunya

masalah ini, iaitu murid hanya menggunakan kemahiran ini ketika proses

pembelajaran. Kesilapan tetap berulang kerana murid hanya membetulkan

kesilapan apabila ditegur. Akibatnya mereka tidak menyedari bahawa

mereka sebenarnya melakukan kesilapan.

Teknik Pen Warna merupakan satu intervensi yang sangat berkesan

dalam membantu guru dan murid dalam menangani masalah kemahiran

menulis ayat terutama dalam menggunakan huruf besar dan huruf kecil

mengikut hukum tatabahasa yang betul. Murid akan memperoleh manfaat

13
yang sewajarnya dan juga dapat memudahkan pengajaran dan

pembelajaran guru di dalam kelas.

2.3 Pengumpulan Data Awal

Berdasarkan refleksi yang dibuat selepas proses pengajaran dan

pembelajaran, tinjauan awal telah dijalankan dengan menggunakan

beberapa instrumen. Tujuan proses tinjauan ini dilakukan adalah untuk

mengenal pasti masalah yang wujud di kalangan murid seterusnya

merancang bagaimana tindakan untuk menanganinya. Antara beberapa

kaedah yang dilakukan semasa proses tinjauan ini ialah analisis dokumen

dan ujian diagnostik.

Nora Wahid (2012) juga telah mengkaji berkaitan penulisan huruf

besar dengan menggunakan tajuk Penggunaan Kaedah Huruf Berwarna

dalam Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Tanda Baca (Huruf Besar)

bagi Murid Tahun Tiga. Beliau turut menggunakan teknik warna dalam

mengatasi masalah murid menulis huruf besar.

Dalam satu lagi kajian telah dijalankan oleh seorang pelajar Institut

Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Mohd Yasser bin Jamaluddin

(2011) di sebuah sekolah di daerah Puchong, Selangor Darul Ehsan. Beliau

menjalankan kajian yang bertajuk Peningkatan Penguasaan dalam

Penggunaan Tanda Baca melalui Kaedah Imlak turut berkait rapat dengan

isu kajian ini

Isu yang telah dikenal pasti dalam kajian ini ialah murid tidak dapat

menulis penggunaan huruf besar dan huruf kecil pada tempat yang

14
sepatutnya semasa aktiviti penulisan terutamanya penggunaan huruf besar

di pangkal ayat. Dalam hal ini, murid tidak dapat membezakan untuk

menggunakan huruf besar dan huruf kecil dengan betul di pangkal ayat

kerana ada di antara mereka menggunakan huruf kecil di pangkal ayat dan

menggunakan huruf besar di tengah.

Semasa PdPc dijalankan, pengkaji mendapati terdapat beberapa

orang murid mempunyai masalah dalam penggunaan huruf besar di pangkal

ayat. Hal ini disebabkan murid – murid keliru untuk menggunakan huruf

besar dan huruf kecil sama ada di pangkal ayat atau di tengah ayat.

Walaupun penggunaan huruf besar di pangkal ayat sering diajar, namun

masih ada segelintir murid yang tidak peka akan kesalahan tersebut.

Melalui hasil pengumpulan data yang dijalankan , pengkaji

menyimpulkan beberapa kelemahan murid:

1. Murid tidak faham bagaimana menulis huruf besar dengan betul.

2. Murid kurang diberi penekanan tentang konsep menulis huruf besar

pada pangkal ayat dan kata nama khas.

3. Murid keliru untuk menulis huruf besar pada pangkal ayat dan kata

nama khas.

4. Murid tidak dapat mengkategorikan kata nama khas dan kata nama

am.

Pengkaji telah membuat keputusan untuk penambahbaikan dalam

aspek pengajaran dan pembelajaran dengan membuat kajian tentang

masalah menulis penggunaan huruf besar agar murid-murid yang mengalami

15
masalah ini dapat dicapai objektif pengajaran dan pembelajaran pada hari

tersebut.

Menurut Tengku Sarina Aini & Yusmini (2006), pengajaran guru perlu

disampaikan dengan kaedah pengajaran yang pelbagai, bersesuaian dengan

diri pelajar. Setiap guru juga perlu komited dalam menyediakan pelajar segala

peluang pembelajaran yang strategik dan berkesan. Oleh sebab itu, guru

perlu merancang teknik yang berkesan dan menarik minat murid untuk

melaksanakan tugasan atau aktiviti pembelajaran dengan lebih berkesan dan

dapat memberi impak positif dalam diri murid-murid.

Oleh yang demikian pengkaji telah merancang satu teknik ke atas

permasalahan yang timbul dalam kalangan murid-murid sebagai langkah

mengatasi masalah penggunaan huruf besar.

16
2.3.1 Analisis Dokumen

Analisis dokumen merupakan satu daripada cara pengumpulan data yang

dipilih. Dengan cara analisis dokumen ini, data yang diperoleh lebih sahih

dan kukuh berdasarkan masalah peserta kajian. Dokumen ini dapat

memberikan maklumat yang relevan kepada isu dan masalah yang dikaji serta

sumber paling mudah kepada pengkaji kerana maklumat yang diperlukan

telah sedia ada. Pengkaji telah menjalankan analisis dokumen terhadap hasil-

hasil kerja murid.

Tinjauan awal dibuat melalui penelitian dokumen terhadap lembaran

kerja murid terutama dalam penulisan karangan. Apabila pengkaji

menjalankan pemeriksaan terhadap penulisan murid di dalam lembaran buku

penulisan, pengkaji mendapati terdapat beberapa kesalahan terutama

kesalahan tidak menggunakan huruf besar terutama pada pangkal ayat.

Pengkaji telah menganalisis dokumen melalui lembaran kerja murid

menggunakan senarai semak, dan hasil analisis adalah seperti dalam jadual

1:

17
Jadual 1

Item Analisis Dokumen

Bil Item-item yang dikaji kekerapan peratusan

1. Menyalin semula ayat yang 12/30 40

diberikan dengan menggunakan

huruf besar dengan betul.

2. Menyalin semula ayat yang diberikan 9/30 30

3. Menggunakan huruf kecilpada pangkal ayat 5/30 17

4. Menggunakan huruf kecil

pada kata nama yang sepatutnya 5/30 17

_____________________________________________________________

Jadual 1 menunjukkan hanya 12 orang murid iaitu 40% sahaja yang dapat

menyalin semula ayat yang diberikan dengan menggunakan huruf besar

yang betul di pangkal ayat tanpa kekeliruan. 9 orang murid dengan peratus

30% pula hanya menyalin semula ayat yang diberikan. Seramai 5 orang

murid tidak menggunakan huruf besar pada awal ayat sebanyak 17% dan

lima orang murid tidak menggunakan huruf besar pada kata nama khas yang

sepatutnya menggunakan huruf besar mengikut peraturan tatabahasa. Oleh

itu berdasarkan analisis dokumen ini didapati bahawa seramai 5 orang murid

masih belum menguasai kemahiran penggunaan huruf besar yang betul

18
pada pangkal ayat serta kata nama yang sepatutnya menggunakan huruf

besar.

Pengkaji mendapati hasil kerja dan latihan –latihan sebelum ini murid

kerap melakukan kesalahan penggunaan huruf besar di pangkal ayat.

Pengkaji juga telah membuat perbandingan antara murid lain dengan murid-

murid lemah. Ternyata hasil dari analisis dokumen berkenaan , didapati

murid-murid lemah ini sahaja yang kerap melakukan kesalahan menulis

huruf besar di pangkal ayat dan juga kata nama khas.

Rajah 1 di bawah menunjukkan contoh hasil analisis dokumen yang

telah saya jalankan ke atas kelima-lima murid berkenaan.

Rajah 1: contoh analisis dokumen sebelum intervensi dijalankan

19
Rajah 2: contoh analisis dokumen sebelum intervensi dijalankan

20
2.3.2 Ujian Diagnostik

Ujian diagnostik dijalankan bagi mengenal pasti murid-murid yang

mempunyai masalah penggunaan huruf besar dipangkal ayat. Ujian ini

dilaksanakan kepada semua murid dalam kelas 4 Tekun. Tambahan pula,

ujian ini juga dilakukan bagi mengesahkan masalah yang dihadapi oleh

sesetengah murid yang terdapat dalam kelas 4 Tekun.

Ujian ini sangat sesuai bagi pengkaji untuk mengesan dan memilih

peserta kajian yang mempunyai masalah dalam penggunaan menulis huruf

besar dengan betul. Pengkaji telah memberi soalan kepada 42 orang murid

dalam kelas 4 Tekun. Murid-murid dikehendaki menulis semula ayat dengan

penggunaan huruf besar yang betul. Pengkaji menyediakan soalan menyalin

semula ayat yang diberi dengan menggunakan memfokuskan kepada

kesalahan huruf besar. Hasil ujian diagnostik yang dijalankan, terdapat

murid-murid yang mendapat pencapaian yang baik, sederhana dan lemah.

Pada bahagian berikut telah dinyatakan jadual melaksanakan instrumen

ujian diagnostik ini.

Jadual 2 merupakan gred dan peratusan standard sekolah rendah

yang digunakan sebagai rujukan tahap murid-murid. Jadual 3 pula

merupakan skor dan pencapaian murid yang telah dijalankan mengikut gred

dan peratusan pada jadual 2. Pada jadual 4 pula merupakan rumusan hasil

keputusan ujian diagnostik yang telah dijalankan. Rumusan hasil keputusan

ujian diagnostik telah diterangkan pada bahagian tersebut.

21
Jadual 2

Gred dan Peratus Standard Sekolah Rendah

Gred Pernyataan Peratus (%)

A Cemerlang 80-100

B Baik 65-79

C Memuaskan 50-64

D Mencapai Tahap Minimum 40-49

E Belum Mencapai Tahap 0-39

Minimum

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

Jadual 3

Skor dan Pencapaian murid yang Dijalankan oleh Pengkaji ke atas Murid

Tahun 4 Tekun.

Murid Skor Tahap Peratus (%) Gred


penguasaan

M1 25/30 Cemerlang 83% A

M2 25/30 Cemerlang 83% A

M3 18/30 Memuaskan 60% C

M4 16/30 Memuaskan 53% C

M5 25/30 Cemerlang 83% A

M6 5/30 Lemah 16% E

M7 15/30 Memuaskan 50% C

22
M8 13/30 Lemah 43% D

M9 19/30 Memuaskan 63% C

M10 20/30 Baik 66% B

M11 20/30 Baik 66% B

M12 27/30 Cemerlang 90% A

M13 21/30 Baik 70% B

M14 6/30 Lemah 20% E

M15 25/30 Cemerlang 83% A

M16 19/30 Memuaskan 63% C

M17 18/30 Memuaskan 60% C

M18 27/30 Cemerlang 90% A

M19 20/30 Baik 66% B


M20 12/30 Lemah 40% D

M21 15/30 Memuaskan 50% C

M22 23/30 Baik 76% B

M23 12/30 Lemah 40% D

M24 20/30 Baik 66% B

M25 20/30 Baik 66% B

M26 27/30 Cemerlang 90% A

M27 23/30 Baik 76% B

M28 20/30 Baik 66% B

M29 19/30 Memuaskan 63% C

M30 20/30 Baik 66% B

23
Jadual 3 di atas merupakan rekod skor dan pencapaian murid dalam

ujian diagnostik. Seramai 30 orang murid telah mengambil ujian diagnostik ini

yang berlangsung selama 40 minit. Skema gred dan peratusan pemarkahan

digunakan berdasarkan gred dan peratus standard sekolah rendah yang

telah ditetapkan seoerti yang dinyatakan pada jadual 2. Rumusan keputusan

markah murid telah diterangkan pada jadual 4 yang berikut:

Jadual 4

Keputusan Markah Murid

Bil Tahap penguasaan Peratus % Gred Bilangan Murid

1. Cemerlang 80-100 A 7

2. Baik 65-79 B 10

3. Memuaskan 50-64 C 9

4. Mencapai tahap minimum 40-49 D 3

(Lemah)

5. Belum mencapai tahap minimum 0-39 E 2

(Lemah)

Berdasarkan jadual 4, pengkaji mendapati bahawa terdapat

perbezaan aras dan tahap penguasaan murid-murid tahun 4 Tekun dalam

menggunakan huruf besar dengan betul. Berdasarkan jadual tersebut,

didapati 7 orang murid berada pada tahap yang cemerlang dengan gred A

antara 80-100 peratus markah yang diperoleh. Terdapat 10 orang murid

berada pada tahap yang baik dalam kemahiran penggunaan huruf besar

pada tempat yang betul, iaitu gred B dengan peratus 65-79. Bagi tahap

24
memuaskan pula, seramai 9 orang murid memperolehi peratus antara 50-64

yang mewakili gred C.

Seterusnya, terdapat 3 orang murid yang telah memperoleh peratus

markah antara 40-49 peratus yang mebawa kepada gred D. Murid yang

mendapat gred D ini berada pada tahap yang dikategorikan sebagai lemah

kerana mencapai tahap minimum. Di samping itu, terdapat 2 orang murid

yang mendapat gred E, iaitu peratusan markah mereka adalah antara

16peratus dan 20 peratus sahaja. 2 orang murid yang mendapat gred E ini

berada pada tahap yang sangat lemah iaitu belum mencapai tahap minimum.

Secara keseluruhannya, terdapat 5 orang murid yang berada pada

tahap penguasaan yang lemah iaitu antara 40-49 peratus dan 0-39 peratus

yang mewakili gred D dan E. Melalui dapatan kajian diagnostik ini, dapat

dinyatakan bahawa murid-murid dalam kalangan Tahun 4 Tekun masih tidak

dapat menguasai kemahiran menulis menggunakan huruf besar dengan

betul. Kelima-lima murid tersebut telah disahkan dan dipilih sebagai peserta

kajian.

25
2.4 Tindakan

Tindakan yang dilaksanakan dalam kajian yang akan dilakukan ialah mengikut

Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992). Menurut

Kartini, Ahamad, Rosli, & Badrul (2012), berdasarkan adaptasi Model Kurt

Lewin (1946) dan Laidlaw (1992), proses penyelidikan tindakan mempunyai

lima langkah, iaitu yang pertama mengenal pasti aspek amalan, yang kedua

merancang tindakan, melaksanakan tindakan, mengumpul data dan membuat

refleksi.

26
MENGENAL PASTI ASPEK AMALAN
-melakukan pemerhatian terhadap
masalah peserta kajian yang dikenal pasti.
- alat kajian yang digunakan ialah analisis
kajian dan ujian diagnostik.

MERANCANG
REFLEKSI -Pengkaji merancang menggunakan
Teknik Pen Warna bagi meningkatkan
-menganalisis dan membuat refleksi kemahiran menulis murid dalam
terhadap kajian sama ada tindakan berkesan penulisan dengan menggunakan huruf
atau perlu penambahbaikan. besar dengan dengan betul.

MELIHAT KESAN TINDAKAN MELAKSANA TINDAKAN


-pengkaji mengumpul data bagi - Pengkaji memperkenalkan kaedah Teknik Pen
menjawab soalan kajian dengan Warna kepada peserta kajian.
menggunakan ujian diagnostik dan -Menggunakan teknik Pen Warna dalam
analisis dokumen. intervensi.

Rajah 3: Adaptasi Model Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992).

27
2.4.1 Mengenal Pasti Amalan

Perkara pertama dalam adaptasi Model dan Proses Penyelidikan Tindakan Kurt

Lewin (1946) dan Laidlaw (1992) ini ialah mengenal pasti aspek amalan dan

perkara yang kurang akan ditambah baik. Aspek amalan ini, dapat diketahui

melalui refleksi pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh pengkaji

semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran yang lalu. Hal ini

demikian kerana, refleksi yang dilakukan berdasarkan pemerhatian semasa

di dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji melihat terdapat beberapa

orang murid yang tidak tahu menggunakan huruf besar di pangkal ayat.

Berdasarkan perkara tersebut, pengumpulan data awal dilakukan

dengan menggunakan dua instrumen iaitu analisis dokumen dan ujian

diagnostik. Berdasarkan kedua dua instrumen tersebut, didapati bahawa 5

daripada 30 orang murid masih kurang mahir dalam penggunaan huruf besardi

pangkal ayat.

Mereka masih keliru dalam penggunaan huruf besar di pangkal ayat,

begitu juga penggunaan huruf besar bagi kata nama khas. Murid

kebanyakannya tidak menggunakan huruf besar semasa menulis huruf

pertama pada permulaan ayat. Kebanyakan antara mereka adalah murid

yang kurang berprestasi dalam pelajaran. Walaubagaimanapun ada juga

murid yang mahir menggunakan huruf besar dengan betul semasa menulis

pangkal ayat dalam penulisan. Keadaan ini menyebabkan murid-murid tidak

dapat keputusan cemerlang dalam ujian. Pengkaji juga mendapati kelima-

lima murid tersebut kurang memberi perhatian semasa guru mengajar dalam

kelas. Mereka juga didapati kurang berminat dalam pelajaran. Oleh, aspek

28
amalan ini akan ditambah baik oleh pengkaji dalam memastikan objektif

kajian ini dapat dicapai dengan baik.

2.4.2 Merancang Tindakan

Pengkaji telah merancang pelan tindakan untuk menambah baik amalan

serta mengumpul data kesan daripada tindakan yang dijalankan bagi

mengatasi masalah penggunaan huruf besar pada permulaan ayat ini,

dengan menggunakan Teknik Pen Warna. Ini bertujuan untuk membantu

murid dalam penguasaan penggunaan huruf besar dengan betul di pangkal

ayat.

Pendidik yang kreatif , cekap, bermotivasi dan berhemah mulia

diperlukan oleh Institusi pendidikan bagi melahirkan murid sebagaimana

matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) (Mohamad Najib, 2004).

Sehubungan dengan itu, penggunaan teknik Pen Warna ini merupakan salah

satu unsur kreativiti pendidik untuk menangani masalah dalam penggunaan

huruf besar di pangkal ayat dengan baik dan menarik. Teknik Pen Warna ini

digunakan untuk murid-murid menguasai cara penggunaan huruf besar di

tempat yang betul.

Murid – murid tidak dapat menguasai penggunaan huruf besar pada

pangkal ayat dengan betul. Ini kerana mereka keliru untuk menggunakan

huruf besar pada tempat yang betul. Oleh sebab itu, pengkaji

memperkenalkan teknik pen Warna kerana teknik pendekatan warna sangat

berkait rapat dengan hasil kajian yang telah dilaksanakan oleh Wendy

M.Sleeth (2009), yang mana membuktikan bahawa warna dapat membantu

dalam mengingat sesuatu perkataan. Hasil kajian Wendy M. Sleeth

29
mengesahkan bahawa warna dapat memberi daya ingatan yang agak kuat

dan lama bagi seseorang murid terutama kanak-kanak. Minda meraka lebih

terangsang terhadap sesuatu yang berwarna. Dalam erti kata lain murid akan

lebih kuat daya ingatan di mana untuk menggunakan huruf besar di tempat

yang betul. Selain itu teknik ini lebih menarik dan menyeronokkan.

Pen Warna digunakan bagi tujuan memperbetulkan kesalahan huruf

besar. Setiap peserta kajian akan dibekalkan dengan satu pen Warna.

Dalam melaksanakan teknik pen Warna ini, pengkaji telah menyediakan

soalan dalam bentuk power point (multimedia). Dalam soalan tersebut

pengkaji telah memaparkan petikan teks di mana dalam petikan tersebut

terdapat kesalahan tanda baca ( fokus kepada kesalahan penggunaan huruf

besar). Peserta kajian diminta menyalin semula petikan tersebut dengan teliti

dan mengesan kesalahan penggunaan huruf besar. Pen warna digunakan

oleh peserta untuk memperbetulkan kesalahan huruf besar yang terdapat

dalam petikan. Teknik ini juga dapat mengesan daya ingatan murid sama

ada mereka ingat atau tidak cara penggunaan hhuruf besar yang betul.

30
2.4.3 Melaksanakan Tindakan

Peringkat ini merupakan peringkat yang penting kerana pada peringkat ini dapat

dlilihat sama ada perancangan tindakan teknik yang dilaksanakan berjaya atau

tidak. Pengkaji melaksanakan tindakan seperti yang telah dirancang sebelum

ini iaitu, peringkat merancang tindakan. Pada peringkat ini juga disediakan

pelan tindakan yang disusun rapi agar dapat melancarkan intervensi yang

dilaksanakan.

Berdasarkan Model laidlaw (1992), langkah ketiga ialah

melaksanakan tindakan. Dalam kajian ini pengkaji melaksanakan tindakan

dengan memperkenalkan Teknik Pen Warna kepada peserta kajian. Pengkaji

akan mengajar cara menggunakan teknik Pen Warna ini dan seterusnya

peserta kajian diberi peluang untuk menggunakan Teknik Pen warna ini.

Selepas itu ujian pos akan dijalankan setelah peserta kajian menggunakan

Teknik Pen Warna bagi melihat keberkesanan tindakan yang telah

dilaksanakan.

Pengkaji melaksanakan intervensi terhadap lima orang peserta kajian

yang mempunyai masalah menggunakan huruf besar dan huruf kecil pada

permulaan ayat dan pada perkataan yang dikhaskan menggunakan huruf

besar selama 4 minggu. Pengkaji akan melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran kepada peserta kajian tentang konsep serta penggunaan huruf

besar dan huruf kecil pada tempat yang betul dan sepatutnya digunakan

dalam ayat yang ditulis dengan menggunakan Teknik Pen Warna. Pengkaji

menyelitkan bantuan multimedia dengan menggunakan bantuan perisian

powerpoint sebagai menambah aktiviti cara belajar abad ke-21. Dengan

31
menggunakan powerpoint tersebut, pengkaji menyediakan latihan menulis

ayat kepada peserta kajian dengan menggunakan Teknik Pen Warna.

Tujuan teknik ini dilaksanakan ialah untuk melihat sejauh mana

keberkesanan penggunaan Pen Warna dalam mengatasi masalah

penggunaan huruf besar di pangkal ayat dan bagaimana murid dapat

menggunakan teknik ini dalam intervensi serta semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran.

Bagi melaksanakan tindakan ini, peserta kajian perlu melalui

intervensi. Di bawah merupakan langkah-langkah pelaksanaan tindakan

yang telah dilakukan oleh pengkaji sepanjang kajian dijalankan.

Jadual 5: langkah-langkah pelaksanaan

Minggu Langkah Pelaksanaan

Minggu 1 1. Ujian pra dijalankan kepada peserta kajian

2. Hasil ujian disemak dan diberikan markah dan

skor

Minggu 2

(intervensi 1) 1. Pengkaji memperkenalkan Pen Warna kepada

peserta kajian.

2. Peserta kajian diberi soalan latihan berbentuk

karangan pendek dimana peserta perlu

memperbetulkan tanda baca ( huruf besar)

menggunakan Teknik Pen Warna.

Minggu 3 1. Pengkaji mengulangi teknik Pen Warna dalam

32
(intervensi 2) latihan di dalam kelas.

Minggu 4 1. Ujian pos dijalankan bagi mengesan

(intervensi 3) sejauhmana penguasaan murid setelah Pen

Warna diperkenalkan.

2.4.4 Mengumpul data tindakan

Data boleh dikumpul melalui pelbagai cara. Pengkaji telah menggunakan dua

alat kajian bagi mengumpul data untuk melihat keberkesanan tindakan yang

telah dilaksanakan . Antara alat kajian yang digunakan ialah analisis

dokumen dan ujian para dan pos. Data – data ini akan dikumpul dan

dianalisis bagi tujuan melihat peningkatan murid dalam penguasaan

kemahiran menulis dan menggunakan huruf besar dan huruf kecil.

33
2.4.5 Refleksi

Peringkat yang terakhir ini adalah membuat refleksi. Refleksi bertujuan untuk

menerangkan tentang keberkesanan tindakan ini sama ada mencapai

objektif kajian atau tidak. Keberkesanan ini akan dapat dicapai sekiranya

semua peserta kajian berjaya memahami penggunaan huruf besar dan huruf

kecil dalam penulisan terutama dipangkal ayat atau kata nama am mahupun

kata nama khas. Sekiranya objektif tidak berjaya, maka pengkaji perlu

melakukan kitaran kedua bagi melaksanakan kajian ini. Pengkaji juga perlu

memikirkan bagaimana cara untuk merancang intervensi yang lebih

berkesan andaikata teknik ini tidak berjaya.

Selain itu juga, refleksi bertujuan untuk mengetahui sejauh mana

keberkesanan Teknik Pen Warna dalam membantu menyelesaikan masalah

yang dihadapi oleh peserta kajian. Kekuatan dan kelemahan juga akan

dinyatakan dalam peringkat ini.

34
BAB 3

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

3.1 Objektif Umum

Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan kemahiran

menulis huruf besar bagi murid tahun Empat Tekun menggunakan Teknik

Pen Warna.

3.2 Objektif Khusus

I. Meningkatkan kemahiran menulis penggunaan huruf besar dengan

betul dalam penulisan ayat dengan menggunakan Teknik Pen Warna

bagi murid tahun 4 Tekun.

II. Menguji keberkesanan Teknik Pen Warna dalam meningkatkan

kemahiran menulis murid dalam penggunaan Huruf Besar dalam

aktiviti penulisan ayat.

35
3.2 Soalan Kajian

Untuk mencapai objektif tersebut, pengkaji merangka beberapa persoalan

kajian iaitu:

I. Adakah Teknik Pen Warna dapat mengurangkan masalah kekeliruan

murid dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil pada pangkal

ayat dalam penulisan bagi Tahun 4 Tekun?

II. Dapatkan teknik Pen Warna mengatasi masalah kekeliruan

penggunaan huruf besar dan huruf kecil semasa penulisan terutama

di pangkal ayat dan perkataan yang telah dikhaskan dalam kalangan

murid 4 Tekun?

36
BAB 4

PESERTA KAJIAN

Bahagian ini menerangkan perkara berkaitan dengan murid-murid yang

menjadi peserta dalam kajian tindakan ini. Peserta kajian merupakan

beberapa orang atau kumpulan murid yang terlibat dalam kajian yang

dijalankan. Peserta kajian mestilah daripada kumpulan sasaran yang

mempunyai masalah pembelajaran dan terlibat dalam kajian.

Peserta kajian telah dipilih bagi melaksanakan kajian tindakan ini.

Pemilihan peserta kajian ini adalah berdasarkan kepada instrumen, iaitu

analisis dokumen dan ujian diagnostik. Kajian ini telah dijalankan di salah

sebuah sekolah di daerah Batu Caves, Selangor. Kajian ini melibatkan

murid-murid tahun 4 Tekun di sekolah berkenaan. Pengkaji merupakan

guru bahasa Melyau bagi tahun 4 Tekun. Kelas tersebut terdiri daripada 30

orang murid iaitu 17 murid perempuan 13 murid lelaki. Tahun 4 Tekun

terdiri daripada murid-murid yang sederhana.

Pemilihan peserta kajian adalah berdasarkan instrumen pengumpulan

data awal yang telah dilaksanakan. Berdasarkan analisis dokumen dan

ujian diagnostik, pengkaji telah mengenal pasti seramai 5 orang murid

tahun 4 Tekun ini dijadikan peserta kajian. Berdasarkan pemerhatian

pengkaji semasa mengajar kelas 4 Tekun, kumpulan murid ini dianggap

kumpulan murid yang pelbagai tahap kecerdasan. Oleh sebab itu, tidak

37
hairanlah terdapat beberapa orang murid yang lemah dalam penggunaan

huruf besar. Peserta kajian juga mempunyai latar belakang yang berbeza.

Hal ini dapat dilihat bahawa murid yang pertama mempunyai perwatakan

yang agak pendiam dan tidak bergaul dengan mana-mana rakan di dalam

kelas.

Seterusnya , peserta kajian kedua pula dilihat sangat nakal dan

mempunyai kawan rapat yang juga merupakan murid yang mempunyai

masalah yang sama, murid yang nakal ini mempunyai latar belakang yang

agak baik dan kedua-dua ibu bapanya mempunyai pekerjaan yang tetap

manakala kawan rapatnya mempunyai latar belakang yang kurang

berkemampuan. Peserta kajian keempat yang dikenal pasti adalah murid

perempuan yang juga dikategorikan sebagai seorang yang pendiam dan

mempunyai latar belakang keluarga yang sederhana.

Jika dilihat pada peserta kajian kedua dan ketiga, mereka agak

naakal, namun mereka dilihat sangat aktif semasa melaksanakan aktiviti

kokurikulum. Bukan itu sahaja, peserta pertama dan kelima yang kelihatan

pendiam, namun mereka sangat aktif dalam permainan bola sepak sekolah.

Hal ini dapat dilihat apabila murid ini sering menjalani latihan bola sepak

bersama guru mereka.

38
Jadual 6

Peserta kajian yang dipilih

Peserta kajian Jantina Umur Kaum

PK1 L 10 Melayu

PK2 L 10 Melayu

PK3 L 10 Melayu

PK4 P 10 Melayu

PK5 P 10 Melayu

39
BAB 5

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KAJIAN

Bahagian ini memperincikan langkah-langkah tindakan yang dijalankan oleh

pengkaji sepanjang proses penyelidikan. Pelaksanaan tindakan ini adalah

berdasarkan model kajian yang dipilih. Selain itu, pada bahagian ini juga

menerangkan perancangan cara pengumpulan data dan penganalisisan data

akan diterangkan dengan lebih terperinci. Selanjutkan ialah penjelasan

mengenai instrumen-instrumen yang akan digunakan sepanjang proses

kajian tindakan ini. Akhir sekali ia menjelaskan tentang pelaksanaan tindakan

yang dijalankan oleh pengkaji.

5.1 Langkah-Langkah Tindakan

Pengkaji bertindak melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kepada

peserta kajian tentang konsep serta penggunaan huruf besar dan huruf kecil

dengan menggunakan teknik Pen Warna. Setelah proses pengajaran dan

pembelajaran menggunakan bantuan powerpoint, peserta kajian diberi

latihan menulis ayat dengan menggunakan pen warna merah. Penggunaan

pen berwarna merah ini akan dapat membantu daya ingatan peserta kajian

bahawa mereka perlu menulis huruf diawal ayat menggunakan pen berwarna

merah yang disediakan oleh pengkaji. Justeru itu, semasa sesi pengajaran

dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas Tahun Empat Tekun, pengkaji

juga telah memastikan setiap peserta kajian perlu memulakan permulaan

penulisan ayat dengan menggunakan pen berwarna merah untuk

meningkatkan daya ingatan mereka. Pengkaji juga sentiasa mengingatkan

peserta kajian supaya menggunakan pen berwarna merah dalam setiap

40
aktiviti penulisan yang dilakukan semasa proses ini dilaksanakan terutama

semasa memulakan huruf di pangkal ayat.

Dalam kajian ini, pengkaji telah mengimplementasikan model kajian

Kurt Lewin. Model ini bermula dengan mengenal pasti aspek amalan. Untuk

mengenal pasti aspek amalan, pengkaji telah melakukan pemerhatian

terhadap masalah peserta kajian. Selain itu pengkaji juga mengenalpasti alat

kajian untuk digunakan dalam kajian tindakan ini. Alat kajian tersebut ialah

analisis dokumen dan ujian diagnostik.

Peringkat seterusnya ialah, merancang bagaimana menjalankan

teknik Pen Warna bagi meningkatkan penguasaan murid tahun 4 Tekun

dalam penggunaan huruf besar dengan betul. Kitaran ke tiga ialah tindakan,

dalam kitaran ini, pengkaji telah memperkenalkan teknik Pen Warna kepada

peserta kajian dan menggunakan teknik Pen Warna dalam intervensi.

Manakala peringkat ke empat pula, ialah melihat kesan daripada

tindakan yang telah dilakukan. Dalam peringkat ini data awal dikumpul bagi

menjawab soalan kajian. Peringkat terakhir ialah membuat refleksi. Setelah

langkah-langkah dilaksanakan dengan baik, pengkaji akan membuat analisis

dan membuat refleksi terhadap kajian sama ada tindakan yang dilakukan

berkesan atau perlu penambahbaikan.

41
MENGENAL PASTI ASPEK AMALAN
-melakukan pemerhatian terhadap
masalah peserta kajian yang dikenal
pasti.
- alat kajian yang digunakan ialah analisis
dokumen dan ujian diagnostik.

MERANCANG
REFLEKSI -Pengkaji merancang menggunakan
Teknik Pen Warna bagi meningkatkan
-menganalisis dan membuat refleksi kemahiran menulis murid dalam
terhadap kajian sama ada tindakan penulisan dengan menggunakan huruf
berkesan atau perlu penambahbaikan. besar dengan dengan betul.

MELIHAT KESAN TINDAKAN MELAKSANA TINDAKAN


-pengkaji mengumpul data bagi - Pengkaji memperkenalkan kaedah Teknik Pen
menjawab soalan kajian dengan Warna kepada peserta kajian.
menggunakan ujian diagnostik dan -Menggunakan teknik Pen Warna dalam
analisis dokumen. intervensi.

Rajah 4: :Adaptasi Model dan Proses Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin (1946)

dan Laidlaw (1992).

Minggu pertama , sebelum menggunakan intervensi menggunakan

teknik pen warna, pengkaji telah menjalankan ujian pra ke atas peserta

kajian. Ujian pra ini dillakukan kepada murid-murid untuk mendapatkan data

perbandingan selepas penggunaan teknik Pen Warn. Dapatan ujian pra

dibandingkan dengan data ujian pos bagi mengetahui sejauh mana

keberkesanan teknik Pen Warna dalam mengatasi masalah penggunaan

huruf besar.

42
Pada minggu kedua pula, pengkaji memperkenalkan Teknik Pen

Warna kepada peserta kajian. Peserta kajian diberi penerangan tentang

konsep Teknik Pen Warna dan cara menggunakannya. Pengkaji

menerangkan fungsi warna kepada murid dan kepentingan menggunakan

pen warna dalam intervensi ini. Pengkaji memaparkan petikan menggunakan

slide power point dan murid diminta membetulkan tanda baca (huruf besar).

Daripada latihan tersebut pengkaji dapati 5 orang murid gagal menguasai

penggunaan huruf besar dengan betul.

Pada minggu ketiga , pengkaji masih menggunakan aktiviti yang sama

dengan menyediakan petikan di mana murid perlu membetulkan kesalahan

tanda baca dengan menggunakan Pen Warna.

Akhir sekali pada minggu keempat intervensi ini. Pengkaji telah

menjalankan ujian pos. Ujian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan

Teknik Pen Warna yang telah digunakan dan tahap penguasaan peserta

kajian dalam menulis ayat dengan menggunakan huruf besar dengan betul

pada pangkal ayat.

Apabila selesai proses intervensi tersebut , pengkaji akan mengumpul

data ujian pra dan ujian pos dengan membandingkan hasil keputusan kedua-

dua ujian tersebut. Bagi menunjukkan data dengan lebih jelas, pengkaji telah

menyediakan langkah-langkah tindakan intervensi supaya lebih jelas dalam

jadual 3 berikut.

43
Jadual 7

Langkah Pelaksanaan

Minggu Tindakan yang dilaksanakan

M1 Langkah 1

1. Peserta kajian diberi set soalan ujian pra di mana murid diminta
untuk menulis satu petikan dengan menggunakan huruf besar
dengan betul.
2. Peserta kajian menjawab soalan
Langkah 2
1. Pengkaji mengumpul data awal berdasarkan ujjian pra yang
telah dilaksanakan.
2. Pengkaji menganalisis data ujian pra yang telah dijalankan.

M2 Langkah 1

1. Pengkaji memperkenalkan Teknik Pen Warna kepada 5 orang


peserta kajian.
2. Peserta kajian diminta mengenalpasti kesalahan tanda baca
dalam ayat mudah yang disediakan oleh pengkaji ldengan
penggunaan huruf besar yang betul.
3. Peserta diminta menulis ayat mudah dengan memperbetulkan
tanda baca menggunakan Pen Warna.

M3 Langkah 1

1. Pengkaji memberi lembaran kerja yang mengandungi beberapa


ayat yang tidak menggunakan huruf besar.
2. Peserta kajian diminta membaca ayat yang dipaparkan dalam
slide power point di mana ayat tersebut mempunyai kesalahan
tanda baca (huruf besar).
Langkah 2
1. Peserta kajian diminta menyalin semula ayat tersebut dengan
menggunakan huruf besar pada tempat yang sepatutnya.
2. Pengkaji bersama peserta kajian menyemak bersama-sama dan
menulis huruf besar pada huruf pertama di pangkal ayat dengan
menggunakan pen warna merah dengan bimbingan pengkaji
M4
M4 Langkah 1
1. Peserta kajian diberikan Ujian Pasca bagi mengenalpasti
pencapaian objektif kajian.

44
5.2 Kaedah Pengumpulan Data

Rosinah (2012) menyatakan bahawa, terdapat pelbagai cara pengumpulan

data dalam penyelidikan tindakan iaitu soal selidik, temu bual, pemerhatian,

dan analisis dokumen. Pemilihan alat kajian membantu mengenal pasti

keberkesanan intervensi yang telah dilakukan oleh pengkaji. Pengkaji

menggunakan 2 kaedah untuk mengumpul data dalam kajian ini. Kaedah

yang digunakan ialah analisis dokumen dan ujian pra dan pasca.

5.2.1 Ujian Pra dan Ujian Pasca

Dalam apa jua kajian, ujian merupakan instrumen penting yang perlu

dijalankan. Merujuk Buku Manual Kajian Tindakan oleh Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran

Malaysia, ujian merupakan kaedah yang digunakan untuk mengutip data

bagi menlai dan mengesan kefahaman murid terhadap sesuatu pelajaran

yang telah dipelajari. Terdapat dua jenis ujian, Ujian Pra dan Ujian Pasca.

Pengkaji menjalankan ujian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah

yang telah digunakan dan membuat perbandingan antara kedua-dua ujian

tersebut.

Bentuk soalan Ujian Pra dan Ujian Pasca adalah sama dan

menggunakan aras yang sama. Ujian Pra menjurus kepada penilaian

terhadap peserta kajian dalam tajuk pembelajaran. Manakala Ujian Pasca

bertindak sebagai kayu ukur bagi menilai tahap dan penguasaan peserta

kajian berkenaan dengan penggunaan huruf besar dan huruf kecil pada

tempat yang sepatutnya.


45
Pengkaji menggunakan markah penuh 100 % sebagai ukuran dalam menguji

permasalahan murid-murid tahun 4 Tekun. Cara pengiraan markah bagi

menilai kefahaman murid adalah seperti rajah 7 di bawah:

Markah yang diperoleh

x 100 = %

Markahpenuh(30)

Rajah 5: Cara Pengiraan skor Markah

5.2.2 Analisis Dokumen

Kaedah seterusnya ialah analisis dokumen yang juga merupakan salah satu

daripada cara pengumpulan data yang digunakan. Dokumen dapat

memberikan maklumat yang relevan kepada isu dan masalah yang dikaji

serta sumber paling mudah kepada guru kerana maklumat yang diperlukan

telah sedia ada. Selain bertujuan mendapatkan data yang diperlukan,

kaedah ini juga digunakan untuk menyokong bukti data.

Pengkaji membuat analisis terhadap buku lembaran kerja penulisan

murid bagi menyokong hasil dapatan kajian. Data ini juga sebagai

menyokong bukti keberkesanan teknik Pen Warna yang dapat meningkatkan

penguasaan murid menggunakan huruf besar.

46
5.3 Cara Menganalisis Data

Pengkaji memperoleh data-data hasil daripada analisis data ujian pra dan

ijian pasca serta analisis dokumen. Berdasarkan data-data ini, pengkaji akan

menganalisis data secara deskriptif atau dengan erti kata lain secara

peratusan dan kekerapan.

5.3.1 Ujian Pra Dan Ujian Pasca

Ujian pra merupakan alat kajian yang pertama yang dijalankan untuk

mengumpul data sebelum pelaksanaan Teknik Pen Warna. Ujian ini sangat

penting bagi melihat tahap pencapaian peserta kajian dalam penggunaan

huruf besar pada permulaan ayat sebelum tindakan dijalankan.

Melalui ujian pos ini pengkaji dapat melihat tahap pencapaian peserta

kajian dalam penggunaan huruf besar di pangkal ayat selepas intervensi

dilaksanakan. Data yang diperoleh daripada ujian ini dapat membantu

pengkaji mengetahui sejauh mana keberkesanan pelaksanaan Teknik Pen

Warna dalam penulisan ayat.

Pengkaji telah menyediakan soalan yang sama untuk ujian pra dan

ujian pasca. Tujuannya ialah untuk mengetahui tahap penguasaan peserta

kajian dalam kemahiran menggunakan huruf besar dengan betul terutama di

pangkal ayat..

47
Jadual 8

Interprestasi skor markah

Gred Markah Analisa Kelayakan

A 80-100 Cemerlang Lulus

B 65-79 Baik Lulus

C 50-64 Sederhana Lulus

D 40-49 Lemah Gagal

E 00-39 Sangat Lemah Gagal

Inteprestasi data tersebut telah menunjukkan Gred A, B, dan C dikira

sebagai lulus, manakalan Gred D dab E dikira sebagai gagal. Pengkaji akan

menyediakan ujian pos kepada peserta kajian untuk mengetahui tahap

penguasaan peserta selepas menggunakan Teknik Pen Warna dalam

penulisan huruf di pangkal ayat atau di tenpat yang sepatutnya. Selepas data

dikumpul, satu jadual akan disediakan bagi membandingkan ujian pra dan

ujian pos.

Pengkaji telah menyediakan graf perbezaan bagi melihat perbezaan

antara ujian pra dan ujian pos yang telah dijalankan sebelum ini. Sekiranya

terdapat peningkatan markah ujian pos berbanding ujian pra yang

48
dilaksanakan dalam kajian ini, maka ini menunjukkan adanya keberkesanan

penggunaan Teknik Pen Warna yang telah digunakan oleh pengkaji bagi

menyelesaikan masalah campur aduk huruf besar dan huruf kecil dalam

penulisan ayat. Justeru , pengkaji berpendapat, Teknik Pen Warna ini sangat

sesuai dan releven untuk digunakan semasa proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas terutama murid yang lemah dalam penggunaan

huruf besar dan huruf kecil.

5.3.2 Analisis Dokumen

Pengkaji turut menjalankan analisis dokumen melalui latihan dalam buku

tulis peserta kajian. Pengkaji juga telah menggunakan instrumen analisis

dokumen untuk mendapatkan data dengan tujuan menyokong dapatan

yang sedia ada dalam kajian yang dijalankan ini. Dokumen yang digunakan

adalah melalui buku latihan peserta kajian. Setiap kali selesai proses

pengajaran dan pembelajaran penulisan ayat, pengkaji telah

mengumpulkan hasil kerja murid untuk membuat semakan. Melalui cara ini,

secara tidak langsung pengkaji telah dapat menilai tahap perkembangan

murid dalam penguasaan kemahiran berkenaan penggunaan huruf besar

dan huruf lecil pada tempat yang betul dalam penulisan ayat dalam bahasa

Melayu. Pengkaji juga telah menyediakan jadual interpretasi untuk

mengutip data kekerapan kesalahan peserta kajian dalam penguasaan

penggunaan huruf besar yang betul pada pangkal ayat.

5.4 Cara Menyemak Data

49
Data –data yang telah dianalisis akan disemak untuk menghasilkan

kredibiliti dan kesahannnya. Oleh yang demikian, data-data yang diperoleh

perlu disemak terlebih dahulu untuk memastikan sejauh manakah

kebolehpercayaan terhadap sata tersebut. Satu kaedah yang boleh

digunakan untuk menyemak data ialah melalui tringulasi. Data tringulasi

bermaksud data yang diperoleh daripada dua atau lebih kaedah yang

digunakan dalam satu kajian. Terdapat beberapa tringulasi yang biasa

digunakan dalam menyemak data. Antaranya ialah, tringulasi penyelidik,

tringulasi teori, tringulasi kaedah dan tringulasi persekitaran (Guion, 2002)

Mok Soon Sang (2010) sependapat dengan Denzin (1970) bahawa

tringulasi ini boleh digunakan dalam proses penyelidikan sebagai kaedah

bercantum yang berfungsi untuk memberi sokongan terhadap hasil kajian,

melalui data yang diperolehi melalui sumber lain. Satu kelebihan yang

ketara adalah penggunaan pelbagai teknik pengutipan data akan

memberikan pengukuhan data atau tringulasi yang membantu

meningkatkan kesahan kajian yang dijalankan (Marohaini, 2004). Maka

untuk kajian ini, pengkaji menggunakan dua tringulasi iaitu tringulasi data,

tringulasi kaedah.

a) Tringulasi Data

Tringulasi data merupakan kepelbagaian sumber data yang berbeza

berdasarkan kajian yang dijalankan. Dalam kajian ini pengkaji telah

menyemak data dengan melihat hubungkait antara data-data yang

diperoleh daripada ujian pra dan pasca dan analisis dokumen. Contohnya,

50
jika skor ujian yang diperoleh peserta kajian adalah tinggi, maka pengkaji

akan melihat bagaimana sikap peserta kajian tersebut semasa menjawab

ujian adakah bertepatan dengan skor ujian yang diperoleh atau pun tidak.

Kedua-dua alat kajian ini mempunyai hubungan yang berkaitan dalam

menjalankan kajian ini. Contohnya, data hasil ujian dilaksanakan mendapati

murid lemah dalam penggunaan huruf besar di pangkal ayat.

b) Tringulasi Kaedah

Ini melibatkan pelbagai kaedah sama ada kualitatif mahupun kuantitatif

dalam satu-satu ujian. Jika kesimpulan bagi setiap kaedah yang digunakan

itu adalah sama, maka kesahan akan dapat diwujudkan. Dalam kajian ini,

pengkaji telah menilai dapatan kualitatif dan kuantitatif yang diperoleh

semasa proses mengumpul data. Data kualitatif diperoleh daripada analisis

skor ujian yang dijalankan ke atas peserta kajian.

Selain itu, data yang diperoleh daripada proses analisis dokumen juga

boleh dikategorikan sebagai data kuantitatif kerana data dianalisis adalah

berdasarkan peningkatan pencapaian yang berlaku ke atas peserta kajian ,

semasa membuat latihan. Sementara data kuantitatif pula diperoleh daripada

bilangan kekerapan yang dilihat daripada proses pemerhatian berstruktur

berdasarkan item pemerhatian.

Rumusan daripada kedua-dua kaedah ini kemudiannya akan disemak

dengan melihat hubung kait serta hasil yang diperoleh daripada setiap

kaedah, sama ada selari atau tidak. Sekiranya hubung kait dan keputusan

51
akhir adalah selari, maka data yang diperoleh dapat disahkan kredibiliti dan

kesahihannya.

BAB 6

DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini membincangkan tentang dapatan kajian berdasarkan alat kajian

yang telah digunakan iaitu analisis dokumen dan ujian pra dan pasca.

Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan kualitatif. Pengkaji

boleh menjalankan analisis menggunakan kaedah sama ada kualitatif atau

kuantitatif untuk memahami data dan maklumat yang diperolehi daripada

kajian yang dilaksanakan (Rosinah, 2015). Dapatan kajian ini akan

menjawab soalan kajian yang telah dikemukakan oleh pengkaji.

6.1 Analisis Data

Analisis data dijalankan bagi tujuan untuk memahami data dan dihuraikan

secara kualitatif. Data-data yang diperoleh dinyatakan bagi setiap instrumen

yang digunakan.

6.1.1 Analisis dapatan ujian pra

Pengkaji telah menyediakan satu set ujian yang telah dijalankan pada waktu

yang telah ditetapkan. Ujian ini bertujuan untuk memperoleh data

pencapaian peserta kajian selepas pada peringkat awal sebelum Teknik Pen

Warna diperkenalkan kepada murid. jadual di bawah menunjukkan dapatan

52
analisis ujian awal yang telah telah dilakukan oleh pengkaji kepada peserta

kajian.

Jadual 9

Markah ujian pra

Bil Peserta Kajian Markah (%) Gred

1 A 35 E

2 B 40 D

3 C 30 E

4 D 30 E

5 E 45 D

Jadual 9 tersebut menunjukkan markah yang diperolehi oleh peserta kajian

dalam ujian tersebut. Terdapat 2 orang peserta yang lulus manakala 3

peserta kajian gagal dalam ujian yang dilakukan. Jika peserta kajian dapat

mencapai gred cemerlang dalam ujian yang dijalankan , mereka tidak perlu

menjalani intervensi selanjutnya. Namun berdasarkan analisis yang

dijalankan, tiada peserta kajian yang cemerlang dalam ujian pra. Peserta

53
kajian C dan D mendapat markah 30% , manakala peserta kajian A, B, dan E

masing-masing mendapat markah 35%. 40% dan 45%.

6.1.2 Analisis dapatan Ujian Pasca

Pengkaji telah menyediakan satu set ujian kepada peserta kajian. Ujian ini

bertujuan untuk memperoleh data pencapaian peserta kajian selepas

pembelajaran pengajaran dengan menggunakan Teknik Pen Warna. Jadual

di bawah menunjukkan dapatan analisis dalam ujian pasca.

Jadual 10

Markah ujian pasca

Bil Peserta Kajian Markah Gred

1 A 90 A

2 B 100 A

3 C 85 A

4 D 90 A

5 E 100 A

54
Jadual 10 menunjukkan markah ujian akhir yang dijalankan selepas

menggunakan Teknik Pen Warna. Kesemua peserta kajian memperoleh

markah yang cemerlang iaitu melebihi 80% dan mendapat gred cemerlang.

Peserta kajian B dan E mendapat markah sebanyak 100%, peserta kajian A

dan D mendapat markah 90% manakala kajian C mendapat markah

sebanyak 85%.

6.1.3 Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pasca

Peserta kajian telah menunjukkan perubahan yang positif setelah

menjalankan intervensi teknik Pen Warna. Berlaku peningkatan daripada

berbanding ujian pra.

Analisis data yang dilakukan melalui ujian pra dan ujian pasca telah

menunjukkan peningkatan prestasi murid dalam menguasai penggunaan

huruf besar pada tempat yang betul. Hasilmdaripada

Jadual 11

Perbandingan markah Ujian Pra dan Ujian Pos

Bil Peserta Kajian Markah Gred Markah Gred

Peningkatan

1 A 35 E 90 A 55%

2 B 40 D 100 A 60%

55
3 C 30 E 85 A 55%

4 D 30 E 90 A 60%

5 E 45 D 100 A 55%

GRAF

120

100

80

60 Ujian Pra
Ujian Pasca

40

20

0
PK A PK B PK C PK D PK E

Rajah 6: Graf perbezaan Skor Ujian Pra Dan Pascabagi peserta kajian.

Rajah 6 menunjukkan perbezaan skor ujian pra dan ujian pasca dan

peningkatan markah bagi kelima-lima peserta kajian. Hasil dapatan skor

ujian pra adalah sebelum melaksanakan intervensi Teknik Pen Warna

manakala skor ujian Pasca pula setelah melaksanakan intervensi Teknik Pen

Warna kepada peserta kajian. Secara keseluruhannya, penggunaan Teknik

56
Pen Warna telah menunjukkan keberkesanan dalam meningkatkan

penguasaan penggunaan huruf besar di pangkal ayat hasil daripada analisis

markah yang telah dilakukan.

6.2 Dapatan Analisis Dokumen

6.3.1 Dapatan analisis dokumen sebelum bimbingan

Dokumen yang dianalisis ialah buku latihan dan juga kertas ujian yang

diberikan kepada semua peserta kajian. Analisis dokumen dibuat sebelum

dan selepas kajian dilakukan.

Rajah 7: Buku latihan peserta kajian sebelum kajian dijalankan.

57
Rajah7 telah menunjukkan buku latihan peserta kajian yang telah dianalisis

sebelum Teknik Pen Warna diperkenalkan kepada peserta kajian.

Berdasarkan penulisan yang telah dibina, jelas bahawa peserta kajian tidak

dapat menulis huruf besar pada permulaan ayat. Contohnya , peserta kajian

telah menulis huruf ‘ t ‘ kecil bagi perkataan ‘ tetapi’ yang ditulis di pangkal

ayat. Selain itu juga, peserta kajian menulis ‘ A’ besar iaitu perkataan ‘aku’ di

tengah ayat, walhal perkataan ‘aku’ sepatutnya ditulis dengan huruf kecil

pada huruf ‘a’ tersebut.

Rajah 8: buku latihan peserta kajian sebelum teknik Warna diperkenalkan.

Rajah 8 di atas menunjukkan contoh buku latihan peserta kajian yang

disemak oleh pengkaji untuk dianalisis sebelum melakukan teknik Pen

Warna kepada peserta. Ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana tahap

58
murid dalam penulisan menggunakan huruf besar pada tempat yang

sepatutnya. Peserta kajian B turut melakukan kesalahan yang sama iaitu

telah mencampur adukkan huruf besar dan huruf kecil terutama di pangkal

ayat. Misalnya, dapat dilihat dalam buku latihan tersebut peserta kajian telah

menulis huruf ‘o’ kecil bagi perkataan ‘ oleh itu’ yang ditulis pada pangkal

ayat dan huruf ‘D’ besar bagi perkataan ‘Dan’ yang sepatutnya ditulis dalam

huruf kecil kerana ia berada di tengah ayat. Di sini dapat dilihat masalah

peserta yang mencampur adukkan huruf besar dan huruf kecil pada tempat

yang salah.

59
BAB 7

RUMUSAN KAJIAN DAN REFLEKSI

7.1 Rumusan Kajian

Sikap kurang berminat, malas, kurang tumpuan dan tidak menggunakan

huruf besar di tempat yang sepatutnya ketara berkurangan. Secara tidak

langsung penggunaan Teknik Pen Warna juga menunjukkan peningkatan di

luar jangkaan pengkaji. Ini telah melancarkan lagi proses pengajaran dan

pembelajaran serta memudahkan guru untuk menyemak hasil kerja murid.

Sebagai guru mata pelajaran Bahasa Melayu, pencapaian murid dalam

penggunaan huruf besar banyak membantu bagi meningkatkan peratus

keseluruhan ujian di samping membantu meningkatkan prestasi mata

pelajaran lain.

Kajian ini merupakan salah satu kajian tindakan yang dijalankan oleh guru

bagi menyelesaikan permasalahan murid dalam pengajaran dan

60
pembelajaran di dalam bilik darjah. masalah kesalahan mencampur adukkan

huruf besar dan huruf kecil di pangkal ayat ini boleh dikatakan sentiasa

berlaku disetiap sekolah terutamanya murid yang berada di kelas yang agak

terkebelakang.

Hasil dari analisis yang telah dilakukan oleh pengkaji, pengkaji dapati

kesemua objektif kajian telah tercapai dengan jayanya. Teknik Pen Warna

mampu membantu murid-murid meningkatkan kemahiran menulis

terutamanya dalam mengatasi masalah kekeliruan penggunaan huruf besar

mahupun huruf kecil di pangkal ayat. Ia juga dapat menambah baik amalan

pengajaran dan pembelajaran pengkaji sebagai guru Bahasa Melayu dalam

membantu murid-murid yang lemah dalam menulis huruf besar di pangkal

ayat dengan betul.

61
7.1.1 Persoalan kajian 1

Adakah Teknik Pen Warna (Merah) dapat meningkat kemahiran menulis

huruf besar pada pangkal ayat dengan betul bagi murid Tahun 4 Tekun?

Melalui dapatan analisis data ujian pra dan ujian pos dalam jasual,

menunjukkan penggunaan Teknik Pen Warna (Merah) dapat meningkatkan

kemahiran menulis huruf besar pada pangkal ayat dengan betul tanpa

mencampur adukkan dengan huruf kecil dalam penulisan murid.

Peserta kajian telah menunjukkan peningkatan markah pencapaian

setelah Teknik Pen Warna (Merah) diperkenalkan oleh pengkaji. Kesemua

peserta kajian mampu mencapai markah Gred A dalam ujian Pos yang telah

dilakukan sebelum ini. Hasil dapatan daripada pemerhatian dan analisis

dokumen juga mendapat pencapaian yang baik. Kebanyakan murid telah

dapat menguasai kemahiran menulis ayat dengan menggunakan huruf besar

pada pangkal ayat tanpa sebarang kesalahan.

62
7.1.2 Persoalan Kajian 2

Adakah Teknik Pen Warna (Merah) berkesan bagi mengatasi masalah

kekeliruan penggunaan huruf besar di pangkal ayat dengan betul dalam

kalangan murid Tahun 4 Tekun?

Pengkaji mendapati melalui ujian diagnostik, peserta kajian telah

dapat mengenal pasti kesalahan penggunaan huruf besar yang mereka telah

lakukan. Peserta kajian juga telah memperbetulkan setiap kesalahan yang

mereka lakukan tanpa arahan pengkaji. Ini bermakna peserta kajian dapat

mengenal kesalahan diri sendiri dalam penggunaan huruf besar di tempat

yang sepatutnya. Selain itu, peserta juga dapat membuat latihan dari

lembaran kerja yang diberikan oleh pengkaji berkaitan dengan penggunaan

huruf besar. Dengan ini persoalan kajian 2 ini dapat disimpulkan bahawa

penggunaan Teknik Pen Warna (Merah) ini mampu mengatasi kekeliruan

penggunaan huruf besar di pangkal ayat dengan betul di kalangan murid 4

Tekun.

Secara kesimpulannya, dengan menggunakan Teknik Pen Warna

(Merah) telah berjaya menjawab kedua-dua persoalan kajian. Dengan ini,

63
objektif kajian telah berjaya dicapai oleh pengkaji dan Teknik Pen Warna

(Merah) ini mampu membantu murid dalam mengatasi masalah kekeliruan

penggunaan huruf besar di pangkal ayat mahupun di tempat yang

sepatutnya digunakan.

7.2 Refleksi

Penyelidikan tindakan merupakan perkara yang baharu bagi saya. Saya

telah mempelajari bagaimana untuk merancang dan melaksanakan

penyelidikan tindakan berdasarkan masalah yang dihadapi oleh murid.

Perkara baharu yang telah saya pelajari termasuklah cara mengumpul,

menganalisis dan menyemak data dan seterusnya cara menulis laporan

yang betul.

Kajian ini dilaksanakan bagi membantu murid mengatasi masalah

kekeliruan dalam penggunaan huruf besar yang dihadapi. Masalah ini

sememangnya memberi kesan yang besar kepada hasil penulisan murid jika

tidak dibendung pada peringkat awal. Walaubagaimanapun kajian ini

memberi fokus kepada satu daripada cabang yang amat kecil dalam

kemahiran menulis, namun impak daripada hasil tindakan ini mungkin akan

memberikan kesan jangka masa panjang kepada murid dan seterusnya

berkemungkinan akan mempengaruhi masa depan murid tersenbut.

Di samping itu, pengkaji belajar pentingnya mematuhi etika semasa

melaksanakan penyelidikan. Pelaksanaan penyelidikan tindakan telah

64
membentuk diri saya sebagai seorang guru Bahasa Melayu yang perlu

menguasai pelbagai jenis kemahiran. Sebagai seorang guru, saya perlu

mempunyai pelbagai jenis kemahiran termasuklah kemahiran mengurus,

kemahiran belajar, kemahiran merancang, kemahiran berfikir, kemahiran

komunikasi dan kemahiran menilai.

Kemahiran berkomunikasi yang baik amat penting bagi

melancarkan perancangan tindakan agar ia dapat dilaksanakan dengan baik.

Kajian tindakan ini bukan sahaja membantu murid-murid tetapi juga dapat

menambah baik amalan pengajaran pengkaji dalam bilik darjah. Melalui

kajian ini juga, pengkaji dapat menjana idea serta memikirkan kaedah dan

strategi yang boleh digunakan dalam menjawab segala persoalan kajian.

Objektif utama kajian ini adalah untuk meningkatkan tahap

penguasaan murid dalam penggunaan huruf besar tanpa sebarang

kekeliruan. Kajian ini adalah kajian tindakan yang juga berlandaskan model

kajian tindakan Lewin dan Laidlaw. Kajian ini menggunakan tiga instrumen

pengumpulan data iaitu pemerhatian, analisis dokumen dan ujian.

Dapatan yang diperoleh hasil daripada kitaran satu yang dilakukan,

pengkaji mendapati kaedah ini berjaya mengurangkan masalah penggunaan

huruf besar oleh murid Tahun 4 Tekun. Kebanyakan peserta kajian

merasakan teknik ini agak seronok dan tidak memberi tekanan kepada

mereka.

Berdasarkan hasil analisis data dan dapatan kajian, saya dapati

kesemua objektif kajian telah dicapai dengan baik. Teknik Pen Warna

(Merah) dapat membantu murid –murid menulis huruf besar di pangkal ayat

65
dengan betul. Teknik Pen Warna (Merah) juga dapat mengatasi masalah

kekeliruan penggunaan huruf besar tanpa mencampur adukkan dengan

huruf kecil. Teknik ini juga dapat meningkatkan pencapaian gred peperiksaan

bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

BAB 8

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN.

Setelah melaksanakan penyelidikan tindakan ini, pengkaji mendapati

bahawa perlu ada beberapa cadangan tindakan susulan dan

penambahbaikkan dalam kajian yang seterusnya. Tujuannya adalah untuk

meningkatkan lagi mutu hasil dapatan yang diperolehi pengkaji daripada

peserta kajian.

Cadangan yang perlu diberi tindakan susulan oleh pengkaji ialah,

pengkaji perlu memberikan peneguhan positif kepada murid-murid bagi

menarik minat mereka dalam matapelajaran Bahasa Melayu terutama dalam

memperbaiki penguasaan tatabahasa murid. Antara peneguhan positif yang

boleh dilakukan oleh pengkaji ialah , memberikan ganjaran kepada murid

contohnya , memberi ganjaran token seperti kad penanda buku, sticker

berbentuk smile dan meminta murid mengumpul ganjaran tersebut.

Pendekatan ini secara tidak langsung akan membina semangat murid untuk

belajar dan memberi lebih tumpuan semasa proses pengajaran dan

66
pembelajaran di dalam bilik darjah. Ia juga boleh menimbulkan semangat

persaingan dalam kelas dengan mengumpul token siapa yang paling banyak

terkumpul.

Pengkaji mencadangkan kajian yang akan dilakukan selanjutnya

perlulah diperbanyakkan latih tubi kepada peserta kajian. Manakala soalan

yang dibina perlu dipelbagai supaya tahap penguasaan dan pemahaman

peserta kajian dalam isu ini akan lebih meningkat.

67
SENARAI RUJUKAN

Abdul Karim Bin Haji Jawi .(2003). Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun
5

Hudiya dalam Aspek Tanda Baca dengan Kaedah pembelajaran


Khusus

Sera Binbingan rakan sebaya. Prosiding Seminar Kajian Tindakan


2003 Anjuran Bersama MPTAR dan JPB dan JPB Sri Aman –Betong.

Aleimmah Binti Ali. (2008). Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf


Besar dan Noktah bagi muird Tahun 1 Kenanga (Intervensi) menggunakan
teknik pen warna (merah). Latihan ilmiah . IPG Kampus Dato’Razali
Ismail.

Aszoura Muhamed Salleh . (2009). Mengatasi Kaedah Pembelajaran


Berbantukan Komputer(Penggunaan Perisian Power Point Interaktif
Terhadap Peningkatan Pengusaan Konsep Sains Dalam Tajuk Sel Untuk
Sains Tingkatan 1.

Carmelya Loyanto Anak Bronie. (2010). Mengatasi kelemahan Penggunaan


Huruf Besar Di Hadapan Ayat Bahasa Melayu Murid Tahun Empat Melalui
Imej Visual. Latihan Ilmiah. IPGK Batu Lintang.

Chow Fook Meng.(2004) . Kajian Tindakan : Konsep & Amalan dalam


Pengajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

68
Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud . (2011). Kajian Tindakan: Konsep &
Amalan Dalam Pengajaran. Selangor Darul Ehsan , Malaysia :
Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Dayang Norliza Awang Yem. (2010). Kesan kaedah ansur maju dalam
mengurangkan kekerapan manulis huruf kecil ,,,k’’ dan ,,,p’’ murid
Tahun Lima. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan Seminar
Penyelidikan Tahun 2010 IPGKBL.

Greene, T.C, Bell, P.A & Boyer ,W.N.(1993). Coloring the environment : Hue,
arousal, and boredom, Bulletin of the Psychonomic Society ,21 253-
254.

Haliza Bt Othman.(2012). Aplikasi Warna Pada Huruf Vokal Jawi, dalam


penulisan Suku Kata Terbuka. Seminar Penyelidikan Tindakan Institut
Pendidikan Guru kampus Batu Lintang Tahun 2012, ms204. Sarawak.

Haslanee Bin Tubah. (2008). Tahap Penguasaan dan Kesukaran Membaca


dan Menulis dalam kalangan Murid KIA2M. Jurnal Penyelidikan
Pendidikan 2008 Institusi Pendidikan Tun Abdul Razak, Kota Samarahan
Sarawak.

Hajijah Hassan (2008). Kaedah Mesra Warna dalam Kalangan Pelajar


Tingkatan Lima. Kajian Tindakan Sempena Hari Profesionalisme SMK
Majakir Papar.

Institut Bahasa .(1994). Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka

Juliza Rosli . (2007) . Mengurangkan Kesalahan Murid Tahun Dua Membaca


Tanda Fathah, Kasrah dan Dhammah dengan menggunakan kaedah
Mesra Warna. Prosiding Penyelidikan Tindakan 2010 PISMP Ambilan
Januari 2007, Pp. 77- 78.

Kamarudin Husin.(1998). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya: Longman


Malaysia.

69
Kamarudin Husin, Siti Hajar Abdul Aziz. (1997). Penguasaan Kemahiran
menulis. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Kamus Dewan Edisi Keempat.(2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan


Pustaka.

Kamus Komprehensif Bahasa Melayu. (2006). Kuala Lumpur: Oxford Fajar.

Kamus Pelajar Edisi Keempat .(2005).Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan


Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1995). Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu


Sekolah Rendah.Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia .(2003). Sukatan Pelajaran KBSR, Bahasa


Melayu. Kuala Lumpur: Pusat perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran


Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.
Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan .


Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia.(2013). Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Khairuddin Mohamad. (2011). Literasi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Oxford


Fajar.

Lewin , K . (2013). International Society For The orientical Psycology.


Springer science & Bwines Media.

Lina Ping Madang.(2010). Penggunaan Kertas Kotak Bergaris Dalam


Membantu Murid Tahun Dua Menulis Huruf ,,J” Besar dan Kecil Dengan
Betul Semasa Menjawab Solan Pemahaman Bahasa Melayu. Buku
koleksi Artikel PT, Seminar Penyelidikan Tindakan Tahun 2010 IPG
KBL(Pendidikan Rendah) 157-171.

70
Mat Nor Hussin, Ab Rahman Ab Rashid .(1998)) Alat Bantu Mengajar Dalam
Pengajaran Bahasa. Selangor : Longman Malaysia Sdn Bhd.

Mohd Salim Ahmad.(1994). Penggunaan Tanda Baca dan Ejaan dalam


Penulisan Bahasa Melayu, Banting Selangor. Jawatankuasa Penyelidikan
dan Pembangunan SMK Telok Datok Dlm. Madziyah Md Jaafar, 1995.
Modul Kajian Tindakan . Kuala Lumpur: Bahagian Perancangan dan
penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan.h 53-83.

Mohd Sharani Ahmad. (2006). Mengurus Kanak-kanak yang susah Belajar.


Selangor, Malaysia: PTS Professional Publishing.

Mook Soon Sang.(1993). Pengujian dan penilaia pemulihan dan pengayaan.

Selangor: Kumpulan Budiman.

Morton Walker.(1991). The Power Of Colour. Garden City Park, New York:
Avery Pun Group

Mohd Yasser Bin Jamaluddin.(2011). Peningkatan penguasaan dalam


penggunaan Tanda Baca melalui Kaedah Imlak. IPG Kampus Bahasa
Melayu.

Muhammad Azizi Rahim.(2010). Kesan Bimbingan Individu Dalam


Mengurangkan Kesilapan Menulis Huruf Besar Di Tengah Perkataan
Bahasa Melayu Murid Tahun Empat. Buku Koleksi Artikel Penyelidikan
Tindakan , Seminar Penyelidikan Tindakan Tahun 2010 IPG KBL.-224-237

Muhammad Hassan Abdul Rahman.(2012). Penggunaan Buku Saya Sayang


Jawi Meningkatkan Kemahiran pelajar dala menyambung huruf tunggal
Jawi. IPGKDRI.

Musa Mohd Hisham.(1997). Penggunaan Bahan Bnatu Belajar Dalam


Bahasa Melayu. Jurnal Dewan Bahasa. 23 Feb 2013.

71
LAMPIRAN

LAMPIRAN 1

72
73
74
LAMPIRAN 2

75
76
LAMPIRAN 3

77
78
79

Anda mungkin juga menyukai