Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENGENALAN

Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan
yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai di
peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu
pengetahuan. Justeru, program Pemulihan Khas mengutamakan Prinsip ‘Menyelesaikan
masalah seawal mungkin’ supaya tidak menjadi kronik berterusan hingga ke tahap 2 atau
peringkat persekolahan menengah rendah.

Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu murid


mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau ‘terkebelakang’ menguasai sesuatu
kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran
pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka
akan terbenam. Justeru melalui program pemulihan khas, keperluan–keperluan murid
berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi. Melalui program pendidikan
pemulihan ini, sama ada dalam kelas biasa atau kelas khas, diharapkan murid-murid
tersebut mendapat peluang meneruskan pelajaran mereka seperti murid-murid biasa.

1
2.0 PERBANDINGAN PEMULIHAN DAN PENGAYAAN

2.1 KONSEP

2.1.1 KONSEP PEMULIHAN

Pendidikan Pemulihan ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi
kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis
dan mengira. Pendidikan pemulihan juga adalah sebagai satu cabang daripada sebahagian
pendidikan imbuhan. Ianya juga disebut sebagai ‘Remedial education’ di dalam bahasa
Inggeris iaitu suatu bentuk pendidikan khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang
menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu
sahaja. Pendidikan Pemulihan berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa. Ia
merupakan satu tindakan khusus untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang
mengalami kesusahan pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus
yang dihadiri oleh pelajar secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan dari sekolah
biasa atau dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1245,1246) “Pulih” bermaksud kembali
seperti biasa (keadaan semula). “Pemulihan” bermaksud perbuatan memulihkan,
pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini konsep pemulihan merujuk
kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran
pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau
memperbetul sesuatu.

Selain tokoh di atas, seorang lagi tokoh iaitu O. C. Simpson (1975), mengatakan
bahawa aktiviti pemulihan merupakan tindakan khas atau tindakan khusus yang diambil
untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi
pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh
murid secara sambilan, dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa.

Guru yang mengajar kelas pemulihan adalah guru yang terlatih khas untuk kelas
pemulihan. Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang
dijalankan juga khas iaitu menepati kehendak menjadikan murid-murid yang lemah pulih dan
dapat mengikuti pembelajaran dalam kelas biasa. Pendidikan Pemulihan adalah satu bentuk
pendidikan untuk membetulkan sesuatu yang kekurangan atau membetulkan sesuatu yang
tidak betul atau sesuatu yang cacat. Berbagai-bagai pendapat telah diberikan oleh ahli-ahli

2
pendidik Barat dan tempatan mengenai takrifan pendidikan pemulihan. Secara lebih khusus,
takrif pendidikan pemulihan itu telah diberi dengan pelbagai definisi, antaranya ialah:

Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff,1983 : 371 Satu tindakan khusus yang diambil
untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi
pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh murid
secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa, dan dalam
darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.’ Manakala menurut Ishak Harun &
Koh Boh Boon, 1983 : 191 Perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-
kanak yang menghadapi masalah-masalah pembelajaran di sekolah-sekolah biasa.

2.1.2 KONSEP PENDIDIKAN PENGAYAAN

Konsep Pendidikan Pengayaan adalah satu rancangan pembelajaran yang


disediakan untuk semua murid sama ada cerdas, sederhana atau lemah. Mereka boleh
mendapat pengalaman dan pengetahuan yang berbagai-bagai berdasarkan aktiviti yang
sesuai untuk mereka. Aktiviti-aktiviti ini dibentuk supaya menarik dan mencabar selaras
dengan peringkat pembelajaran murid-murid itu.

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 693) mentakrifkan “pengayaan” sebagai
“perihal (usaha, proses, dsb) mengayakan, misalnya mengayakan atau meluaskan kosa
kata”. Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang
dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan.

Mok Soon Sang (1990: 55) pula menjelaskan bahawa aktiviti pengayaan disediakan
untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah, sama
ada dalam kumpulan cerdas, sederhana, atau lambat. Menurutnya lagi, melalui aktiviti
pengayaan, murid-murid akan dapat memperluas pengalaman dan pengetahuan sejajar
dengan kebolehan dan minat mereka dalam sesuatu bidang pelajaran tertentu.

Justeru, tujuan program pengayaan adalah untuk memperluas pengetahuan dan


pengalaman di samping memperkukuh kemahiran yang sedang dipelajari. Penglibatan
murid-muird dalam aktiviti ini membolehkan mereka mengembangkan lagi sifat ingin tahu,
minat, kreativiti, sikap berdikari dan bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat
sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan, dan masyarakat.

3
Oleh itu penekanan program ini adalah untuk memberi aktiviti tambahan kepada
murid-murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang
ditetapkan atau lebih awal daripada itu. Jenis aktiviti ini hanya dijalankan setelah murid
menguasai kemahiran-kemahiran asas. Mereka menggunakan segala kemahiran ini sebagai
asas untuk menjalankan aktiviti pengayaan.

Tegasnya, aktiviti pengayaan adalah berlainan daripada aktiviti pembelajaran


kemahiran asas. Aktiviti ini diberikan kepada murid selepas mereka Berjaya menguasai
kemahiran asas tertentu. Murid menggunakan kemahiran yang telah dikuasai untuk
menjalankan aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan ini meluaskan pengalaman dan
pengetahuan murid sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam bidang tertentu.

Chong Lean Keow (2008), mengatakan bahawa penggayaan ialah aktiviti


pengajaran dan pembelajaran tambahan dan pelbagai bertujuan untuk meningkatkan ilmu,
kemahiran dan pengalaman murid. Beliau juga berpendapat bahawa pengayaan
merangkumi latihan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan bersifat
lebih mencabar.

Menurut Ee Ah Meng (1990) pula, program penggayaan merupakan suatu program


pembelajaran yang dibentuk untuk murid-murid memperolehi pelbagai pengalaman serta
pengetahuan berdasarkan aktiviti yang dirancang adalah sejajar dengan kebolehan mereka.
Aktiviti penggayaaan hendaklah disediakan untuk semua jenis murid iaitu murid cergas,
sederhana dan lambat. Jenis aktiviti ini hanya dijalankan setelah murid-murid menguasai
satu-satu kemahiran asas. Aktiviti penggayaan akan memperdalami pengetahuan serta
meluaskan pengalaman murid- murid.

4
2.2 OBJEKTIF

2.2.1 PEMULIHAN

Program pemulihan mempunyai objektifnya yang tersendiri, antaranya ialah yang


pertama ialah bagi membantu murid-murid mengatasi masalah dalam penguasaan
kemahiran-kemahiran asas dengan pendekatan, kaedah, bahan-bahan pengajaran alternatif
yang selaras dengan keupayaan dan potensi serta minat mereka. Objektif kedua ialah
memberi khidmat layanan dan perhatian individu dari segi pembelajaran mengikut kadar
perkembangan inletek kanak-kanak yang berbeza di antara satu sama lain. Seterusnya,
objektif yang ketiga bagi memprkembangkan potensi murid-murid semaksimum yang
mungkin. Manakala objektif yang keempat untuk meneruskan proses pembelajaran murid-
murid dalam system persekolahan biasa. Dalam program pemulihan ini juga, ada
menetapkan objektif membantu memupuk dan memperkembangkan konsep kendiri dan
sikap positif terhadap pelajaran. Seterusnya bagi menyuburkan emosi, mental, social, dan
intelek terutama bagi murid-murid yang datang daripada keluarga yang bermasalah dan
yang terakhir memberi peluang atau keseronokkan kepada murid-murid untuk belajar dan
merasa gembira di atas kejayaan dan kemajuan yang dicapai.

2.2.2 PENGAYAAN

Dalam Pengayaan juga ada beberapa objektif antaranya ialah yang pertama
tujuannya untuk membolehkan murid menjalani aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar
kebolehan mereka. Yang kedua bagi menambahkan minat dan pengalaman yang boleh
membantu kearah perkembangan diri. Selain itu objektif yang ketiga ialah untuk
menggunakan masa lapang yang berfaedah mengikut keperluan minat dan bakat mereka.
Dalam pengayaan juga, objektifnya adalah untuk tujuan meningkatkat minat dan menguasai
bacaan luas dengan membuat rujukan daripada pelbagai bahan dan sumber pengetahuan.
Selain itu onjektif seterusnya ialah supaya murid berminat untuk belajar sendiri dan
mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan murid meneruskan pembelajaran seumur
hidup. Ia juga bagi melahirkan daya kreativiti menerusi pemikiran dan kegiatan serta
kebolehan mereka menilai hasil kerja sendiri. Objektif yang terakhir pula ialah bagi
melahirkan asas kepimpinan untuk diperkembangkan keperingkat yang lebih tinggi sesuai
dengan kemampuan mereka.

5
2.3 RASIONAL

2.3.1 PENDIDIKAN PEMULIHAN

Dari sudut falsafah program pemulihan memenuhi keperluan setiap murid


yang ketinggalan kerana tidak dapat belajar sepenuhnya dalam kelas biasa. Ini
selaras dengan konsep Pendidikan Untuk Semua. Dari sudut Teori Pendekatan
Pengajaran seperti Prescriptive Diagnostic Teaching, Precision Teaching dan
Criminal Teaching telah terbukti Berjaya yang merupakan asas kepada pelaksanaan
program ini. Dari sudut pencegahan masalah yang dialami oleh setiap murid akan
bertambah dan semakin menyulitkan jika tidak ditangani dengan segera.

Seperti diketahui umum, murid-murid di dalam sebuah kelas berbeza dari


segi intelek , jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat, bakat dan sebagainya.
Oleh yang demikian , kadar keupayaan mereka belajar juga berbeza. Di dalam
sebuah kelas yang mengandungi ramai murid , perbezaan-pebezaan ini memang
tidak dapat diberi perhatian dan dilayani oleh guru. Tambahan pula, untuk
menghabiskan sukatan pelajaran begiti berat, guru terpaksa mengguna kaedah
seluruh kelas dalam aktiviti pengajaran mereka.Dalam keadaan ini murid-murid yang
mempunyai kebolehan rendah tidak boleh menerima apa yang diajarkan oleh guru.

Akibatnya, murid-murid ini ketinggalan di belakang kerana tidak dapat


menguasai kemahiran-kemahiran asas. Dalam situasi ini, program pemulihan
hendaklah disediakan untuk mereka dengan serta merta supaya masalah –masalah
pembelajaran tidak berhimpun hingga ke peringkat yang tidak dapat dipulihkan lagi.

2.3.2 PENDIDIKAN PENGAYAAN

Di peringkat permulaan sesuatu pelajaran, semua murid biasanya diberikan


aktiviti pembelajaran yang sama. Oleh kerana setiap orang murid dalam sesuatu
kelas mempunyai kebolehan,minat dan bakat berbeza, maka kadar keupayaan
mereka untuk menguasai sesuatu kemahiran atau pengetahuan juga berbeza.
Justeru itu , murid-murid yang mempunyai kebolehan yang berainan haruslah
diajarkan dengan pelbagai aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan keupayaan dan
perkembangan mental mereka.

6
Biasanya dalam sesuatu kelas, murid-murid boleh dibahagikan kepada tiga
kumpulancerdas, kumpulan sederhana dan kumpulan lambat. Murid-murid dalam
kumpulan cerdas dan kumpulan sederhana dan mungkin menghadapi masalah
pembelajaran sekiranya mereka selalu dipaksa menjalani aktiviti pembelajaran yang
saqma dengan murid-murid kumpulan lambat. Akhirnya mereka akan merasa bosan
terhadap pelajaran mereka kerana aktiviti pembelajaran yang diberikan tidak
setimpal dengan minat dan perkembangan mental mereka. Untuk memenuhi
keperluan murid-murid cerdas dan sederhana, adalah wajar bagi para guru
menyediakan program pengayaan sebagai aktiviti tambahan yang menarik dan
mencabar kepada murid-murid.

Bagi murid-murid dalam kumpulan lambat, selain aktiviti pemulihan, mereka


juga harus diberi program pengayaan yang sesuai dengan kebolehan mereka.
Melalui program ini, mereka akan sama-sama berpeluang menikmati berbagai-
berbagai pengalaman, seterusnya menimbulkan minat mereka dalam aktiviti
pembelajaran.

Dengan adanya program pengayaan, adalah diharapkan setiap orang murid


bukan sahaja dapat mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan
menggembirakan tetapi juga mengembangkan aspek fizikal emosi, minat, kebolehan,
daya cita dan bakat individusecara menyeluruh.

7
2.4 RUMUSAN

8
3.0 AKTIVITI PENGAYAAN

3.1 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM

Tahun : 2
Kemahiran : Membaca

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan 2.3.2 Membaca kuat pelbagai jenis ayat
dengan lancer, sebutan yang jelas dan dengan lancer, sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul intonasi yang betul mengikut tanda baca

Dalam tugasan ini, saya telah memilih langkah pengajaran bagi matapelajaran
Bahasa Melayu Tahun 2 manakala kemahiran yang akan diajar ialah kemahiran membaca.
Membaca bermaksud memindahkan tulisan kepada suara. Selain itu, membaca juga
didefinisikan sebagai bukan memindahkan tulisan kepada suara sahaja bahkan menangkap
makna dan memahami apa yang dibaca. Seseorang murid yang boleh memindahkan tulisan
kepada suara, walau bagaimana lancar sekalipun, jika tidak memahami perkara yang
disuarakan maka murid itu tidak dikira sebagai pandai membaca. Oleh itu, dapat
disimpulkan bahawa membaca ialah menyuarakan tulisan , mengambil isi dan fikiran yang
tertulis dan memahamkan kandungannya.

Justeru, objektif pengajaran dan pembelajaran yang saya ialah murid berjaya membaca dan
membina pantun teka teki dengan intonasi yang betul.

Menurut Leferre (1973), membaca merupakan satu proses yang berkait rapat dengan
bahasa, iaitu membaca sebagai a language related process. Menurut Cohen (1990),
membaca memerlukan kemahiran mentafsir serta pemikiran yang tinggi untuk memahami
makna daripada teks yang bercetak. Membaca juga merupakan proses kemahiran yang aktif
bagi mengintepretasikan makna dan mendapatkan pengetahuan daripada bahasa tulisan
dan visual.

Seperti yang telah dijelaskan bahawa aktiviti pengayaan adalah untuk melatih murid-murid
menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi. Maknanya murid-murid perlu bijak berfikir di
luar kotak. Oleh itu, dalam proses pengayaan saya akan menggunakan kemahiran
permainan bahasa dalam kemahiran membaca bagi murid tahun 2 . Tujuannya adalah untuk
menambahkan minat dan menarik perhatian murid-murid. Dengan cara permainan bahasa

9
ini, murid tidak akan jemu dan bosan berada di dalam kelas dan ini boleh menarik minat
mereka dalam matapelajaran Bahasa Melayu.

3.2 LANGKAH PENGAJARAN

i. Murid diminta berada dalam bulatan yang besar


ii. Murid diberi penerangan tentang cara bermain permainan bahasa
tersebut (Kotak beracun)
iii. Kotak akan dipegang oleh seorang ahli dalam bulatan tersebut.
iv. Apabila muzik dibunyikan, murid diminta memberi kotak tersebut seorang
demi seorang sehingga muzik diberhentikan.
v. Apabila muzik dihentikan, murid terakhir yang memegang kotak beracun
tadi diminta mengambil sekeping kertas yang telah ditulis pantun.
vi. Murid terakhir itu perlu membaca secara kuat dan dengan intonasi yang
betul, dan perlu membina rangkap ketiga dan keempat pantun dalam
pantun tersebut.

10
5.0 REFLEKSI

Alhamdulillah , bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah dan izinnya dapat saya
siapkan kerja kursus BMM 3063 di bawah bimbingan Puan Hjh Rafiah Binti Daud.
Bersyukur kerana diberi peluang untuk belajar tentang pendidikan pemulihan dan
pengayaan. Terima kasih yang tidak terhingga buat pensyarah pembimbing, rakan-rakan
dan keluarga yang banyak memberi semangat semasa proses menyiapkan kerje kursus ini.
Walaupun pelbagai halangan dan dugaan semasa menyiapkan kerja kursus ini, namun saya
mampu untuk menyiapkan dengan jayanya. Ada beberapa kesulitan yang agak
mengganggu saya ketika proses menyiapkan melaksanakan kkp ini. Antaranya ialah
pembahagian masa antara keluarga dan kerja kursus. Namun semua itu dapat saya harungi
dengan tabah.

Dari apa yang saya peroleh semasa menyiapkan kerja kursus ini, bagi saya
pendidikan pengayaan perlu dilaksanakan oleh setiap guru. Namun, kerap kali pengayaan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak dilaksanakan sepenuhnya. Terdapat
segelintir guru yang meminta murid cerdas, membimbing rakan sebaya untuk menyiapkan
latihan yang diberi oleh guru. Ini merupakan amalan yang baik kerana melalui aktiviti
tersebut murid-murid berpeluang mendalami dan meluaskan pengetahuan dan pengalaman
mereka dalam sesuatu tajuk yang telah diajar oleh guru.

Biasanya di dalam satu-satu bilik darjah, murid-murid boleh dibahagikan kepada tiga
kumpulan iaitu kumpulan cerdas, kumpulan sederhana dan kumpulan lambat. Murid-murid
dalam kumpulan cerdas dan sederhana menghadapi masalah pembelajaran kerana bosan
dengan aktiviti yang tidak setimpal dengan minat dan perkembangan mental mereka. Bagi
memenuhi keperluan murid cerdas dan sederhana, guru telah menyediakan pendidikan
pengayaan sebagai aktiviti tambahan yang boleh menarik minat dan mencabar kebolehan

11
mereka. Program pengayaan ialah aktiviti sekumpulan murid-murid yang menjalani
pembelajaran pada tahap yang tinggi daripada kumpulan murid yang sama usia.

Pengayaan ialah program untuk memberi aktiviti-aktiviti tambahan kepada murid-


murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau
lebih daripada itu. Aktiviti pengayaan melibatkan murid-murid yang berpencapaian tinggi
atau cerdas dalam kumpulan seusia mereka. Setiap guru maklum bahawa murid-murid
cerdas dan pintar adalah cepat dalam menyiapkan latihan, kerja atau aktiviti yang diberikan
kepada mereka. Pengayaan dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-
aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan di dalam atau di luar bilik darjah.

Aktiviti pengayaan boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan. Aktiviti


pengayaan yang dijalankan mestilah menarik, mencabar dan bersesuaian dengan
kebolehan, minat dan bakat murid yang berbeza-beza. Jika pengayaan tidak dijalankan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dari kumpulan cerdas dan
sederhana akan berasa bosan, terhadap pelajaran kerana aktiviti pembelajaran tidak sejajar
dengan minat dan perkembangan mental mereka seterusnya mencetuskan masalah disiplin.
Situasi ini sering dilihat di semua sekolah yang pernah saya berkhidmat. Murid-murid dari
kumpulan cerdas dan sederhana tidak diberi aktiviti pengayaan dalam pengajaran dan
pembelajaran, sebaliknya disuruh senyap agar tidak mengganggu rakan-rakan lain
menyiapkan kerja. Situasi seperti ini tidak seharusnya berlaku. Sepatutnya, murid-murid
cerdas ini boleh diminta oleh guru untuk membantu rakan-rakan sebaya yang menghadapi
sedikit kesukaran dalam pembelajaran.

Harapan saya semoga dengan adanya program pengayaan dalam pengajaran dan
pembelajaran, setiap murid bukan sahaja mengikuti suasana pembelajaran yang lebih
menarik dan menggembirakan tetapi juga, dapat mengembangkan aspek fizikal, emosi,
minat, kebolehan, daya cipta dan bakat individu secara menyeluruh. Setiap pelajar yang
telah menguasai aras masteri, mereka boleh meneruskan pembelajaran dengan mengikuti
aktiviti pengayaan.

12

Anda mungkin juga menyukai