Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Imbuhan merupakan salah satu komponen  tatabahasa yang penting

kerana melalui proses pengimbuhan perkataan baharu akan dibina. Sifat

imbuhan seperti ini menyebabkan imbuhan sering digunakan dalam

penggunaan bahasa seharian sama    ada melalui percakapan mahupun

penulisan. Namun begitu, proses pengimbuhan bukanlah satu proses yang

mudah difahami kerana proses ini merangkumi banyak aspek lain  dan

bersifat kompleks. Saya memfokuskan kajian ini terhadap imbuhan apitan

meN……-kan  dan memilih 20 orang murid tahun 4 sebagai kumpulan

sasaran kajian.

Menurut Amir Hasan (2002), dalam sebuah bilik darjah, setiap individu

mempunyai psikologi dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama

lain. Lantaran itu pengajaran yang dirancang perlu sesuai, disusun (mengikut

tahap pelajar) dan disokong (dengan alat bantu mengajar) bagi merangsang

perkembangan potensi individu ke tahap yang maksimum. Oleh itu, guru-guru

haruslah bijak dan kreatif dalam pengajarannya dengan memperbanyakkan

penggunaan ABM dalam pengajaran mereka. ABM adalah penting dalam

pengajaran dan pendidikan kerana ianya dapat merangsang minat yang

tinggi kepada pelajar untuk belajar.

Sehubungan dengan itu, keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran (PdPc) yang dilaksanakan oleh seseorang guru juga dapat

mempengaruhi tahap kebolehan murid untuk menguasai tabahahasa.

Seseorang guru perlu bijak dalam memilih pendekatan, kaedah dan teknik

yang sesuai dengan latar belakang dan gaya belajar seseorang murid. Selain

1
itu, seseorang guru juga boleh menggunakan bahan bantu mengajar seperti

gambar atau teknik-teknik tersendiri mengajar murid-murid yang lemah dalam

bahasa Melayu untuk menguasai tatabahasa terutamanya bagi murid yang

mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang lalu, saya telah

berhadapan dengan beberapa masalah yang dilihat sering mengganggu

proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid dalam subjek bahasa

Melayu. Masalah ini dikesan amat dominan semasa sesi PdPc dijalankan

dalam bilik darjah. Saya dapat mengesan bahawa ada murid tidak dapat

menulis ayat dengan baik. Hal ini kerana mereka tidak dapat menggunakan

imbuhan yang sesuai dengan betul untuk digandingkan dengan kata kerja.

Imbuhan yang ketara kurang difahami murid ialah imbuhan meN…...-kan.

Keduanya, murid tidak menunjukkan kesungguhan untuk belajar. Hal

ini dapat dilihat apabila ada di antara mereka yang tidak menunjukkan minat

dengan melakukan perkara-perkara yang lain sewaktu pelaksanaan PdPc.

Sepanjang proses PdPc berlangsung, saya mendapati bahawa kebanyakan

murid kurang berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang berkaitan

dengan subjek bahasa Melayu dan sering melakukan aktiviti lain seperti

membaca komik, membuat kerja rumah subjek lain, melukis dan sebagainya.

Melalui pemerhatian saya terhadap murid-murid kelas ini sepanjang empat

minggu, saya mendapati bahawa isi kandungan pelajaran yang diajar adalah

sesuai dengan tahap kebolehan murid-murid. Namun murid-murid kelas ini

tidak memberikan perhatian dan tidak minat dalam subjek ini disebabkan

mereka kurang fasih dalam bahasa Melayu.

2
Keadaan ini telah mendorong saya untuk mengambil inisiatif untuk

berbual dan berbincang dengan guru subjek Bahasa Melayu, ketua panitia

Bahasa Melayu dan penolong kanan serta murid-murid bagi mengetahui

dengan lebih lanjut faktor yang menjadikan murid kelas ini tercicir dalam

subjek bahasa Melayu ini. Apabila saya mengkaji secara mendalam, saya

mendapati bahawa murid kelas ini kebanyakan orang Cina dan ibu bapa

mereka tidak fasih berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.

Sehubungan dengan itu, semasa saya masuk kelas pada 15

Oktober 2019 untuk mengajar “Unit 16 : Alat Muzik Warisan Tradisional - Alat

Muzik Tradisional Sumber Pendapatan”, saya mendapati bahawa terdapat

beberapa murid yang sangat lemah atau tidak dapat menulis ayat yang

mengandungi imbuhan apitan meN……-kan dengan betul dan tepat. Hal ini

didapati oleh saya apabila meronda kelas untuk menyemak lembaran kerja

yang dibuat oleh murid-murid. Saya mendapati terdapat segelintir daripada

mereka masih belum menguasai teknik dan kemahiran untuk menulis ayat

yang mengandungi imbuhan apitan meN…… - kan dengan baik berdasarkan

perkataan yang diberikan. Berdasarkan analisis saya terhadap instrumen

lembaran kerja, terdapat 5 daripada 20 orang murid mendapat markah dalam

lingkungan 10 hingga 40 dalam bahagian membina ayat kerana telah

melakukan beberapa kesilapan yang umum seperti tidak mengetahui makna

kata yang hendak dibina dan binaan ayat yang tidak mempunyai objek yang

betul..

Saya juga mendapati bahawa teknik pengajaran dan pembelajaran

yang saya gunakan dalam kelas tidak sesuai dengan gaya belajar murid-

murid kelas ini. Hal ini dapat dibuktikan dalam PdPc yang dijalankan oleh

saya pada 15 Oktober 2019, “Unit 16 : Alat Muzik Warisan Tradisional - Alat

Muzik Tradisional Sumber Pendapatan”. Saya lebih menggunakan teknik

3
memberi penerangan dalam PdPc ini seperti menjelaskan makna perkataan

imbuhan apitan meN……-kan dan jarang menjalankan aktiviti kumpulan yang

melibatkan kolaborasi antara murid yang boleh memberi rangsangan positif

terhadap pemikiran murid-murid. Selain itu, saya juga tidak mendedahkan

teknik-teknik yang unik semasa mengajar murid membina ayat yang

mengandungi perkataan imbuhan apitan tetapi terus memberi lembaran kerja

kepada mereka untuk disiapkan.

Tambahan pula, kekurangan penggunaan bahan bantu mengajar

yang menarik seperti boneka, bahan maujud dan sebagainya juga

menyebabkan murid-murid bosan dengan pengajaran dan pembelajaran guru

dan tidak bermotivasi untuk belajar. Hal ini dapat dibuktikan dalam temu bual

yang dijalankan antara ketua panitia Bahasa Melayu dengan saya. Melalui

temu bual tersebut, walaupun guru digalakkan untuk melaksanakan proses

PdPC abad ke-21, tetapi guru tetap menggunakan buku teks dalam proses

PdPC. Setelah saya membuat tinjauan dengan teliti, saya membuat

keputusan untuk menggunakan rumus SKKOTB (Subjek + Kata Kerja +

Objek Tidak Bernyawa), iaitu secara hafalan rumus membina ayat yang

mengandungi kata kerja imbuhan apitan meN…….-kan mesti diikuti dengan

objek tidak bernyawa.

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

Kemahiran yang paling tinggi dalam senarai kemahiran berbahasa ialah

kemahiran menulis. Kemahiran ini hanya boleh dikuasai jika seseorang telah

menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dan kemahiran membaca.

Menurut Kamarudin Husin (1999), penulisan pula merupakan satu pelahiran

perasaan, fikiran dan idea dalam bentuk grafik. Pelbagai bentuk grafik ini

disusun sehingga dapat melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan

4
difahami oleh orang ramai. Menurut Khairuddin Mohamad (2011) pula,

penguasaan dalam kemahiran menulis khususnya membina ayat tidak hanya

melibatkan teknikal dan mekanikal semata-mata, tetapi proses penulisan ini

turut melibatkan penggemblengan aspek psikologi dan kognitif.

Banyak kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji dan penyelidik

terdahulu yang berkaitan dengan masalah murid dalam membina ayat.

Antara masalah yang jelas dilihat ialah penggunaan imbuhan, tanda baca dan

kata tugas yang tidak tepat dan kurang sesuai. Selain itu, penguasaan murid

terhadap makna perkataan juga mengakibatkan murid tidak dapat membina

ayat dengan betul.

Adrian Steward Ngau (2010) telah membuat satu kajian tentang

Kesan Rumus “Pelaku + Perbuatan + Huraian” dalam meningkatkan

kemahiran membina ayat karangan Bahagian A UPSR Bahasa Melayu murid

Tahun 5. Pada pendapat saya, rumus ini dapat membantu murid untuk

membina ayat tunggal beserta keterangan secara berkesan. Namun, rumus

ini terdapat kelemahannya seperti kurang difahami oleh murid yang lemah.

Justeru, saya telah membuat sedikit pengubahsuaian, iaitu mengubah unsur

perbuatan menjadi unsur yang lebih sepesifik supaya murid dapat

menggunakan teknik SKKOTB ini dalam membina ayat yang mengandungi

kata kerja imbuhan apitan “meN…..-kan” dengan betul.

Tambahan pula, saya juga telah meneliti hasil kajian Zahratulnadirah

Ibrahim (2012) yang berkaitan dengan kesan rumus “WAT” dalam membantu

murid Tahun Lima membina ayat gambar tunggal Bahasa Melayu. Kaedah

yang digunakan oleh beliau adalah berasaskan Hukum Latihan Thorndike.

Mengikut Hukum Latihan Thorndike, pertalian antara rangsangan dan gerak

balas akan bertambah kukuh jika latihan, aplikasi serta aktiviti pengukuhan

diberikan. Pada pendapat saya, hukum ini kurang sesuai bagi murid tahap 2

5
kerana aktiviti dan latihan pengukuhan ini memerlukan masa yang panjang

dan kaedah rumus “WAT” ini lebih sesuai jika digunakan terhadap murid

tahap 1 yang masih mempunyai masa yang panjang untuk melaksanakan

aktiviti dan latihan pengukuhan sebelum mereka menghadapi peperiksaan

UPSR.

Peringkat pembelajaran bermula dengan peringkat pembelajaran

isyarat, pembelajaran gerak balas, pembelajaran rangkaian motor,

pembelajaran bahasa, pembelajaran diskriminasi, pembelajaran konsep,

pembelajaran prinsip hingga kepada pembelajaran kognitif aras tinggi, iaitu

penyelesaian masalah mengikut Hierarki Pembelajaran Gagne, (Noriati A.

Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, 2012). Bagi

membantu pembelajaran pada setiap peringkat serta penyusunan

penyampaian pengajaran dan pembelajaran daripada peringkat asas kepada

yang lebih kompleks, pemeringkatan pembelajaran ini amat penting. Hal ini

demikian kerana setiap peringkat adalah syarat mutlak untuk menguasai

kemahiran sebelumnya.

Hierarki Pembelajaran Gagne ini membolehkan seseorang murid

untuk mengetahui cara-cara untuk melakukan sesuatu tindakan dan

bukannya semata-mata mengetahui sesuatu keadaan yang wujud. Hierarki

Pembelajaran Gagne ini akan saya terapkan dalam penghasilan jadual

SKKOTB ini. Melalui jadual yang mengandungi rumus SKKOTB, murid perlu

tahu mengelaskan simbol “S”, “KK” dan “OTB” untuk membentuk konsep

yang betul. Selepas memahami konsep ini, barulah mereka dapat

mengetahui cara-cara untuk membina ayat yang mengandungi kata kerja

imbuhan apitan “meN……-kan” dengan betul dan tepat.

Anda mungkin juga menyukai