Anda di halaman 1dari 8

LAPORAN REFLEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU 2019 FASA 2

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu latihan kearah pembinaan dan pembentukan
kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan falsafah pendidikan Kebangsaan (FPK) dan
Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang mlibatkan pelajar IPGM. Melalui Program Bina Insan Guru ini,
pelajar berpeluang untuk mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman
yang diperolehinya ke arah pembangunan diri sebagai insan guru yang mempunyai ketahanan fizikal
dan mental yang baik serta cemerlang dalam semua aspek secara berterusan sebagai persediaan
untuk menghadapi cabaran profession perguruan masa kini.

Sehubungan dengan itu, pada tanggal 17 September 2019 sehingga 21 September 2019,
pelajar unit S PISMP Ambilan Jun 2017 telah menjalani program Bina Insan Guru fasa kedua di Teluk
Segadas, Pulau Pangkor selama 5 hari 4 malam. Pelajar-pelajar yang mengambil Gaya Hidup Sihat
dan Menyelamatkan Kelemasan di Air sebagai elektif terbuka . Program ini disertai seramai 62 orang
peserta yang mana terdiri daripada 61 orang pelajar perempuan dan hanya seorang pelajar lelaki dari
pelbagai kaum seperti Cina dan India. Kebetulannya program BIG ini telah memberikan saya banyak
ilmu dan pengalaman yang berharga dalam mendidik diri menjadi seorang insan guru yang berakhlak
mulia, berilmu, kreatif dan berdaya tahan yang boleh mendidik murid dengan cekap dan berkesan.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini seperti pemasangan khemah, aktiviti gotong-
royong, ‘water confidence’, berkayak, ‘jungle trekking’ dan ‘abseiling’ dengan mematuhi langkah-
langkah keselamatan dan pencegahan yang dinyatakan dalam Standard Operasi Prosedur (SOP).
Umumnya, SOP didefinisikan sebagai satu rangkaian peraturan bertulis untuk mencapai keseragaman
pelaksanaan fungsi tertentu. Selain itu, ia dapat membantu maksimumkan keselamatan dan
kecekapan operasi.

Aktiviti pembersihan kawasan tapak perkhemahan dan mendirikan khemah merupakan antara
aktiviti yang paling awal kami lakukan di tapak perkhemahan di situ. (Rujuk Lampiran A). Saya dan
rakan-rakan telah berusaha membersihkan tapak perkhemahan dengan mengutip sampah-sarap yang
bersepah. Kemudiannya, kami telah memasang khemah secara bersama-sama dengan pimpinan
fasiliator dari Unit PPC. Kami telah menitikberatkan aspek keselamatan berdasarkan SOP sebelum
mendirikan khemah. Antaranya ialah cara pemasangan khemah, kebersihan dan kekukuhan khemah.
Aspek Misalnya, kami telah mendirikan khemah di kawasan yang rata dan tiada pokok di atas khemah.
Disamping itu, kami juga telah meletakkan racun serangga di kawasan sekitarnya bagi menjaga
keselamatan sewaktu tidur di dalam khemah. Dengan mengambil kira langkah keselamatan
sedemikian, kami telah memastikan kami berada dalam keadaan selamat sepanjang tempoh BIG
tersebut. Ada juga segelintir pelajar dalam kalangan kami menghadapi masalah semasa aktiviti ini
terutamanya mereka tidak mengambil kira aspek keselamatan sewaktu mendirikan khemah dimana
mereka telah mendirikan khemahnya di bawah pokok. Bagi mengatasi masalah ini, fasilitator
seharusnya memberikan arahan yang jelas seperti pemilihan khemah dan kedudukan khemah kepada

1
pelajar. Jadi melalui aktiviti ini, saya dapat mempelajari nilai bekerjasama, menjaga kebersihan alam
sekitar dan dapat menyemai sikap tolong-menolong antara satu sama lain.

Aktiviti seterusnya ialah ‘water confidence’. Sebelum melakukan aktiviti tersebut, En Faizal
selaku jurulatih bagi aktiviti ini telah telah memberikan taklimat ringkas berkenaan teknik
mengimbangkan diri dalam air kepada kami dengan jelas yang menekankan aspek keselamatan
berdasarkan SOP. Setelah itu, semasa kumpulan saya menjalankan aktiviti ‘water confidence’ kami
turut didedahkan dengan teknik mengapungkan diri, teknik berenang secara menelentang dan teknik
berenang secara meniarap. Segala pendedahan ini amat berguna untuk melindungi diri semasa berada
di dalam air. Aspek keselamatan diutamakan oleh jurulatih kami semasa aktiviti. Misalnya, jurulatih
menekankan cara memakai buoyancy aid (BA) supaya keselamatan kami terjamin walaupun kami tidak
tahu cara berenang. Selain itu, keselamatan kami semasa di air turut dijaga oleh dua orang fasilitator
dari unit PPC dimana mereka sentiasa berada di belakang kami serta membimbing dan membantu
kami sewaktu kami memerlukan bantuan kecemasan. Sebagai penambahbaikan bagi aktiviti ini adalah,
jurulatih perlu memberikan masa yang agak panjang kepada para pelajar supaya mereka betul-betul
menguasai teknik yang diajarnya itu. Dengan ini, keyakinan diri murid dapat dipertingkatkan dimana
pelajar dapat melakukan aktiviti ‘water confidence’ ini dengan lebih tabah. ( Rujuk Lampiran B)

Seterusnya ialah,aktiviti berkayak. Aktiviti ini merupakan antara aktiviti yang menarik kerana
setiap pelajar dapat merasai peluang berkayak. (Rujuk Lampiran C). Sebelum memulakan aktiviti
tersebut, jurulatih telah memberikan penjelasan yang sangat terperinci mengenai cara mengendalikan
kayak. Terutamanya beliau menekankan cara menaikki kayak serta teknik memegang dan
menggunakan dayung dengan jelas. Selain itu, jurulatih turut mengajar para pelajar langkah-langkah
untuk bertindak sewaktu menghadapi kecemasan berdasarkan SOP seperti menghayunkan dayung ke
atas sebagai tanda memerlukan bantuan kepada pihak bomba. Beliau juga menyarankan kami untuk
memakai BA dengan betul supaya keselamatan kami terjamin. Disamping itu, para jurulatih turut
menyediakan perkhidmatan bomba di laut sepanjang aktiviti ini dijalankan bagi menjamin keselamatan
diri semasa di air. Kesemua langkah keselamatan yang disediakan memang meyakinkan para pelajar
untuk melakukan aktiviti ini dengan berjaya. Namun dari aspek penambahbaikkannya, jurulatih perlulah
memeriksa keadaan kayak terlebih dahulu sebelum memberikan kepada pelajar. Hal ini dikatakan
sedemikian, dua orang pelajar tidak dapat mengawal kayak di tengah laut kerana kayak yang
digunakan itu adalah berlubng. Akibatnya air memasuki kayak mereka serta menyebabkan mereka
hilang kawalan kayak dan akhirnya kayak tersebut terbalik di tengah laut. Selain itu, adalah juga
disarankan kepada AJK Makanan untuk menyediakan menu sarapan yang ringan bagi mengelakkan
pelajar merasa ketidakseleraan akibat mabuk laut. Hal ini dikatakan sedemikian, kerana sewaktu aktivti
berkayak salah seorang kawan muntah di tengah laut akibat ketidakseleraan makan. Jadi, pemilihan
menu yang sesuai adalah amat penting. Jadi, melalui aktiviti ini, saya dapat mempelajari untuk
mendengar sesuatu arahan dengan betul dan teliti supaya tidak terpesong ke arah lain. Terutamanya
arahan ‘kiri, kanan, kiri, kanan’ daripada pasangan berkayak melancarkan lagi pergerakan kayak.
Keseluruhannya saya sangat menyukai aktiviti ini.

2
Tambahan pula, kami turut melakukan aktviti abseiling. Aktiviti ini merupakan perkara baharu
bagi saya kerana sebelum ini saya tidak pernah melakukannya. (Rujuk Lampiran D).
Walaubagaimanapu, saya tetap dapat melakukan aktiviti tersebut dengan berjaya berdasarkan
bimbingan fasilitator. Selain itu, jurulatih bagi aktiviti iaitu En.Fauzi telah memberikan taklimat ringkas
tentang keselamatan dan peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang aktiviti ini. Misalnya, beliau telah
memperkenalkan serta mendemonstrasikan alatan yang wajib dipakai oleh pelajar berdasarkan SOP
yang ditetapkan sewaktu melakukan aktiviti ini sehari sebelum aktiviti dijalankan bagi memastikan
kelancaran aktiviti sekaligus kejaminan keselamatan pelajar. Topi keselamatan, sarung tangan,
karabina, full seat Harnes, Figure of eight dan jammer merupakan antara alatan yang penting untuk
melakukan aktiviti ini kerana ia dapat mengelakkan diri pelajar daripada tercedera. Aspek keselamatan
diutamakan sepanjang aktiviti ini. Tamsilnya, aktiviti ini dilakukan secara berpasangan. Dimana apabila
seorang melakukan aktiviti abseiling, pasangannya akan berada di atas bukit dengan mengawal tali.
Dengan pengawalan tali yang teliti dan baik daripada pasangan itu, pelajar berupaya untuk melakukan
aktiviti ini dengan jayanya. Bagi penambahbaikkannya adalah, jurulatih seharusnya membuat
demonstrasi kepada pelajar terlebih dahulu sebelum meminta mereka melakukan aktiviti tersebut. Hal
ini kerana, melaui pendemonstrasian pelajar dapat memahami teknik melakukan abseiling ini dengan
baik. Jadi,melalui aktiviti ini, saya telah belajar mengatasi perasaan takut dan bersikap berani untuk
mencuba sesuatu yang baharu. Dengan sikap berani, saya percaya bahawa dapat melakukan aktiviti
ini dan menempuh apa-apa jua cabaran yang dihadapi. Aktiviti ini turut menyedarkan saya tentang
kepentingan keselamatan diri.

Akhirnya aktiviti kembara. Aktivti kembara adalah sesuatu yang biasa kepada kami kerana saya
pasti bahawa setiap pelajar pernah merasainya dalam kehidupannya. Sebelum aktviti ini dijalankan,
jurulatih bagi aktiviti ini telah memberikan suatu taklimat ringkas tentang keselamatan dan peraturan
yang perlu dipatuhi sepanjang tempoh pendakian. Misalnya, beliau telah menasihati kami untuk
memakai pakaian menutupi tubuh badan bagi mengelakkan dirinya daripada terkena gigitan serangga.
Selain itu, beliau juga menasihati kami, supaya sentiasa berhati-berhati dan perlahan dalam setiap
langkah yang diambil sewaktu pendakian bagi mengelakkan dirinya daripada tercedera seperti jatuh
ataupun tergelincir. Hal ini dikatakan sedemikian kerana kebiasaannya aktiviti pendakian ini mempunyai
kawasan cerun bukit yang agak susah untuk berjalan. Sebagai penambahbaikkan, adalah baik
sekiranya fasilitator membimbing dan menjaga keselamatan pelajar di depan sekali bukannya di
belakang sahaja. Melalui ini, para pelajar akan merasa lebih selamat dan tabah melakukan aktiviti
tersebut sekaligus keselamatan para pelajar juga sentiasa terjamin. Jadi, secara ringkasnya aktiviti
‘jungl trekking’ ini memang menerapkan sikap saling membantu antara satu sama lain dalam diri saya.

Secara keseluruhan, Program Bina Insan Guru ini telah memberikan banyak faedah dari segi
ilmu dan pengalaman kepada saya. Melalui kesemua aktiviti yang saya sertai dapatlah saya rumuskan
bahawa program ini banyak memberikan pengalaman dan pengajaran yang baru sebagai persediaan
untuk menjadi guru yang bermotivasi tinggi dalam menghadapi era globalisasi. Selain itu, nilai-nilai
murni seperi bekerjasama, bertoleransi, berani, saling membantu serta mengambil berat antara satu
3
sama lain turut dapat diterap dalam diri saya. Jadi secara ringkasnya, program BIG ini adalah satu
pengalaman yang sangat penting dan amat bernilai kepada para guru pelatihkerana dengan ini
diharapkan dapatlah melahirkan insan guru yang memiliki kemantapan konsep kendiri, sahsiah dan
kuasa professional yang tinggi serta bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan
arus globalsasi.

Laporan disediakan, 27 September 2017

________________________
(KEERTHANA BALAKRISHNAN )
Pelajar Unit S
PISMP Ambilan Jun 2017
IPG Kampus Ipoh

4
Lampiran A

Aktiviti Pemasangan Khemah

5
Lampiran B

Aktiviti ‘Water Confidence’

6
Lampiran C

Aktiviti Berkayak

Lampiran D
7
Aktiviti ‘Abseiling’

Anda mungkin juga menyukai