Anda di halaman 1dari 10

SK BANDAR RINCHING

43500 SEMENYIH, SELANGOR.

KERTAS KERJA
PROGRAM JOM HIDUP SIHAT

TARIKH :
12 - 13 FEBRUARI 2018

TEMPAT :
SK BANDAR RINCHING
43500 SEMENYIH, SELANGOR

ANJURAN :
JABATAN PJ & PK,
KELAB KESELAMATAN
SK BANDAR RINCHING
43500 SEMENYIH, SELANGOR

DENGAN KERJASAMA
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK BANDAR RINCHING
43500 SEMENYIH, SELANGOR
1.0 PENGENALAN

Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai
kesihatan yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi terbabit
kepada golongan yang disasarkan iaitu pelajar dan warga sekolah. Ia juga dapat
dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan
oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat
mengenai kesihatan.

Para pelajar menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan


dapat menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan
seterusnya dapat mengubah amalan dan cara hidup ke arah yang lebih sihat.
Amalan ini perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi.

1.1 KEMPEN JOM HIDUP SIHAT

Jom Hidup Sihat boleh menjamin insan dan masyarakat hidup lebih sejahtera.
Amalan Jom Hidup Sihat menjurus kepada kebersihan diri, pemakanan yang
seimbang, senaman yang konsisten ,mengelakkan stress dan konflik serta
menjauhi penyalahgunaan dadah.

1.2 TUJUAN PROGRAM

Program Kesihatan dilaksanakan bagi menyokong hasrat Program Bersepadu


Sekolah Sihat dan Selamat (PBSS) bagi melahirkan "Generasi Berilmu, Sihat dan
Progresif melalui amalan Jom Hidup Sihat. Di samping itu ia bertujuan memberi
pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek kesihatan kepada para pelajar serta
masyarakat di sekitar. Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek ini amatlah
wajar ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi muda harus
dididik dan diterapkan mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dari seawal usia
di bangku sekolah . Kesedaran golongan ibu bapa juga amat penting bagi
memastikan amalan gaya hidup sihat dapat dimanfaatkan bermula dari rumah.
1.3 RASIONAL PROGRAM

Program Jom Hidup Sihat ini merupakan satu program kesihatan untuk semua
warga sekolah demi melahirkan dan memupuk rasa tanggungjawab para pelajar,
guru dan seterusnya ibu bapa pelajar mengenai kepentingan penjagaan kesihatan.
Melalui program ceramah, kempen menderma darah dan pameran kepada para
pelajar akan dapat memupuk perasaan cintakan kesihatan.

1.4 MATLAMAT PROGRAM

Memastikan pelajar sentiasa berada pada tahap kesihatan yang memuaskan dari
segi fizikal, mental, rohani dan jasmani sewaktu menjalankan semua aktiviti di
sekolah. Mata bercahaya lahir dari minda yang cerdas.

1.5 OBJEKTIF PROGRAM

• Meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi meningkatkan


pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan kepada murid, guru dan
kakitangan sekolah terhadap kesihatan.

• Menggembeling usaha dan tenaga pelbagai agensi bagi membina ketahanan dan jati
diri yang tinggi di kalangan pelajar dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani sebagai
benteng untuk mengelakkan diri dari pelbagai ancaman gejala sosial seperti merokok
dan penyalahgunaan dadah.

• Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai agensi dengan masyarakat


sekolah bagi mencapai matlamat bersama.

• Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kesihatan dengan menerapkannya


kepada para pelajar dan komuniti setempat.

• Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan pelajar walau di
mana mereka berada.
• Memastikan para pelajar dapat belajar dalam keadaan sihat dan ceria ketika di
sekolah.

• Membimbing para pelajar ke arah cintakan kehidupan yang bebas dari anasir-anasir
buruk seperti penyalahgunaan dadah dan tabiat merokok.

2.0 AJK PELAKSANA PROGRAM JOM HIDUP SIHAT

PENAS1HAT
Pn. Rahimah Binti Jamaluddin
Guru Besar SK Bandar Rinching

PENGERUSI
En. Ghafar bin Yahya
Guru Penolong Kanan HEM

NAIB PENGERUSI
En Ismail bin Abdullah
GKMP Teknik & Voksional

SETIAUSAHA
Pn. Malar Selvadoray
Ketua Panitia PJK
Dan
Pn. Subashini Ganesan
Guru kesihatan

BENDAHARI

Pn Norlia bte Abu Bakar

AHLI JAWATANKUASA

SAMBUTAN URUSETIA
En. Ghafar bin Yahya En.Zali bin Mat Yassin
Tn. Hj Ismail bin Abdullah Pn Jamaliah Ab.Karim

HADIAH DOKUMENTASI
Cik Nurul Wahidah Muhammad Pn Khatirina Mat Shah
Cik Nur Mariamah Mohd Dazuki Pn. Umadevi A/P Marappan
SIARAYA PELANCARAN/BANNER
En Lee Hock Chan En Nor Hisham bin Zainuddin
Pengawas PA Sistem En.Saiful Fadzli bin Mohamad

JAMUAN PERSIAPAN SEBELUM


Pn Jamaliah bte Ab.Karim DAN SELEPAS
Pn Duzaimah Kamarudin En Asmadi bin Saringat

KAWALAN MURID
Guru Mata Pelajaran

KUIZ KESIHATAN
En Chong Nyong Soon
Pn. Yong Yoke Mee

3.0 CADANGAN PROGRAM

Program ini akan dijalankan selama 2 hari berturut-turut pada 12 hb Februari hingga 13 hb
Februari 2018. Upacara perasmian akan dijalankan pada 12 hb Februari 2018 oleh Guru
Besar SK Bandar Rinching.

Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan sepanjang program Jom Hidup Sihat:

Bil Aktiviti yang Dirancang Agensi /JK Pelaksana

1 Pameran kesihatan dan Anti Rokok Ceramah dan Unit promosi Pejabat
Sidang Video Anti Rokok Kesihatan Selangor

2 Kuiz Kesihatan Panitia PJK dan Unit


Kesihatan

3 Pertandingan Melukis dan Mewarna Unit Kesihatan dan Panitia


PSV

4 Pemeriksaan Kesihatan Percuma untuk pelajar. Hospital Daerah Selangor

5 Ceramah Anti dadah Agensi Antidadah


Kebangsaan
Hari Masa Acara Sasaran Lokasi
Isnin 7.30-8.30 Pelancaran Semua Murid Tapak
12.2.2018 Program Jom tahap 2 dan Perhimpunan
Hidup sihat guru-guru
berkenaan
8.30-9.00 Kuiz Kesihatan Semua Murid Dewan Sekolah
Tahup 2
9.00-10.30 Pemeriksaan Semua murid Dewan Sekolah
Kesihatan Tahap 2
Percuma
11.00-1.00 Ceramah Anti Semua Dewan Sekolah
dadah Murid Tahap 2
Selasa 7.30-10.00 Pameran Semua Murid Dewan Sekolah
13.3.2018 Kesihatan dan Tahap 2
Anti Rokok.
Ceramah dan
sidang Video
Anti Rokok
10.30-12.30 Pertandingan Semua Murid Kelas
Melukis dan Tahap 2
Mewarna Poster
3.1 Tentatif Program

4.0 Strategi Pelaksanaan / Aktiviti yang dirancang

• Mesyuarat Jawatankuasa
• Persiapan untuk majlis pelancaran dan aktiviti
• Majlis pelancaran
Bil Aktiviti Tarikh Guru Penyelaras Sasaran

1. Mesyuarat Jawatankuasa 6 Februari 2018 GPK HEM Semua AJK

2. - Penyediaan brosur/ 7 Februari 2018 Pn. Khatirina


pamplet / baner Mat Shah
bahan penerbitan En. Nor Hisham
Zainuddin
3. Majlis Pelancaran 12 Februari En. Nor Hisham Semua murid
Tahap 2 dan
2018 Zainuddin guru-guru

4. Aktiviti sepanjang program:

i Pameran Kesihatan 13 Februari Pn.Malar Semua Murid


dan Anti Rokok. 2018 Selvadoray Tahap 2
ii Ceramah dan Sidang Dan
video Anti Rokok Pn.Subashini
Ganesan

iii Kuiz Kesihatan


En. Chong
12 Februari Nyong Soon Semua Murid
2018 Pn. Yong Yoke Tahap 2
Mee

iv Ceramah Anti Dadah


Pn.Subashini Semua Murid
Ganesan Tahap 2
12 Februari
v Pemeriksaan 2018
kesihatan Percuma Pn.Subashini
Ganesan Semua Murid
Tahap 2
12 Februari
vi Pertandingan 2018
Melukis dan Pn.Malar
Mewarna Selvadoray
Semua Murid
Tahap 2
13 Februari
2018

5. Penyampaian Hadiah 13 Februari Cik Nurul


2018 Wahidah

• Aktiviti Minggu
5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

5.1 Percetakan
- Kertas Lukisan RM 20.00
- Cetakan Bahan Pertandingan ( Lukisan ) RM 20.00
- Banner Minggu Jom Hidup Sihat RM 150.00
JUMLAH RM 190.00

5.2 Hadiah
- Pertandingan Melukis dan Mewarna (RM 5.00 x 20) RM100.00 -
Pertandingan Kuiz Kesihatan( Tahap 2) (RM 4.00 x 10) RM 40.00
- Pertandingan Kuiz kesihatan (Tahap 2) (RM 4.00 x 10) RM 40.00
- Cenderahati (RM50.00 x 3) RM 150.00

JUMLAH RM 330.00
5.3 Jamuan
- Jamuan untuk tetamu RM 100.00
JUMLAH RM 100.00
5.4 Jumlah Perbelanjaan

Bil PERBELANJAAN JUMLAH

1. Percetakan RM 190.00

2. Hadiah RM 330.00

3. Jamuan RM 100.00

JUMLAH BESAR RM 620.00

6.0 SUMBER KEWANGAN

Bil SUMBER KEWANGAN JUMLAH

1. Sumbangan daripada PIBG RM 620.00

7.0 PENUTUP

Diharapkan aktiviti Minggu Jom Hidup Sihat ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan
dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat seperti ini
akan terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi kesedaran
untuk mencegah dan mengelakan penyakit. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari
semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada murid-murid khususnya.

Disediakan oleh,
Tarikh: 2 Januari 2018
……………………………..........…
( PN. MALAR SELVADORAY)
GURU KESIHATAN,
SK BANDAR RINCHING,
Semenyih Melaka

Tarikh:
Disemak oleh,
…………………………………........
( EN.GHAFAR BIN YAHYA )
GURU PENOLONG KANAN HEM

Disahkan oleh, Tarikh:


………………………………………...
(PN. RAHIMAH BINTI JAMALUDDIN)
GURU BESAR
SK BANDAR RINCHING.

Anda mungkin juga menyukai