Anda di halaman 1dari 10

INSTITUT PENDIDIKAN

GURU KAMPUS RAJA MELEWAR


70400, JALAN SIKAMAT
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA
MAKAN MALAM PERDANA
SISWA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR 2015
TARIKH:
30 OKTOBER 2015

TEMPAT :
KLANA RESORT SEREMBAN

ANJURAN :
JAWATAN PERWAKILAN PELAJAR(JPP)
DENGAN KERJASAMA
UNIT HAL EHWAL PELAJAR(HEP)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

MAKAN MALAM PERDANA


SISWA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR 2015
1. PENDAHULUAN
Program Makan Malam Perdana Siswa Institut Pendidikan Guru Kampus Raja
Melewar 2015 ini merupakan satu program yang dilaksanakan untuk menzahirkan rasa
terima kasih dan tahniah yang tidak terhingga kepada siswa semester 8 (PISMP
Ambilan Jan 2012) Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar yang selama ini
telah berusaha bersungguh-sungguh menyumbangkan tenaga dan buah fikiran
mahupun wang ringgit dalam menjayakan setiap aktiviti institut sepanjang masa ini. Di
samping itu, program ini juga bertujuan untuk melahirkan semangat kekeluargaan dan
memupuk perpaduan sesama siswa-siswi Institut Pendidikan Guru Kampus Raja
Melewar yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan kepercayaan. Manakala
bagi mahasiswa dan mahasiswi semester 8, penganjuran majlis makan malam ini
secara tidak langsung merupakan acara untuk meraikan mereka yang bakal
memulakan kehidupan di alam pekerjaan kelak. Selain itu, majlis ini juga diadakan
untuk menghargai kejayaan siswa dalam bidang akademik mahupun kokurikulum yang
secara keseluruhannya telah membantu menaikkan imej dan nama institut. Oleh yang
demikian, diharapkan agar majlis makan malam ini akan berjalan dengan lancar dan
jayanya sekaligus memberi kesan yang amat mendalam kepada semua warga institut
dalam usaha untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan persefahaman
seterusnya meninggalkan satu kenangan indah yang sentiasa diingati.
2. MATLAMAT
Program ini bermatlamat untuk menerapkan nilai-nilai murni seperti kasih sayang,
bantu-membantu, semangat bersatu padu dan sebagainya ke dalam diri setiap warga
institut. Selain itu, majlis makan malam ini juga bermatlamat untuk mengukuhkan
semangat membina dan mengharumkan Institut Pendidikan Guru Kampus Raja

Melewar ke peringkat yang lebih tinggi. Malahan, program ini dijalankan supaya
membentuk mahasiswa dan mahasiswi yang berketerampilan dalam semua aspek di
samping membentuk sahsiah diri, sifat kepimpinan serta cara pengurusan organisasi
yang efektif. Program ini juga bermatlamat untuk menjaga dan memelihara kebajikan
warga institut agar para pelajar berasa bertuah menetap di Institut Pendidikan Guru
Kampus Raja Melewar.

3. OBJEKTIF
1. Menghargai jasa dan sumbangan siswa Institut Pendidikan Guru Kampus
Raja Melewar Semester 8 (PISMP Ambilan Jan 2012).
2. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara siswa Institut Pendidikan Guru
Kampus Raja Melewar dengan para pensyarah serta Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar.
3. Meninggalkan kenangan indah yang sentiasa diingati kepada siswa
semester 8 (PISMP Ambilan Jan 2012).
4. ANJURAN
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Pelajar
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan.
5. TARIKH, MASA DAN TEMPAT PELAKSANAAN
Tarikh
Masa
Tempat

: 30 Oktober 2015
: 8:00 malam hingga 11.30 malam
: Klana Resort, Seremban

6. PESERTA
6.1.

Siswa Semester 8 (PISMP Ambilan Jan 2012) : 250 orang

6.2.

Urusetia JPP dan pensyarah

: 50 orang

Jumlah Penyertaan

: 300 orang

7. PENGANGKUTAN
Bas IPG Kampus Raja Melewar

8. JAWATANKUASA INDUK DAN PROGRAM


8.1 JAWATANKUASA INDUK
Penasihat

: Tuan Haji Abu Bakar bin Sahari


Tuan Pengarah IPG Kampus Raja Melewar
: Dr.Nizam bin Abdul Latiff
Tuan Timbalan Pengarah IPG Kampus Raja Melewar

Pengerusi

: Puan Hajah Hasnah binti Ahmad


Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
: Dr. Haji Mohd Ali bin Jaamat
Ketua Unit Kepimpinan

Setiausaha : Ameer Firdaus bin Redzuan


Yang Dipertua Jawatan Perwakilan Pelajar
: Huong Hong Ming
Setiausaha Jawatan Perwakilan Pelajar
Bendahari

: Puan Noraini binti Wahid


Pegawai Eksekutif Kanan
: Muhammad Badrul Huzaimi bin Saharudin
Bendahari Jawatan Perwakilan Pelajar

8.2 JAWATANKUASA PROGRAM


Pengerusi Majlis

: Noor Afiqah Binti Idris

Bacaan doa
AJK Multimedia &Siaraya

Prakesh Rao A/l Ganapathi


: Mohamad Khairul Nizam Bin Mohd Johar
: Chan Kuan Foo
: Arvin a/l Selvarajoo

AJK Tempat & Peralatan

: Uthayakumar a/l Govindarajan


: Lee Kah Wei
: Nageshwar Sri a/l Mani Maran
: Wong Zhi Heng
: Muhammad Hanif bin Nazri

AJK Buku Program & Publisiti

: Nor Haikal Bin Mod Salleh


: Nur Farah Ain binti Mohd Zariman
: Eermafatimah Binti Abdullah
: Muhammad Hanif bin Mohamad Nazri

AJK Dokumentasi

: Nur Syafiqah Binti Rahman


: Nor Aisyah Hafizah Binti Mohd Zainuddin

AJK Sambutan / Jemputan

: Thevaki A/p Vanathiah


: Amirah Aimi binti Ismail
: Low Ying Yin

AJK Keselamatan

: Pirakas a/l Shangar


: Kathiresan a/l Moorthy

AJK Hadiah / Cenderamata

: Juccy Then Yii Fen


: Nur Jannah Binti Adnan

AJK Persembahan

: Su Ek Jin
: Irma Liana Binti Awang

9. ANGGARAN PERBELANJAAN
9.1 Perbelanjaan Makan Malam Perdana Siswa Institut Pendidikan Guru
Kampus Raja Melewar 2015

Bil.

1.

3.

Perkara

Pengangkutan

Cenderahati

Butiran

Bas IPG Kampus Raja


Melewar
Siswa
RM30 x 250 peserta
= RM7,500.00
Tetamu
RM400.00

Jumlah (RM)

Catatan
Perjalanan pergi dan
balik

Tanggungan IPG
Kampus Raja Melewar

RM7,500.00

RM400.00

RM20,100.00

Malay Set Menu E (Rujuk


Lampiran 1)
4.

Makanan

RM67 x 300 peserta


= RM20,100.00

JUMLAH KESELURUHAN

RM28,000.00

9.2 Sumbangan
Siswa
RM50.00 x 250 peserta

RM12,500.00

= RM12,500.00
1.

Sumbangan
Wang Amanah IPGKRM
RM 2,500.00
JUMLAH KESELURUHAN

10. TENTATIF PROGRAM


Tarikh: 30 Oktober 2015 (Jumaat)

RM2,500.00
RM15,000.00

MASA

PROGRAM

7.30 malam

Bertolak ke Klana Resort, Seremban dari IPG Kampus Raja


Melewar, Seremban.

8.00 malam

Ketibaan VIP
Tuan Haji Abu Bakar bin Sahari
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
Dr.Nizam bin Abdul Latiff
Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja
Melewar

8.10 malam

Bacaan doa

8.20 malam

Ucapan wakil pelajar dan ucapan perasmian

9.00 malam

Anugerah tokoh
Makan malam
Persembahan pelajar
Sesi cenderamata

11.00 malam

Sesi bergambar

11.30 malam

Bersurai

11. PENUTUP
Diharapkan agar kertas kerja Makan Malam Perdana Siswa Institut Pendidikan Guru
Kampus Raja Melewar 2015 ini mendapat kelulusan daripada pihak pentadbiran supaya
program ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai segala objektif yang telah

digariskan. Penganjuran program ini juga diharapkan dapat memberi manfaat kepada
semua mahasiswa dan mahasiswi yang telah sedaya-upaya memerah tenaga dan buah
fikiran sekaligus menjadi pemangkin dan batu loncatan buat dalam menempuh alam
pekerjaan kelak. Secara tidak langsung, insitut akan dapat melahirkan warga
mahasiswa dan mahasiswi yang berfikiran positif, dinamik, aktif, progresif serta cekap
dalam segala tindakan. Oleh itu, segala sokongan, komitmen dan pengembelingan
tenaga daripada semua pihak amat dialu-alukan. Kerjasama daripada pihak tuan saya
dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh,

(AMEER FIRDAUS BIN REDZUAN)


Yang Dipertua,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar,
Seremban, Negeri Sembilan.

Disemak oleh,

(DR MOHD ALI BIN JAAMAT)


Pensyarah Penasihat,

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,


Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar,
Seremban, Negeri Sembilan.
.

Disokong oleh,

(PUAN HAJAH HASNAH BINTI AHMAD)


Ketua Jabatan,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar ,
Seremban, Negeri Sembilan

Diluluskan oleh :
..
(TUAN HAJI ABU BAKAR BIN SAHARI )
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar ,
Seremban, Negeri Sembilan
.
Bahawasanya dengan sukacitanya saya meluluskan/ tidak meluluskan program
dalam kertas kerja ini.
Ulasan:

Anda mungkin juga menyukai