Anda di halaman 1dari 4

SJK(C) KAMPUNG BARU RAHANG

70450 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN DARUL KHU

KERTAS KERJA KURSUS


TEKNIK MENGAJAR
PERMAINAN BOLA KERANJANG

TARIKH:

8 MAC 2018

TEMPAT:

GELANGGANG BOLA KERANJANG,


SJK(C) KAMPUNG BARU RAHANG

ANJURAN:

LOW YING YIN

GURU PELATIH INTERNSHIP SEMESTER 8


1.0 Pengenalan

Permainan bola keranjang merupakan permainan yang amat dititikberatkan


dalam sekolah jenis kebangsaan cina di mana sama juga di SJK(C) Kampung Baru
Rahang. Guru seharusnya didalami dengan pengetahuan teknik mengajar permainan
bola keranjang supaya murid-murid yang berbakat dapat dicungkil secara tidak
langsung. Selain itu, permainan bola keranjang juga merupakan salah satu kemahiran
asas permainan di bawah kategori serangan yang dikehendaki dalam mata pelajaran
Pendidikan Jasmani. Dalam perkara ini, kursus tersebut amat muktamad bagi
mendedahkan guru dengan teknik mengajar permainan bola keranjang termasuk
peraturan, strategi dan latihan-latihan berkenaan. Hal ini supaya murid dapat
menjalani latihan permainan bola keranjang yang berkesan dan seterusnya dapat
meningkatkan imej sekolah.

Semoga dengan pelaksanaan Kursus Teknik Mengajar Permainan Bola


Keranjang ini, guru lebih yakin untuk memberi latihan permainan bola keranjang dan
murid-murid terlatih dengan latihan tersebut.

2.0 Rasional
Rasional kursus ini diadakan supaya guru dapat didedahkan dengan pengetahuan
mengajar permainan bola keranjang dan seterusnya meningkatkan keyakinan guru
dalam proses pengajaran terutamanya semasa latihan pasukan bola keranjang wakil
sekolah. Memandangkan seruan Kementerian Pelajaran Malaysia yang
menggalakkan kesihatan fizikal murid-murid, ditambah lagi dengan pembekalan
kemudahan dan alat-alat yang cukup dan lengkap di sekolah, kursus tersebut harus
diadakan supaya harapan terhadap kemajuan permainan bola keranjang tercapai.

3.0 Objektif
Di akhir kursus ini diharapkan guru-guru dapat:
1. Lebih berkeyakinan untuk mengajar permainan bola keranjang dengan latihan
yang berkesan.
2. Menggunakan teknik dan strategi yang dipelajari bagi melatih murid-murid
pasukan bola keranjang wakil sekolah.
3. Mengaplikasikan latihan-latihan permainan bola keranjang yang membantu
meningkatkan kemahiran asas permainan bola keranjang pada murid-murid.
4.0 Kumpulan Sasaran

Guru-guru Pendidikan Jasmani dan Kokurikulum SJK(C) Kampung Baru Rahang

5.0 Anjuran

Low Ying Yin, guru pelatih Internship Semester 8 IPG Kampus Raja Melewar

6.0 Penerangan Kursus

Tarikh : 8 Mac 2018

Masa : 1.30petang-2.30petang

Tempat : Gelanggang bola keranjang, SJK(C) Kampung Baru Rahang

7.0 Jawatankuasa Kursus

Penaung : Puan Cheong Nyuk Yin

Guru besar, SJK(C) Kampung Baru Rahang

Guru Penasihat : Encik Low Choon Chee

Guru pembimbing, SJK(C) Kampung Baru Rahang

Penganjur : Cik Low Ying Yin

Guru pelatih Internship Semester 8, IPG Kampus Raja Melewar

8.0 Pelaksanaan

Kursus ini melibatkan guru-guru Pendidikan Jasmani dan Kokurikulum SJK(C)


Kampung Baru Rahang supaya mereka didedahkan dengan pengetahuan teknik
mengajar permainan bola keranjang yang berkesan. Kursus tersebut dianjurkan oleh
guru pelatih Internship Semester 8 IPG Kampus Raja Melewar, Cik Low Ying Yin
dengan memberi taklimat mengenai teknik mengajar permainan bola keranjang
dengan strategi tertentu selama 1 jam. Guru-guru diberi peluang untuk praktis latihan
dan strategi yang ditunjukkan.

9.0 Tentatif Program


Masa Perkara
1.00pm Kumpul di gelanggang bola keranjang SJK(C) Kampung Baru
Rahang
1.00pm-105pm Pengenalan diri penceramah:
Cik Low Ying Yin, guru pelatih major Pendidikan Jasmani
1.05pm-1.20pm Taklimat mengenai peraturan permainan bola keranjang
1.20pm-1.50pm Praktis latihan dan strategi permainan bola keranjang
1.50pm-2.00pm Sesi soal jawab
2.00pm Tamat.

10.0 Penutup

Penghargaan diberikan kepada penganjur dan peserta yang terlibat bagi


menjayakan program ini. Adalah diharapkan supaya program ini dapat memberikan
manfaat dan pengalaman bermakna kepada semua guru yang terlibat. Selain itu,
kerjasama semua pihak adalah diharapkan supaya program ini dapat berjalan dengan
lancar. Semoga segala aktiviti yang dilaksanakan akan berjalan dengan lancar dan
mencapai matlamat dan objektif dengan berkesan.

Disediakan : Diluluskan oleh :

(LOW YING YIN) (CHEONG NYUK YIN)

Guru pelatih Internship Semester 8 Guru besar,

IPG Kampus Raja Melewar SJK(C) Kampung Baru Rahang

Disemak oleh :

(LOW CHOON CHEE)

Guru penasihat

Kursus Teknik Mengajar Permainan Bola Keranjang

SJK(C) Kampung Baru Rahang

Anda mungkin juga menyukai