Anda di halaman 1dari 9

Tugasan 1 Anatosi Jurnal

JURNAL 1
Syahrul Ridhwan Bin Morazuki, Suhaila Binti Saaran. (2006). Kajian Tahap Kekuatan Mental
Di Kalangan Atlet Karate Peringkat Universiti. 1-7.

TUJUAN
Mengkaji tahap kekuatan mental di kalangan atlet karate peringkat university dan
membandingkan tahap kekuatan mental di kalangan atlet karate peringkat university
mengikut tahap pengalaman.

METODOLOGI
1. Subjek seramai 8 orang atlet karate lelaki (n=5) dan perempuan (n=3) yang berumur
di antara 20 hingga 28 tahun dan mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 1
tahun penglibatan di dalam sukan karate.
2. Bagi mengkaji kekuatan mental borang soal selidik digunakan.
3. Kriteria kebolehbalikan kesilapan, kawalan tekanan, tumpuan, keyakinan dan
motivasi digunakan.

DAPATAN
Dapatan dari kajian tersebut menunjukkan :
1. Atlet berpengalaman lebih daripada 4 tahun mendominasi 3 kriteria iaitu
kebolehbalikkan kesilapan, kawalan tekanan dan tumpuan berbanding atlet tahap
pengalaman kurang daripada 4 tahun hanya mengatasi bagi kriteria motivasi.
2. Bagi kriteria keyakinan, kedua-dua kumpulan menunjukkan keputusan yang sama.

KESIMPULAN
Secara keseluruhan penemuan kajian ini menunjukkan atlet berpengalaman lebih daripada
4 tahun mampu mengawal situasi dan dapat mengembalikan ketenangan serta membaiki
kesilapan ketika pertandingan dan penumpuan mereka adalah tinggi. Atlet yang
berpengalaman kurang daripada 4 tahun pula mempunyai motivasi diri yang lebih tinggi

berbanding dengan kumpulan yang lebih berpengalaman. Kedua-dua kumpulan ini


mencatat keputusan yang sama bagi kriteria keyakinan.

KOMEN
Pembangunan kekuatan mental mengikut pengalaman tiada perbezaan walaupun dari jenis
sukan yang sama, namun apa yang membezakan adalah sifat individu itu sendiri dan cara
individu mentafsirkannya.

JURNAL 2
Mohad Anizu Mohd Noor, Aldellah Ali (2006). Kesan Tahap Kebimbangan Sebelum Dan
Selepas Pertandingan Di Kalangan Atlet Tinju Peringkat Negeri. 1-5.

TUJUAN
Mengenal pasti tahap kebimbangan dalaman dan luaran serta tahap keyakinan diri atlet tinju
Sukma Johor sebelum dan selepas hari perlawanan.

METODOLOGI
1. Subjek seramai 9 orang atlet tinju lelaki yang berumur di antara 16 hingga 21 tahun
dan telah dipilih untuk mewakili Negeri Johor.
2. Bagi mencerakinkan tahap kebimbangan dalaman atlet soal selidik SCAT (Sport
Anxiety Test) digunakan.
3. Bagi mengukur tahap kebimbangan luaran atlet soal selidik STAI (State Trait Anxiety
Inventory) digunakan.
4. Soal selidik CSAI-2 (Competitive State Anxiety Inventory-2) digunakan bagi
mengukur tahap keyakinan atlet.

DAPATAN
Dapatan dari kajian tersebut menunjukkan :
1. Tahap kebimbangan dalaman subjek menurun selepas perlawanan.
2. Penurunan kebimbangan luaran subjek selepas pertandingan.
3. Tahap keyakinan diri meningkat selepas perlawanan.

KESIMPULAN
Secara keseluruhan penemuan kajian ini menunjukkan penurunan kebimbangan dalaman
selepas perlawanan. Bagi kebimbangan luaran pula, kajian menunjukkan terdapat
penurunan tahap kebimbangan luaran selepas pertandingan berdasarkan analisis deskriptif
yang telah dijalankan. Tahap keyakinan diri beberapa subjek menurun bagi yang kalah
dalam perlawanan dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi sebelum perlawanan
manakala kebanyakan subjek yang mempunyai keyakinan diri yang rendah meningkat
selepas perlawanan. Secara kesimpulannya tahap keyakinan diri meningkat selepas
perlawanan.
3

KOMEN
Pengalaman merupakan faktor utama dalam mengawal tahap kebimbangan. Semakin
banyak pertandingan yang disertai oleh atlet semakin banyak kesilapan yang dilakukan
semakin banyak kemahiran yang akan atlet perolehi, sekaligus ia akan membantu dan
memudahkan atlet mengawal tahap kebimbangan sebelum pertandingan.

JURNAL 3

Mohad Anizu Mohd Noor, Siti Salwa Mohamad (2003). Faktor Di Antara Motivasi Intrinsik
Dan Ekstrinsik Ke Atas Penglibatan Para Pelajar Terhadap Aktiviti Pendidikan Luar-Satu
Kajian Kes. 1-7.

TUJUAN
Meninjau dan mengenalpasti hubungan motivasi intrinsik dan ekstrinsik ke atas penglibatan
para pelajar tahun 1 SPS di UTM terhadap aktiviti pendidikan luar.

METODOLOGI
1. Subjek seramai 24 orang pelajar tahun 1 SPS, UTM yang juga merupakan bakal
guru merangkap sebagai jurulatih.
2. Bagi mengukur faktor motivasi soal selidik jenis Likert digunakan.
3. Perisian SPSS For Windows version 16.0 (Statistical Package For Science Social)
digunakan bagi menganalisis hasil keseluruhan dapatan kajian.

DAPATAN
Dapatan dari kajian tersebut menunjukkan tahap faktor motivasi intrinsik adalah lebih
berpengaruh berbanding dengan faktor motivasi ekstrinsik.

KESIMPULAN
Secara

keseluruhan

penemuan

kajian

ini

menunjukkan

motivasi

intrinsik

lebih

mempengaruhi penglibatan para pelajar tahun 1 SPS terhadap aktiviti pendidikan luar
berbanding dengan motivasi ekstrinsik.

KOMEN
Sebarang tujuan adalah bergantung kepada pencapaian orientasi di mana individu yang
mempunyai motivasi yang tinggi menghasilkan kesan penguasaan jangka panjang
berbanding individu yang kurang bermotivasi.
JURNAL 4

Syahrul Ridhwan Bin Morazuki, Omar Nor Bin Abu Bakar (2007). Perbandingan Tahap
Kekuatan Mental Di Antara Atlet Lelaki Dan Atlet Perempuan Dalam Acara Silat Olahraga
Dan Silat Seni Negeri Johor. 1-7.

TUJUAN
Membuat pembandingan tahap kekuatan mental antara atlet lelaki dan perempuan dalam
kategori silat olahraga dan silat seni untuk Majlis Sukan Negeri Johor.

METODOLOGI
1. Subjek seramai 27 orang atlet lelaki (n=16) dan atlet perempuan (n=11) di mana 6
orang lelaki dan 6 orang perempuan atlet silat seni serta 10 orang lelaki dan 5 orang
perempuan atlet silat olahraga.
2. Bagi mengukur kekuatan mental borang soal selidik digunakan.
3. Kriteria kekuatan mental iaitu kebolehbalikkan, kebolehan terhadap penumpuan,
keyakinan dan tahap motivasi digunakan bagi menguji tahap kekuatan mental.

DAPATAN
Dapatan dari kajian tersebut menunjukkan :
1. Tahap kekuatan mental atlet lelaki dan atlet perempuan dalam acara silat
olahraga adalah rendah.
2. Tahap kekuatan mental atlet lelaki dan atlet perempuan dalam acara silat seni
adalah sederhana.
3. Tiada perbezaan yang signifikan bagi tahap kekuatan mental di antara atlet lelaki
dan atlet perempuan bagi acara silat olahraga dan silat seni untuk semua kriteria
kekuatan mental kecuali kriteria motivasi bagi acara silat seni.

KESIMPULAN
Secara keseluruhan penemuan kajian ini menunjukkan atlet silat olahraga dan silat seni
mempunyai tahap kekuatan mental yang rendah.
6

KOMEN
Hasil temu ramah menyatakan cara bagaimana jurulatih melatih dan bercakap untuk
memberikan sokongan ataupun tunjuk ajar dan kebergantungan atlet pada kepercayaan diri
dan kata-kata jurulatih mempengaruhi psikologikal atlet. Oleh yang demikian, bagaimana
pendekatan jurulatih secara pskilogikal dalam latihan fizikal untuk meningkatkan tahap
kekuatan mental adalah bergantung kepada gaya pengajaran dan latihan yang dilakukannya
dalam mempengaruhi minda atlet.

JURNAL 5
Ani Mazlina Dewi Mohamed, Mawarni Mohamed, Ruzli Zairazi, Mohd. Sofian Omar Fauzee
(2003). Kebimbangan dan Kemerosotan Prestasi di Kalangan Atlet Lelaki di Peringkat
Universiti. 37-56.
7

TUJUAN
Mengenal

pasti

sejauh

mana

kebimbangan

kognitif

dan

kebimbangan

somatik

mempengaruhi prestasi atlet-atlet lelaki universiti.

METODOLOGI
1. Subjek seramai 125 atlet lelaki daripada salah sebuah universiti yang terlibat dalam
kejohanan sukan antara Universiti Swasta yang berumur antara 18-45 tahun.
2. Bagi mengukur tahap kebimbangan dan tahap prestasi borang soal selidik
Competitive State Anxiety Inventory CSAI 2 digunakan.

DAPATAN
Dapatan dari kajian tersebut menunjukkan :
1. Kebimbangan kognitif mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas prestasi.
2. Kebimbangan somatik tidak mempengaruhi prestasi.
3. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kebimbangan kognitif dan
kebimbangan somatik di kalangan pasukan-pasukan universiti yang mengambil
bahagian dalam sukan Majlis Sukan Universiti Swasta Malaysia.

KESIMPULAN
Secara keseluruhan penemuan kajian ini menunjukkan tahap kebimbangan kognitif,
kebimbangan somatik dan prestasi adalah tidak berbeza antara pasukan-pasukan dalam
kontingen universiti tersebut.

KOMEN
Kajian kualitatif adalah dicadangkan di masa akan datang melalui metodologi kajian yang
berbeza. Dengan cara demikian atlet akan dapat didedahkan dengan cara yang lebih
mendalam mengapa kebimbangan kognitif lebih mempengaruhi mereka jika dibandingkan
dengan kebimbangan somatik. Apakah yang menyebabkan terjadi keadaan demikian juga
akan dapat diketahui. Cadangan lain ialah kajian longitudinal dengan menggunakan sampel
8

yang sama juga perlu dilakukan bagi mengkaji tahap kebimbangan kognitif dan
kebimbangan somatik mereka. Dicadangkan supaya kajian selama empat tahun atau
sepanjang pengajian atlet dengan menggunakan sampel yang sama dilakukan. Dengan
demikian diharapkan penyelidik akan dapat mengetahui dengan lebih mendalam apakah
faktor yang menyebabkan berlakunya kebimbangan kognitif dan somatik di kalangan atlet.

Anda mungkin juga menyukai