Anda di halaman 1dari 12

1

PSIKOLOGI SUKAN LD_A180 KAJIAN TERHADAP KEBIMBANGAN ATLET PELAPIS HOKI SEBELUM PERTANDINGAN 1.1. Pengenalan

Kebimbangan dan prestasi dalam sukan merupakan antara topik yang diminati di kalangan ahli sukan sejak beberapa tahun dahulu (Duda, 1998). Kebimbangan sentiasa menyelubungi diri atlet sebelum, semasa dan selepas sesuatu pertandingan yang (Mohd Sofian Omar Fauzee, 2003). Kenyataan ini disokong oleh Klaffs dan Arnheim (1981), menyatakan bahawa sesuatu pertandingan sememangnya akan menyebabkan gangguan emosi; atlet merasa tertekan dan bimbang sebelum pertandingan, seterusnya menghalang pencapaian dan menjatuhkan prestasi atlet. Kebimbangan adalah keadaan emosi negatif ditandai dengan kegugupan, kecemasan dan ketakutan dan berkaitan dengan pengaktifan atau kebangkitan tubuh badan (Weinberg dan Gould, 2007). Kajian-kajian terdahulu menunjukkan bahawa faktor mental (kebimbangan) dan motivasi boleh menyebabkan seseorang atlet berada pada tahap terbaik (peak) semasa pertandingan dan pada masa yang sama juga boleh menjadi penyebab kegagalan mereka (Duda, 1998). Kebanyakan ahli psikologi sukan seperti Arent dan Landers (2003); Weinberg dan Gould (2007), menyatakan bahawa tahap kebimbangan yang optima dapat membantu atlet mencapai prestasi yang memberangsangkan, manakala tahap kebimbangan yang terlalu tinggi dan terlalu rendah membawa masalah dalam mencapai prestasi yang baik. Selain menjejaskan prestasi, kebimbangan juga menyebabkan seseorang hilang minat untuk menyertai pertandingan.

Keupayaan seseorang atlet untuk mengatasi tekanan (stress) dan kebimbangan merupakan perkara penting dalam pertandingan sukan kerana kedua-dua faktor tersebut dipercayai mempengaruhi prestasi. Oleh yang demikian matlamat utama para ahli psikologi sukan ialah menghasilkan program mental yang berkesan untuk atlet supaya dapat memaksimumkan prestasi. Matlamat ini mungkin tidak dapat dicapai sekiranya tiada pengetahuan asas mengenai teori-teori kebimbangan dan situasi atau keadaan kebimbangan yang boleh mempengaruhi prestasi. Model yang digunakan dalam kajian ini sebagai rujukan utama bagi menjelaskan perkaitan antara kebimbangan dan prestasi ialah Model Multidimensional (Marten, Burton, Vealey, Bump, dan Smith, (1990). Model ini menerangkan bahawa kebimbangan terdapat dalam bentuk kebimbangan somatik (dapat dilihat melalui komponen fizikal seseorang seperti berpeluh, degupan jantung) dan kebimbangan kognitif (merupakan komponen mental seperti takut untuk gagal, hilang estim kendiri). Kebimbangan merupakan satu keadaan negatif yang dialami oleh manusia dan merupakan gabungan antara perasaan takut, seram, gentar, runsing, cemas, bimbang, risau, gelisah, khuatir dan pelbagai emosi lain (Mohd. Sofian Omar Fauzee, 2002). Perasaan ini akan terus berlaku bila seseorang itu merasa khuatir akan kebolehan dan kepakarannya. Seseorang jurulatih tidak kira di peringkat mana sekalipun harus mengetahui dan mengambil berat tentang faktor psikologi atlit mereka. Biasanya atlit tidak hanya dilengkapi dengan persediaan fizikal tetapi harus juga seimbang dengan persediaan mental. Pertandingan dalam sukan mempunyai pelbagai peringkat atau tahap seperti peringkat sekolah/ bahagian, daerah, negeri, kebangsaan dan antara bangsa. Pada kebiasaannya, semakin tinggi peringkat pertandingan itu maka semakin meningkatlah tahap kebimbangan yang dirasai oleh atlet tersebut.

Suasana ini menunjukkan perlunya untuk mengkaji sebab-sebab mengapa keadaan sedemikian wujud dan telah menarik minat penyelidik untuk membuat tinjauan terhadap tahap kebimbangan atlet pelapis hoki sebelum pertandingan dan seterusnya dapat membantu para atlet agar dapat menunjukkan prestasi sebenar mereka. Oleh hal yang sedemikian, hasil kajian yang diperolehi ini nanti amat penting dan berguna kepada jurulatih dan pegawai sukan agar mereka dapat menyediakan program latihan untuk sesi yang akan datang dengan mengambil kira perbezaan pengalaman, memperkenalkan beberapa jenis latihan khusus untuk mengatasi masalah kebimbangan, misalnya latihan mental, meneliti kembali apakah faktor-faktor yang menyebabkan tahap kebimbangan atlet begitu tinggi dan merancang cara-cara untuk mengatasinya; berusaha untuk meningkatkan mutu latihan dari segi teknikal dan taktikal sambil menyelitkan unsurunsur sains sukan dengan menghadiri kursus dalam lapangan yang berkenaan atau melantik jurulatih yang berwibawa dalam bidang yang berkenaan.

1.2

Latar belakang Kajian Kajian ini merupakan satu tinjauan perbandingan mengenai tahap kebimbangan

atlet pelapis hoki di kejohanan kebangsaan . Hasil kajian ini diharapkan akan dapat dijadikan panduan kepada jurulatih untuk mengenalpasti dan mengetahui tahap kebimbangan atlet mereka. Maklumat yang diperolehi ini amat berguna kepada jurulatih dalam merancang program yang lebih efisyen dan sesuai dari segi psikologi atlet untuk mempertingkatkan prestasi mereka. Di samping itu, hasil kajian ini diharapkan akan memberi kesedaran kepada para jurulatih dan pegawai pasukan tentang kaedah latihan yang sesuai dan efektif serta kepentingan memberi perhatian secara individu kepada setiap atlet demi untuk kejayaan pasukan, kepuasan diri dan kecemerlangan sukan.

1.3.

Pernyataan Masalah Semasa latihan, atlet akan melalui pelbagai jenis serta bentuk latihan fizikal

untuk memantapkan lagi kemahiran dan secara tidak langsung ia turut menambahkan lagi keyakinan serta semangat dalam diri pemain. Tetapi adakah tahap psikologi pemain akan kekal seperti mana mereka dalam sesi latihan setelah mereka berada di gelanggang perlawanan?. Atlet mula akan bermain dengan perasaan, apatah lagi apabila penampilan fizikal pihak lawan kelihatan lebih gagah sedangkan perlawanan belum bermula. Atlet akan mula rasa cemas, gelisah dan berdebar-debar ditambah lagi dengan sorakan penyokong-penyokong yang akan membuat atlet lebih rasa tertekan. Pengurus pasukan boling padang negara, Jamal Abdul Nasir Bakar mengakui kecewa dengan kegagalan Siti Zalina, yang bukan sahaja gagal mempertahankan pingat emas, tetapi gagal dalam penentuan pingat gangsa. Begitu pun dia tak menyalahkan Siti Zalina, yang mungkin tertekan kerana mengalas harapan tinggi, sebagai pemain terakhir untuk memenangi pingat emas (Utusan Malaysia, 14 Oktober 2010.) Kesimpulannya, tahap kebimbangan akan menjadi semakin tinggi dan prestasi pemain tidak akan menjadi seperti yang diharapkan. Namun, ini juga turut bergantung pada atlet itu sendiri, samada ia akan menjadikan semua pengaruh di persekitarannya positif pada persembahan prestasinya atau ia akan menjadi sebaliknya jika atlet itu tidak mampu menerima gangguan persekitarannya dan menganggap ia adalah satu tekanan dan bebanan yang akan membuat goal setting terkeluar dari sasaran sebenar. Masalah kebimbangan semasa menghadapi pertandingan ataupun kejohanan sukan sering mengganggu perasaan pemain negeri. Kebanyakan jurulatih yang berperanan sebagai pembimbing kepada atlet remaja mendapati atlet di peringkat sekolah menghadapi masalah tidak merasa yakin sewaktu pertandingan. Atlet remaja negeri tidak dapat menggunakan kemahiran yang telah dilatih semasa berada di

gelangang. Secara kesimpulannya, perasaan bimbang merupakan suatu situasi yang boleh menyebabkan seseorang itu berasa takut dan gementar seterusnya boleh menganggu prestasi atlet . Atlet biasanya ingin berada pada tahap kebangkitan yang rendah untuk mengelakkan kebimbangan. Oleh yang demikian, seorang jurulatih sama ada di peringkat sekolah, daerah atau kebangsaan, harus mengenali personaliti atlet mereka bagi memudahkan mereka menangani sebarang masalah yang berhubung dengan prestasi. Manakala, atlet remaja negeri telah menunjukkan tahap kebimbangan yang daerah dan cara mengurangkan

boleh menjejaskan prestasi mereka setiap kali ke pertandingan peringkat negeri serta kebangsaan. Kajian saya ingin mengkaji tentang dalam kalangan atlit pelapis hoki..

kebimbangan , mengkaji tahap kebimbangan dan mengkaji faktor-faktor kebimbangan

1.4.

Objektif Kajian 1. Mengenalpasti tahap kebimbangan atlet pelapis hoki sebelum pertandingan peringkat kebangsaan. 2. Mengkaji perbezaan tahap kebimbangan di antara atlet berumur 14 hingga 15 tahun dan atlet berumur 16 hingga 17 tahun.
3. Mengkaji

perbezaan tahap kebimbangan atlet

pelapis hoki sebelum

perlawanan di antara atlet mengikut pengalaman antara 1 hingga 4 tahun dengan 5 tahun ke atas penglibatan atlet itu dengan sukan yang diceburi.

4. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kebimbangan atlet pelapis hoki. 5. Mengenalpasti kaedah-kaedah yang sering digunakan untuk mengurangkan tahap kebimbangan sebelum memulakan pertandingan bagi atlet pelapis hoki.

1.5.

Batasan kajian

Dalam kajian ini terdapat beberapa halangan yang tidak dapat dijangkan oleh penyelidik. Di antaranya adalah:

1.5.1

Limitasi

Kajian ini terbatas kepada beberapa limitasi berikut:

i.

Faktor kejujuran dan keikhlasan responden ketika menjawab soal selidik adalah di luar kawalan penyelidik.

ii.

Walaupun arahan yang jelas telah dinyatakan dalam soal selidik, masa responden menjawab soal selidik dan prosedur mengumpul data mungkin mempengaruhi hasil kajian.

1.6.

Metodologi Kajian Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang

tahap kebimbangan atlet pelapis hoki di pertandingan peringkat kebangsaan. Aspekaspek lain yang dikaji ialah mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya kebimbangan dan di samping itu mengetahui kaedah-kaedah yang sering digunakan oleh atlet pelapis hoki dalam menghadapi kebimbangan di peringkat pertandingan. Oleh itu, di dalam bab ini akan diperbincangkan aspek-aspek seperti berikut: Rekabentuk Kajian

Kajian ini berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah soalselidik untuk mengukur tahap kebimbangan atlet pelapis hoki di kejohanan peringkat kebangsaan. Bagi mengenalpasti faktor-faktor yang disebabkan kebimbangan pertandingan, borang lampiran di sediakan dengan responden hanya perlu memilih mana-mana bahagian yang berkaitan sahaja. Subjek Kajian

Subjek bagi kajian ini terdiri daripada 40 orang atlet pelapis hoki menyertai di kejohanan (peringkat Kebangsaan). tahun (20 atlet).

yang

Subjek merupakan atlet yang

bertanding dalam dua kategori iaitu, 14 hingga 15 tahun (20 atlet) dan 16hingga 17

Instrumen Kajian

Untuk kajian ini, pengkaji mengunakan borang soal selidik Sport Competition Anxiety Test (SCAT) yang direka oleh Martens (1977) hasil daripada adaptasi daripada State-Trait Anxiety Inventory (STAI) yang dikemukakan oleh Speilberger (1970). SCAT direkabentuk khas untuk mengukur tahap kebimbangan seseorang atlet dalam situasi pertama. Pemilihan instrumen ini bersesuaian untuk kajian yang di jalankan, memandangkan penggunaan yang meluas dalam kajian terhadap kebimbangan di kalangan atlet Amerika dan Eropah. (Cox, 2002) Borang selidik ini adalah self administering dan boleh ditadbirkan samada secara individu atau kumpulan. Masa untuk menjawab soalan daripada soal selidik ini tidak dihadkan dan biasanya ia boleh diselesaikan dalam masa 5 hingga 10 minit. Arahan-arahan yang lengkap, ringkas dan jelas disertakan dalam soal selidik ini. Borang soal selidik ini diedarkan sehari sebelum perlawanan pertama bermula.

Prosedur Kajian

Prosedur pengumpulan data dan maklumat bagi penyelidikan ini adalah seperti berikut: Borang soal selidik yang bertujuan menguji tahap kebimbangan atlet di peringkat pertandingan telah diberikan kepada subjek sehari sebelum pertandingan. Selain daripada penyelidik sendiri, penyelidik juga telah meminta bantuan pengurus/jurulatih pasukan hoki yang diberikan tanggungjawab untuk mengedar dan mengumpul semula borang soal selidik daripada subjek.

Ini bertujuan untuk mengatasi masalah pertandingan yang berlangsung serentak dan tempat pertandingan yang letaknya agak berjauhan antara satu sama lain. Arahan dan tunjuk ajar telah diberikan kepada pengurus/jurulatih sebelum menjalankan tugas untuk memastikan proses pentadbiran soal selidik dilaksanakan dengan baik dan terkawal. Bagi soal selidik dikutip semula sebaik sahaja responden selesai melengkapkannya.

Penganalisisan Data

Berdasarkan maklumat-maklumat daripada soal selidik yang telah ditadbirkan, data tersebut dikumpul dan dikodkan. Selepas itu, soal selidik telah dipindahkan ke borang koding (coding sheets) untuk memudahkan kemasukan data ke dalam komputer. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Package For The Social Sciences(SPSS).

Dua jenis statistik digunakan iaitu statistik inferensi dan statistik deskriptif yang menghasilkan kekerapan, peratusan dan min adalah untuk menjawab persoalan kajian 1, 2 dan 4. Manakala statistik inferensi yang berbentuk ujian-t digunakan untuk menjawab soalan kajian yang ke-3. Bagi mengenalpasti faktor-faktor penyebab dan kaedah-kaedah mengurangkan kebimbangan di peringkat pra pertandingan, skor diberi melalui peratusan pemilihan jawapan untuk dibuat perbandingan.

10

1.7.

Kepentingan Kajian

Kajian ini merupakan satu tinjauan perbandingan mengenai tahap kebimbangan atlet pelapis hoki di kejohanan kebangsaan . Hasil kajian ini diharapkan akan dapat dijadikan panduan kepada jurulatih untuk mengenalpasti dan mengetahui tahap kebimbangan atlet mereka. Maklumat yang diperolehi ini amat berguna kepada jurulatih dalam merancang program yang lebih efisyen dan sesuai dari segi psikologi atlet untuk mempertingkatkan prestasi mereka. Di samping itu, hasil kajian ini diharapkan akan memberi kesedaran kepada para jurulatih dan pegawai pasukan tentang kaedah latihan yang sesuai dan efektif serta kepentingan memberi perhatian secara individu kepada setiap atlet demi untuk kejayaan pasukan, kepuasan diri dan kecemerlangan sukan.

11

1.9

BIBLIOGRAFI

Arent, S.M., & Landers, D.M. (2003). Arousal, anxiety, and performance: A reexamination of the inverted-U hypothesis. Research Quarterly for Exercise and Sport, 74(4), 436-444 Berger, B., Pargman, D. & Weinberg, R. (2001). Foundations of exercises psychology. Morgantown, WV: Fitness Institute Technology. Burton, D. (1988). Do Anxious Swimmer Swim Slower? Re-Examinating the Elusive Anxiety Performance Relationship. Journal of sport and exercise psychology, 45 61. Cox, R. H. (2002). Sport psychology: Concept and applications (5th ed.). St. Louis, MO: McGraw- Hill. Dunn, J. G. H., & Syrotuik, D. G. (2003). An investigation of multidimensional worry disposition in a high contact sport. Psychology of Sport and Exercise. 4, 265282. Mohd Nor, Mohad Anizu, Ali, dan Aldellah (2008) Kesan Tahap Kebimbangan Sebelum dan Selepas Pertandingan di Kalangan Atlet Tinju SUKMA Johor. Tesis Ijazah yang tidak di diterbitkan.UTM, Johor Bahru, Johor.

12

Mohd. Sofian Omar Fauzee. (2003a). Psikologi sukan: Aplikasi teori dan praktikal. Kuala Lumpur: Utusan. Journal of sport psychology v33 n2 p231-44 Zulkarnain Mohd Saidin, (2010, Oktober 14). Zalina terlepas pingat gangsa.Utusan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai