Anda di halaman 1dari 2

AMALAN UNTUK KANSER/BARAH/KETUMBUHAN

Peringatan terutama kepada saya dan para sahabat sekalin, semasa berdoa kepadaNya selepas
solat hendaklah sentiasa bersyukur diatas nikmatNya, keredhaan diatas ketentuanNya, ujilah
diriku mengikut kemampuanku dan tingkatkanlah keimananku disamping setiap kita
berikhtiar kepada Allah diminta dijauhi perkara yang boleh menduakanNya dan
mensyirikkannya serta tanamlah keyakinan kepadaNya. Sentiasalah bersedekah kepada yang
memerlukannya.

ayat 90 hingga ayat 110 Surah Al-Nahl (amalan 3kali selepas solat Magrib + doa) dan ayat 38
hingga ayat 50 Surah Al-Anbiya (amalan 3kali selepas solat Subuh + doa).

ayat 13 hingga ayat 21 Surah Ibrahim (amalan 3kali selepas solat Magrib + doa) dan ayat 40
hingga ayat 55 Surah Al-Hajj (amalan 3kali selepas solat Subuh + doa)

Surah al-Fil.

Maksudnya:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan
tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?
(1)

Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang
rugi dan memusnahkan mereka? (2)
Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasukpasukan; (3)
Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras; (4)
Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan
ulat. (5)
Demikian mukjizat ayat-ayat suci Al-Quran.Jika diletakkan di sebuah gunung, nescaya
gunung akan hancur lenyap kerana takut kepada Allah. Demikian juga jika diletakkan atas
apa-apa penyakit, nescaya penyakit tersebut akan hancur dan lenyap.
Cara Pengamalan
Selepas solat lima waktu, bacalah Surah Fatihah sekali, diikuti Surah Al-Ikhlas (tiga
kali), selawat ke atas Nabi (tiga kali) lalu teruskan membaca Surah al-Fil (21 kali)
Setiap kali baca Surah Al-Fil, hendaklah tiup dan hembuskan pada tempat penyakit kanser
tersebut. Setiap kali menghembuskan nafas itu, hendaklah ingat maksud dalam hati,
supaya Allah hancur lenyapkan penyakit kanser tersebut sebagaimana hancur dan
lenyapnya pasukan tentera bergajah seperti dalam ayat terakhir Surah Al-Fil itu.
Lakukan 21 kali baca dan tiup selama 21 hari selepas solat lima waktu.
Dan sekiranya penyakit kanser itu berada dalam organ badan seperti di dalam usus, limpa,
buah pinggang dan di dalam kepala, maka caranya seperti tersebut di atas itu juga. Cuma
tambahannya hendaklah tarik nafas perlahan-lahan seakan-akan kita memasukkan
amalan surah itu ke dalam tubuh badan, teruatamanya ke tempat kanser tersebut.Lakukan
tarik nafas tersebut sehingga 21 kali juga selama 21 hari setiap lepas solat lima waktu

Anda mungkin juga menyukai