Anda di halaman 1dari 2

Prinsip Penulisan Laporan Yang Baik

Menurut Kamus Dewan (1996), laporan ialah maklumat berkenaan sesuatu kedudukan.
Laporan juga ialah suatu bentuk penyajian fakta tentang sesuatu keadaan atau sesuatu kegiatan.
Terdapat beberapa aspek penting dalam penulisan laporan yang baik.

Suatu penulisan laporan yang baik boleh dilihat daripada aspek bahasa. Dalam penulisan
laporan, bahasa yang digunakan perlu mengutamakana fakta dan huraian. Oleh itu, ia perlu tepat
dan padat. Selain itu, penggunaan isi yang bertindih dan berulang juga perlu dielakkan. Kata-kata
yang digunakan juga perlulah mudah difahami dan tidak bersifat konotatif. Penggunaan kata
penguat seperti amat, sangat, sungguh, dan lain-lain juga perlu dielakkan.

Selain itu, ayat juga menjadi aspek yang penting dalam penulisan yang baik. Penulisan laporan
perlulah lebih mengutamakan penggunaan ayat aktif berbanding ayat pasif kerana ia lebih
berupaya untuk menyampaikan sesuatu maklumat. Penulis juga perlulah mengelakkan
penggunaan ayat yang berbelit-belit dan bertela-tela. Hal ini demikian kerana pembaca hanya ingin
mendapatkan maklumat daripada laporan anda, bukan hanya ingin menikmati keindahan bunga
bahasa semata-mata. Oleh itu, seboleh mungkin penulis perlu menulis ayat yang tidak melebihi 25
patah perkataan bagi sesuatu ayat agar ayat tersebut lebih mudah difahami.

Pemerengganan juga merupakan suatu aspek yang penting dalam penulisan laporan baik.
Dalam penulisan laporan, penggunaan gaya jurnalistik moden, iaitu perenggan-perenggan yang
singkat digalakkan. Sebagai contoh, bagi setiap satu perenggan perlulah berisi fakta atau maklumat
sahaja. Fakta tersebut mestilah lengkap dengan huraian dan contoh. Penyusunan perenggan
mestilah mengikut kepentingannnya.

Seterusnya, penulisan laporan yang baik juga perlulah sistematik. Ia perlu merangkumi fakta,
huraian dan contoh. Ia juga perlu merangkumi tiga kepentingan format iaitu simplify, jsutify, dan
quantify. Simplify bermaksud hanya fakta-fakta yang penting sahaja dimasukkan. Justify
bermaksud sesuatu fakat perlulah disokong dengan bukti dan data. Quantify pula bermaksud perlu
dielakkan penyataan tentang jumalah penggunaan kata umum sperti banyak,besar kecil dan
sebagainya.

Prinsip yang terakhir ialah bersifat objektif. Ia membawa maksud penulisan laporan tidak boleh
membawa masuk hal peribadi dalam laporannya. Penulis harus bersikap neutral dan memakai
ukuran umum dalam menilai sesuatu. Misalnya, penulis tidak dibenarkan untuk memihak mana-
mana individu atau pihak. Laporan hendaklah bersih.

Anda mungkin juga menyukai