Anda di halaman 1dari 4

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI

PLAGIARISME (TUGASAN ETIKA


DAN PROFESIONAL)
JUNE 6, 2015 ANASROSHADLEAVE A COMMENT
PENGENALAN TENTANG PLAGIARISME
DEFINISI PLAGIARISME

Menurut Kamus Dewan, Plagiat atau ciplak atau plagiarisme bermaksud “perbuatan meniru
atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tetapi mengakui karya tersebut
sebagai usahanya sendiri (Dewan Bahasa, dan Pustaka)

Terdapat beberapa makna lain yang sama merujuk kepada plagiat, seperti penciplakan, ambil
tanpa sebarang penyataan (citation), pengakuan karya ilmiah orang lain sebagai karya sendiri,
atau salin dan tampal (copy and paste). Dengan kemudahan internet pada masa sekarang,
lebih ramai penulis akademik majoritinya pelajar yang meggunakan jalan pintas dengan
menyalin dan menampal sewenang-wenangnya karya atau hasil kerja penulis akademik di
dalam internet.

Plagiat ialah salah satu kesalahan etika dalam dunia akademik. Ini menyentuh kepada sifat
seorang penulis akademik itu yang mementingkan diri sendiri, tiada sifat keaslian pada
penulisnya (non-original) dan penipu yakni meniru kerja orang lain tanpa menyebut (cite)
penuliis asal.

REPORT THIS AD

TINDAKAN YANG BOLEH DIKENAKAN KEPADA PLAGIATOR

Oleh kerana plagiat adalah serius dalam dunia akademik, pesalah plagiat (baca: plagiator) jika
didapati bersalah akan dikenakan tindakan tatatertib. Jika plagiator itu dalam kalangan pelajar
Universiti, penulisan akademiknya wajar ditolak atau terus menggagalkan beliau dalam
subjek tersebut. Perkara yang sama diaplikasikan kepada plagiator yang plagiat dalam
penulisan lebih serius selain sekadar tugasan atau laporan, contohnya tesis. Keseluruhan tesis
beliau boleh ditolak dan tidak sah, dan berkemungkinan untuk dia digantung atau dibuang
Universiti.

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PLAGIAT

Antara punca-punca plagiat termasuklah kemudahan teknologi dihujung jari yang


menyumbang kepada kemalasan seseorang plagiator untuk menjana idea penulisan akademik
sendiri, dan mengambil keputusan untuk melakukan carian di internet, sekaligus menyalin dan
menampal dalam kerja mereka tanpa menyatakan rujukan samada dalam bentuk end note, foot
note, mahupun rujukan standard.
Selain itu, pelajar yang pemalas dan melakukan kerja-kerja di saat akhir selalunya akan
bertindak untuk melakukan plagiarisme. Mereka hanya akan mementingkan ‘asal-siap’ untuk
hantar tugasan tepat pada waktunya tanpa sebarang persediaan pada hari-hari sebelumnya.
Cara paling mudah bagi mereka ialah dengan plagiat.

BENTUK-BENTUK PLAGIAT

Terdapat beberapa bentuk plagiarisme yang diamalkan, contohnya peniruan secara langsung
satu perkataan ke perkataan yang lain, atau satu perenggan penuh, atau satu halaman penuh
dari karya orang lain tanpa sebarang rujukan. Pengubahsuaian perkataan tanpa rujukan juga
dikategorikan sebagai plagiat jika tidak diberikan rujukan atau tidak disebutkan secara tepat.

MENANGANI PLAGIARISME
Ada pelbagai cara untuk menangani plagiarisme dari berlaku. Langkah-langkah ini boleh
diambil dari aspek individu itu sendiri, masyarakat sesebuah kelompok akademik, penulis
karya akademik dan orang ramai secara amnya.

Bagi seseorang penulis akademik, seharusnya terdapat kesedaran dalam diri mereka tentang
originality atau keaslian sesebuah karya yang mereka hasilkan. Mereka sewajarnya lebih
bersifat jujur dan ada rasa tanggungjawab terhadap karya akademik mereka sendiri.

Mereka juga seharusnya lebih teliti dan tidak gopoh dalam menulis karya akademik mereka.
Hasil karya mereka perlulah bermutu dan bukanlah hasil yang ‘tangkap-muat’ sahaja. Mereka
juga perlu yakin yang karya mereka berdasarkan hasil kajian yang mereka sendiri lakukan dan
data-data yang mereka sendiri kumpulkan.

REPORT THIS AD

Bagi seorang pelajar pula, kesedaran tentang betapa tidak telusnya melakukan plagiat perlu
ada agar mereka tahu kesalahan ini serius dalam dunia akademik. Mereka sedia maklum yang
mencuri itu salah, tetapi tidak endah tentang mengambil karya orang lain dan masukkan
dalam penulisan sendiri tanpa menyatakan dari mana mereka mendapatkan tulisan-tulisan
sedemikian. Pelajar perlu bersifat lebih bertanggungjawab, prihatin dan jujur dalam
menyiapkan tugasan yang diberikan.

Mereka perlu lebih menghargai, memahami dan menyebutkan sumber penulisan yang mereka
rujuk di dalam tugasan mereka. Antara tindakan yang paling wajar bagi mengelakkan gejala
plagiat dalam kalangan pelajar ini juga termasuklah, pelajar tersebut meletakkan diri mereka
sebagai mangsa plagiat di mana, mereka bertungkus lumus mennyiapkan tugasan atau karya
akademik mereka, dan orang lain mengambil secara terus hasil penulisan mereka tanpa
menyebut (cite) nama mereka sebagai penulis asal. Tidakkah itu boleh menimbulkan rasa
marah dan tidak puas hati, dan situasinya sama sahaja jika mereka yang menjadi plagiator.

Seseorang penulis itu juga perlulah mahir dalam membaca karangan atau penulisan orang lain
dan pandai melakukan ‘paraphrasing’. Bukan sahaja perlu bijak menyusun semula kata-kata
penulis asal, tapi ia tidak lari dari makna sebenarnya.

REPORT THIS AD
Masyarakat seharusnya lebih peka tentang kesalahan plagiarisme ini dan tidak sewenangnya
memandang enteng pada isu ini kerana ia melibatkan pesalah dalam kalangan anak bangsa
sendiri di mana hal ini sangatlah memalukan. Ia akan memberi implikasi yang sangat teruk
kepada moral dan akhlak plagiator tersebut. Tanpa kesedaran dari masyarakat seolah-olah
mereka membenarkan anak bangsa khususnya pelajar-pelajar universiti untuk mengamalkan
plagiarisme.

Bagi pihak atasan pula, khususnya dalam institusi pendidikan sendiri, contohnya pentadbiran
tertinggi sesebuah universiti yang terdiri dari profesor-profesor, dan doktor-doktor, waima
pensyarah-pensyarah sendiri seharusnya memberikan panduan dan bimbingan kepada pelajar-
pelajar mereka. Selepas sesuatu tugasan diberikan, mereka sewajarnya memberikan arahan
yang jelas dan terperinci dan menegaskan perlakuan plagiat adalah dilarang sama sekali. Ia
adalah satu bentuk rompakan dan pencerobohan dalam dunia penulisan akademik jadi hal itu
dipandang serius oleh pensyarah.

Terapkan rasa hormat akan penulisan orang lain dengan menceritakan tentang penulisan
tersebut. Pensyarah memainkan peranan yang sama penting dalam mempengaruhi gerak kerja
pelajar mereka. Jika pensyarah itu sendiri bersifat acuh tak acuh, berkemungkinan besar
pelajar mereka akan melakukan plagiat.

Selain itu, pensyarah juga boleh memberikan sedikit penghargaan kepada pelajar mereka yang
tidak melakukan sebarang aktiviti plagiarisme sepanjang sesi kuliah dengan mereka. Ini boleh
menjadikan mereka percaya pada diri sendiri, yakni penulisan mereka.

PENUTUP
Tindakan plagiarisme adalah satu tindakan serius dalam penulisan akademik bukan sahaja di
Malaysia malah di seluruh dunia. Hal ini semakin hari semakin meruncing bila mana terdapat
segelintir pelajar tidak bertanggungjawab yang bertindak mencuri atau menyalin dan
menampal hasil kerja orang lain ke dalam kerja mereka tanpa sebarang rujukan.

Dengan huraian singkat ini semoga jenayah plagiarisme ini dapat dibanteras dalam kalangan
pelajar universiti yang diasap kononnya terpandai dalam kalangan rakan-rakannya sekaligus
terpilih untuk menuntut ilmu di menara gading, walhal sebaliknya menciplak karya akademik
orang lain dan mengaku karya sendiri. Bak kata pepatah dahulu, siakap senohong gelama ikan
duri, bercakap bohong lama-lama mencuri. Plagiarisme perlu ditegah dari peringkat akar umbi
lagi untuk jaminan kualiti penulisan di masa-masa akan datang.

SENARAI RUJUKAN
(Online blog)

http://azridarma-plagiarisme.blogspot.com/
http://taufiqfirdausalghifariatmadja.blogspot.com/2014/06/12-cara-mengatasi-
kecenderungan.html
http://idadsmile.blogspot.com/2012/12/isu-teknologi-dan-plagiarisme-dalam.html
http://staff.unila.ac.id/indriyanto/2012/01/17/cara-mencegah-plagiarisme/
REPORT THIS AD

Related
ABOUT ME
PICTURE EDITING
YOUTUBE VIDEO

Anda mungkin juga menyukai