Anda di halaman 1dari 7

TRANSKRIP TEMU BUAL

Tugasan: GGGC8014 Kaedah Penyelidikan Kualitatif


Disediakan untuk: Dr. Zanaton binti H Iksan
Disediakan oleh: NIK MARINI BT NIK ABDULL MALIK P83577

Berdasarkan rakaman temu bual bersama Aziah Adi , pelajar PHD.


Butiran Temu Bual:
Tarikh: 29 Mac 2016
Masa:

11.00 pagi

Tempat: Institut Aminuddin Baki, Cawangan Genting Highlands.


Soalan: Mengetahui faktor responden menyambung pengajian peringkat PHD.

Pengkaji

Assalamualaikum Aziah

Responden

Walaikumussalam Nik

Pengkaji

Lama tak jumpa Aziahapa khabar yaa..

Responden

Ha ahh lah... lama tak jumpasejak sejak Nik gi belajar kan.


Alhamdulillah saya sihat jee

Pengkaji

Alhamdulillahbetullah tuudah dekat lapan bulan dah saya


tinggalkan IAB nie.
OkayAziah dah sedia untuk sesi temu bual kita hari nie

Responden

Dah Nikinsyaallah

Pengkaji

Terima kasih aziah


Seperti yang saya dah bagitahu Aziah hari tuaaa.. tujuan saya
datang hari ini adalah untuk dapatkan beberapa maklumat tentang
factor yang mendorong Aziah untuk lanjutkan pelajaran ke
peringkat PHD.
Aaaasebelum kita pergi lebih lanjut lagi boleh tak Aziah
perkenalkan diri serba sedikittentang latar belakang pekerjaan
dan pengajian Aziah?

Responden

Oooo..boleh.
Saya berasal dari Bentong dan sekarang kerja di Institut
Aminuddin Baki di sini. Hmmmsaya Ketua Jabatan Bahasa dan
Komunikasi di sini, telah berkhidmat di IAB sejak tahun 2009.
Tahun lepas saya dapat tawaran HLPS, so saya telah mula
sambung belajar di UPSI sejak tahun lepas dalam bidang
Sejarahsaya pelajar sambilan.

Pengkaji

Bidang sejarah..? Kenapa sejarah?

Responden

Iyeeememang ramai yang tanya kenapa bidang sejarah yang


jadi pilihan saya.
Mmmmmsebelum saya masuk IAB saya adalah guru sejarah.
Saya memang minat dengan sejarahbila dapat jee HLPS
memang terus saya pilih sejarah.
Memang ramai yang tanya apa kaitan bidang yang saya ambik
dengan kerja saya sekarang.

Ha ahh lah Aziahsaya pun nak tanya jugak. Ada kaitan kee
bidang sejarah dengan skop kerja aziah kat IAB nieketua
jabatan bahasa lak tuu
Hehehetulahsebenarnya dalam skop kerja kita di IAB ni
memang semua bidang terlibatsaya rasa Nik pun tau kan
cuma fokus kita adalah pada pengurusan dan kepimpinanso
bidang apa saje memang perlukan pengurusan dan kepimpinan
sejarah pun. Malah dalam bidang sejarah ni pengurusan adalah
sangat-sangat penting. Penting terutamanya nak uruskan isu-isu
serta data-data yang dalam bentuk dokumen-dokumen lama.
Untuk makluman Nik, untuk PHD ni saya buat kajian manuskrip so
saya kena banyak menguruskan dokumen-dokumen lama. Saya
juga kena banyak membina hubungan dengan ramai pihak untuk
dapatkan data. Nampak tak bagaimana ilmu tentang pengurusan
dan kepimpinan kita kena ada dalam menghadapi semua perkara
ni.
Pengkaji

Yaa..saya setuju tuuapa yang Aziah bagitahu memang betul


bidang apa sekali pun kita perlukan pengurusan dan kepimpinan
yang baik dan berkesan.
Okayberbalik pada soalan utama kita pada harini. Aziah
sekarang dah pun memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan
satu jawatan yang telah ada kedudukanjadi kenapa Aziah masih
menyambung pelajaran ke peringkat PHD?

Responden

Hmmmmada banyak sebab sebenarnya nape saya sambung


belajar lagi
Salah satunya yang paling penting aalah tuntutan kerjayasaya
rasa Nik pun tahubila kita di IAB ni atau mana-mana tempat
kerjalah kita memang akan ada rasa untuk tambah lagi ilmu kita
terutama di IAB nicabaran kerja di IAB memaksabukan
memaksa tapi lebih kepada mendorong saya agar lebih berilmu
dan lebih yakin apabila saya menguruskan klien-klien kita kat sini.
Nik pun tahu kanklien kita bukan sebarangan orangmereka
pengetua, guru besar, pegawai-pegawai kementerian yang penuh
dengan pengalaman. Bila berdepan dengan mereka memang kita
kena ada banyak ilmu untuk kita kongsi dengan mereka. Oleh itu
secara tak langsung sambung belajar ni boleh mematangkan saya
dari banyak segi. Yang lebih penting dengan sambung belajar
saya dan dapat mengenggam PHD saya akan lebih confident,
lebih berilmu, lebih bersedia untuk berdepan dengan cabaran
kerja kita.

Pengkaji

Betul tu Aziah, saya pun setuju, cabaran kerja kita memang faktor
yang tak dapat kita nafikan.

Responden

Iyaa Nikpastu dapat biasiswa lagimemang itu adalah bonus


yang tak dapat ditolakitu pun faktor gak tu, faktor
kewangan.penting tuhehememang kita tak leh nafikan
kewangan juga adalah salah satu perkara yang kita perlu pikir bila
buat PHD. Alhamdulillah sangat-sangat Nik, KPM ada tawarkan

HLPS.
Tapi, kalau tak ada biasiswa pun saya memang nekad dah nak
sambung belajar dengan duit sendirihee
Pengkaji

Wahh, semangat betul Aziah, syabas sahabat!

Responden

Terima kasih Nikhee

Pengkaji

Aziah sambung belajar secara sambilankan? Kenapa tak buat


sepenuh masa?

Responden

Hmmmmsayang nak tinggalkan kerjalah Nikitu yang bila KPM


tawarkan HLPS memang macam orang mengantuk disorongkan
bantallahhahahatak pikir panjang dahpucuk dicita ulam
mendatangchewahh! Hahaha

Pengkaji

Hahahamemang rezeki betullah tu kan. Tahniah untuk itu.

Responden

Alhamdulillahmemang rezekitima kasih Nik.

Pengkaji

Okayy.. selain dari faktor yang kita dah bincangkan tadi, ada faktor
lain tak kenapa Aziah sambung belajar?

Responden

Hmmmmmfaktor lainaaaasaya nak saya jadi dorongan dan


contoh kepada anak-anak saya. Saya ada tiga orang anak nik
semuanya sedang belajar lagisorang di universiti dan dua
orang lagi masih di sekolah menengah. Saya nak anak-anak saya
nanti ikut langkah saya.Biar mereka lebih semangat bila ibu dia

orang jadi contoh. Pastu harapan saya agar dia orang akan lebih
tekun dalam mencapai apa saja cita-cita dia orang.
Hmmmmsaya pun yakin di masa depan nanti perlu untuk
melanjutkan pelajaran. Di zaman yang mencabar ni, ilmu perlu
penuh di dada agar kita dapat tingkatkan kehidupan kita ke arah
lebih sempurna. Insyaallah
Pengkaji

Insyaallahamin
Betul tu Aziahmoga anak-anak lebih terdorong bila ibunya
dijadikan idola.

Responden

Harap-harap gitulah Nik.


Satu lagi Nikkenapa saya sambung belajarmak dengan ayah
saya. Dari dulu lagi merekalah yang selalu suruh saya teruskan
belajar. Sebab tu bila habis je belajar degree saya tak teragakagak untuk terus sambung master. Dan sekarang sambung lagi ke
PHD. Merekalah antara pendorong utama saya. Insyaallah ini
semua untuk mereka.

Pengkaji

Insyaallah Aziahmoga doa mereka sentiasa mengiringi Aziah.

Responden

Amin Nik.
Nikpendorong utama saya yang sebenar-benarnya yang
betul-betul soulmate sayatempat saya mengadu semua benda
adalahsemestinya suami saya. Dialah yang membolehkan saya
berdiri teguh untuk menghabiskan PHD ni. Dialah yang sokong
semua benda yang saya buat. Dialah peneman saya mengadap

jurnal-jurnal yang berlambak. Dia yang tolong carimalah


bacakan buku-buku untuk sayahahaha. Terima kasih cik
suamikuhehe
Pengkaji

Hahahamemang betul dialah pendorong utama yaa.


Okaylah Aziah. Dah banyak maklumat yang saya dapat hasil temu
bual kita ni.
Aaaasaya ucapkan terima kasih banyak-banyak atas kesudian
Aziah untuk di temu bual walaupun saya tahu Aziah sekarang
sedang sibuk dengan kerja. Komitmen Aziah betul-betul saya
hargai. Moga Aziah akan berjaya dalam perjalanan PHD Aziah.
Terima kasih sekali lagi.

Responden

Sama-sama Nik. Terima kasih kembali. Doa saya pun agar Nik
dapat habiskan PHD Nik dengan jayanya. Moga GOT lah yaa
insyaallah.

Pengkaji

Insyaallah. Amin.

Tamat sesi temu bual.

Anda mungkin juga menyukai