Anda di halaman 1dari 3

Temu bual (1) Guru Pendidikan Islam 1

Lokasi: Bilik Guru, SMK Dato’ Sedia Raja, Rembau.


Hari/Masa: 1 Oktober 2017 (Khamis)
10.00 pagi – 11.30 pagi

Bismillahirrahmaanirrahim. Assalamualaikum wrt. Apa khabar Ustazah?


Baik.
Baiklah, nak panggil Ustazah Zu ke?
Ustazah Nora.
Apakah bentuk bahan bantu mengajar yang Ustazah Nora gunakan untuk merangsang
murid-murid berfikir aras tinggi?
Saya beri soalan. Soalan-soalan berfikir. Saya kaitkan dengan tajuk tapi luar daripada sukatan.
Jadi, dia boleh jadi apa sahaja?
Aah. Jadi murid akan beri jawapan..aaa…macam-macam jawapanlah kan. Kadang-kadang kita
guna peta..peta i-Think kan. Tahu i-Think Safra,kan? Katalah kita guna peta..dia ada 8 jenis peta
pemikiran. Jadi katalah kita guna peta..masa kita mengajar tu kan. Kita nak suruh dia brainstorm
tu..jadi kita buat satu peta bulatan..semua jawapan dia kita terima. Mereka jawablah yang
merapu, yang betul kan..lepas tu tulis. Tulis..tulis..tulis..tulis dalam bulatan tu kita tulis, semua
jawapan diterima. Lepas tu kita rasionalkan balik; emmm…yang ni tak boleh..salah dan
sebagainya kan.
Ustazah menilai seorang atau kawan-kawan dia terlibat sekali?
Kawan-kawan dia pun sama. Kita menilai..bila kita dah tulis semua kan, kita sama-sama..ni
boleh tak? Ni macam tak sesuai je..Kenapa?
Nampak seronok meriah je kelas Ustazah kan bila Ustazah cerita tu.
Dia meriah..jadi bising. Tapi kan bila kita buat macam tu kekangannya ialah kita nak mengajar
sukatan..sukatan tak habis. Sebab apa? Sebab kita sibuk dengan benda tu kan. Kita sibuk nak
mencungkil idea dia ni kan. Kadang dia jadi terlalu..terlalu apa ni masa la pulak kat situ. Kita
banyak ni mengejar sukatan nak periksa kan.
Dilema seorang guru. Tapi sebenarnya jauh di lubuk hati Ustazah Nora, apa matlamat
pengajaran bagi Ustazah Nora?
Satu perkara tu dia mesti faham. Dia mesti faham dulu. Kalau dia hafal, tak boleh. Agama ni dia
mesti faham. Itu asasnya.. Jangan ikut sebelum faham. Jangan orang cakap gini, dia ikut. Dia
mesti faham kenapa benda ni. Kenapa disuruh buat macam ni. Kenapa benda ni boleh, kenapa
tak boleh. Baru amalan atau apa yang dia buat tu akan betul. Kalau tak faham konsep, habis! Jadi
faham konsep tu dulu.
Jadi nak faham konsep, kena..?
Jadi masa nak faham konsep..tulah kita bentang peta minda..betul jugak peta pemikiran kan. Jadi
dia pun keluarkan idea..masa tulah kita terangkan. Terangkan yang sebenarnya macam mana.
Ada kalanya juga untuk memberi kefahaman konsep, saya gunakan carta. Saya datangkan carta
statistik pembuangan bayi untuk tiga tahun terkini. Itu dinamakan stimulus kerana selepas pelajar
fahami carta, mereka dapat tahu yang kes pembuangan bayi dalam trend meningkat tahun demi
tahun. Baru mereka dapat rasakan ini satu isu anak muda yang serius. Pernah juga saya bawa
carta kes perceraian di Malaysia. Jadi pelajar boleh ramalkan bilangan kes ini adakah makin
menaik atau menurun? Pelajar ramal ikut logik dan mereka bincangkan sesama diorang faktor-
faktor kenapa ramalan mereka begitu atau begini.
Selain itu, ada BBM khusus lain Ustazah gunakan khas untuk rangsang pemikiran kritis
pelajar?
Kadang-kadang kita gunakan BBM bahan maujud ya. Ada juga kan. Macam saya sendiri pun
saya ada buat jugaklah reka beberapa BBM. Antaranya MSWS: Model Simulasi Waktu Solat, i-
Eco. MSWS tu untuk penentuan waktu solat. Pelajar guna. Emmm…saya ingat kadang-kadang
berjaya merangsang pemikiran aras tinggi pelajar. Kadang-kadang saya guna biasa aje. Dapat
pengetahuan asas sahaja. Dia bergantung kepada kohort. Dia bergantung kepada pelajar kategori
mana yang kita gunakan bahan tersebut. Sama jugak dengan i-Eco. Ini adalah permainan mirip
Monopoly saya reka untuk pelajar faham tentang muamalat. Ada topik insurans, jual beli,
gadaian dan sebagainya. Bila saya gunakan kadang-kadang berjaya merangsang aras tinggi.
Kadang-kadang tidak. Tapi, maksudnya selain daripada alatan yang berbentuk internet. Bahan
maujud pun boleh digunakan. Cuma bagaimana kita menggunakan? Tapi pada akhirnya
bergantung juga kepada pengetahuan sedia ada pelajar tu tadi. Allahua’lam.
Boleh Ustazah huraikan lanjut tentang bahan berbentuk internet yang Ustazah gunakan?
Jika ada peluang, saya bawa pelajar-pelajar ke makmal komputer berinternet. Di situ, para
pelajar boleh akses aaa banyak bahan.
Bagaimana bahan di internet Ustazah gunakan untuk merangsang pemikiran aras tinggi
pelajar?
Contohnya apabila mengajar Topik Allah al-Hakim: Allah Maha Bijaksana. Saya minta pelajar
gunakan komputer dan internet untuk mencari bukti dari fenomena alam berkaitan kebijaksanaan
Allah. Mereka akan laporkan hasil carian mereka kepada kelas. Contohnya ada yang ceritakan
tentang keunikan ciptaan cap jari yang tidak sama antara semua orang. Ada yang bangkitkan isu
perbezaan waktu solat antara negara-negara. Jadi, bahan yang ada di internet kaya dengan
pelbagai fakta. Mereka boleh teroka keunikan cap jari itu digunakan dalam sabitan kes jenayah.
Bagaimana pula pencarian maklumat menggunakan library, Ustazah?
Library ya, emmm sekolah saya agak tidak aktiflah. Sebenarnya library pun bagus. Cuma dia
masalah dia macam ni, lambat. Pelajar nak cari maklumat tu lambat. Kita ada masa kekangan
dua masa, 80 minit. Kita nak bawa pelajar ke library tu jangan ingat sekejap. 10 minit dah habis
dah. Tinggal 70 minit. 70 minit tinggal, kita nak bagi taklimat dan sebagainya 10 minit lagi.
Tinggal 60 minit. 60 minit saya ingat nak suruh pelajar cari buku 40 minit tak jumpa lagi buku
kot. Kalau jumpa pun, katakanlah setengah jam dah jumpa, nak cari maklumat tu belum tentu
boleh jumpa. Dan maklumat yang kalau dapat pun, sangat limited. Jadi dia tidak semudah
internet. Internet kita tekan je aaa… kita dah boleh dapat banyak benda dan lebih mudah, lebih
luas dan lebih menarik pelajar untuk dapat maklumat tu berbanding dengan buku. Kalau di
sekolah saya makmal ICT tu memang lagi digemarilah berbanding dengan perpustakaan.
Boleh Ustazah beri contoh BBM yang Ustazah pernah gunakan dalam kelas khusus untuk
merangsang kemahiran berfikir murid?
Saya pernah gunakan keratan akhbar berupa gambar bersaiz A4 tertera gambar dan tajuk berita
Belajar Tinggi Tapi Biadap. Saya tunjukkan gambar ini semasa set induksi pada permulaan
kelas. Bila saya tunjuk tu, aaa… macam-macam respon murid bagi. Mereka teka skop tajuk yang
bakal dia belajar hari itu. Mereka kaitkan dengan drama tv yang mereka tonton, ceritakan
pengalaman sendiri.

Anda mungkin juga menyukai