Anda di halaman 1dari 8

Transkripsi temu bual guru A Saya Cikgu H Saya : Assalamualaikum dan selamat pagi cikgu : waalaikummusalam : aa..

bolehkah saya mengetahui berapa lama cikgu sudah mengajar di sekolah ini? Cikgu H : ee.. first posting saya mula mengajar dekat aaa.. Sarawak pendalaman satu, selepas itu tahun ni kira tahun keempat lah saya mengajar. Saya : aaa... dalam pengajaran cikgu, adakah cikgu menggalakkan murid-murid untuk berbincang bagi meningkatkan kefahaman murid-murid itu Cikgu H : memang tentu sekali lah, sebab dalam sains kalau kita nak generate dia punya kesungguhan supaya dia berfikir, jadi kita perlukan murid untuk berbincang. Kalau kita bagi je jawapan itu, jadi budak tidak dapat aaa.. nak apa, menguasai pelajaran itu. Jadi teknik berbincang itu adalah salah satu teknik lah untuk bagi diorang berfikir sebab sains, tanpa berfikir mereka tidak akan dapat menguasai satu-satu konsep Saya : aaa.. jadi dalam kelas bagaimana cikgu menjalankannya untuk kasi murid berbincang Cikgu H : ok, kita mulakan dengan teknik aaa.. question and answering la, kamu ajukan banyak soalan dan pada soalan itu kita aaa.. rangsang minda para pelajar supaya ha.. apa? ada komunikasi dua hala, guru memberi..memberi.. aaa.. soalan dan murid cuba menjawab dan masa menjawab, masa menjawab itu akan banyak la persoalan, persoalan yang dia akan tanya balik dekat kita la kan. Jadi kita jangan bagi jawapan itu straight forward la, kita suruh dia berbincang dan berfikir dalam kumpulan, jadi bila dia jadi macam tu dia... aaa.. pengalaman sendiri la berdasarkan diorang punya prior knowledge

Saya

: dan jadi adakah aaa,, cikgu menjalankan aktiviti eksperimen juga dalam pengajaran cikgu

Cikgu H

: aaa... memang tentu sekali. Aaa.. sebab dalam sains ada satu aktiviti yang wajib kita lakukan iaitu PEKA, PEKA itu akan markahnya aaa.. berdasarkan kepada amali sains dalam peka tu ada aaa.. apa? Kemahiran proses sains tertentu yang perlu murid kuasai dan untuk menguji mereka melalui eksperimen lah, jadi markah PEKA tu akan dibawa dari darjah bermula dari tahun tiga sampai tahun enam dalam buku rekod yang tertentu, jadi aaa.. kebanyakannya untuk nilai murid adalah melalui eksperimen

Saya Cikgu H

: jadi aaa.. bagaimana cikgu melaksanakan eksperimen itu? : aaa.. eksperimen itu penting, sebab kalau kamu tengok dekat dalam kertas soalan UPSR ada contohlah, perkara yang paling asas sekali murid..murid mesti menguasai kemahiran mengenal pasti tiga jenis pemboleh ubah kan? Jadi dengan melakukan eksperimen iaitu WTO, WTC, WTS. What to keep the same, what to change, what to observe jadi bile mereka menjalankan sendiri eksperimen itu, mereka dapat mengenal pasti tiga pemboleh ubah tu. Ok eksperimen tu, sebab daripada tiga pemboleh ubah tu baru murid mampu menjawab soalan sains bahagian B dengan baik la. Pastu seterusnya eksperimen aaa.. dilakukan selalunya untuk kelas yang bijak la, kelas yang atas saya bagi peluang sendiri kepada mereka untuk membuatnya tapi untuk kelas yang hujung tengok aaa.. eksperimen yang tertentu, ada masanya guru terpaksa menggunakan teknik demonstrasi, sebab kalau aa.. mereka buat sendiri mereka tidak dapat kawal diri, tetapi dari demonstrasi tu aaa... dalam masa yang sama kamu janganlah tunjukkan demonstrasi saja, masa buat tu, terangkan dan murid menjawab beberapa soalan jadi, jadi murid terlibat lah dalam eksperimen itu sekali

Saya

: jadi apakah respon yang cikgu terima semasa cikgu menjalankan eksperimen itu? Dari murid-murid

Cikgu H

: aa.. tentu sekali murid seronok. Ok, murid ni bila buat eksperimen dia excited, seronok, teruja, tapi dalam masa yang sama ada yang tidak memahami konsep aaa..sains itu sendiri. Sebab satu masalahnya tidak menumpukan perhatian. Yang kedua dari segi penglibatan la, ok sebab ada jenis murid yang aa.. suka melibatkan diri dalam kerja-kerja yang kita hands-on yang kita bagi dekat mereka aa.. dan ada setengah murid yang bersifat pasif. Jadi bila mereka bersifat pasif, mereka tidak ada experience, mereka tidak ada pengalaman. Jadi aaa... eksperimen ni memang sebenarnya sangat sangat membantu dalam sains tapi aa... tapi bagi saya kalau secara keseluruhannya lah, kalau kamu nak menguasai sesuatu konsep dalam sains memang perlu menjalankan eksperimen

Saya

: ok jadi, adakah aaa.. dalam kelas selain daripada eksperimen adakah cikgu terus menjalankan aktiviti hands-on dan minds-on?

Cikgu H

: ok selalunya dalam kelas memang aa.. macam yang saya cakapkan tadi lah, selain dari membuat eksperimen, selalunya aa.. aktiviti itu kita buat dari segi perbincangan, kamu bagi kertas soalan, murid menjawab dan menulis dan murid akan membentangkannya dalam kumpulan. Jadi, bila mereka ada pengalaman sebegitu, mereka mencari maklumat sendiri, jadi mereka menjalankan aktiviti hand-on la kiranya. Aa.. maksudnya dalam pengajaran sains ini cikgu tidak boleh memberikan jawapan, murid mesti mencari, discovery and apa ye? Saya lupa la discovery, discovery la teknik dia macam murid mesti menggali sendiri pengetahuan tu.

Saya

: Ok, aa.. adakah dalam kelas, murid-murid sering bertanya soalan pada cikgu ?

Cikgu H

: hmm.. ok, itu kiranya satu habit jugalah, murid ni bile kita tanya nanti kamu dah ada pengalaman murid mesti kalau kamu tanya faham ke tak faham, mesti semua orang mengaku akan faham haa.. kan susah la sebenarnya murid nak bertanya. Tu memang sifat semula jadi tak tau mungkin ada rasa malu, aa... bagi saya, murid jarang bertanya melainkan murid yang betul-betul tak faham tu, maksudnya kalau dia bertanya menunjukkan dia menumpukan perhatian, kalau dia tak bertanya tu maksudnya dia tak faham sebenarnya tapi dia tak nak bertanya, jadi kalau kamu nak tahu murid itu bertan... faham ke tak faham, walaupun mereka tak bertanya, kamu tanya balik dekat dia, tanya balik soalan tu. Jadi bila tanya.. bila kita tanya katakan dalam kelas tu ada empat puluh orang kita tanya sekurang-kurangnya lima orang, tengok reaksi muka dia dan kalu dalam masa lima orang itu mampu menjawab, kiranya learning outcome kamu itu tercapai la. Tapi kalau dalam lima orang itu ada seorang ke.. dua orang ke.. atau kebanyakan daripada lima atau sepuluh orang itu tak dapat jawab, menunjukkan learning outcome kamu tidak tercapai jadi kamu terpaksa ulang balik la apa yang kamu ajar la

Saya

: ok cikgu, dalam silibus sains terdapat banyak-banyak konsep sains, adakah cikgu mengaitkan konsep sains itu dalam kehidupan seharian murid-murid?

Cikgu H

: aa.. memang aa.. jelas sekali aa.. bila kita mengajar memang ada bahagian last sekali yang application tu kan, jadi kita kena kaitkan dengan apa yang mereka alami dalam kehidupan seharian lah. Sebab kadangkadang budak tak nampak benda tu, jadi dia tak tahu contohnya kondensasi kan, dia ingatkan air daripada cawan tu keluar disebabkan cawan tu bocor, tetapi disebabkan oleh udara sekeliling suhunya rendah jadi udara tu bertukar daripada wap air, jadi kita, bila kita cakap nanti. Kita kata aaa.. kenapa macam tu? Jadi budak akan OOO.. teacher rupanya macam tu. Aa.. jadi kita kena kait, memang kita kena kaitkan lah dengan kehidupan seharian

Saya

: bagaimana cikgu mengaitkannya adakah melalui bercerita ataupun macam mana?

Cikgu H

: eemm.. sains ni banyak teknik berfikir lah, kiranya. Maksudnya, kalau kita bercerita mereka tidak mengalami benda tu sendiri. Jadi, aaa.. selalunya kita, tekniknya banyak menyoal. Menyoal berdasarkan pengalaman mereka, ajak mereka berfikir, jadi mereka akan aaa.. apa? Mereka akan mampu menguasai teknik tulah contohnya kalau belajar tentang friction, geseran jadi kita kaitkan dengan kehidupan seharian, mengapa kita dalam bilik air aaa.. apa boleh terjatuh, kenapa atas rumput aa.. bola boleh pergi jauh eeh.. bola boleh pergi dekat. Kenapa dekat atas jalan licin aa.. atas lantai bola boleh pergi jauh, sebab diorang selalu bermain bola kan, jadi bila kita fikir kita bagi soalan macam tu, kita bagi soalan berdasarkan kehidupan seharian mereka, mereka akan mula berfikir, berfikir, berfikir. Mereka akan mesti diorang bagi jawapan. Cikgu sebab lantai itu kasar, cikgu sebab lantai itu licin. Apa kaitan kasar dengan licin kita kaitkan pula dengan friction. Konsep sains lah.

Saya

: aaa... selain daripada itu adakah cikgu menjalankan aktiviti kerja lapangan ataupun lawatan

Cikgu H

: emmm.., bagi nak kerja lapangan kalau dekat luar sekolah, memang kita kesuntukan masa la kan. Sebab benda tu banyak protokol, kita nak buat lawatan pun makan masa, kalau saya nak mewujudkan minat student saya. Aaa.. selalunya, saya bawa mereka luar daripada kawasan kelas. Sebenarnya diorang tu sekadar jalan dekat sekeliling sekolah pun diorang dah rasa seronok dah. Contohnya kamu tunju7k pokok kan, ajar tentang sifat pokok, jalan dekat kawasan sekolah pun diorang dah rasa diri mereka dihargai daripada kamu tunjuk gambar dekat dalam kelas, ok kalau buat eksperimen gunakan benda yang dekat dalam luar kelas. Contohnya dekat.. aa.. macam tahun enam antara topik yang murid susah nak kuasai adalah analisis tentang geseran, friction. Gunakan jalan tar yang sebenar, gunakan rumput yang sebenar. Suruh mereka sepak bola

dekat atas pasir, dekat atas padang sebenar, jadi bila dia ada pengalaman itu sendiri walaupun dia selalu buat benda tu, mereka akan seronok dan budak yang tak tumpukan perhatian pun selalunya akan dapat tumpukan perhatian dan boleh menguasailah. Saya : pada pandangan cikgu kan, melalui aktiviti yang cikgu jalankan dalam P&P di manakah kemahiran sosial yang diterapkan kepada murid Cikgu H : kemahiran sosial... kemahiran sosial, maksudnya? Kemahiran sosial interaksi mereka dengan kawan-kawan la? Kemahiran sosial ni maksudnya, bila kita buat eksperimen kita terapkan nilai sistematik, bekerjasama, jadi bila ada kawan.. ada pembahagian kerja. Ada yang mencatat, ada yang memerhati, jadi daripada segi itu wujudlah kemahiran sosial murid dengan murid dalam masa yang sama bila buat eksperimen itu, murid akan bertanya dengan guru dan guru akan membimbing murid aa.. itu salah satu kemahiran sosial la.. Saya : ok pada pandangan cikgu kan, pengalaman sains apakah yang patut perlu wujud dalam bilik darjah? Cikgu H : pengalaman sains apakah yang perlu dalam bilik darjah? maksud pengalaman sains ni macam mana? Saya : maksud pengalaman sains ni macam apa dia faktor-faktor yang menyumbang minat budak itu kepada sains dalam bilik darjah, sepatutnya apa yang ada? Cikgu H : oo.. dalam bilik darjah, selalunya dekat sekolah ni, ada sudut bacaan, jadi kita wujudkan dalam sudut bacaan itu berkaitan sains la, dalam masa yang sama... aa... ok.. pengalaman saya macam bab awal, saya mengajar tahun enam kan. Saya ajar tentang persaingan, nak mewujudkan pengalaman murid, saya suruh budak bawak sendiri ikan dekat dalam.. aa.. apa.. dalam kelas itu sendiri, jadi bila wujud suasana eksperimen dalam kelas walaupun kita tak buat dekat dalam aa.. apa.. makmal,

mereka pelihara ikan itu dalam jangka masa dua minggu la jadi aa.. kita kaitkan juga dengan kemahiran hidup sebab kemahiran hidup mereka menjaga cara nak jaga ikan, cara ikan kan. Aa.. bila budak ni rasa dekat dalam kelas dia ada alat-alat sins, jadi dpat menyumbang kepada aa.. minat kepada sains la, jadi excited, ramai yang bawak ikan, siapa yang tak bawak ikan tu rasa malukan, pastu bila kita buat eksperimen, tentang bola ke apa. Kita suruh diorang bawak bola letakkan dalam kelas itu sendiri. Carta-carta pun membantu lah juga dalam kelas. Saya : cikgu ada apa-apa lagi yang cikgu nak tambah tentang pengajaran sains? Cikgu H : aa.. emmm.. pengajaran sains, sebenarnya sains ni menarik, cuma nya aa.. murid fobia untuk menjawab sains sebab dalam minda mereka mengatakan sains itu susah betul tak? Kalu kamu tanya la, semua budak mesti antara subjek yang paling mereka kata susah adalah aa.. sains. Jadi cikgu selaku guru perlu menukar perspektif murid tentang sains la, jadi macam saya sendiri pun mengalami kesukaran untuk menukar perspektif murid, mungkin disebabkan satu lagi budaya rakyat Malaysia sendiri, kita kurang didedahkan tentang sains. Dalam kehidupan seharian kita macam, ibu bapa kita sendiri.. aa.. kita macam ibu bapa sendiri kurang dedahkan murid tentang sains itu, jadi dalam minda rakyat Malaysia ni, sains tu susah, sains tu susah, sains tu susah, jadi cikgu memainkan peranan. Mungkin jugak satu lagi teknik pengajaran la, tak boleh, sains ni, macam saya sendiri pengalaman saya di sekolah dulu, guru banyak bagi nota kan.. nota, salin, salin, salin, aa.. kita kena ubah la perkara tu. Sains ni memang banyak kena buat eksperimen, kena banyak buat kajian lapangan, kena.. guru perlu mainkan peranan la untuk aa.. apa.. wujudkan minat murid kepada sains. Sebenarnya sains ni seronok tapi setakat ni, pada anak murid saya, saya rasa mereka menyukai sains tapi untuk tahap kelas peperiksaan bagi mereka susah untuk menguasi aa.. sains tu, sebabnya mereka kurang konsep dan untuk aaa.. sains ni

kalau paper dia tak boleh jawab hentam kromo, dia ada teknik tertentu, contohnya kalau nak jawab aim dia ada skema tertentu, nak jawab relationship, nak jawab conclusion, nak jawab observation tak boleh hentam kromo. Jadi budak ni, maksudnya nak menjawab sains ni, maksudnya mesti ada disiplin, dia tak boleh macam BM, BM ok lah, dia skop atau cara tertentu, tapi tak terikat sangat kan?, tapi sain ni kalau katakan nak jawab relationship tak ada perkataan tertentu dah kira salah. Jadi murid yang malas berfkir, memang akan buat kesimpulan lah yang sains tu susahlah, tapi sebenarnya dalam peperiksaan kalau kita semak balik kertas peperiksaan sains ni tak baca buku pun ada jawapan sebenarnya. Kalu murid dapat menguasai cara apa.. cara menjawab lah sebenarnya Saya : jadi saya mengucapkan terima kasih lah diatas kerjasama yang diberikan oleh cikgu dalam temu bual ni Cikgu H : Ok.

Anda mungkin juga menyukai