Anda di halaman 1dari 2

Laporan Pelaksanaan Aktiviti Yang Difokus

Setiap pelaksanaan tugasan memerlukan perancangan yang rapi agar tugasan


dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan. Pada dasarnya, saya telah
menyediakan draf awal untuk setiap perkara yang akan dilakukan sebelum bermulanya
PBS. Misalnya menyediakan jadual untuk Perkembangan Fizikal Kanak-kanak, lakaran
carta organisasi dan sebagainya. Dalam pada itu, setiap perkara yang akan dilakukan
sepanjang PBS disediakan dengan laporan refleksi yang akan direkodkan selepas
sahaja selesai melakukan sesuatu perkara tersebut. Ini bertujuan untuk motivasi diri
dan membaiki kelemahan yang terdapat dalam diri ketika melakukan sesuatu perkara.

Semasa menjalankan PBS selama seminggu, saya telah melaksanakan


beberapa aktiviti seperti yang telah dirancang dengan berpandukan senarai semak
tugasan yang telah disediakan. Saya telah belajar untuk berinteraksi dengan komuniti di
sekolah sepanjang PBS ini. Antara aktviti yang telah dilakukan ialah saya telah
melakukan pemerhatian di sekitar kawasan sekolah bagi mendapatkan maklumat
tentang pengurusan dan organisasi sekolah, kemudahan yang ada di sekolah, mural
sekolah, kata hikmah, nilai-nilai murni dalam kalangan murid, rukun negara, falsafah
pendidikan negara, bilik darjah, kurikulum dan kokurikulum.

Segala pengurusan dan organisasi di sekolah ini amat memuaskan kerana


semua kakitangan pengurusan sekolah melakukan dengan sebaik mungkin untuk
menunjukkan sikap profesional dan kegigihan melakukan sesuatu perkara.
Perhimpunan rasmi merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan oleh pengurusan
sekolah. Dan saya dapat melihat sesuatu aktiviti itu dapat dijalankan dengan lancar dan
sempurna, ini menunjukkan kecekapan pihak pengurusan sekolah mengendalakan
sesuatu aktiviti.

Dari segi prasana di sekolah pula, segala kemudahan bagi kurikulum dan ko-
kurikulum amat melengkapi seperti pusat sumber, makmal komputer, makmal sains,
bilik darjah, padang permainan, gelanggang dan sebarang peralatan untuk melakukan
aktiviti adalah mencukupi. Ini akan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran
dapat dijalankan dengan baik dengan adanya kemudahan-kemudahan seperti ini.

Keceriaan sekolah telah dihiasi dengan kata-kata hikmah, kata-kata semangat


dan nasihat. Ini secara tidak langsung dapat memberikan murid-murid kesedaran
apabila membacanya. Selain itu, nilai-nilai murni murid-murid di sekolah tersebut cukup
memuaskan. Murid-murid ini telah menunjukkan tanda hormat mereka kepada orang
lebih tua daripada mereka dengan memberi salam dan bersalaman. Selain itu, nilai
murni dalam kalangan pelajar juga memuaskan kerana tiada sifat perkauman dan
masalah disiplin antara murid-murid. Sepanjang saya berada di sekolah tersebut, saya
telah banyak dibantu oleh guru-guru di sekolah tersebut. Mereka menunjukkan nilai-nilai
yang baik kepada saya dan rakan-rakan saya. Antara guru yang banyak membantu
adalah Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Kaunseling, Guru Penolong Kanan
Pendidikan Khas, dan Ketua Panitia Bahasa Melayu.

Segala maklumat yang saya perlukan telah diperolehi dengan bantuan guru-guru
di sekolah tersebut. Walaupun mereka mempunyai tugasan lain, mereka dapat
meluangkan masa untuk memberi pengalaman dan tunjuk ajar kepada saya. Segala
tunjuk ajar mereka akan saya kenang dan sematkan di dalam hati saya kerana mereka
telah banyak membantu saya dalam menjalani PBS. Saya berasa amat bersyukur
kerana seluruh warga SKKK 1 telah memberikan, dorongan, sokongan dan kerjasama
kepada saya bagi menyiapkan tugasan ini. Bersyukur saya kerana perjalanan saya
selama seminggu menjalani PBS berjalan dengan lancar sekali tanpa sebarang
masalah.

Anda mungkin juga menyukai