Anda di halaman 1dari 1

Pengenalan Sebagai acara padang dalam sukan olahraga, lontar peluru terus menjadi salah satu acara yang

dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan olahraga. Oleh sebab acara ini disertai oleh lelaki dan wanita, bermakna penyertaan agak meluas. Teknik lontaran juga diperbaiki dan disesuaikan dari semasa ke semasa bagi menjamin kelicinan dan peningkatan dalam lontarannya. Begitu juga dengan kaedah latihan yang diadakan bagi mereka yang mengambil bahagian dalam acara ini, turut ditingkatkan termasuk penekanan terhadap jenis, latihan, tempoh latihan aktiviti-aktiviti sampingan, serta pemakanan. Lontar peluru merupakan acara lontar yang paling mudah dilakukan berbanding dengan tiga acara lontaran yang lain. Walaupun sebilangan besar daripada peserta dan pemenang acara ini pada peringkat antarabangsa, terdiri daripada peserta yang berbadan besar, tegap, berat dan kuat, tetapi ini bukanlah sesuatu yang menjadi syarat utama yang menentukan penyertaan atau kejayaan seseorang dalam acara ini. Pelontar peluru harus mampu mengenal pasti dan mengaplikasikan teknik dan gaya lontaran yang baik yang diperoleh melalui latihan bersistem di bawah pengawasan jurulatih khusus untuk acara ini. Lontar peluru yang merupakan satu lagi acara lontaran dalam sukan olahraga diadakan dengan menggunakan peralatan tertentu dan di dalam kawasan khas yang disediakan di kawasan yang bebas daripada sebarang halangan atau gangguan. Dalam melaksanakan acara ini, peserta serta pegawai pertandingan harus juga memberikan perhatian pada keselamatan sama ada kepada peserta itu sendiri, atau peserta lain ataupun orang ramai.

Anda mungkin juga menyukai