Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI KURSUS KEPEGAWAIAN OLAHRAGA KESATUAN OLAHRAGA MALAYSIA

NAMA : MUHAMMAD FAHMI BIN ZAKARIA NO. K/P : 911104-11-5599 NO.MATRIK : 124029 Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia serta Inayah Nya saya serta semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester 5 berjaya mengikuti kursus kepegawaian olahraga amatur Malaysia. Kursus yang diadakan selama 3 hari itu ternyata memberi banyak pengalaman baru kepada saya terutama mengenai selok belok peraturan dalam sukan olahraga. Kursus kepegawaian olahraga melibatkan sesi teori dan juga amali. Hal ini bersesuaian dengan konsep olahraga itu sendiri yang memerlukan murid untuk terlibat secara langsung. Pada hari pertama kursus kepegawaian olahraga, kami diberi taklimat serta pendedahan mengenai undang undang dalam kepegawaian olahraga amatur Malaysia (KOAM). Berdasarkan teori yang diberikan, terdapat banyak undang undang dalam sukan olahraga ini. Kami menggunakan buku yang dikeluarkan oleh IAAF sebagai panduan dalam kursus tersebut. Undang undang dalam sukan olahraga dapat dibahagikan kepada lapan seksyen. Kesemua seksyen ini mempunyai kepentingan masing masing dan menjurus kepada bidang dalam olahraga. Bagi seksyen pertama adalah undang undang berkaitan pegawai pegawai. Pegawai pegawai yang diperlukan dalam satu kejohanan olahraga adalah ramai seperti pengadil, hakim, pengurus kejohanan, dan juga hakim. Kesemua pegawai ini perlu memainkan peranan masing masing semasa kejohanan olahraga dijalankan. Seksyen kedua adalah melibatkan peraturan peraturan am pertandingan. Seksyen ini lebih menjurus kepada syarat syarat bagi melibatkan diri dalam acara olahraga.

Seksyen tiga adalah berkenaan dengan peraturan peraturan bagi acara balapan. Seksyen keempat adalah berkenaan peraturan bagi acara padang. Seksyen kelima adalah peraturan bagi acara acara bercampur. Seksyen keenam adalah berkaitan peraturan acara lumba jalan kaki. Seksyen tujuh adalah berkenaan peraturan perlumbaan jalan raya manakala seksyen kelapan adalah berkenaan acara merentas desa. Kesemua seksyen seksyen ini membincangkan mengenai peraturan peraturan bagi setiap acara secara terperinci. Kursus kepegawaian ini juga memberi pendedahan kepada kami cara untuk membuat lorong bagi acara balapan serta cara membuat padang berdasarkan teknik yang betul bagi acara padang. Fasilitator bagi bahagian ini adalah Encik Wan Azlan bin Ismail. Fasilitator ini mempunyai banyak pengalaman mengenai peraturan peraturan dalam sukan olahraga. Kami belajar acara untuk membuat padang balapan yang mempunyai lapan lorong. Ternyata begitu sukar untuk membentuk lorong yang mempunyai ukuran yang betul. Tambahan itu, keadaan akan lebih sukar untuk membentuk lorong bagi setiap selekoh. Penggunaan ukuran yang tepat diperlukan bagi memastikan lorong yang dibuat terutama di selekoh adalah selari dengan garisan lurus setiap lorong. Hal ini kerana, lorong yang bengkok akan menyebabkan berlaku perbezaan jarak dan ini akan menyebabkan berlaku ketidakadilan kepada atlit. Selain itu, dalam kursus kepegawaian ini juga kami diajar untuk membina sektor bagi acara acara padang. Bagi kelas pembinaan trek acara padang ini, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Hal ini kerana cara bagi pembinaan sektor acara padang ini adalah rumit. Acara padang yang kami pelajari adalah bagi sektor rejam lembing, lontar peluru dan juga tukul besi. Ukuran bagi setiap sektor di antara ketiga tiga acara ini terdapat beberapa perbezaan. Memandangkan pembinaan sektor memerlukan penelitian yang rapi setiap langkah yang di ambil semasa pembinaan sektor perlulah dengan cara yang betul. Hal ini bagi memastikan ukuran sektor yang diperoleh adalah tepat.

Di samping itu, kursus ini juga memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada kami bagi acara balapan. Kami juga di ajar mengenai kedudukan pelepas bagi setiap acara balapan sama ada acara jarak dekat , sederhana dan acara jarak jauh. Garisan permulaan bagi setiap acara juga kami pelajari. Garisan permulaan bagi setiap acara balapan adalah tidak sama, ini bergantung pada jarak mengikut acara balapan tersebut. Namun begitu, setiap garisan penamat perlulah berakhir di tempat yang sama. Garisan penamat perlu berakhir di hadapan astaka atau di hadapan tetamu tetamu kehormat yang hadir semasa kejohanan olahraga tersebut. Hal ini demi memastikan tetamu tetamu yang hadir dapat menyaksikan pemenang dengan lebih dekat. Acara lain yang turut diberi pendedahan adalah lompat jauh. Dalam acara lompat jauh, trek dan pasir telah disediakan. Pasir yang digunakan adalah pasir halus yang telah diasingkan batu dan segala bahan lain. Hal ini bagi mengelakkan kecederaan atlit semasa melakukan lompatan. Menerusi kursus ini, saya dan rakan-rakan didedahakn dengan peraturan dan pegawai yang terdapat dalam lompat jauh. Antara peraturan lompat jauh adalah kawasan lari landas mestilah berukuran antara 1.22 meter hingga 1.25 meter lebar dan sekurang-kurangnya 40 meter hingga 45 meter panjang, dan papan lonjak diperbuat daripada kayu atau bahan tegar yang sesuai. Dalam pada itu, kursus ini juga memberi pengajaran kepada kami mengenai kedudukan pengadil, hakim, penjaga masa dan pegawai pegawai lain semasa acara olahraga berlangsung. Dari segi pemarkahan bagi setiap acara juga kami pelajari seperti cara pemarkahan bagi lompat tinggi dan juga lompat jauh. Kami juga pelajari mengenai pembatalan sesuatu acara semasa acara tersebut berlangsung. Setiap pegawai yang bertanggungjawab semasa acara berlangsung perlu peka pada setiap perlakuan atlet. Hal ini untuk memastikan peserta bagi setiap acara dapat melakukan tanpa ada kesalahan.

Secara konklusi, kursus kepegawaian olahraga yang diadakan selama tiga hari ini memberi pelbagai pengalaman kepada saya. Kursus ini mengajar saya dari segi tugas serta tanggungjawab pegawai olahraga, peraturan dalam acara padang serta cara bagi pembinaan trek. Ilmu seperti ini adalah sukar untuk dicari melainkan mempunyai inisiatif dalam diri sendiri. Segala ilmu yang dipelajari adalah penting terutama sebagai seorang bakal guru. Ilmu ilmu yang dipelajari ini akan di aplikasi semasa berada di sekolah kelak. Justeru di harapkan ilmu yang saya pelajari ini akan kekal berada dalam diri serta dapat berkongsi dengan pihak yang memerlukan.

Anda mungkin juga menyukai