Anda di halaman 1dari 11

DEFINISI

Olahraga dikenali sebagai acara sukan trek dan padang atau olahraga trek dan
padang. Perkataan ini berasal dari Bahasa Greek "athlon" yang bermaksud
pertandingan. Dalam bahasa Jerman dan Bahasa Rusia pula, olahraga
diklasifikasi sebagai olahraga ringan untuk membezakan acara olahraga dengan
sukan lain seperti angkat berat dan gusti.

Olahraga merupakan satu aktiviti fizikal yang lebih kepada saingan. Ia jua
merangkumi beberapa acara berbeza yang berasaskan kepada pelbagai
pergerakan semulajadi seperti aktiviti larian, lompatan dan balingan. Ciri
olahraga awal telah dibentuk dan dilaksanakan secara berstruktur sejak zaman
sebelum Masihi lagi atau lebih tepatnya pada zaman kuno Greek yang lebih
dikenali sebagai Sukan Olimpik Kuno di Athens.

oooOOOooo
Perkembangan Sukan Zaman Awal

Olahraga merupakan acara sukan asli pertama yang diadakan dalam Sukan
Olimpik pada tahun 776 SM. Ketika itu, olahraga hanya meliputi acara "lumba
trek stadium" atau stade.

Semasa era klasik Eropah, terdapat beberapa pertandingan sukan yang telah
diklasifikasikan dalam sukan olahraga seperti berikut:-

 Sukan Panhellenic
o Sukan Pythian (diasaskan pada 527 SM) di Delphi yang diadakan
setiap 4 tahun
o Sukan Nemean (diasaskan pada 516 SM) di Argolid yang diadakan
setiap 2 tahun
o Sukan Isthmian (diasaskan pada 523 SM) di Corinth Isthmus setiap
2 tahun
o Sukan Rom - acara olahraga khusus kepada lumba kaki, melontar,
lumba kuda, bergusti dan pertempuran gladiator.

Olimpia pula merupakan lokasi Sukan Olimpik Kuno yang terletak di sebelah
barat Peloponnese yang menurut mitos Greek adalah pulau milik “Pelops” iaitu
pengasas Sukan Olimpik. Rekabentuk bangunan kuil yang mengagumkan,
bangunan-bangunan yang kononnya dihadiahkan oleh Tuhan mereka, pelbagai
tempat keramat dan peninggalan suci serta kemudahan bersukan kuno
digabungkan dalam satu tempat yang penuh dengan keunikan semulajadi dan
kecantikan yang amat mistik. Olimpia berfungsi sebagai tempat tumpuan
upacara keagamaan dan amalan politik seawall kurun kesepuluh sebelum
Masihi. Bahagian tengah Olimpia didominasi oleh kuil-kuil agung Zeus selari
dengan kuil Hera. Stadium kuno di Olimpia pula boleh menampung lebih
daripada 40,000 penonton dalam satu-satu masa manakala kawasan
persekitarannya merupakan bangunan tambahan yang dibangunkan terus
menerus sehingga kurun keempat sebelum Masihi dan digunakan sebagai lokasi
latihan untuk atlit-atlit atau sebagai lokasi penghakiman sukan tersebut.

Sukan Olimpik dikaitkan dengan perayaan keagamaan sebagai memperingati


dan memuja Zeus Sebaliknya, ia merangkumi watak-watak sekular dan
bertujuan menunjukkan kualiti fizikal dan evolusi persembahan dicapai oleh
remaja atau orang dewasa di samping menggalakkkan hubungan baik diantara
bandar-bandar utama di Greece. Menurut pakar, Sukan Olimpik memiliki
ketulenan dan kepentingan keagamaannya yang tersendiri. Sukan ini merupakan
satu sukan yang istimewa kerana ia dikatakan telah menyatukan masyarakat
Greek yang mana Greece bukanlah satu Negara tunggal sebaliknya merupakan
gabungan bandar-bandar yang merupakan komuniti bebas secara ekonomi dan
politik. Dari Greece dan koloni-koloninya, penduduknya mengembara untuk
mengambil bahagian atau menyaksikan sukan tersebut, diinspirasikan oleh
semangat perkongsian budaya dan agama yang sama. Sukan Panhellenic
adalah lambang keagamaan utama. Setiap sukan yang diadakan bertujuan
meraikan Tuhan-tuhan tertentu iaitu:
 Zeus, Raja segala Tuhan di Olympia dan Nemea
 Apollon, Tuhan Cahaya di Delphi
 Poseidon, Tuhan seluruh Lautan dan Kuda di Isthmia

Semasa pertandingan sukan berlangsung, setiap kejayaan yang dicapai


dianggap adalah restu daripada Tuhan. Bagaimanapun, dikatakan keempat-
empat Sukan Panhellenic ini tidak pernah diadakan dalam satu tahun yang
sama.

Dari segi penglibatan dalam setiap acara sukan, terdapat tiga criteria utama
penyertaan iaitu seseorang itu mestilah seorang lelaki, berasal sepenuhnya
daripada Greek dan seorang yang bebas. Golongan wanita, hamba dan rakyat
asing tidak dibenarkan menyertai pertandingan tersebut. Kebanyakan daripada
peserta yang bertanding dating daripada keluarga yang berada dan hanya yang
terbaik dibenarkan menyertai pertandingan tersebut. Peserta-peserta berlatih
secara individu selama beberapa bulan sebelum mengembara ke Elis iaitu
sebuah Bandar berhampiran Olimpia, empat bulan sebelum pertandingan untuk
menyertai peserta-peserta dari tempat lain. Pada peringkat ini, pemilihan terakhir
dibuat yang mana hanya yang terpilih akan bersaing di Olimpia. Para peserta
Dan hakim mengangkat sumpah untuk mengambil bahagian dan bertanding
dengan cara terhormat tanpa megabaikan undang-undang yang telah ditetapkan.

Olahraga mula disertakan dalam pertandingan Olimpik pertama pada tahun 1896
dan masih diteruskan sehingga kini. Wanita hanya dibenarkan untuk menyertai
acara trek dan padang pada tahun 1928.

Sejak itu, beberapa pertubuhan atau organisasi olahraga telah ditubuhkan


dengan giat di Amerika Syarikat. Ini termasuk International Association of
Athletics Federations, Amateur Athletic Union dan USA Track & Field.

Acara-acara yang dipertandingkan di Sukan Olimpik Kuno

Acara Equestrian di padang lumba kuda atau Hipodrom. Acara paling


popular adalah “four-horse chariot race” atau quadriga.
Acara pentathlon – Merangkumi lima acara utama iaitu, merejam, lompat
jauh, melontar, larian dan bergusti.

Acara-acara dalam Olahraga moden.

Terdapat dua musim untuk acara trek dan padang. Semasa musim sejuk, acara
ini diadakan dalam kawasan tertutup. Kebanyakan trek dalam kawasan tertutup
seperti stadium berukuran 200 meter dan mempunyai empat hingga enam
lorong.

Dalam acara trek tertutup atlet-atlet bertanding untuk acara-acara yang sama
kecuali untuk acara 100 m, 110 m dan 100 m berpagar, 10,000 m jalan kaki dan
3,000 m larian berhalangan. Acara tertutup juga mempunyai pertambahan 3,000
m berlari yang biasanya diadakan untuk tahap pelajar kolej manakala sebanyak
10,000 m untuk elit. Acara 5,000 m merupakan larian terpanjang untuk olahraga
dalaman. Dalam acara padang, acara yang paling menonjol ialah lompat tinggi,
lompat bergalah, lompat jauh, dan lompat kijang. Acara merejam lembing,
membaling tukul besi, dan lempar cakera merupakan tambahan untuk acara luar
disebabkan ruang tidak mencukupi dalam sesebuah stadium yang tertutup untuk
acara-acara ini. Sesi acara trek dan padang luar pula biasanya bermula pada
musim bunga dan berakhir pada musim panas. Kebanyakan trek yang digunakan
untuk acara ini ialah trek berbentuk bujur yang mempunyai ukur lilit sepanjang
400m.

Antara acara balapan - acara-acara larian dikendalikan atas satu 400 meter jalan
ialah :

Larian pecut: kebiasaannya 100 meter, 200 meter dan 400 meter.
Jarak menengah: acara larian 800 m, 1500 m dan 3000 m. Di Amerika
Syarikat (sekolah-sekolah tinggi terutama), acara-acara jarak termasuk
800 m, 1600 m, dan 3200 m.
Lumba lari berhalang - biasanya 3000 m dimana para pelari harus melalui
halangan-halangan.
Larian jarak jauh - larian 5000 m ke atas.
Lari Berpagar: 110 m pagar-pagar tinggi (100 m untuk perempuan) dan
400 m pagar-pagar pertengahan (300 m dalam sesetengah sekolah-
sekolah tinggi).
Lari berganti-ganti - Lari berganti-ganti 4 x 100 meter, Lari Berganti-ganti 4
x 400 meter, 4 x 200 m, 4 x 800 m, sebagainya.
Marathon / Lumba lari di jalan: dikendalikan atas terbuka.
Lumba jalan kaki: biasanya dikendalikan atas jalan-jalan terbuka. Jarak
yang biasa ialah 10 km, 20 km dan 50 km.
Acara padang
a) Acara melempar iaitu lontar peluru, baling tukul besi, merejam
lembing dan melempar cakera.
b) Acara melompat iaitu lompat tinggi, lompat jauh, lompat galah,
lompat galah dan lompat kijang.
c) Acara gabungan iaitu pentathlon, heptathlon dan dekathlon.
Perkembangan Sukan di Asia

Kejohanan Padang dan Trek di Asia pada awalnya dirancang di Sukan Asia
pada tahun 1962 melalui inisiatif oleh Major General Aziz Salleh iaitu Ketua
Persekutuan Indonesia atau PASI tetapi ditangguhkan. Cadangan untuk
mengembalikan kejohanan itu diusulkan oleh Presiden MAAU, Tan Sri Mohamed
Ghazali Shafie pada Sukan Asia di Bangkok pada tahun 1966 yang mana
menemui keputusan diluar lingkungan kawalan idealis olahraga. Di Sukan Asia
pada tahun 1970, Menteri Sukan India, Sardar Umrao Singh, menyahut cabaran
dan perancangan untuk pelaksanaan Kejohanan Asia pertama di Delhi telah
diputuskan bersama Encik R.L. Anand yang dilantik sebagai Pengarah
Organisasi apabila perkembangan politik dalam kawasan kecil ditolak
sepenuhnya untuk dua tahun berikutnya. Sewaktu mesyuarat pada tahun 1972,
Gabenor Jose C. Sering, Presiden Kesatuan Padang dan Trek Filipina atau
PATAFA menyahut cabaran dan sejarah telah tercipta apabila Kejohanan
Padang dan Trek Asia yang pertama telah dilancarkan dan berlangsung di
Stadium Marikina berhampiran Manila pada November 1973.

Perlembagaan Kesatuan Olahraga Amatur Asia dan undang-undang Kejohanan


Padang dan Trek Asia telah ditandatangani secara rasmi setelah dilakukan
sedikit pengubahsuaian pada mesyuarat Kongres AAA Asia yang pertama di
Manila, Filipina pada 20 dan 21 November 1073. Gabenor Jose C. Sering telah
dilantik sebagai Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Asia dan Encik Maurice R.
Nicholas sebagai Setiausaha Agung. Perlembagaan AAA Asia tela dibentangkan
pada Kongres Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa kali ke-29 yang telah
diadakan di Rom pada 29 hingga 31 Ogos 1974 dan diterima sepenuhnya
selepas undian diadakan. Semasa Kongres Kesatuan Olahraga Amatur Asia
pada Ogos 2002 di Colombo, satu persetujuan telah dicapai untuk menukar
nama kesatuan tersebut kepada Kesatuan Olahraga Amatur (AAA).

oooOOOooo
Salah satu organisasi olahraga terawal di Malaysia telah ditubuhkan di
Ipoh dalam tahun 1906 ialah Kesatuan Olahraga. Salah satu keistimewaan
pertandingan olahraga di awal tempoh masa antara 1906 hingga 1913 ialah altit-
atlitnya ditaja oleh pelbagai Kelab Sukan dari Eropah yang berada di bawah
Persekutuan Tanah Melayu yang secara umumnya telah menyebabkan dominasi
besar oleh kuasa luar terutamanya dari Eropah. Kejohanan olahraga yang pada
awalnya di kenali sebagai Sukan Olahraga Ipoh adalah satu peristiwa atau
aktiviti sukan yang biasa diadakan di Perak. Tetapi oleh kerana pemain-pemain
yang terlibat dalam pertandingan tersebut adalah dalam kalangan pemain
tempatan, pemegang Piala Kejohanan adalah dianggap sebagai Juara Malaya.
Di antara tahun 1914 hingga 1919, semua aktiviti olahraga ini ditangguhkan
berikutan berlakunya Perang Dunia Pertama.

Pada tahun 1920, satu mesyuarat telah diadakan di Kuala Lumpur dan satu
keputusan telah dibuat untuk memperkenalkan Kejohanan Antara Negeri di
Tanah Melayu. Satu persetujuan juga telah dicapai untuk membuka penyertaan
pertandingan kepada semua atlit amatur dalam Persetujuan Selat dan
Persekutuan Tanah Melayu tanpa mengambilkira taraf kewarganegaraan dan
dengan cara itudapat membenarkan lebih banyak penyertaan pertandingan dari
tahun 1920 ke atas untuk mengenalpasti lebih banyak bakat-bakat baru dalam
kalangan rakyat Malaya. Kejohanan Antara Negeri ini telah dianjurkan oleh
Kesatuan Olahraga Amatur British Malaya.

Pada tahun1931, berlaku perubahan yang lebih besar dan memberangsangkan


kepada nama kesatuan apabila ia telah dikenali sebagai Kesatuan Olahraga
Amatur Malaya dan sebagai usaha mengekalkan lebih banyak penyertaan oleh
atlit-atlit daripada Persekutuan Tanah Melayu, kejohanan tersebut ditukar
namanya kepada Kejohanan Malaya. Namun, aktiviti-aktiviti olahraga tersebut
telah dibekukan sekali lagi berikutan berlakunya Perang Dunia Kedua di antara
tahun 1940 hingga 1948.

Kejohanan pada tahun 1949 pula menyaksikan kemunculan banyak bakat-bakat


baru dan nama-nama yang pernah muncul sebelum Perang Dunia Kedua dalam
era olahraga ini yang membuat “comeback”. Selepas itu, penyertaan untuk
kejohanan tersebut telah diperkembangkan lagi ke negara-negara luar seperti
Singapura (1950), Ipoh ( tahun 1052 hingga 1955 ) dan Pulau Pinang pada 1956,
Tahun Jubli Emas untuk semua atlit dalam Negara telah disambut dengan penuh
gemilang dan jayanya. Tempoh masa selepas perang telah menyaksikan
pembaharuan dan pembaikan yang membanggakan kepada Kesatuan apabila
dalam tahun 1952, di bawah arahan Undang-undang Sukan Antarabangsa,
kesatuan tersebut telah dibubarkan dan satu badan baru yang dikenali sebagai
Federation of Malaya Amateur Athletic Union (F.M.A.A.U). Persatuan ini telah
dikenalpasti sebagai satu badan antarabangsa dan telah digabungkan di bawah
Majlis Olimpik. Pada masa yang sama, cawangan Singapura telah memutuskan
untuk berpecah dari persekutuan tersebut. Di bawah organisasi baru, Kejohanan
Kebangsaan pertama telah berlangsung di Seremban pada 1960 dimana
pelbagai rekod baru telah dicipta dan dicatatkan. Pada Oktober tahun yang
sama, Kejohanan Terbuka yang pertama telah berlangsung di Pulau Pinang dan
kemudiannya di Melaka pada 1961 dan di Perak pada tahun berikutnya.
Tindakbalas daripada Negara-negara luar juga amat memberangsangkan
dengan penyertaan atlit bukan sahaja daripada Singapura, Brunei dan Sarawak
malah juga daripada Borneo Utara, Ceylon, Filipina, Thailand, Indonesia,
Pakistan dan Australia.

Persatuan tersebut adalah sebuah badan yang secara amnya bergiat aktif
terutamanya dalam mempromosikan bidang olahraga dan sukan di Tanah
Melayu. Pada tahun1954, FMAAU telah mendapat keizinan rasmi daripada
Badan Olimpik Antarabangsa dan IAAF untuk menyertai Sukan Asia Kedua di
Manila. Oleh yang demikian, sebelum pembentukan Majlis Olimpik Malaya,
FMAAU telah dikenali sebagai ahli rasmi daripada Malaysia. Dengan
pembentukan Malaysia, FMAAU telah dibubarkan untuk memberi laluan kepada
pembentukan organisasi baru yang dikenali sebagai Kesatuan Olahraga Amatur
Malaysia atau Malaysian Amateur Athletic Union (MAAU) dan diterajui oleh
Datuk Mohammad Ghazali bin Shafie sebagai Presiden pertama MAAU.

Kejohanan pertama dengan sokongan kesatuan baru tersebut telah diadakan di


Seremban pada 1964 yang melibatkan penyertaan daripada semua negeri di
Malaysia. Bermula daripada itu, MAAU semakin berkembang kukuh dalam
mempelopori perubahan yang amat besar dan membanggakan sama ada dari
segi kemudahan mahupun piawai persembahan atlit, yang mana kesemuanya
menyumbang kepada peningkatan nama Malaysia dalam dunia olahraga di Asia.
Banyak perubahan yang telah berlaku dalam jangkamasa tersebut. Beberapa
era baru komunikasi dan kerjasama telah bercipta diantara badan-badan rasmi
dan pihak pentadbiran. Masa depan juga semakin menampakkan perkembangan
yang positif dan badan sukan ini semakin aktif dalam mengenalpasti dan
memperkenalkan lebih ramai bakat baru dalam bidang olahraga di Malaysia.

oooOOOooo
1) http://www.asianathletis.org/inside /history.htm ( 4 Mac 2009 )
2) http://maau.net/blog/inside_maau/maau_history ( 6 Mac 2009 )
3) http://www.olympic.org.my/web/gamesrecords/olympicg/history.htm
( 9 Mac 2009 )
4) http://www.olympic.org/uk/index_uk.asp ( 9 Mac 2009 )
5) http://id.wikipedia.org/wiki/Olahraga ( 9 Mac 2009 )
6) Wee Eng Hoe, Panduan Pengajaran Olahraga Kepegawaian &
Kejurulatihan, Karisma Publications Sdn. Bhd., 2002. ( 9 Mac 2009 )
7) A S Hornby, Asmah Haji Omar, Oxford Fajar Advanced Learner’s
English-Malay Dictionary, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 2000.
( 9 Mac 2009 )

oooOOOooo

Anda mungkin juga menyukai