Anda di halaman 1dari 2

CADANGAN TEKS PENGERUSI SEMINAR PENYELIDIKAN

TINDAKAN PISMP 2014



PERMULAAN
Yang Dihormati para pensyarah, guru-guru serta peserta kajian
unit Pengajian Sosial yang dirahmati Allah sekalian;
- Bagi memberkati majlis, dipersilakan saudara (Nama
pembaca doa) untuk membacakan doa (Dapatkan doa drp
wakil JAPIM)
- Sebelum dimulakan pembentangan, berikut dibacakan
syarat-syarat pembentangan.
o Makluman pada peserta, masa yang peruntukkan
adalah 20 minit.15 minit untuk tempoh pembentangan
dan 5 minit masa soal jawab.
o Kad masa akan ditunjukkan apabila masa berbaki 3
minit (minta penjaga masa angkat kad 3 MINIT) dan 1
minit (minta penjaga masa angkat kad 1 MINIT).
Loceng akan dibunyikan setelah masa pembentangan
selesai iaitu 15 minit dan kad masa TAMAT akan
ditunjukkan.
o Sesi soal jawab dimulakan oleh pensyarah penilai. Jika
tidak ada soalan dalam kalangan pensyarah, soalan
dibuka kepada peserta yang lain. Masa soal jawab
tertakluk kepada baki masa pembentangan yang
tinggal.
o Pengerusi bertanggungjawab untuk
memberhentikan perbincangan sekiranya masa
yang telah diperuntukkan selama 20 minit tamat
(rujuk dengan pensyarah penilai unit masing-
masing sekiranya dipersetujui).

SLOT 1
Bagi memulakan sesi pembentangan, majlis dengan ini
menjemput dan mempersilakan Saudara/ saudari
dengan tajuk kajiannya
... Kajian ini diselia oleh
.................................... Majlis mempersilakan.

Terima kasih kepada pembentang.


SLOT YANG SETERUSNYA
Seterusnya, majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan
Saudara/ saudari ... dengan tajuk
kajiannya . Kajian ini diselia oleh
.................................... Majlis mempersilakan.

SAMBUNGAN/ REHAT
Pembentangan ditangguhkan dan akan disambung pada pukul
................... Semua peserta dan hadirin DIWAJIBKAN untuk
masuk ke bilik pembentangan pada pukul ................. terima
kasih.

Anda mungkin juga menyukai