Anda di halaman 1dari 2

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

DAN SALAM SEJAHTERA

YANG BERUSAHA
SAUDARA / SAUDARI PENGACARA MAJLIS
YANG DIHORMATI PEGAWAI-PEGAWAI CKI,
SETERUSNYA ANGGOTA CKI YANG SAYA KASIHI SEKELIAN.

Alhamdulillah hirabbil alamin wassala tuwasslam muala asyrafil ambia iwalmursalin sya
yidinamuhammadin walaala alihi wasahbihi wassalam.
Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga
kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya telah diberikan kesihatan dan
kekuatan kepada kita semua untuk berada di dalam dewan yang mulia ini pada malam
yang ceria ini. Marilah kita sama-sama merendahkan diri kepada kekuasaan
dan keagungan Allah SWT. Selawat dan salam kepada junjungan Besar kita Nabi
Muhammad SAW.
Pada tanggal 30 november 2015 yang lalu merupakan hari paling nostalgiatik
dalam lipatan sejarah hidup saya. saya telah bersara dalam perkhidmatan kerajaan
sebagai anggota POLIS DIRAJA MALAYSIA selepas menyandang jawatan ini selama
36 tahun yang bermula pada 1979 sehingga 2015.

Pada kesempatan di ruangan ini, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga
kepada terutamanya kepada CSO Tuan AZMI dan PENOLONG CSO Tuan Fazli dan
anggota-anggota CKI kerana telah mengadakan majlis PERSARAAN untuk saya.
Saya mengucapkan penghargaan yang amat tinggi dan sangat teruja dengan majlis
pada malam ini.

Anda mungkin juga menyukai