Anda di halaman 1dari 1

Kata-kata Aluan

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.


Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya
dapat saya menyampaikan sepatah dua kata di dalam buku program ini
sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Polis Kem kali ke-37.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah


kepada PIBG SK Polis Kem kerana dapat mengadakan Mesyuarat
AgungTahunan kali ke-37 ini.

Dalam usaha mendukung cita-cita bagi merealisasikan wawasan negara 1


Malaysia, faktor permuafakatan dan perpaduan amat dittitk beratkan
kerana ini merurupakan kunci utama bagi mewujudkan persekitaran sosial
yang aman dan harmonis. Hal yang demikian dapat meningkatkan
prestasi kecemerlangan dalam tindakan yang akan kita lakukan.

Semoga anak-anak didik SK Polis Kem bertambah cemerlang, gemilang


dan terbilang dengan adanya pemuafakatan antara pihak sekolah dan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

Akhir kata, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa


PIBG dan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
langsung bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK Polis Kem kali ke-37
ini. Sesungguhnya segala bakti dan sumbangan yang diberikan sama ada
dalam bentuk kewangan, tenaga dan kerjasama bagi kecemerlangan anak
didik sekolah ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.
Sekian, terima kasih.

...........
Guru Besar,
Sk Polis Kem

Anda mungkin juga menyukai