Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN ALU-ALUAN

TUAN GURU BESAR

SEMPENA PELANCARAN FIESTA BACATHON SKBRJ 2018

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.r

Terima kasih kepada Saudara Pengacara Majlis,

Yang Berhormat YB Tuan William Leong Jee Keen

Ahli Parlimen Selayang,

Yang Berusaha, Encik Hashim Tee bin Abdullah,

YDP PIBG SK Bukit Rawang Jaya,

Yang Dihormati Puan Siti Hawa bt Hj Nawawi, P K Pentadbiran

Puan Chandradevi Chelliah, PK HEM

Puan Norsila bt Khalid , PK Kokuirkulum,

Barisan JK PIBG

Guru-guru Warga Pendidik SKBRJ yang budiman

Seterusnya anak-anak BONDA yang disayangi…

“Anak-anak yang baik…..mendengar kata”

Tuan-Tuan & Puan-Puan,

Terlebih dahulu marilah sama-sama kita merafa’kan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Illahi
kerana dengan limpah kurniaNya, kita dapat sama-sama pada pagi ini bagi menjayakan Majlis
Pelancaran Fiesta Bacathon SKBRJ 2018.

Saya ingin mengambil kesempatan mengalu-alukan kehadiran YB Tuan William, Ahli Parlimen
Selayang ke SKBRJ serta merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Tuan meluangkan
masa untuk hadir bersama-sama dalam majlis yang diadakan seterusnya merasmikan Projek
Fiesta Bacathon anjuran PIBG SKBRJ ini.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PIBG SKBRJ terutama
kepada barisan kepimpinan JK PIBG atas komitmen, kerjasama dan usaha yang padu dalam
merealisasikan hasrat menjayakan program ini. Saya percaya dan yakin dengan pelaksanaan
projek seperti ini akan memberikan satu suntikan semangat dan dorongan kepada warga
SKBRJ dalam mencapai hasrat KPM apatah lagi dengan tanggungjawab yang diberikan ke atas
SKBRJ sebagai sebuah sekolah TS25 kohort 3.0 bermula 2018-2020. SKBRJ sangat komited
dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai visi & misi yang diberikan di mana kami
meletakkan Guru berkualiti sebagai KRA yang hendak dicapai. Selain daripada itu juga
persekitaran pembelajaran yang kondusif serta fizikal sekolah yang ceria mampu menjadi factor
pendorong dalam merealisasikan hasrat sebuah sekolah TS25. Namun faktor kewangan
seringkalinya menjadi cabaran.

SKBRJ mula dibuka pada tahun 2000 dan kini ianya telah berusia lebih kurang 18 tahun.
Pengalaman yang dipamerkan oleh SKBRJ sudah mampu menandingi dan menyaingi sekolah-
sekolah berhampiran samaada dari aspek kurikulum dan juga kokurikulum. Peningkatan
prestasi dari tahun ke tahun sudah boleh dibanggakan. Namun demikian, keadaan fizikal dan
infrastruktur bangunan sudah perlu ditambah, dibaikpulih dan diceriakan. Antara beberapa
prasarana yang perlu diberikan perhatian ialah :

1. Dataran Terbilang – lokasi perhimpunan rasmi – tiada berbumbung- akan bertakung air
apabila hujan
2. Dewan Gemilang Jaya – sempit,
3. Tandas Murid & tandas guru- banyak yang tersumbat, kemudahan asas perlu dinaiktaraf
4. Tapak perhimpunan murid bersebelahan kantin
5. PSS
6. Padang sebelah sekolah (MPS)
7. Keceriaan bangunan- kerja mengecat
8. Taman permainan PRA Sekolah
9. Laluan Gajah menyusur
10. Tembok di sekitar laluan gajah menyusur
11. Pendawaian elektrik di seluruh bangunan

Memandangkan peruntukan kewangan sedia ada bagi menampung keseluruhan perkara yang
dinyatakan tadi tidak mencukupi, JK PIBG telah merancang satu program besar yang
dinamakan Fiesta Bacathon SKBRJ 2018 di mana hasil kutipan itu nanti akan disalurkan dan
dibelanjakan mengikut agihan yang telah dipersetujui dan diluluskan oleh pihak PPD Gombak.

Pihak SKBRJ juga sangat mengharapkan agar pihak YB & Parlimen Selayang memandang
serius terhadap beberapa perkara yang diperlukan dan tidak keberatan untuk membantu pihak
SKBRJ mencari dana bagi merealisasikan hasrat dan impian warga SKBRJ.

Pihak sekolah akan sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama terhadap kepimpinan YB
Tuan William terutamanya dalam usaha memartabatkan pendidikan di Parlimen Selayang dan
DUN Rawang khususnya.
Akhir kata, semoga apa yang dirancang dan diusahakan bersama oleh pihak PIBG dan SKBRJ
akan membuahkan hasil dan mencapai sasaran.

Anda mungkin juga menyukai