Anda di halaman 1dari 1

SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG DARIPADA YDP PIBG 2012/2013

Dan salam sejahtera. Alhamdulillah, pertama-tamanya saya dahulukan dengan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya dapat saya mencurahkan sepatah dua kata di ruangan sekapur sireh seulas pinang ini sebagai perkongsian bersama dalam mendokong misi dan visi gemilang sekolah. Sebagaimana kita semua maklum, objektif utama PIBG adalah membantu dan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam melonjakkan pencapaian yang gemilang dalam bidang akademik, kokurikulum dan sebagainya. Disamping itu menjadi medium untuk bersama-sama mengatasi sebarang masalah yang mungkin timbul sama ada secara dalaman atau luaran. Oleh yang demikian PIBG akan berusaha lebih keras, berganding bahu untuk memastikan pencapaian cemerlang sekolah dilonjakkan menjadi sekolah gemilang. Saya selaku Yang Di Pertua PIBG sekolah ini sangat-sangat berterima kasih atas segala kerjasama, sumbangan idea dan tenaga yang diberikan oleh pihak pengurusan sekolah, guru-guru dan kakitangan yang sentiasa sama-sama senang, sama-sama susah dalam menjayakan setiap aktiviti yang dianjurkan oleh PIBG. Tidak lupa juga, jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang menyumbang tenaga, memberi kerjasama dan komitmen bagi memastikan kejayaan anak-anak di sekolah ini. Akhir bicara, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-35 ini. Saya mengharapkan dengan kepimpinan AJK PIBG yang baru dilantik akan dapat meningkatkan prestasi anak-anak di SEMESRA. Mudah-mudahan pengorbanan dan niat murni kita semua untuk membuahkan kejayaan anak-anak yang gemilang akan dimakbulkan oleh Allah. Amin. Sekian, terima kasih.

( EN OMAR BIN MARZUKI ) YANG DI PERTUA PIBG SMKSR

Anda mungkin juga menyukai