Anda di halaman 1dari 1

Bismillahirrahmanirrahim dan salam sejahtera

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat kita berkumpul
untuk meneruskan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-39 SMK Jenjarom tahun 2022. Saya ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga sekolah
dan AJK PIBG yang telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini. Saya
amat berbesar hati dan berterima kasih atas kesudian para ibu bapa hadir ke mesyuarat kita
pada kali ini. Kehadiran ini menunjukkan bahawa kita sentiasa memberi sokongan dan
semangat kepada barisan pentadbir dan para guru sekolah ini untuk sama-sama
menjayakan agenda pendidikan demi kecemerlangan anak-anak kita pada masa depan baik
dalam bidang pendidikan mahupun sahsiah diri. Tanpa sokongan padu daripada ibu bapa
tidak mungkin pihak sekolah berjaya melahirkan modal insan berminda kelas pertama.
Syabas diucapkan kepada ibu bapa yang sanggup meluangkan masa untuk bersama-sama
pada hari ini bagi menunjukkan keprihatinan dan melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli
PIBG.
Perjalanan persatuan ini adalah didokong sepenuhnya oleh ahli PIBG. AJK yang
diamanahkan melalui pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan adalah sebagai pelaksana
dan perantara antara pihak sekolah dengan semua ahli PIBG. Sumbangan dari segi
kepakaran, kebolehan dan kelebihan yang dimiliki oleh setiap ahli amat dialu-alukan bagi
menjayakan segala program yang dirancang. Saya amat berharap ibu bapa yang hadir dapat
menyumbangkan buah fikiran dan bantuan fizikal kerana itulah aset yang paling berharga
bagi persatuan ini.
Oleh itu, saya menyeru agar setiap ahli sama-sama memberi komitmen dan bersatu
hati menjadi penggerak dalam memacu persatuan ini menjadi lebih dinamik. Saya juga
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah atas kejayaan
demi kejayaan yang dicapai baik dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Semoga
pada tahun ini lebih banyak kejayaan akan dicapai. Akhir kata, saya merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-39 SMK Jenjarom.
Sekian, terima kasih.

EN HANIDA BIN MOHD SAID


YDP PIBG SMK JENJAROM

Anda mungkin juga menyukai